Tag Archive | "CPS"

Proton Perdana Replacement awal tahun 2011?


Proton Perdana yang sudah berapa dalam pasaran lebih dari 10 tahun tidak lama lagi akan turut diganti dengan model yang serba baru.

Sebelum ini, Proton Perdana yang dikatakan sebagai model Proton yang paling eksklusif merupakan model kereta yang berasaskan kepada model Mitsubishi Galant atau lebih dikenali di Jepun dengan nama Mitsubishi Eterna.

Berita mengenai Proton Perdana Replacement ini telah tersebar sejak tahun 2007 lagi, dimana pada awalnya dikatakan bahawa Proton mempunyai perancangan untuk mengadakan kerjasama dengan Volkswagen.

Dan ketika tersebarlah ura-ura mengatakan model baru Proton yang akan diperkenalkan akan berdasarkan pada Volkswagen Passat.

Namun, perbincangan mengenai kerjasama tersebut tidak dapat persetujuan kedua pihak.

Kemudian terdapat juga satu tempoh dimana Proton berada dalam perbincangan dengan Mitsubishi Motor Australia untuk membawa masuk model Mitsubishi 380 dan dijadikan sebagai Model Proton Perdana yang baru.

Namun, dikatakan kerjasama tersebut turut tidak dapat dipersetujui.

Kini, ura-ura masih tersebar luas dimana Proton Perdana Replacement akan dikeluarkan pada awal tahun 2011, dan akan berasaskan model Mitsubishi 380?

Apa maksud gambar spyshot di bawah?

Bandingkan dengan gambar sebenar Mitsubishi 380.

Mitsubishi 380 perdana Proton Perdana Replacement awal tahun 2011?

proton perdana replacement 1 Proton Perdana Replacement awal tahun 2011?proton perdana replacement 2 Proton Perdana Replacement awal tahun 2011?proton perdana replacement 3 Proton Perdana Replacement awal tahun 2011?proton perdana replacement Proton Perdana Replacement awal tahun 2011?

Posted in Automotive, NewsComments (5)

Gambar Interior Proton Inspira Baru


Pelbagai gambar baru mengenai Proton Inspira telah dikeluarkan. Nampaknya gambar-gambar interior (dalaman), Proton Inspira yang dinantikan telah tiba.

Untuk spesifikasi sila rujuk kiriman sebelum ini.

Untuk senarai harga termasuk kiraan bayaran pinjaman, sila rujuk kiriman sebelum ini.

Amaran, kesemua gambar ini adalah dalam saiz resolusi yang besar.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar tersebut.

Gambar Proton Inspira yang ditayangkan mungkin adalah Proton Inspira Premium 2.0.

New Proton Inspira Interior Picture/Images

Proton Inspira interior 1 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 2 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 3 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 4 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 5 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 6 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 7 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 8 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 9 1024x768 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 10 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 11 1024x768 Gambar Interior Proton Inspira Baru

Posted in Automotive, NewsComments (5)

Proton bersedia dengan Saga Facelift, Persona R dan Campro Turbo


Mungkin berita mengenai pelancaran Proton Inspira masih hangat diperbualkan, kini Proton bersedia pula mempersiapkan Saga Facelift, Persona R dan Campro Turbo.

Proton Saga telah dilancarkan sejak tahun 2008, dan sejak dari itu juga ia telah menjadi pilihan sebagai model Sedan Proton yang paling berbaloi dan mampu milik.

Sebelum ianya digantikan dengan generasi baru sepenuhnya pada 2013 nanti, ianya akan mengalami Facelift terdahulu, dan dijangkakan akan dikeluarkan sebelum hujung tahun ini. Atau mungkin Proton akan lancarkan awal tahun hadapan? Pelbagai gambar ‘spyshot’ telahpun tersebar luas di internet.

Pernah dengar tentang Persona R? Persona R atau Persona Replacement juga dalam perancangan proton dan berkemungkinan besar akan sedia untuk dipasarkan awal tahun 2012.

Persona merupakan model Proton yang telah berada di pasaran sejak tahun 2007 dan ianya berasaskan model Gen-2 yang telah dilancarkan sejak tahun 2004.

Turut menjadi tanda tanya ialah tarikh pelancaran enjin terbaru dari Proton.

Proton telah lama dihebohkan sedang membina sebuah enjin baru yang berkemungkinan merupakan enjin Turbo pertama dari Proton.

Malah, enjin CamPro Turbo ini juga dikatakan bakal dimuatkan dalam Model Exora tahun hadapan yang akan dipanggil Exora Turbo.

Atau mungkin Proton sedang sibuk membuat enjin dengan sesaran yang lebih besar? CamPro CPS 1,800 cc atau mungkin CamPro CPS 2,000 cc?

Apa-apa pun, nantikan perkembangan baru dari Proton.

logo proton1 Proton bersedia dengan Saga Facelift, Persona R dan Campro Turbo

Posted in Automotive, NewsComments (5)

Senarai Harga Proton Inspira Baru


Setelah dilancarkan minggu lepas, Proton Inspira telah boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran Proton Edar, malah ada jurujual yang sudah banyak mendapat jualan.

Proton Inspira didatangkan dengan 3 ‘trim-level’ iaitu, 1.8 Executive Manual, 1.8 Executive CVT, dan 2.0 Premium CVT. Setakat ini masih belum ada maklumat mengenai 2.0 Manual.

Proton Inspira akan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih, dilengkapi dengan ABS, EBD dan juga Airbag. Malah bagi mereka yang sukakan teknologi pada kereta, Proton Inspira turut mempunyai fungsi Auto Cruise bagi model Premium.

Mungkin akan menjadi masalah untuk Proton mengenai jualan Proton Inspira ini ialah kadar bunga pinjaman minima (Minimum interest rate) yang dikenakan oleh bank tempatan.

Kadar bunga pinjaman untuk kenderaan tempatan adalah sangat tinggi berbanding kenderaan import!

Untuk pinjam 5 tahun, kadar 3.65% setahun dikenakan, 7 tahun, kadar 3.90% setahun dikenakan, dan untuk 9 tahun, kadar 4.00% setahun dikenakan!

Apa bila dikira, pembeli perlu menambah 1/3 harga asal kereta untuk bayaran pinjaman sehingga 9 tahun.

Senarai Harga Proton Inspira Baru


senarai harga proton inspira Senarai Harga Proton Inspira Baru

senarai harga proton inspira sabah serawak Senarai Harga Proton Inspira Baru

Untuk Sabah/Sarawak - Semenanjung kurang RM2,500

Posted in Automotive, NewsComments (0)

Gambar Test Drive Proton Inspira (P3-90A) baru


Gambar rasmi Test Drive Proton Inspira dari Proton Berhad. Gambar Proton Inspira kelihatan dibaluti sebahagaian dari badannya.

Menurut sumber, Model baru Proton Inspira ini sudah boleh mula ditempah mulai esok (14 Oktober 2010) di beberapa cawangan rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Namun, mengenai pelancaran tarikh rasmi Model Proton Inspira ini ke pasaran adalah pada 10 November 2010.

Berdasarkan maklumat, Proton Inspira ini turut akan diberikan ekstra tambahan dengan pengubahsuaian pengendalian dan suspension khas dari jenama supercar terkemuka Lotus.

Saksikan gambar Test Drive Proton Inspira baru ini, namun, tiada gambar interior atau dalaman kereta yang dapat disiarkan.

Mungkin akan datang boleh buat review untuk Test Drive pula kan?,

Untuk makluman, gambar tersebut adalah telah dihadkan oleh Proton mengenai pengedarannya.

proton inspira 1 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 2 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 3 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 4 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 6 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 5 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baru

Posted in Automotive, MalaysiaComments (9)

Harga Proton Waja atau Proton Inspira Baru


Nampaknya Proton Waja Baru atau Waja Replacement Model sudah dipastikan akan dinamakan sebagai Proton Inspira!

Model Proton Inspira yang berasaskan Mitsubishi Lancer ini turut dikatakan akan diumumkan kepada masyarakat umum atau ‘soft launch’ pada 16 Oktober ini.

Berkenaan dengan harga Proton Inspira pula, ura-ura adalah seperti berikut :

Harga Proton Inspira Baru

1.8 MT – RM79,999
1.8 CVT (Auto) – RM87,000+
2.0 CVT Premium – RM94,000+

Hmm, Nampaknya harga Proton Inspira ini kelihatan seperti agak mahal atau lebih premium berbanding model Proton yang lain selama ini,

Yang menarik, Proton Inspira baru ini turut akan diberi tambahan ekstra servis PERCUMA selama 2 tahun! PERCUMA termasuk upah kerja dan juga segala alat gantian!

Nantikan UPDATE gambar baru mengenai Proton Inspira ini!

Buat masa sekarang, berikut merupakan keratan iklan Proton Inspira yang tersebar luas.

Proton Inspira, menarik bukan?

Proton inspira harga brochure Harga Proton Waja atau Proton Inspira Baru

Posted in Automotive, Malaysia, NewsComments (8)

Proton tarik model Gen2 dan Satria Neo 2004-2008


Proton melancarkan panggilan sukarela bagi kesemua model Gen2 dan Satria Neo yand dikeluarkan antara tahun 2004 hingga 2008 hari ini.

Kedua-dua model tersebut didapat mempunyai masalah dengan komponen ‘clock spring’ yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan pemandu.

Namun, dikatakan tidak kesemua kereta akan mengalami masalah tersebut, mungkin kerana cara pemanduan yang baik dapat mengelak dari komponen tersebut dari gagal berfungsi. Oleh itu, panggilan ini diadakan secara sukarela, terpulang kepada pemandu untuk melakukan semakan kerosakan.

Komponen ‘clock spring’ tersebut menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Antara masalah yang bleh berpunca dari kerosakan ‘clock spring’ :

  1. Steering Wheel mengeluarkan bunyi ketika berpusing.
  2. Bunyi Hon secara tiba-tiba.
  3. Kerosakan butang kawalan audio pada Steering Wheel.
  4. AirBag akan keluar secara tiba-tiba.
  5. Kereta tak boleh dihidupkan.

Panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton. Malah, Kos untuk melakukan semakan terhadap komponen tersebut, dan menggantikan komponen tersebut kesemuanya ditanggung oleh Proton tanpa sebarang bayaran.

Namun pemilik kenderaan yang terbabit perlu menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma, sebelum terus ke pusat Servis.

Maklumat lanjut, pengguna boleh layari http://www.protonaftersales.com/ untuk melakukan semakan secara online dan juga melakukan pertanyaan lanjut.

clock spring proton Proton tarik model Gen2 dan Satria Neo 2004 2008

Posted in Automotive, Malaysia, NewsComments (0)

Proton enjin CamPro Turbo awal tahun 2011


Pengarah Proton Holdings Sdn Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengeluarkan kenyataan bahawa Proton akan mengeluarkan enjin Turbo (Turbo-Charged) pada awal tahun 2011.

Enjin CamPro Turbo ini dikatakan akan mampu menjana kuasa sama seperti keupayaan enjin 2000cc.

Turut dinyatakan ialah model pertama yang akan menggunakan enjin Proton CamPro Turbo ini ialah model MPV Proton iaitu Proton Exora Turbo.

Mengenari Model ganti Proton Waja dengan kerjasama Mitsubishi Motors pula, beliau tidak menafikan bahawa ianya akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

Sumber : Bernama

Posted in Automotive, MalaysiaComments (1)

Video Proton Waja Lancer baru di Buletin Utama TV3


Ura-ura mengenai pelancaran Proton Waja baru menggantikan model lama, yang berasaskan Mitsubishi Lancer akan dilancarkan selepas raya kini makin kukuh.

Tempoh hari, Buletin Utama TV3 telah berjaya untuk mendapatkan kebenaran dari Proton untuk membut sedikit paparan video spyshot sneak preview mengenai model baru itu.

Dan segala spekulasi mengenai rupa luaran Proton Waja Lancer tersebut sememangnya mengena dengan jangkaan selama ini.

Didalam Video Buletin Utama TV3 tersebut turut menyatakan bahawa Proton menjangkakan akan melancarkan Model baru Proton Waja Lancer ini pada awal bulan depan, berkemungkinan pada minggu pertama Oktober.

Namun, apabila ditanya mengenai lingkungan harga Model baru tersebut, ianya tidak pula dinyatakan dalam video buletin utama tersebut. Apa yang dimaklumkan hanya ianya akan kekal pada harga yang kompetitif.

Namun, NK telah dapat gambaran awal mengenai harga tersebut pada kiriman sebelum ini : http://notakosong.com/1844/malaysia/proton-waja-baru-proton-lancer-selepas-raya/

Keterangan lanjut mengenai enjin dan spesifikasi dalaman masih dibiarkan sebagai rahsia, apa yang dinyatakan cuma, handling dan suspension model baru Proton Waja ini akan dipertingkatkan berbanding model asal Mitsubishi Lancer, ianya akan dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan LOTUS Technology.

waja lancer proton tv3 Video Proton Waja Lancer baru di Buletin Utama TV3waja lancer proton tv3 2 Video Proton Waja Lancer baru di Buletin Utama TV3waja lancer proton tv3 3 Video Proton Waja Lancer baru di Buletin Utama TV3

Kredit video to : Youtube paultantk

Posted in Automotive, Malaysia, VideoComments (8)

Proton Waja baru – Proton Lancer selepas Raya


Model baru keluaran PROTON Holdings Bhd yang akan berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, dikatakan akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pandu uji dan pengubahsuaian reka bentuk telah siap dilakukan, dan kini Proton hanya menghitung hari untuk mengumumkan pelancaran model baru yang akan menggantikan Waja ini. (Proton Waja Replacement Model)

Model baru ini yang masih belum pasti apakah nama model tersebut, sama ada kekal sebagai Waja, atau akan diubah, akan turut serta dan dipamerkan kepada orang awam di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).

Harga yang ditawarkan pula dikatakan di dalam lingkungan seperti berikut :

1.8 liter manual - RM75,000

1.8 liter auto - RM80,000

2.0 liter – Hampir RM100,000

Ini adalah jauh lebih murah berbanding harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) yang berada pada harga RM120,598.10 seunit, tanpa insurans.

Spesifikasi mengenai enjin kereta ini telah dibincangkan dalam kiriman yang sebelum ini : http://notakosong.com/1360/news/protonwaja-replacement-model-mitsubishi-lancer/

Manakala gambar snapshot mengenai model fasa pandu uji ada dalam kiriman : http://notakosong.com/1484/malaysia/proton-waja-replacement-model-proton-impian/

Apa kata anda? Macam berbaloi je ni. Nantikan tarikh rasmi pelancaran model serba baru ini selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri

Proton waja lancer notakosong.com  Proton Waja baru   Proton Lancer selepas Raya

Posted in Automotive, MalaysiaComments (22)







Partly powered by CleverPlugins.com