Gila hebat! Dan menakutkan!! Siapa sangka kalau lelaki pakai mekap pun boleh berubah menjadi perempuan! Kalau macam ni, lelaki tulen pun boleh tertipu!
Anda suka minum susu? Bagaimana pula kalau susu ni adalah susu bekas kumur gadis cantik? Berkualiti tinggi katanya, jom tengok!
Susu ‘White Power Milk’ ni adalah susu yang dijual dan dipakejkan berasingan dari susu biasa. Yang menarik, susu lembu yang dijual ini, sebenarnya adalah hasil bekas kumuran gadis!
Kononnya, gadis yang dipilih sebagai ‘alat’ kumuran itu dipilih dari golongan elit, yang cantik, kaya, dan berjaya sahaja dipilih. Dan calon-calon gadis kumuran ini mestilah dari golongan keluarga yang bertaraf tinggi.
Bukan itu je yang dijual, video gadis-gadis ni berkumur dengan susu itu pun dijual juga!
Pelik, ada ke yang nak beli susu hasil kumuran ni???
Dah tu pula, harga berkali ganda lagi mahal dari biasa!
Kenapa mahal?
Q: Why is the milk so expensive? A: Purified milk is more expensive than regular impure milk because it costs much more to make. Its intensity of aroma, texture and flavor, however, means that people can easily satisfy their cravings with only one or two tastes, making White Power Milk one of life’s affordable luxuries.
Amboi, susu kumur ni lagi berkualiti tinggi, beraroma, ada tekstur dan rasa yang mewah katanya.
Tapi kan, walaupun ianya memang benar-benar dijual, rupa-rupanya segala dakwaan tu cuma lah rekaan semata-mata. Sebenarnya ianya cuma sebuah persembahan seni ciptaan artis Nate Hill.
Masako Mizutani mengejutkan ramai orang dengan rupa cantik awet mudanya yang kelihatan seperti berumur 18 tahun, walaupun sudah berumur 43 tahun!
Masako yang berasal dari Nagoya, Jepun, lahir pada tahun 1968, dan juga telah mempunyai anak yang berusia 20 tahun. Tetapi, rupanya yang kekal muda itu membuatkan ramai orang yang menjumpainya tidak bercaya yang dia sudah berumur 43 tahun! Dan juga sudah mempunyai anak!
Menurutnya, dia tidak pernah mendapatkan apa-apa khidmat pembedahan plastik, apa yang dia lakukan cuma adalah meluangkan lebih banyak masa dengan menjaga kecantikan dan juga kesihatan dirinya.
Malah, dia berkata, dia meluangkan masa tidak kurang 5 jam sehari dihabiskan untuknya menjaga kesihatan kulit sahaja!
Katanya, dia mempunyai rahsia tersendiri untuk kekal cantik dan awet muda.
Dia turut memberi beberapa tips untuk kekal awet muda, seperti :
Amalkan makanan sihat dan seimbang.
4 kali hidangan sehari, setiap kali cuma dalam jumlah yang kecil.
Banyakkan meminum air untuk membuang toksik badan.
Kurangkan memakai mekap apabila semakin berusia. (<— Macam tak percaya yang ini)
Gunakan losyen matahari apabila keluar.
Gunakan krim kulit berasaskan Vitamin E untuk kulit lebih licin dan berseri.
Amalkan tabiat mencuci, ‘toning’, dan melembabkan kulit muka sebelum tidur.
Sentiasa bersenam, dapatkan cukup tidur, dan jangan menghisap rokok.
Nak cuba? Mungkin anda pun boleh menjadi cantik sedemikian ketika di usia lewat nanti.
Nah, cuba lihat beberapa gambar Masako Mizutani yang membuatkan beliau kelihatan seperti gadis remaja 18 tahun, mengalahkan gaya model dan pelakon!
(AMARAN : VIDEO COMEL MELAMPAU) Siapa sangka video yang memaparkan seekor ibu kucing dan anak kucing yang sedang tidur pun boleh jadi viral disebabkan terlampau comel.
Video YouTube yang dimuat naik oleh pengguna YouTube dragomirnet86dengan tajuk ‘Cat mom hugs baby kitten’ kini mempunyai paparan lebih 4 Juta hanya dalam masa 2 hari selepas ianya dimuat naik!.
Sudah semestinya punca utama menjadikan video tersebut viral adalah apabila ianya dipaparkan di laman Reddit.com, dan kemudiannya disebarkan ke laman-laman lain.
Alamak, tersebar pula gambar pakcik miang dengan model seksi di Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS 2010) yang berakhir semalam.
Tapi tahukah anda? Acara Motorshow menjadi medan tempur untuk peminat fotografi untuk beradu dalam mendapatkan foto yang terbaik.
Namun kebanyakannya bukan kenderaan-kenderaan permotoran tersebut yang menjadi tarikan, namun model atau peragawati bagi kereta tersebut yang lebih menjadi tarikan.
Apabila ini berlaku, tidak kurang juga mereka-mereka yang cuba mengambil kesempatan atas ketidak-paksa-rela-an model-model ini, contohnya ada yang cuba bersentuh-sentuhan dengan para model tersebut.
Sudahlah perlu bekerja dari pagi hingga ke petang, perlu berdiri lebih 5-6 jam, perlu senyum sentiasa sambil menjaga mekap, ini terpaksa pula melayan kerenah mereka-mereka yang gatal tangan ni.
Mentang-mentang la model-model ni bukan main cantik, muda, bergaya, comel, seksi-meksi lagi!
Apa-apa pun, hebat pakcik ni, sambil-sambil bergaya dengan kereta dapat juga ‘pegang-pegang’ kan? enjoice je muka, ish-ish-ish.
Sambil-sambil tengok rupa model tu, cuba perhatikan posisi badan model tersebut dan dimana terletaknya tangan-tangan gatal tu.
p/s : nantikan lebih gambar aksi miang terlampau pakcik-pakcik ni, ada masalah internet sikit.
Pernahkah anda dengar tentang Komuniti Jejaka Jambu dan Gadis Cute? Pelik tapi benar.
Facebook Fanpage yang telah beroperasi lebih dari 3 bulan ini nampaknya semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna Facebook.
KOMUNITI JEJAKA JAMBU DAN GADIS CUTE, itulah nama yang digunapakai oleh admin facebook fanpage ini. Agak sensitif mungkin? atau ianya terlalu ekstrem?
Yang menarik, komuniti facebook ini juga mengadakan pertandingan dimana pengguna boleh bersaing untuk menjadi Jejaka paling Jambu dan juga Gadis paling Cute di laman Facebook.
Caranya mudah, pengguna facebook cuma perlu ‘Like’ fanpage tersebut dan upload gambar yang anda ingin turut sertakan ke wall fanpage tersebut.
Dan sebagai pemenang, gambar jejaka jambu dan gadis cute tersebut akan terpampang pada profile picture fanpage tersebut selama sebulan.
Hmm, apa pendapat anda? adakah ini lagi satu cubaan mengarut dan pelik pengguna facebook? Tapi kan, sehingga kini, sudah terdapat 6,889 yang sudah like facebook fanpage ini!
Apa-apa pun, sangat berharap agar tidak ada salah guna oleh pengguna facebook lain dengan gambar peminat-peminat facebook fanpage tersebut.
Mana la tau gambar-gambar jejaka jambu dan gadis cute tersebut diedarkan dan disalahguna atau disalahtafsir oleh pengguna-pengguna internet yang lain kan.
Maklumlah, internet semakin bahaya sekarang ini, mungkin tidak kepada jejaka jambu kan, tapi kesian la kepada gadis cute.
Pernah dengar apabila lelaki kata, Perempuan lebih cantik kalau semulajadi, tanpa mekap? Nampaknya tak semua perempuan begitu kot.
Gambar yang bakal ditayangkan ini akan menunjukkan betapa hebatnya kesan penggunaan mekap dalam mencantikkan paras rupa.
Penggunaan mekap yang berkesan, dan dengan cara betul boleh menukar seorang gadis dari rupa yang biasa, kepada rupa yang pasti akan membuatkan semua lelaki dan jejaka diluar sana, terbeliak biji mata sehingga merenung rupa anda berulangkali.
Patutla banyak pemilik syarikat kecantikan boleh kaya raya.
Rupa-rupanya produk kecantikan kosmetik memang berkesan dan laris dibeli!
Anda pasti terkejut dengan transformasi rupa sebelum dan selepas penggunaan mekap. Gadis biasa kepada Gadis Comel!
Banyak lagi gambar, namun NK akan tunjukkan separuh sahaja terlebih dahulu,
Jessica Watson, gadis berumur 16 tahun dari Australia ini telah berjaya melengkapkan pelayaran solo beliau mengelilingi dunia dan mencatat rekod sebagai pelayar solo yang termuda. Pelayaran yang bermula sejak dari 18 Oktober 2009 itu tamat pada 15 Mei 2010, dan mengambil masa selama 210 hari, yang menariknya, beliau tiba 3 hari sebelum menyambut ulangtahun hari lahir beliau yang ke 17, 18 Mei.
Nampaknya tamat juga akhirnya siri Drama Melayu yang sangat hangat dikalangan peminat-peminat drama melayu seMalaysia. Siri Drama Adamaya yang disiarkan pada jam 6.30 petang setiap hari isnin hingga khamis ni berkisarkan tentang hidup rumahtangga Adam dan Maya yang dilanda pelbagai dugaan yang berpunca dari bekas kekasih Maya, Dani. Tak perlu la nak ceritakan macam mana kisahnya, yang pasti ada ramai peminat Adamaya kat luar sana kan?
Recent Comments