Siapa yang tak kenal dengan Johan Cruyff, legenda bola sepak dunia. Lagi-lagi sentuhan beliau pada institut bola sepak seperti La Masia (Barcel0na), dan Ajax Academy (AFC Ajax).
Johan Cruyff Institute yang diasaskan oleh Johan Cruyff merupakan sentuhan antarabangsa beliau setelah berjaya mencipta asas kepada kejayaan akademi bola sepak seperti Barcelona dan AFC Ajax. Oleh kerana sentuhan beliaulah wujud asas untuk membina pemain bola sepak terkenal dunia seperti Lionel Messi, Cesc Fabregas, Edwin van der Sar, Dennis Bergkamp dan sebagainya.
Dan kini, institut pembangunan sains sukan terutamanya bola sepak, Johan Cruyff Institute, akan dibina di IskandarMalaysia, sebagai salah satu agenda dalam pembangunan pendidikan di EduCity@Iskandar.
Adakah ini selari dengan cita-cita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), untuk menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah FIFA World Cup pada tahun 2030 nanti? Merujuk kepada kenyataan Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang yang kini merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak ASEAN.
Adakah akademi ini akan menjadi landasan bagi Malaysia untuk melahirkan bintang-bintang terkemuka dunia sebagai skuad Harimau Malaya nanti?
Sama-sama kita saksikan nanti, Johan Cruyff Institute ini dikatakan akan mula dibina hujung tahun ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika perang dunia kedua, bunyi siren digunakan untuk memberi amaran kepada semua orang, jom tengok bunyi siren dari pelbagai negara.
Bunyi Siren inilah yang akan memberi amaran kepada semua orang, bahawa mungkin terdapatnya situasi merbahaya di luar dan meminta semua orang untuk mencari tempat perlindungan.
Kebiasaanya digunakan untuk memberi amaran bahawa terdapatnya kapal terbang pesawat pejuang musuh yang menghampiri satu-satu kawasan itu.
Jom tengok bunyi siren untuk beberapa negara ini.
BRITISH
JERMAN
JEPUN
AMERIKA SYARIKAT
Kuat dan mengejutkan bukan bunyi Siren tersebut? Ianya sememangnya berguna ketika Perang Dunia Kedua, kerana dapat menyelamatkan ramai nyawa.
Agak-agaknya siren ni digunakan atau tidak ketika berlakunya bencana alam? sebagai memberi amaran kepada penduduk setempat untuk berjaga-jaga. Malaysia pun kena ada juga satu ni, agak-agaknya ada simpan lagi dalam Muzium kot.
Sebuah video klip yang tersebar di YouTube mengejutkan dunia apabila memaparkan penemuan bangkai seekor (seorang?) Makhluk Asing di Rusia.
Bangkai makhluk asing (Alien) tersebut ditemui di Wilayah Irkutsk, Rusia.
Dikatakan bahawa penemuan yang dipercayai telah lebih sebulan lamanya itu, pada mulanya mengejutkan ratusan orang di sebuah perkampungan dengan kelihatan kelibat piring terbang (UFO). Piring terbang yang mengeluarkan cahaya merah jambu dan biru dipercayai menjunam ke bumi sebelum terhempas dalam sebuah hutan berhampiran perkampungan tersebut.
Video bangkai Makhluk Asing yang ditemui tersebut (Amaran : Video mempunyai kandungan yang memualkan) :
Insiden tersebut dikatakan mendapat perhatian luas media di Rusia, namun segala maklumat berkenaan penemuan tersebut dirahsiakan dari penemuan media luar dan lebih-lebih lagi media di Barat.
Makhluk Asing (Alien) tersebut dipercayai mati kerana tidak mampu bertahan dengan cuaca sejuk dan kasar di Rusia.
Berita Harian sebentar tadi meminta maaf atas gambar kartun yang dicetak pada surat khabarnya yang dengan jelas menghina malapetaka gempa bumi dan tsunami di Jepun. Berikut adalah gambar tersebut.
Gambar kartun tersebut yang dicetak pada akhbar Berita Minggu hari ini, di kritik hebat sehinggakan mendapat perhatian media luar negara seperti CNN. Berita Harian didakwa sebagai tidak mempunyai citarasa dan tidak menghormati masyarakat dunia.
Kartun yang bukan dengan tujuan unutk menghina sesiapa itu memaparkan imej Ultraman (Watak kartun ciptaan Jepun yang terkenal) lari sambil dikejar oleh Tsunami. Beberapa menteri dan pegawai tempatan telah menggesa Berita Harian untuk memohon maaf secara terbuka.
Berita Harian kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf terbuka pada laman sosial Facebook.
Bagi yang masih mencari-cari kartun yang dikatakan, dan tidak sempat untuk mendapatkan naskhah suratkhabar Berita Minggu, berikut adalah gambar kartun dari keratan akhbar tersebut,
Apa pendapat anda? Jangan lupa sampaikan komen anda dibawah atau ke Twitter @notakosong.
Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters
15 January 2011. Genap 1 Dekad Wikipedia.org beroperasi. 10 Tahun sudah Wikipedia dihasilkan, dan semuanya hasil luahan idea pengasasnya Jimmy Wales.
Jimmy Wales dalam video terbarunya menyatakan, beliau masih ingat lagi ketika beliau baru sahaja hasilkan wikipedia, dengan satu kod asas <? print(“Hello World”); ?>.
Hingga kini, Wikipedia mempunyai jutaan artikel dari seluruh dunia, malah terdapat dalam ratusan kepelbagaian bahasa.
Sempena sambutan ulang tahun 10 tahun Wikipedia ini, satu sesi suaikenal khas diadakan khusus untuk editor dan penyumbang Wikipedia bertempatkan di Alami Business Centre, Blok 1, Level 3, Seksyen 13, Worldwide Business Centre II, Shah Alam, Selangor.
Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, telah mengoncangkan anaknya yang masih bayi sehingga menyebabkan maut.
Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.
Wartawan diberitahu yang bahawa, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook.
Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati.
Belia didakwa sebagai kes bunuh.
Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.
Tobias memberitahu penyiasat beliau pergi untuk menghisap rokok selepas mengoncangkan anaknya untuk membuatkan bayi tersebut senyap.
Namun kemungkinan kepala Dylan Lee terhantuk ketika beliau mengoncangkan anaknya itu.
Macam-macam dunia, ternakan dalam Farmville tu dilebihkan dari anak sendiri.
Seekor kucing yang diberi nama Stewie telah dicatatkan sebagai memecahkan Guinness world record dengan meletakkan dirinya sebagai kucing paling panjang dalam dunia.
Stewie telah diukut dan dicatatkan mempunyai panjang dari hujung hidung hingga ke hujung ekor dengan panjang 48.5 inci ataupun 123.14 cm!
Wah, kalau kucing ni boleh berdiri, tinggi dah nak sama dengan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun!
Sebelum ini rekod kucing paling panjang di dunia adalah dipegang oleh seekor kucing bernama Moggy dengan panjang 48 inci.
Pemilik Stewie, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, USA, berkata, mereka berhajat untuk cuba masuk dalam rekod dunia Guinness selepas ramai orang menyatakan kekaguman melihat panjang Stewie.
Stewie adalah kucing dari baka Maine Coon, yang selama ini memang terkenal sebagai baka Kucing-kucing gergasi.
Seekor lembu betina berwarna hitam telah dicatatkan sebagai Lembu paling kecil di dunia!
Lembu hitam yang diberi nama Swallow ini hanya mempunyai ketinggian setinggi 0.8m (33 inci) dari kaki ke kepala yang mencatatkan ia sebagai Lembu paling kecil di dunia dalam Guinness World Records 2011.
Pemilik lembu tersebut, Caroline Ryder berkata, Swallow umpama seorang selebriti di ladang ternakannya. Swallow kelihatan sangat unik dan berbeza berbanding lembu-lembu yang lain.
Jadi kepada semua pemilik haiwan ternakan, kalau ada haiwan ternakan anda yang agak unik, jangan rasa sedih, anda dapat tumpang populariti haiwan ternakan tersebut apabila nama anda disebut sebagai pemilik haiwan ternakan yang unik!.
Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.
Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.
Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.
Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.
Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.
Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.
Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.
Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.
Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.
Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.
Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.
Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.
Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.
Recent Comments