Angeles Duran yang berasal dari Galician, Sepanyol, menyatakan dirinya sebagai pemilik sah bagi bintang paling besar, Matahari.
Angeles Duran mendakwa, oleh kerana beliau merupakan pemilik Matahari, beliau akan berusaha untuk mengutip cukai dari sesiapapun yang menggunakan tenaga hasil dari matahari.
Menurut beliau, selama ini memang ada perjanjian antarabangsa dimana tidak ada satu negara atau bangsa pun yang boleh mendakwa mereka sebagai pemilik bulan-bulan dan planet-planet.
Namun, tidak ada satu pun kenyataan yang mendakwa seseorang individu tidak boleh menjadikan bintang sebagai milik mereka.
Beliau melalui peguam beliau telah mengesahkan bahawa beliau merupakan pemilik bintang Matahari.
Duran berkata, hasil dari cukai yang bakal dikutip beliau tersebut akan disumbangkan 50% kepada bajet negeri, 20% bajet minimum pencen, 10% untuk bidang pengajian dan pembangunan, dan 10% untuk menghentikan kelaparan dalam dunia.
Beliau dikatakan cuma mahu 10% dari hasil kutipan cukai tersebut.
Beliau mendakwa bintang matahari yang terletak lebih 149,600,000 batu itu menghasilkan begitu banyak sumbangan lebih-lebih lagi dalam penghasilan tenaga solar.












Recent Comments