Tag Archive | "Cikgu"

Pelik : Karangan budak sekolah paling biadab


Kalau pernah dahulu ada entri tentang karangan pelajar sekolah yang lawak. Kali ni cuba tengok karangan budak sekolah yang agak biadab!

Tapi ada juga  lawak sikit-sikit. icon razz Pelik : Karangan budak sekolah paling biadab

Cikgu sekolah pun kena troll?

karangan kurang ajar Pelik : Karangan budak sekolah paling biadab

Posted in LOL, RandomComments (2)

Video TeacherShida atau Cik Shida jadi fenomena YouTube


Pelbagai video milik pengguna YouTube TeacherShida menjadi fenomena baru apabila video-video kirimannya menjadi kontroversi dengan pelbagai reaksi positif dan juga respon negatif.

Video beliau yang kebanyakan tersebar mengenai bakat beliau ‘miming’ lagu milik artis lain, menjadi satu video viral yang begitu hebat tersebar di seluruh internet sebagai contohnya di FaceBook.

Malah, selain mempunyai Channel YouTube sendiri, Cik Shida turut mempunyai Profile Fanpage Facebook milik beliau. : http://www.facebook.com/pages/CikShida-Original/107343609329183

Teacher Shida atau nama sebenar beliau Roshida binti Abd Aziz merupakan seorang Guru Bahasa Inggeris yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Padang, Parit, Perak.

Melalui Fanpage beliau di Facebook, beliau turut menyatakan bagaimana beliau dikritik hebat oleh orang ramai,

video-video miming saya telah mendapat pelbagai reaksi positif juga tidak kurang yang negatif dari masyarakat Malaysia di Alam Maya ini KERANA STATUS SAYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK (GURU). AND I’M PROUD TO BE A TEACHER!

Video-video rakaman beliau yang tersebar luas di internet menyebabkan beliau dituduh sebagai hanya pandai membuat video hiburan semata-mata.

Namun, berdasarkan playlist yang terdapat didalam YouTube, beliau turut memasukkan video yang berunsur pendidikan contohnya video mengenai Choral Speaking dan sebagainya.

Antara video rakaman miming yang popular beliau adalah seperti, MIMING Yank (Wali Band), MIMING Jahat (Stacy), MIMING ‘WAKA-WAKA’ – Shakira, dan lain-lain.

Lain-lain video beliau boleh ditonton di Channel TeacherShida di YouTube : http://www.youtube.com/user/TeacherShida

teacher shida cik shida original Video TeacherShida atau Cik Shida jadi fenomena YouTube

Posted in Malaysia, VideoComments (3)

BookFest @ Malaysia di KLCC


BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.

Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.

Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.

Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas

Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.

Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.

Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.

Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

bookfest malaysia 2010 BookFest @ Malaysia di KLCC

Posted in Education, EventsComments (3)

Maklumat pemberian Biasiswa kerajaan


senarai biasiswa Maklumat pemberian Biasiswa kerajaanAdalah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, mengatakan bahawa lebih 1,500 pemberian biasiswa adalah berdasarkan 4 kategori.

Kategori Pertama, pemberiaan biasiswa berdasarkan Merit pelajar, sebanyak 300 biasiswa ini telah ditawarkan tahun ini. Ianya dibahagikan kepada 20% pelajar bumiputra, dan baki 80% untuk pelajar bukan bumiputra.

Kategori Kedua yang berdasarkan komposisi bangsa, 900 biasiswa ditawarkan. 557 daripada itu diberi kepada bumiputra dimana 480 darinya ialah pelajar melayu.

Kategori Ketiga diberikan kepada Malaysia timur, dimana 75 kepada Sarawak dan 75 kepada Sabah.

Kategori Keempat, diberikan berdasarkan kekurangan sosial. 77 diberikan kepada Bumiputra (73 Melayu), 35 kepada bangsa cina, 18 kepada bangsa india dan 2 lagi lain-lain.

Begitulah laporan mengenai pemberian biasiswa kerajaan pada tahun ini, maklum Datuk Seri Nazri Abd Aziz pada sidang parlimen semalam.

Sumber : The Star

Untuk melihat semua senarai biasiswa lain yang terdapat di Malaysia, sila tekan URL ini.

Posted in Education, MalaysiaComments (0)

Ujian kemasukan ke MRSM dikekalkan


mrsm1 Ujian kemasukan ke MRSM dikekalkan

Meskipun baru-baru ini kementerian pendidikan mengumumkan kemungkinan bahawa UPSR dan PMR akan dibubarkan sebagai peperiksaan awam, ujian kemasukan ke MRSM bagi pelajar lepasan PMR akan tetap dikekalkan.

Malah pada tahun hadapan, ujian kemasukan yang sama akan digunapakai bagi pelajar yang memohon kemasukan ke tingkatan satu di MRSM.

Ini membuktikan bahawa, walaupun tanpa PMR dan UPSR sekalipun, ianya tidak akan menjejaskan peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Malah setiap pelajar mempunyai peluang yang sama.

Fakta tambahan turut menyatakan, terdapat lebih daripada 9,000 pelajar memohon untuk kemasukan ke MRSM pada setiap tahun, dan angka tersebut dijangka bertambah dengan wujudnya lebih MRSM.

Sumber : Berita Harian

Nampaknya kenyataan terbaru ini dengan jelas dengan apa yang NK sasarkan pada kiriman sebelum ini.

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (11)

UPSR dan PMR akan dilupuskan


08052008056 UPSR dan PMR akan dilupuskan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berkemungkinan untuk dilupuskan dari sistem peperiksaan awam. Begitulah apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan.

Dikatakan juga bahawa, UPSR dan PMR tidak digunakan lagi untuk meminta pekerjaan kerana kebanyakan majikan ketika ini hanya cenderung kepada kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

UPSR dan PMR hanya digunakan ketika untuk memohon tempat ke sekolah-sekolah elit contohnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Maka lebih baik jika UPSR dan PMR dijadikan sebagai penilaian peringkat sekolah.

pmr johor UPSR dan PMR akan dilupuskan

Dengan dilupuskan UPSR dan PMR dari sistem peperiksaan awam, guru-guru dan pelajar sendiri dapat lebih menfokuskan kepada peningkatan kreativiti diri pelajar, aktiviti kesukanan dan aktiviti kokurikulum.

Ini dapat turut mengelakkan dari peperiksaan di Malaysia lebih menfokuskan kepada keputusan peperiksaan semata-mata.

Walaubagaimanapun, keputusan ini masih belum ditentukan dan pelbagai kajian akan dilakukan sebelum ianya dilaksanakan. Kementerian akan menunggu pendapat dari orang awam termasuk ibu-bapa, guru-guru, dan juga pelajar sendiri

Sumber : The Star

Pada pendapat NK, NK setuju 80% dengan idea ini.

Apa yang NK fikirkan, jika UPSR dan PMR sememangnya hanya menjadi penentu ke sekolah mana anda selepas ini, kenapa tidak sekolah itu sendiri yang mengadakan peperiksaan kelayakan masuk ke sekolahnya? Apa yang NK tahu, MRSM memang mempunyai peperiksaan sebelum layak ke MRSM, namun ianya perlu lebih diperhalusi.

Mengenai fokus pada aktiviti tambahan pelajar, kementerian perlu memikirkan apa lain aktiviti tambahan untuk pelajar. Mungkin pelajar boleh belajar lebih mengenai Kesenian dan juga Kebudayaan? Alat Muzik dan juga Bahasa Tambahan mungkin?

Tapi ianya sudah pasti memerlukan lebih kerjasama dari guru-guru dan juga ibu-bapa.

Apa pendapat anda?

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (19)

Fakta mengenai Hari Guru


Tahukah anda, Google Malaysia pun sama-sama sambut Sambutan Hari Guru Malaysia, cuba buka google.com.my sekarang, anda akan dapat lihat Google Doodle sempena Sambutan Hari Guru Malaysia.

Dibawah ni ada Screenshot image Google Doodle Tersebut,

ggoolle Fakta mengenai Hari Guru

Tahukah anda Kenapa Sambutan Hari Guru Malaysia dipilih jatuh pada 16 Mei setiap tahun?

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Source : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Guru_di_Malaysia

Objektifnya pula ada 6 iaitu,

Objektif

  • ” Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • ” Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • ” Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • ” Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • ” Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • ” Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Source : http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Guru_di_Malaysia

Posted in Malaysia, PictureComments (0)

Terima Kasih Cikgu! Selamat Hari Guru!


Macam semua bekas-bekas pelajar di mana-mana institusi pendidikan di Malaysia, 16 Mei pada setiap tahun dicatat sebagai Sambutan Hari Guru Nasional dan kebanyakan sekolah-sekolah akan mengadakan Sambutan Hari Guru dalam tempoh seminggu sebelum atau selepas tarikh tersebut.

Bila ada je usaha untuk menjayakan sambutan Hari Guru ni, NK mesti akan turut serta, sebab bukan selalu dapat peluang untuk buat sesuatu yang betul-betul dapat menghargai jasa guru yang selama ini bersusah payah layan kerenah pelajar. Kalau dulu NK kat asrama, cikgu-cikgu ni la yang jadi pengganti kepada Ibu dan Bapa, memang seronok la kalau dapat rotan dari cikgu masa tu, haha. Belum kira kena tembak air lambat bangun subuh lagi tu, campur dengan kena kurung dalam asrama sebab keluar lambat dari Dorm.

Terima Kasih kepada semua guru-guru yang mendidik kami sehingga sekarang ni dah senang hidup di Alam Dewasa. Nak tulis nama-nama guru kat sini banyak sangat pula, takpe la esok forward je sms banyak-banyak, hehe.

Tak lupa juga pada kawan-kawan NK yang tengah sibuk ambil kursus perguruan tu, niat jadi cikgu kena betulkan, jangan nak balas dendam apa yang korang kena dulu, hahahaha icon razz Terima Kasih Cikgu! Selamat Hari Guru!

Apa-apa pun, Selamat Hari Guru! Tanpa Guru-guru, siapalah kami sekarang~

selamat hari guru Terima Kasih Cikgu! Selamat Hari Guru!

Untuk tahu tema Sambutan Hari Guru 2010, lihat kiriman NK sebelum ni.

Ni ada Video YouTube Lagu Rasmi Guru, “Guru Malaysia”. Layan ye, selalu korang tengok video pelik-pelik je kat YouTube.

Untuk Lirik Lagu “Guru Malaysia” dan download MP3 lagu “Guru Malaysia”, lihat kiriman NK sebelum ni ye.

Posted in Malaysia, Picture, VideoComments (1)

Tema Hari Guru dan Lirik Lagu Kami Guru Malaysia


Nampaknya Tema Sambutan Hari Guru Malaysia 2010 sama dengan tema tahun lepas (2009) iaitu, “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Kalau tahun sebelum-sebelum banyak jugak  tema-tema yang telah disenaraikan, berikut merupakan senarai Tema Sambutan Hari Guru Nasional sejak dari tahun 2000,

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Mungkin ada antara pembaca yang tengah cari Lirik Lagu “Guru Malaysia” kan, kat bawah ni ada lirik lagunya,

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Tapi kalau nak download lagu “Guru Malaysia”, ataupun minus one lagu ni, ni ha dia link dari JPM sendiri http://www.moe.edu.my/hariguru/LaguTema/gurumalaysia.mp3

Posted in MalaysiaComments (5)

Karangan budak sekolah – Lawak


Haha, NK tak pasti anda semua dah baca atau belum, tapi NK belum pernah baca lagi. Apa yang NK dapat tahu, karangan ni dah lame dah tersebar kat internet, sejak dari tahun 2004 lagi. Tapi sekadar berkongsi, hiburan di hari minggu ni. Setakat ni, ini adalah karangan yang paling lawak NK pernah baca. Kesian cikgu-cikgu bahasa Malaysia kat sekolah tu ye,

Read the full story

Posted in LOL, PictureComments (22)







Partly powered by CleverPlugins.com