Agak-agak macam mana nak buktikan kekayaan anda? Mudah je, belilah baju T-shirt paling mahal dalam dunia ni dengan cuma RM1.2 Juta! Berbaloi!
Kononnya, baju T ini diperbuat menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui (Renewable Energy), dan mempunyai pengurangan 90% Karbon Dioksida berbanding penghasilan baju T secara konvensional (Tak pasti apa maksudnya pun, baju ni mesra alam mungkin?).
Mungkin sebab paling utama baju ni mahal adalah kerana 16 butiran berlian yang dijahit bersama sebagai rekaan baju itu! 8 butiran batu berlian putih, dan 8 butiran batu berlian hitam!
BAJU BERLIAN TU!
Baju ini berharga USD $400,000, atau bersamaan lebih kurang RM1,200,000.00!
Dan, baju ini mempunyai ‘warranty’ jikalau kainnya rosak, selama 1 tahun.
Dunia tidak pernah serik dengan gaya bergambar yang pelik, tak cukup dengan planking, owling, horsemaning dan pondaning, kini muncul pula gaya Tebowing. Aduhai,
Gaya ini asal-usulnya diinspirasikan dari gaya yang ditayangkan oleh Tim Tebow, iaitu pemain ‘American Football’ di Amerika Syarikat. Gaya itu juga mungkin diinspirasikan dari gaya ‘Thinking Statue’ yang simbolik dengan gaya unik ini.
Gaya Tebowing ini diberikan definisi sebagai,
“to get down on a knee and start praying, even if everyone else around you is doing something completely different.”
Duduk menggunakan sebelah lutut dan mula membuat gaya (berdoa), walaupun orang di sekeliling membuat sesuatu yang berlainan.
Pelik bukan? Gaya macam ni pun boleh jadi terkenal. Sampai dapat perhatian di seluruh dunia!
Bila agaknya anda nak anda koleksi gaya Tebowing ni tersendiri? Jom tengok koleksi gambar Tebowing dari seluruh dunia!
Entri ketiga (#3) ini memaparkan 8 gambar rawak yang melibatkan tokoh terkenal, mahupun peristiwa yang menjadi catatan dalam sejarah dunia. Jom tengok,
Lampiran gambar-gambar ketika berlakunya perang Vietnam, dan gambar Tanah Melayu ketika selepas kemerdekaan. Gambar tokoh terkenal seperti Datuk Seri Najib Razak, Steve Jobs dan juga Bill Gates. Dan gambar penipuan foto terkenal ‘Cottingley Fairies’.
Gambar sekeluarga Najib dan Rosmah
Steve Jobs dan Bill Gates 1991
Penipuan foto gambar 'The Cottingley Fairies' 1917
Kampung Baru Kuala Lumpur 1960-an
Kampung Baru Kuala Lumpur 1960-an
Seorang lelaki meminta bantuan askar untuk pengebumian anaknya. Perang Vietnam 1964
Rakyat Vietnam menyorok dari Komunis Viet Cong. Perang Vietnam 1966
Sami Buddha Vietnam bakar diri sendiri sebagai tanda protes pemerintahan kejam kerajaan. 1963
Tak cukup menarik? Nantikan entri lanjut berkenaan gambar penuh bersejarah Steve Jobs semenjak tahun awal penglibatan beliau dengan Apple sebagai tanda penghormatan peninggalan beliau.
Kiriman kedua (#2) dalam siri entri ’8 gambar detik bersejarah di dunia’. Kali ini lebih banyak menyentuh personaliti yang mempunyai simbolik kepada perubahan dunia.
Entri ini juga akan mengekalkan format dimana gambar-gambar ini adalah amat jarang diperlihatkan, mahupun diambil tahu oleh ramai pengguna internet sekarang. Siapa sangka perkara dibawah pernah berlaku? Bukan sejarah dengan tulisan semata-mata, tetapi dengan rakaman gambar.
Jom tengok,
Bob Marley bermain Bola Sepak
Che Guevara ketika revolusi Cuba
Marc-Vivien Foé maut ketika bermain Bola Sepak
George Bush ketika diberitahu mengenai peristiwa 9/11
Kejadian Holocaust di Jerman (Adolf Hitler)
Kurt Cobain dan anak perempuannya, Frances Bean Cobain
Steve Jobs dan isteri, Laurene Jobs (1997)
Kapal Titanic sebelum mula berlayar
Menakjubkan dan menarik? Nantikan entri seterusnya siri ’8 gambar detik bersejarah di dunia’ yang akan datang.
Saksikan paparan gambar menarik dan bersejarah dalam siri entri ’8 gambar detik bersejarah di dunia’ yang merakamkan pelbagai memori lakaran sejarah perubahan dunia.
Pembinaan Christ the Redeemer di Rio di Janeiro, Brazil
Perobohan 'Berlin Wall' yang memisahkan Jerman
Legenda muzik Elvis Presley menyertai tentera
Komputer pertama di dunia
Ketika Google mula ditubuhkan 1999
Restoran McDonald's pertama dibina
Pembinaan Disney World tahun 1971
Pope Pius XII bersalaman dengan Adolf Hitler
Nantikan sambungan ’8 gambar detik bersejarah di dunia’ dalam siri entri yang seterusnya.
Yang pastinya, gambar yang dipaparkan adalah gambar yang mencatatkan detik bersejarah dunia sama ada yang dikenali ramai mahupun yang memodenkan dunia hingga hari ini.
Pauline Potter, mencatat rekod sebagai perempuan paling gemuk dalam dunia dengan berat melebihi 700 Pound, atau bersamaan 318 KiloGram!
Pauline yang berasal dari Sacramento, California, Amerika Syarikat, kini berumur 47 tahun, telah direkodkan ke dalam buku rekod dunia, ‘Guinness Book of Records’, sebagai ‘Perempuan paling gemuk dalam dunia’!
Dia menceritakan kisah hidupnya yang sukar dalam keadaan badan yang gemuk, untuk membuat segala aktiviti harian. Malah hinggakan memakai stokin kaki sekalipun dia perlu meminta bantuan orang, apatah lagi kalau ingin bergerak atau mandi.
Mujur ada anak lelakinya yang memahami kesukarannya dan banyak membantu dalam kehidupan seharian.
Kini Pauline sedang dalam menjalani proses menurunkan berat badan, impiannya adalah mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya sebanyak 500 Pound, atau 227 KiloGram.
Katanya, dia idamkan untuk mampu keluar dan belajar menari, melancong, dan juga mampu duduk di kerusi panggung wayang.
Masalah berat badan Potter ini dikaitkan dengan masalah genetik keluarganya yang jugak mempunyai masalah obesiti, ibunya mempunyai berat 180 Kilogram, dan bapanya dengan berat 270 Kilogram.
Dia kini sudah tidak mampu dan boleh untuk masuk kedalam kereta lagi, dan hanya boleh bergerak menggunakan troli khas untuk menampung berat badannya.
Amboi, 300 KG! Boleh dikatakan seumpama berat kalau 6 orang digabungkan menjadi 1 !
Kesian Pauline ni, semoga berjaya turunkan berat badan ya!
Kalau sebelum ini Burj Khalifa di Dubai dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia, kini Kingdom Tower di Jeddah pula merampas takhta! Jom tengok!
Kingdom Tower ini adalah salah satu perubahan ketara yang akan dibangunkan di Jeddah, yang menghadap dengan Lautan Merah. Ianya adalah sebahagian besar bagi pembangunan menyeluruh yang dipanggil sebagai Kingdom City ini.
Kingdom Tower ini sudah pasti akan mempunyai lebih tinggi berbanding Burj Khalifa (828m), dan dikatakan ianya bakal mempunyai tinggi lebih dari jarak satu kilometer! Ukuran sebenar masih dirahsiakan selagi ianya belum mula dibina.
Pembinaan dijangka bermula pada awal Disember tahun ini, dan kos pembangunan mencecah sehingga US$1.2 Bilion, cuma sebahagian kecil dari projek Kingdom City yang keseluruhannya mempunyai kos US$20 Bilion!
Bangunan raksasa ini akan mengandungi 59 buah lif, dimana setiap sebuah lif tersebut mampu bergerak mencapai kelajuan 30 Kilometer sejam!.
Kingdom Tower ini turut akan menempatkan platform pemerhatian yang dipanggil ‘Sky Terrace’ pada tingkat 157. Ianya adalah seperti dalam gambaran dibawah.
Bangunan pencakar langit yang mempunyai bentuk dinamik berasaskan segi tiga tersebut bakal mempunyai kira-kira 213 tingkat keseluruhannya, berbanding dengan Menara Berkembar PETRONAS yang hanya mempunyai 88 tingkat. Maka boleh buat anggaran, ianya lebih tinggi walaupun kedua-dua menara PETRONAS itu diletakkan atas satu sama lain!
Keseluruhan pembinaan dan pembangunan di sekitar menara tersebut, dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2016.
Sementara itu, saksikan lebih banyak gambar gambaran artis merujuk pada menara Kingdom Tower ini, dibawah.
Burung paling degil dalam dunia! Cuba tengok video di bawah ni, degil sungguh burung ni. Tak reti bahasa betul dah buat macam tu pun tak nak terbang lagi.
Biasanya, kalau burung yang ‘bijak’, lepas gerakkan je ‘wiper’ penggilap tingkap tu, dah pasti akan terbang. Tapi burung ni tak faham-faham juga, tetap nak melekat kat penggilap cermin kereta tu. Bukan main kuat lagi berpaut pula tu.
Yang paling menggerunkan, apabila pemilik kereta juga tukang pegang kamera cuba ‘zoom’ pada burung tersebut, burung kecil tu boleh pula merenung tajam ganas kat kamera. Burung ni memang bergaya!
Hebat!, Dalam senarai 50 makanan paling sedap, lazat, enak di dunia, Asam Laksa Pulau Pinang tersenarai di tangga ketujuh!
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh CNN,
Poached, flaked mackerel, tamarind, chili, mint, lemongrass, onion, pineapple … one of Malaysia’s most popular dishes is an addictive spicy-sour fish broth with noodles (especially great when fused with ginger), that’ll have your nose running before the spoon even hits your lips.
Amboi, bukan main lagi puji-puji Asam Laksa Pulau Pinang (Dipanggil sebagai ‘Penang Assam Laksa’). Siap kata sampai hidung boleh mengalir walaupun belum sempat hirup laksa tu!
Berikut adalah senarai 10 makanan yang paling sedap :
10. Chicken muamba, Gabon
9. Ice cream, United States
8. Tom yum goong, Thailand
7. Penang assam laksa, Malaysia
6. Hamburger, Germany
5. Peking duck, China
4. Sushi, Japan
3. Chocolate, Mexico
2. Neapolitan pizza, Italy
1. Massaman curry, Thailand
Isu mengenai Barbican Halal atau Haram semakin merungsingkan kerana minumin Bir yang berasal dari UAE (Emiriyah Arab Bersatu) itu dikatakan mengandungi alkohol.
Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa segala minuman dengan paras alkohol melebihi 0.01 peratus adalah haram, dan berdasarkan kaji siasat yang dibuat, minuman malta Barbican mempunyai kandungan alkohol sekurang-kurangnya 0.05 peratus.
Berdasarkan fatwa ini, mengatakan bahawa meskipun ianya tidak memabukkan, tetapi dalam kuantiti yang besar ianya mampu memudaratkan minda manusia. Dan sebarang apa yang memudaratkan manusia adalah haram, meskipun dalam kuantiti sikit ataupun besar.
Namun, ada pula yang mempersoalkan mengenai makanan dan minuman lain yang mungkin besar atau sikit, mempunyai kandungan alkohol didalamnya. Contohnya makanan Tapai, yang dikatakan mempunyai sedikit kandungan alkohol meskipun ianya tidak disahkan, dan juga beberapa minuman ringan lain yang luas dipasarkan.
Adakah dengan persoalan tersebut, membuatkan status halal minuman ini diragui?
Kenyataan lain memberitahu bahawa, amalan meminum bir tanpa alkohol ini menjadi persoalan apabila ianya seolah-olah cuba meniru pada amalan dunia barat di negara bukan negara islam dimana ianya seumpama amalan meminum minuman alkohol (Arak) yang sudah menjadi kebiasaan disana.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri lain telah pun diarahkan untuk memantau dan jika perlu, menyekat penjualan minuman-minuman yang berkaitan dari dijual.
Recent Comments