Tag Archive | "Download"

Video gol Malaysia tewaskan Indonesia dan istimewa Harimau Malaya


Tahniah Malaysia! Sekali lagi juara pingat Emas Sukan SEA bola sepak, jom saksikan semua video gol kemenangan, dan hadiah istimewa untuk peminat Harimau Malaya!

Skuad Harimau Malaya bawah 23 tahun, berjaya membawa pulang pingat Emas terakhir Sukan SEA untuk Malaysia setelah menundukkan skuad Garuda tuan rumah, Indonesia yang tewas pada keputusan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1 sama setelah masa tambahan tamat.

Jom tengok kesemua video gol yang terhasil dalam perlawanan ini, kredit kepada sokernet.com.

Gol pembukaan oleh Indonesia.  Gol Gunawan. Minit ke-4


Gol penyamaan oleh Malaysia.  Gol Asrarudin Putra Omar. Minit ke-33


Sepakan Penalti. 4-3. Malaysia menang Pingat Emas. Indonesia Pingat Perak

Dan sempena kejayaan Khas Skuad Harimau Malaya berjaya mempertahankan pingat Emas dalam acara Bola Sepak ini, Notakosong.com akan menggantikan ‘header’ kepada tema Harimau Malaya dan Malaysia selama tempoh seminggu untuk menghargai usaha anak muda Malaysia mengharumkan nama negara!

logoharimaumalaya istimewa Video gol Malaysia tewaskan Indonesia dan istimewa Harimau Malaya

Buat masa ni, jom kita layan lagu istimewa Selamanya (Harimau Malaya) – Ultras Malaya ft Altimet, Joe Flizzow & Carleed.

Nak muat turun (download) lagu ni secara percuma? Ianya sememangnya di edarkan secara percuma khas untuk semua peminat Harimau Malaya! Boleh download pada link khas disediakan oleh pihak ERA Fm ini : Download MP3 Selamanya (Harimau Malaya) – Ultras Malaya ft Altimet, Joe Flizzow & Carleed.

Tahniah Malaysia! Tahniah Harimau Malaya!

p/s  : Teringat pula kata-kata Ong Kim Swee, “Khairul Fahmi Che Mat adalah penyelamat karier saya sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun”. Ada benarnya tu, Khairul Fahmi jadi anak emas negara la lepas ni….

 

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Scam Ebook cuba tiru Facebook!


Makin canggih Scammer di dunia internet sekarang ni, mungkin selama ini anda sering dapat email scam dari orang Nigeria, tapi pernah dapat dari Malaysia?

Kalau sekali pandang email tersebut, buka je email tu dah pasti anda akan ingat ianya email notification dari Facebook.

Ini kerana ianya memang iras-iras rupa Facebook! Memang hebat penipu tersebut sampai sanggup gunakan kreativiti ke tahap itu.

Kalau anda tidak peka dengan beberapa perbezaan pada email tersebut, sudah pasti anda akan tertipu dan menjadi mangsa kepada email Scam tersebut.

Email ini kononnya ingin membantu anda untuk berjaya dalam perniagaan internet. Dan memberi peluang anda untuk belajar secara percuma melalui Ebook yang diberikan.

Masih tidak pasti apa penipuan sebenar yang cuba dilakukan, tapi kemungkinan besar selepas anda Download Ebook percuma tersebut, untuk dapatkan lebih teknik. anda akan diminta pula membeli Ebook lain yang sudah pasti, akhirnya membuatkan anda membazir beratus-ratus wang anda pada sesuatu yang mungkin tidak berguna untuk anda.

Cuba anda lihat gambar screenshot dibawah, dan lihat contoh email yang dihantar oleh kononnya “Rozita Diana”.

Beberapa perbezaan ketara telah ditunjukkan pada imej dibawah.

scam mlm facebook Scam Ebook cuba tiru Facebook!

Klik gambar untuk paparan lebih besar

Sumber : Lyn /K

Posted in Internet, RandomComments (1)

Koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dah tentu-tentu hari terakhir dalam bulan Ramadhan ni, semua umat islam dah tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Syawal yang bermaksud, Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Apa lagi, semua orang pun dah puas sibuk membeli-belah, tak kurang juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing, malah ada yang sedang meletup-letup dengan bermain mercun.

Tapi kiriman kali ni khas untuk mereka yang sibuk memberi ucapan Hari Raya pada saudara-mara dan sahabat handai.

Disini ada beberapa koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang agak-agak menarik, mana tahu anda nak pakai silakan la jangan malu-malu~

For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes u can’t take
& For advise u can’t accept,
1001 apologies…
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat Pulut di atas para,
Hendak direbus diatas Bara,
SMS dihantar pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Dihari Raya… ”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Salam Aidilfitri,
SMS pengganti diri,
Kad-Kad dah tak main lagi,
Ampun dan maaf dipohoni,
Salah dan silap harap di maafi.

Uno rendek kadel guli,
Kadel gulik kunji naiir,
Amma apak kari gedik,
Dey tambi happy aidilfitri..

Anak jaws main gitar,
Anak sotong main tabla,
Kad raya malas nak hantar
Send sms jer sudahla
Semoga ingatan tak akan pudar, Terimalah ucapan Selamat Hari Raya.

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya

Masuk paya pakai pelampung
Jemput ar singgah ke kampung
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat
5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.

Menarik kan? itu baru sikit je tu, ada bermacam-macam lagi! Kalau ada yang menarik yang anda terima, silakan la berkongsi di ruang komen di bawah, nanti NK update kiriman ni~

Apa-apa pun, dalam keseronokan berhari raya, jangan lupa bayar zakat, ingat juga pada mereka yang kurang bernasib baik, malah, ingat juga pada mereka yang telah lebih awal meninggalkan kita. Sama-sama doakan kesejahteraan mereka.

P/s : Ini belum ucapan raya lagi ni, tunggguuuuuu

Posted in Internet, Islamic, LOL, MalaysiaComments (1)

Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma


Beberapa hari lagi berakhirlah bulan Ramadhan, dan tiba pula bulan Syawal di mana semua orang islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi mula lah sibuk semua orang mencari Kad Raya untuk diberi kan?

Sekarang ni dah kurang orang yang hantar Kad Raya yang dibeli dari kedai-kedai, nak jimat kos, guna sahaja Kad Raya Digital. Download dari internet, dan email kan sahaja.

Malah, ada cara untuk sampaikan salam raya lagi mudah dan jimat, SMS pun cukup lah. Baru 1 sen je duit kurang kan?

Google sahaja perkataan Kad Raya, macam-macam reka bentuk kad raya yang anda akan temui, antaranya terdapat yang anda boleh download dengan PERCUMA! Seronok kan? siapa yang tak minat pada barang-barang FREE ni kan?

Pada kiriman akan datang, nantikan Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya pula ye.

Selamat Berpuasa, Hati-Hati di Jalan Raya.

Berikut antara Koleksi Kad Raya yang dapat diperoleh dari internet. Percuma untuk anda kalau ada yang kurang rajin nak cari sendiri. icon razz Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

kad raya 1 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 2 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 3 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 4 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 5 Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Posted in Internet, PictureComments (2)

Lagu Raya atau Sambutan Kemerdekaan Malaysia?


Antara semangat menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri dan juga semangat patriotik menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Lagu Raya atau Sambutan Kemerdekaan Malaysia?

Sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini mungkin tidak dilihat begitu meriah seperti yang lalu, berkemungkinan besar adalah kerana semangat sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah lebih mengatasi ‘mood’ menyambut Hari Merdeka 2010.

Ini terbukti apabila, berbanding dengan lagu-lagu yang bersemangat patriotik seperti lagu “Sudirman – Tanggal 31″, lebih banyak lagu-lagu raya yang dimainkan di Radio.

Malah, berdasarkan statistik, jumlah muat turun (download) lagu raya juga meningkat berbanding carian lain yang berkenaan dengan kemerdekaan.

Antara lagu raya mp3 yang menjadi pilihan untuk di muat turun (download) ialah :

  • DJ Dave – Menjelang Hari Raya
  • Anuar Zain & Ellina – Suasana Hari Raya
  • M Nasir – Suatu Hari Di Hari Raya
  • P Ramlee – Dendang Perantau
  • Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
  • Jeffrydin – Musafir Di Aidilfitri
  • Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
  • Uji Rashid dan Hail Amir – Seloka Hari Raya
  • Manbai dan Raihan - Harapan Ramadhan
  • Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
  • Raihan, Nowseeheart, Ajai, dan Rem – Lebaran Ini

*NK tidak membekalkan link atau url untuk download mp3 lagu-lagu tersebut.

Dan yang pasti, pilihan tersebut sentiasa akan menjadi pilihan sepanjang zaman setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Meskipun terdapat pelbagai artis yang telah membuat nyanyian semula (cover) untuk lagu-lagu tersebut, namun lagu asal nyanyian artis asal tetap menjadi pilihan di hati pendengar.

Namun demikian, sudah pasti di setiap pelusuk negeri, rakyat tetap menyambut semangat Hari Kemerdekaan negara dengan cara yang tersendiri, malah ada yang menghiasi rumah dan diri dengan bendera Malaysia untuk menunjukkan semangat patriotik.

Apa-apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53! Berhati-hati di jalan Raya, Majulah sukan untuk negara!

merdeka vs hari raya Lagu Raya atau Sambutan Kemerdekaan Malaysia?

Posted in Events, MalaysiaComments (2)

Teruskan bermain Google Pacman, secara Offline!


google.doodle.pacman.052110 580px Teruskan bermain Google Pacman, secara Offline!

Ingat lagi kiriman NK tentang Google Doodle yang boleh main PacMan? Berita baik kepada yang nak teruskan bermain! Anda boleh download Google Doodle Pacman untuk dimainkan secara offline pada URL yang akan NK letak di bawah ini. Malah anda boleh juga teruskan bermain secara online pada URL http://www.google.com/pacman/

Jadi tak perlu la kecewa kalau tak sempat nak merasa main Google Doodle Pacman ye, bukan sahaja boleh dimainkan lagi, malah boleh download secara percuma untuk main secara offline!

Berapa HighScore anda ye? NK asyik mati je main ni, tak pro langsung.. haha

Download Google Doodle Pacman : http://www.mediafire.com/?kml3oz0mwyy

Posted in LOL, News, Picture, TechnologyComments (3)








Partly powered by CleverPlugins.com