Alamak, macam-macam betul benda palsu yang diperbuat dari China, bukan sahaja alat-alat elektronik. Kini sehinggakan beras nasi pun berjaya China palsukan!
Yang paling mengejutkan, beras nasi palsu yang diperbuat dari China ini mempunyai campuran PLASTIK!
Beras palsu yang ditemui dijual di daerah Taiyuan, Shaanxi, China tersebut diperbuat dengan campuran bahan-bahan seperti ubi kentang, ubi manis dan bahan utamanya iaitu PLASTIK!
Sudah terang dan nyata bahan asing seperti plastik ini sangat merbahaya kepada tubuh badan.
Meskipun ianya nyat merbahaya, beras palsu ini masih lagi dijual secara meluas di China kerana ianya memberi untung yang besar kepada penghasilnya. Malah, tidak kurang juga kemungkinan bahawa beras ini sudah luas dijual ke pasaran luar.
Sebelum ini, China juga pernah menghasilkan bahan makanan palsu seperti susu bayi yang mengandungi melamin yang mampu membawa maut kepada bayi.
Maka jikalau anda sedang mencari-cari beras nasi baru, hanya dapatkan beras hasil produk tempatan. Perlu sentiasa berjaga-jaga dengan produk yang dibawa dari luar.
Kenalkah anda dengan Brendan Gan? Beliau yang berumur 22 tahun ini merupakan anak kelahiran rakyat Malaysia yang berbangsa Cina, kini merupakan seorang pemain bolasepak terkenal.
Beliau merupakan pemain bola sepak bagi kelab Liga-A, Sydney FC, dan bermain dalam posisi tengah dan kadangkala bermain sebagai penyerang.
Menurut undang-undang FIFA, beliau berpeluang untuk menyertai dan mewakili skuad bola sepak kebangsaan Australia ataupun Malaysia. Ini kerana meskipun beliau lahir dan dibesarkan di Australia, oleh kerana bapa beliau berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.
Meskipun berita mengenai beliau akan bermain dengan skuad Harimau Malaya masih belum dapat disahkan. Yang pasti beliau sendiri telah meluahkan hasrat hati untuk bermain sebagai pemain kebangsaan Malaysia.
Ini dapat disahkan melalui temubual beliau besama FourFourTwo di Astro Supersport. Beliau dikatakan berminat dengan cara permainan Malaysia ketika bermain di perlawanan AFF Suzuki Cup yang lalu dan juga strategi taktikal ketua jurulatih, K. Rajagobal.
Mungkin FAM boleh bersedia untuk proses naturalisasi pemain Brendan Gan ini? Pernah dahulu seorang bintang bola sepak yang boleh mewakili Malaysia juga pernah dilepaskan kepada Scotland, ingat lagi dengan Shaun Maloney?
Apa-apa pun, semoga beliau buat pilihan yang terbaik!
Awal minggu lepas, kontroversi mengenai penggunaan Novel INTERLOK sebagai novel rasmi sastera untuk pelajar tingkatan lima (SPM) begitu hangat diperkatakan, apa sebenarnya isu tersebut?
Ianya bukan hanya kontroversi, dikatakan telah berlaku beberapa perdebatan sebelum ini di Parlimen, sehinggakan pada sambutan Thaipusam yang lalu, dikatakan terdapat demonstrasi diadakan, dimana beberapa telah ditahan pihak polis sebagai tahan soal siasat.
Novel sastera INTERLOK menjadi isu apabila masyarakat india di Malaysia menyatakan bahawa novel tersebut mempunyai unsur penghinaan terhadap kaum india, dan kemudiannya timbul pula kenyataan terbaru dari Presiden MIC, Datuk G.Palanivel, mengatakan bahawa penggunaan Novel INTERLOK tidak mengikut dasar kerajaan iaitu semangat 1Malaysia.
Novel INTERLOK mengisahkan mengenai kisah suka dan duka kehidupan masyarakat Melayu, Cina, dan India ketika zaman sebelum kemerdekaan dikecapi, ketika zaman penjajahan jepun dan zaman darurat komunis.
Novel tulisan sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain pada tahun 1971 itu menjadi isu sensitif apabila terdapatnya rujukan penulis terhadap pendatang dari selatan india dengan panggilan sistem kasta, ‘Pariah’, seumpama menghina masyarakat india.
Terbaru, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini dalam situasi berjaga-jaga atas dakwaan akan berlakunya protes besar-besaran oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF), dimana dikatakan merupakan dalang disebalik pembakaran buku novel INTERLOK di hadapan Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves ketika sambutan Thaipusam yang lalu.
Beberapa ahli politik lain berpendapat tiada unsur rasisme atau perkauman pada kandungan buku novel.
Perkara ini masih lagi dibincangkan, dan belum ada kata putus dari mana-mana pihak.
Apa-apa pun, diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera tanpa sebarang kesulitan berlaku.
Terkini maklumat mengenai Utusan Malaysia, surat khabar berbahasa Malaysia tersebut didakwa sebagai menyebarkan sentimen Rasisme atau Perkauman.
Turut dinyatakan adalah dimana surat khabar yang ramai dari pembacanya adalah berbangsa Melayu tersebut terlalu melampau dalam menekankan isu-isu seperti Dasar Ekonomi Baru (New Economy Policy) dan Ketuanan Melayu.
Kenyataan ini disokong apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa surat khabar ini dan juga peminatnya membawa dan mendokong fahaman ekstremis.
Lim Guan Eng turut mendakwa Utusan Malaysia menyebarkan berita palsu dan berkemungkinan akan menyaman surat khabar tersebut atas dasar menjatuhkan imej beliau.
Utusan Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak membawa unsur Rasisme dan sentiasa meletakkan keutaaman bagi unsur perpaduan dan kedamaian antara kaum.
Namun Utusan Malaysia turut mengaku bahawa lebih menekankan isu mengenai Hak Melayu sejak berakhirnya Pilihanraya Umum Mac 2008.
Utusan Malaysia juga berkata mereka cuma bertahan dengan pelbagai serangan terhadap isu sensitif seperti penggunaan bahasa, hak raja melayu, malah penggunaan perkataaan Allah.
Reputasi Utusan Malaysia kian terjejas dengan dakwaan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan Utusan Malaysia sentiasa memperbesarkan isu Perkauman di Malaysia.
Apa pendapat anda? Utusan Malaysia memang merupakan akhbar yang berada di bawah UMNO pun kan? Bukan?
Wah, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee nampaknya mempunyai aplikasi sendiri dalam Apple iTunes untuk Apple iPhone.
Aplikasi tersebut yang boleh didapati dan dimuat turun dengan percuma tersebut turut boleh digunakan untuk Apple iPod Touch.
Aplikasi ini dihasilkan oleh sebuah syarikat digital The Octagonal Production, dan hasil karya penciptanya iaitu Hung Hing Wong.
Nampaknya aplikasi ini masih lagi baru didapati di iTunes, dimana tarikh keluarannya adalah 9 November 2010.
Berikut merupakan keterangan yang didapati pada Aplikasi ini.
Download this app to stream & listen to high quality Namewee 黄明志 music audios & videos. Visit Namewee’s facebook page to understand his latest status with this apps, all at your finger tips.
A real time chat room is embedded to allow listeners from around the world to share experience about Namewee music.
This is an unofficial Namewee’s app developed to pay tribute to Namewee, a young Malaysian music talent.
Walaupun Namewee ni merupakan artis yang penuh dengan kontroversi dan didakwa sebagai ‘racist’, namun tetap ada mereka yang sanggup untuk menghasilkan aplikasi sebegini khas untuk beliau.
Pernah dengar apabila lelaki kata, Perempuan lebih cantik kalau semulajadi, tanpa mekap? Nampaknya tak semua perempuan begitu kot.
Gambar yang bakal ditayangkan ini akan menunjukkan betapa hebatnya kesan penggunaan mekap dalam mencantikkan paras rupa.
Penggunaan mekap yang berkesan, dan dengan cara betul boleh menukar seorang gadis dari rupa yang biasa, kepada rupa yang pasti akan membuatkan semua lelaki dan jejaka diluar sana, terbeliak biji mata sehingga merenung rupa anda berulangkali.
Patutla banyak pemilik syarikat kecantikan boleh kaya raya.
Rupa-rupanya produk kecantikan kosmetik memang berkesan dan laris dibeli!
Anda pasti terkejut dengan transformasi rupa sebelum dan selepas penggunaan mekap. Gadis biasa kepada Gadis Comel!
Banyak lagi gambar, namun NK akan tunjukkan separuh sahaja terlebih dahulu,
Video mengenai rompakan di The Curve Mutiara Damansara ini nampaknya telah tersebar di internet dimana rakaman CCTV rompakan itu telah diletakkan di dalam YouTube.
Rompakan yang dipercayai berlaku di sebuah kedai produk kecantikan dan kesihatan, The Body Shop itu melibatkan 3 Orang lelaki dimana berdasarkan video tersebut didapati ketiga-tiga orang lelaki tersebut merupakan keturunan melayu.
Namun dikatakan tiada mangsa yang dicederakan kerana cuma jurujual wanita di kaunter sahaja yang ada di dalam kedai tersebut ketika rompakan itu berlaku.
Wanita itu juga berkemungkinan besar selamat tanpa sebarang kecederaan. Namun masih terdapat spekulasi kemungkinan besar wanita jurujual berketurunan Cina tersebut telah dirogol ketika rompakan berlaku.
Diharap jika terdapat sebarang saksi yang ternampak atau terlihat tindakan curiga mengenai rompakan ini, sila laporkan ke pihak berkuasa dengan kadar segera.
Dahsyat sungguh kejadian rompakan ini kerana lelaki yang merompak tersebut kelihatan membawa sebuah senjata tajam yang kelihatan seperti sebilah parang.
Semoga pihak berkuasa dapat segera mengambil tindakan dan menangkap penjenayah tersebut.
Berdasarkan video tersebut, sudah pasti Pihak Berkuasa dapat mengecam rupa paras perompak tersebut, dan juga dapat mengambil segala cap jari yang terdapat di kaunter bayaran tersebut.
Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem yang berasal dari Muar, Johor.
Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.
Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.
Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.
Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.
Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.
Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.
15 Minit sebelum tepat 31 Ogos 2010, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee telah diminta oleh polis yang datang ke rumah beliau di Muar, untuk memberi keteringan mengenai video kilp sensitif beliau.
Namun, keterangan itu kemudiannya diminta untuk dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pada esok harinya.
Namewee yang kemudiannya tiba di Balai Polis tersebut 9.15pm semalam dikerumuni oleh ramai wartawan dan jurukamera dari pelbagai pihak Media.
Beliau dilihat hadir diiringi dengan peguam beliau.
Keterangan untuk polis yang mengambil masa sehingga jam 12.25am itu dilaporkan berjalan lancar oleh kerana kerjasama baik yang diberi oleh Artis Rapper ini.
Berikut merupakan antara kata-kata Namewee selepas memberi Keterangan kepada Polis,
My name is NAMEWEE, is a Film Director, an artist, and a musician.
And it doesnt mean when i see something wrong in my country,i keep quite,because i am a MALAYSIAN , So i anti rasicm,i support 1MALAYSIA , that’s why i am here to cooperate with the police officer.
And i believe the police will support me anti racism and i believe my country will support me Anti Rasicm.
And yes i love my country. Ok thank you bye.
I am MENTALLY very healthy and i not going to suicide ok. I am no injured in my body, ok.
I explain everything, and i believe everything is ok now.
Isu mengenai pengetua “racist”, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, Siti Inshah Mansor, yang mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman setakat ini masih belum selesai.
Pengetua tersebut, yang dikatakan sehingga kini memiliki lebih dari 30 aduan laporan polis terhadap kenyataan beliau, sehingga kini masih diarahkan bercuti oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Menurut saksi, Pengetua tersebut, Siti Inshah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India hanyalah penumpang dalam konsep 1Malaysia yang dialungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Malah beliau turut memberikan analogi berikut;
“Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandu.”
Siti Inshah Mansor merupakan salah seorang penerima anugerah pengetua cemerlang negeri Johor, dan beliau baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.
Turut menjadi dakwaan ialah dimana beliau mengeluarkan kenyataan yang teramat memalukan dan berunsurkan perkauman dimana beliau berkata pelajar Cina tidak diperlukan di sini (Malaysia) dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang yang dipakai penganut agama Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing dan amat menjijikkan.
Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji mengenai kes ini.
Sebuah video klip khas turut dihasilkan oleh “rapper” penuh kontroversi yang pernah didakwa kerana menghina lagu kebangsaan, Namewee.
Namewee atau nama sebenar beliau, Wee Meng Chee, telah menghasilkan sebuah video klip lagu yang menghina tindakan Siti Inshah Mansor yang dikatakan keterlaluan dan beliau sangat menentang kenyataan perkauman pengetua “racist” tersebut.
Video klip tersebut berjudul “Nah!! Sucks Banana” <– (Amaran, lirik sangat sensitif)
Recent Comments