Tag Archive | "Church"

“International Burn A Koran Day” di Amerika?!


Dr. Terry D. Jones , seorang paderi/pendakwah di Florida, Amerika, mengumumkan beberapa hari lalu, bahawa beliau akan mengadakan majlis “International Burn A Koran Day”, di hadapan gereja beliau.
Upacara pembakaran Al-Quran ini akan diadakan di Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, pada 11 September 2010.

Menurut beliau, ianya sebagai tanda memperingati mangsa tragedi insiden World Trade Center 11 September 2001.

Namun, tindakan beliau yang mendapat tentangan di seluruh pelusuk dunia itu, turut mendapat tentangan dari masyarakat tempatan. Malah kebanyakan paderi dari Gereja lain mengutuk dan mengecam tindakan Terry Jones ini.

Paderi tempatan lain berkata, Keamanan dalam agama membawa kepada keamanan sesebuah bangsa, dan mengutuk tindakan menghina Al-Quran tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan ini bukan merujuk kepada ajaran Kristian sebenar.

Pihak berkuasa Gainesville berkata mereka telah berbuat pelbagai usaha untuk menghalang dari majlis haram ini berlangsung, malah, Jabatan Bomba Gainesville turut berkata tiada permit pembakaran terbuka atau nyalaan unggun api diberi kepada sesiapapun.

Terry Jones, ketika ditemui media berkata, beliau tidak takut dengan ugutan malah beliau turut menghina Islam dengan mengatakan Islam adalah sesat dan mengikut ajaran Syaitan.

Malah, beliau turut menulis sebuah buku yang sudah pasti akan menjadi kontroversi, buku yang bertajuk “ISLAM is of the DEVIL”.

Facebook mengenai acara haram ini telah lama diwujudkan dan menjadi medan kritikan orang ramai.

Apa kata para pembaca luangkan masa untuk Flag dan Report laman berkenaan yang sangat menghina agama Islam. Facebook

International Burn A Koran Day Terry Jones International Burn A Koran Day di Amerika?!

Terry Jones

Posted in News, WorldComments (1)








Partly powered by CleverPlugins.com