Posted on 02 August 2010. Tags: Baru, Bernama, Campro, Campro CPS, Campro Turbo, Car, Chrysler, CPS, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, EVO, Exora, GEMA, Global, Hyundai, Impian, Kereta, Lancer, Lelaki, Malaysia, Mitsubishi, Mitsubishi Lancer, Mitsubishi Lancer 2.0 GT, Model, Nasional, Panas, Paultan.org, Penang, Proton, Proton Exora, Proton Impian, Proton Sedan WRM, Proton Waja, Rebadge, Sedan, Waja, Waja Replacement Model
Nampaknya khabar angin mengenai keluarnya model sedan baru Proton sebagai pengganti model Proton Waja sudah sah! Sememangnya model baru ini akan berdasarkan Mitsubishi Lancer!
Berdasarkan apa yang NK perolehi dari Paultan.org, nampaknya ada seorang pembaca Paultan.org telah berpeluang untuk melihat sendiri Model Waja Replacement Model (WRM) ini yang dilihat menggunakan plet dagangan (Trade Plate) di Masjid Kapitan Keling, Penang.
Model WRM ini yang separa dari badannya dilitupi, sememangnya adalah Model Mitsubishi Lancer X yang telah diubah kejuruteraannya mengikut kesesuaian Proton dan juga Citarasa tempatan.
Berikut merupakan gambar-gambar dari Paultan.org.




Selebihnya boleh dilihat dari sumber. Kredit kepada pembaca Fahmil dari Penang.
Untuk maklumat lanjut mengenai khabar angin Proton Waja Lancer ini, boleh lihat kiriman NK sebelum ini.
http://notakosong.com/1360/news/protonwaja-replacement-model-mitsubishi-lancer/
Posted in Automotive, Malaysia
Posted on 18 July 2010. Tags: Baru, Bernama, Campro, Campro CPS, Campro Turbo, Chrysler, CPS, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Exora, GEMA, Global, Hyundai, Kereta, Lancer, Lelaki, Malaysia, Mitsubishi, Mitsubishi Lancer, Mitsubishi Lancer 2.0 GT, Model, Panas, Proton, Proton Exora, Proton Sedan WRM, Proton Waja, Sedan, Theophilus Chin, Waja
Nampaknya sudah tidak sangsi lagi, Model baru Proton akan dikeluarkan pada suku akhir tahun ini bagi menggantikan Model Sedan Proton Waja yang sudah terlalu lama berada di pasaran. Setakat ini ia hanya dikenali sebagai Waja Replacement Model (WRM).
Ura-ura yang tersebar luas di pasaran mengatakan Model baru Proton Sedan WRM ini akan amat menyerupai Mitsubishi Lancer 2.0 GT namun akan menggunakan enjin dengan sesaran lebih kecil iaitu 1.8l.

Adakah menggunakan enjin Campro yang baru? Campro CPS 1.8 bunyi macam amat menarik jika digandingkan ke dalam Proton WRM ini. Atau lebih baik, enjin Campro CPS Turbo??
Namun terdapat juga khabar angin yang mengatakan, bahagian enjin Proton WRM ini akan menggunakan enjin 1.8l dari Global Engine Manufacturing Alliance (GEMA), pengeluar Global bagi semua enjin Mitsubishi, Chrysler dan Hyundai. Menarik!
“Semua persediaan telah dilakukan, kami berharap ianya dapat dilancarkan pada suku akhir tahun ini”, begitulah kenyataan dari Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, semasa pelancaran Variasi baru bagi Proton Exora.
Sumber : Bernama
Gambar : Theophilus Chin
Posted in News
Recent Comments