Tag Archive | "Diskaun"

Promosi Burger King Supreme Angus Steakhouse RM5


Kadang-kadang seronok dengan Burger King ni, tak henti-henti dengan promosi diskaun. Dapatkan Burger King Supreme Angus Steakhouse cuma RM5!

burger king supreme angus steakhouse rm5 Promosi Burger King Supreme Angus Steakhouse RM5

Cara nak dapatkan promosi ni? Macam ni, mudah je!

  1. Pergi ke cawangan Restoran Burger King berdekatan anda.
  2. Beli satu minuman bikarbonat bersaiz medium.
  3. Dan tambah RM5 untuk dapatkan Burger King Supreme Angus Steakhouse! Dengan pilihan Spicy Jalapeno atau Black Pepper!

Tawaran Promosi ni cuma sah pada 23 Februari 2012 (Khamis), antara jam 2 tengahari dan 6 petang sahaja!

Berminat? atau nak tunggu tawaran RM1 dari Burger King?

 

Posted in FoodComments (0)

Menu Pizza Hut Promosi 50% Diskaun!


Ingat lagi poster teaser promosi 50% Pizza Hut sebelum ini? Nampaknya ianya sememangnya benar, dan berikut merupakan menu promosi 50% yang ditawarkan!

pizza hut promosi april Menu Pizza Hut Promosi 50% Diskaun!

Nampaknya terdapat Promosi menu yang berbeza bagi setiap hari yang berlainan, Jom tengok menu apa yang ditawarkan.

Isnin
Hawaian Chicken Personal Pizza RM4.50
4 pcs of WingStreet RM3.75

Selasa
Meatball Blognaise RM5.25
Assam Boi Fizz RM2.45

Rabu
Super Supreme Personal Cheesy Lava Stuffed Crust Pizza RM6.75
Soup-of-day dan Garlic Bread RM3.25

Khamis
Island Supreme Personal Pan Pizza RM5.50
Tropical Fizz RM2.45

Jumaat
Creamy Carbonara RM5.25
Garlic Bread RM1.50

Apa lagi, jom segera ke Restoran Pizza Hut berdekatan untuk nikmati promosi hebat Pizza Hut ini!

Posted in FoodComments (2)

Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?


Agak-agaknya, apa maksud poster teaser yang Pizza Hut keluarkan ini? Adakah berkenaan promosi 50% diskaun di Pizza Hut? Jom tengok poster yang dikeluarkan.

Berdasarkan poster tersebut, terdapat simbol 50% pada kesemua tarikh hari bekerja pada dan selepas 14 April 2011. Namun, sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya, apakah maksudnya simbol 50% tersebut.

Pizza hut 50 peratus discount Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?

Adakah ini untuk bersaing dengan promosi keluaran KFC dan McDonald’s yang begitu hebat sekali dengan promosi jualannya? Diskaun 50% atau separuh harga untuk kesemua pembelian Set Pizza pada tarikh-tarikh yang dinyatakan?

Apa-apa pun, kita nantikan sama-sama kejutan istimewa dari Pizza Hut ini!

Posted in FoodComments (1)

Jual diri di Mudah.my, laku ke??


Kalau sebelum ni pernah dengar orang jual diri di Ebay, kali ni tak disangka-sangka ada pula yang nak cuba jual diri di Mudah.my? Ada orang nak beli? Laku ke?

Tak pasti la bila lagi iklan ni disiarkan, tapi yang pasti, sememangnya iklan ni dah tak boleh dicari lagi di Mudah.my.

Yang hairannya, betul ke jual diri sendiri ni? atau kena dajal dengan kawan-kawan je ni???

Berapa harga ni dik? Tak tulis pun, mana tahu boleh mintak diskaun ke.

Apa-apa pun, kena tanya pada si penjual badan sendiri, encik Haizul…

Isi kandungan iklan tersebut.

hai…
saya haizul…
berumur 20 tahun…
saya ingin menjual diri kepada sesiapa yg berminat…
just contact..
im desperate…:))

Semoga pemilik baru badan Haizul ni berpuas hati la dengan pembelian beliau ni ya, icon razz Jual diri di Mudah.my, laku ke??

Macam-macam Malaysia.

jual kawan haizul Jual diri di Mudah.my, laku ke??

Posted in Internet, LOL, RandomComments (8)

Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda!


Wow, nampaknya KFC Malaysia bawakan lagi kelainan dalam pilihan hidangan untuk anda dan keluarga, KFC Egg Tart!.

Hebat, makanan tradisional masyarakat Cina dan Portugis sedunia ini nampaknya diberi sentuhan unik tersendiri oleh KFC dan dijadikan sebagai menu sampingan terbaru.

Mungkin ianya akan lebih sedap berbanding sememangnya enak Egg Tart dari Hong Kong dan Portugal? Belum cuba, belum tahu!

” Rich, Creamy, and Simply Irresistible “,

Apa-apa pun, bagi yang berminat untuk mencuba KFC Egg Tart ini, dapatkan Voucher diskaun untuk anda dibawah.

Kini anda boleh dapatkan KFC Egg Tart dengan hanya RM1 setiap satu! (Tertakluk kepada terma dan syarat)

voucher egg tart kfc Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda! Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda!

Posted in FoodComments (2)

Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!


Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan laluan Tol tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tol Percuma yang membabitkan semua kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1, kesemuanya berada di bawah pengurusan MTD Prime.

Tempoh masa dan tarikh laluan Tol tersebut secara Percuma adalah seperti berikut :

Bermula
7 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
8 September 2010 : 6 Pagi

Bermula
15 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
16 September 2010 : 6 Pagi

Terima Kasih diucapkan kepada pihak terbabit atas pengecualian bayaran Tol ini walaupun hanya sementara.

Apa-apa pun, kita sebagai pengguna Jalan Raya diminta berhati-hati di jalan raya, Ingatlah orang tersayang~

malaysia tol Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!

Posted in Malaysia, News, TravelComments (5)

Tol percuma dan diskaun sempena Hari Merdeka


Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor, mengumumkan bahawa akan adanya perkhidmatan Tol secara percuma dan juga diskaun bagi Tol-tol tertentu seluruh Malaysia sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos.

Laluan percuma bermakna tiada cas bayaran tol akan diberi pada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Lebuhraya PLUS, Elite, Linkedua, dan Seremban-Port Dickson pula akan menawarkan diskaun sebanyak 20% pada 31 Ogos dan 1 September.

Namun diskaun ini akan hanya diberi kepada pengguna yang menggunakan laluan tersebut pada waktu 12 tengahmalam sehingga 7 pagi. Dimana kebiasaanya pengguna pada waktu tersebut hanya menerima diskaun sebanyak 10%.

Ini bermakna, bagi pengguna yang sering menggunakan Lebuhraya PLUS misalnya, laluan tol dari Tol Juru hingga Tol Jalan Duta mengenakan cas sebanyak RM43.30, namun pada tempoh diskaun tersebut, cas yang dikenakan hanya RM35.

Berkenaan dengan Diskaun Tol pada tempoh sepanjang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, beliau berkata ianya akan diumumkan pada 2 September akan datang.

malaysia tol Tol percuma dan diskaun sempena Hari Merdeka

Posted in Malaysia, News, TravelComments (1)

New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness


Sambut hari kemerdekaan anda yang ke-53 dengan menikmati Ais Krim New Zealand Natural!

Dapatkan 30% diskaun dengan setiap pembelian Take Home Packs di New Zealand Natural! Promosi 5 hari ini akan bermula hari ini, 27 Ogos.

Promosi Ais Krim Merdeka ini berlangsung dari 27 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010!

Dapatkan rasa enak sempena kemerdekaan ini dengan pelbagai perisa yang berlainan~ Cuma jangan cuba waktu berpuasa ye, cuba di malam hari~

Merdeka Ice Cream new zealand New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness

Posted in Food, PromotionComments (2)








Partly powered by CleverPlugins.com