Tag Archive | "Eat"

McDonald’s McChicken Supreme baru


Istimewa bulan November! McDonald’s akan lancarkan burger edisi Terhad sempena bulan November ini, McChicken Supreme!

Seperti namanya, McChicken Supreme ini merupakan burger ayam istimewa yang dilengkapkan dengan kepingan ayam ‘smoky’ selain turut disertakan dengan kepingan daging burger ayam istimewa!.

Sudah pasti ianya akan dinantikan oleh semua penggemar burger ayam!

Namun, tawaran ini masih lagi belum dapat diperoleh di McDonald’s berdekatan anda.

Ia cuma akan ditawarkan mula 11 November 2010, atau 11/11/2010! Khamis ini!

McChicken Supreme McDonald’s McChicken Supreme baru

Posted in FoodComments (1)

Dapatkan Burger King Whopper cuma RM1!


Burger King Malaysia akan mengadakan Burger King Whopper Celebration istimewa untuk semua peminat Burger King.

Anda dapat menikmati Burger Whopper Burger King dengan cuma RM1!

Burger King Whopper Celebration ini khas diadakan pada tarikh 6 Oktober 2010 sahaja dan tertakluk kepada stok yang ada pada premis Burger King seluruh negara.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membeli satu minuman bikarbonat (Coke, Pepsi), dan anda boleh membeli Burger Whopper Ala Carte dengan tambahan hanya RM1!

Tetapi, maksima pembelian hanyalah 3 biji Burger Whopper bagi setiap seorang.

Apa lagi, ini merupakan peluang terbaik bagi semua peminat Burger ataupun yang nak cuba merasa Burger Whopper dengan nilai yang amat-amat berbaloi!

Ikut Facebook Fanpage Burger King Malaysia untuk maklumat lanjut : http://www.facebook.com/BKmalaysia

burger king whopper rm1 Dapatkan Burger King Whopper cuma RM1!

Posted in Events, Food, MalaysiaComments (0)

McDonald’s Triple CheeseBurger istimewa Raya


Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, McDonald’s telah melancarkan produk baru terhad mereka iaitu, McDonald’s Triple CheeseBurger.

Burger istimewa edisi terhad ini telah dilancarkan sejak 10 September yang lalu, dan telah boleh didapati di kesemua cawangan McDonald’s seluruh negara.

Sebagaimana nama Burger istimewa ini, begitulah juga rupanya. McDonald’s Triple CheeseBurger ini dilengkapi dengan 3 keping keju dan juga 3 keping daging lembu 100% halal, lebih 1 keju dan dan 1 keping daging berbanding burger yang menjadi kegemaran ramai iaitu McDonald’s Double CheeseBurger.

Malah, lebih istimewa lagi anda boleh nikmati burger ini dengan Cheese McShaker istimewa untuk French Fries set Large anda!

Terbaru, McDonald’s nampaknya baru sahaja mengumumkan akan adanya sesuatu yang istimewa berlaku pada 20 September nanti, apakah agak-agaknya kejutan dari McDonald’s Malaysia ye?

Dapatkan maklumat mengenai kejutan istimewa ini di Laman Rasmi Facebook McDonald’s Malaysia!

Apa-apa pun, nanti kalau dah rasa McDonald’s Triple CheeseBurger bagitahu komen anda ye.

Dapatkan sementara McDonald’s Triple CheeseBurger edisi terhad ini masih ada!

Mcdonalds Triple Cheeseburger Raya Special McDonald’s Triple CheeseBurger istimewa RayaMcdonalds Triple Cheeseburger Raya Special edisi terhad McDonald’s Triple CheeseBurger istimewa Raya

Posted in FoodComments (6)

McDonald’s Double Grilled Chicken Burger (DGCB) – Ramadhan Special!


Terbaru dari McDonald’s! Double Grilled Chicken Burger (DGCB) ! Menu lazat baru ini adalah menu istimewa sempena bulan Ramadhan akan datang!.

Pernah kah anda mencuba McDonalds Grilled Chicken Burger – GCB ? Sangat lazat kan? Apa kata, sempena bulan puasa yang akan tiba ni, anda puaskan nafsu makan anda dua kali ganda lazat dengan McDonalds Double Grilled Chicken Burger!!

Tawaran istimewa ini adalah untuk masa yang terhad sahaja!

Berikut merupakan Poster menu istimewa bulan Ramadhan ini,

buka puasa Mcdonalds double GCB McDonald’s Double Grilled Chicken Burger (DGCB)   Ramadhan Special!

Click image to view larger

Tapi NK tak pasti pula berapa harga set atau ala carte Double Grilled Chicken Burger ni, kemungkinan adalah dalam lingkungan RM15-RM18 untuk setiap set menu.

Nak tengok rupa Double Grilled Chicken Burger ni lebih dekat?

double GCB special ramadhan McDonald’s Double Grilled Chicken Burger (DGCB)   Ramadhan Special!

Click image to view larger

Posted in Food, MalaysiaComments (5)

Durian Merah Sukang – Hanya di Sabah!


durian merah red durian Durian Merah Sukang   Hanya di Sabah!

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pasti anda semua pernah makan Buah Durian betul tak?, tapi berapa ramai yang pernah makan Durian Merah yang dikatakan hanya boleh didapati di Sabah!?

Durian, atau nama saintifik nya Durio zibethinus, merupakan buah yang sangat dikenali di serata Asia Tenggara dan turut dikenali dengan gelaran sebagai Raja Buah-buahan.

Manakala Durian Merah ini pula, nama saintifik nya Durio gravolens, atau turut dikenali dengan nama sebagai Durian Hutan. Manakala bagi penduduk setempat di Sabah pula memanggilnya dengan nama Sukang.

Walaupun Sukang ini isinya berwarna merah berlainan dengan isi Durian biasa yang isinya berwarna kekuningan, dikatakan rasa Sukang ini tiada banyak beza dengan rasa Durian. Namun Bau Sukang ini dikatakan lebih kuat aromanya berbanding Durian biasa.

Jom cari Sukang!~

durian merah red durian sabah Durian Merah Sukang   Hanya di Sabah!

Posted in Food, MalaysiaComments (17)

KFC Snack Box : Start Snacking!


Terbaru dari KFC!

KFC Snack Box! Dilengkapi dengan Nugget Hot and Spicy, Kepingan ayam Original Recipe, Fun Fries dan Bebola daging ayam!

KFC Snack Box notakosong.com  KFC Snack Box : Start Snacking!

Baru je beberapa hari McDonald’s keluarkan Grilled Chicken Burger (GCB), ni KFC dah keluarkan pula Snack Box untuk bersaing.

Jom layan?

Dapatkan di Restoren KFC berdekatan dengan anda~

Posted in FoodComments (0)

McDonald’s Grilled Chicken Burger (GCB) ! (Limited)


Terbaru dari McDonald’s!

McDonald’s Grilled Chicken Burger!

Burger yang dilengkapi dengan daging paha ayam panggang, bersama dengan kepingan rangup daun salad, dan sos panggang istimewa ini sudah pasti akan membuatkan anda terliur tanpa henti!

Grilled Chicken Burger McDonalds Grilled Chicken Burger (GCB) ! (Limited)

Grilled Chicken Burger ini akan dijual mulai esok, 15 Julai 2010, dan ianya hanya boleh didapati dalam masa yang terhad!

Dapatkannya segera di restoren McDonald’s berdekatan anda~

Harga tak pasti pula, tunggu NK dapat berpeluang rasa nanti baru buat review ye,

UPDATED with New Promo Poster

gcb McDonalds Grilled Chicken Burger (GCB) ! (Limited)

Posted in Food, MalaysiaComments (11)

Burger Ramly punca Mat Rempit dan Tikus Kotor


ramly burger Burger Ramly punca Mat Rempit dan Tikus Kotor

Dah pasti setiap dari anda pernah merasa keenakan Burger Ramly walaupun sekali seumur hidup kan? Tak kisah la Burger Daging mahupun Burger Ayam, Burger Ramly tetap menjadi pilihan.

Nak lagi sedap, ad ayang tempah Burger Ramly Special, dimana Pati Burger tersebut akan disalut dengan telur untuk menambahkan kelazatan Burger tersebut. Dan harga yang ditawarkan juga berbaloi jika dibanding kan dengan Burger dari McDonalds dan sebagainya.

Malangnya, penjualan Burger secara haram di Jalan Permata di Hulu Klang telah mengakibatkan beberapa masalah kepada penduduk dikawasan tersebut.

Gerai burger haram tersebut diwujudkan pada pembahagi jalan raya. Malah beberapa ubahsuai dilakukan pada kawasan tersebut seperti pokok ditebang, menutup laluan longkang, malah pengubahan turut dilakukan keatas pili bomba disitu untuk operasi gerai Burger Haram itu.

burger ramly wrapped Burger Ramly punca Mat Rempit dan Tikus Kotor

Pada waktu malam, kawasan gerai tersebut akan menjadi bising dengan kehadiran mat-mat motor dan rempit-rempit yang melepak di kawasan tersebut. Malah terdapat juga pelanggan gerai tersebut yang akan membuang air secara terbuka di kawasan perumahan disitu.

Dengan kebersihan gerai yang tidak dijaga itu, ianya mengundang banyak tikus-tikus kotor disamping menghasilkan bau-bauan yang tidak menyenangkan.

Sumber : Mmail

Begitulah aduan dari salah seorang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut, diharap pihak berkenaan dapat menjalankan tugas untuk menghindari masalah ini dari lebih berleluasa.

Posted in Food, MalaysiaComments (17)

Akhirnya dapat rasa KFC Black Pepper!


2-3 hari yang lepas, NK telah berjaya akhirnya untuk rasa sendiri Ayam KFC Black Pepper yang NK pernah ceritakan dulu. Harga nya pula ialah RM12.10 untuk dinner plate termasuk air, tapi memang puas hati dan berbaloi dapat makan! Berikut merupakan gambar ayam Black Pepper tersebut~

24052010600 1024x768 Akhirnya dapat rasa KFC Black Pepper!24052010601 768x1024 Akhirnya dapat rasa KFC Black Pepper!

Gambar agak kurang jelas, sebab ambil pakai kamera Handphone murahan Nokia 5730 je.  Sebab dia bagi pilihan untuk ambil original atau black pepper, jadi NK pilih untuk ambil kesemua 3 ketul ayam Black Pepper. Tapi tiada pula pilihan Spicy seperti biasa, mungkin ayam Black Pepper ini sebagai ganti ayam perisa Spicy kot?

Menurut iklan KFC, ayam ni bukan sahaja punya rasa Black Pepper, malah turut mempunyai kerangupan yang lebih, sebab tu nama diberi pun KFC Black Pepper Crunch! Jadi Crunch = Rangup la kot. Tapi sebenarnya tak la rangup sangat pun, biasa-biasa je. Cuma yang NK perasan, ayam Black Pepper ni macam lebih berminyak berbanding biasa. Atau KFC cawangan ni yang silap masak ni?

Sebab dah kelaparan kan, makan je la kan. icon razz Akhirnya dapat rasa KFC Black Pepper!

Hmm, pendapat NK, rasa Black Pepper tu kurang, maksudnya tak rasa sangat la, lebih kepada rasa ayam yang sangat berminyak je. Nampak bintik-bintik hitam tu? itu la Black Pepper yang tak rasa apa-apa tu.

Mungkin nasib NK dapat yang kurang rasa kot, rugi la macam ni, Haha,

Apa-apa pun, NK tetap sokong KFC, sebab KFC Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh anak jati Malaysia, Johor Corp. kalau tak silap kan? Tahniah kepada usaha KFC ni.

Posted in Food, Malaysia, PictureComments (11)

McDonald’s Double : Terbaru dari McDonald’s Malaysia


25457 10150154842490023 142518590022 11907743 16548 n McDonalds Double : Terbaru dari McDonalds Malaysia

content McDonalds Double : Terbaru dari McDonalds Malaysia

Akhirnya McDonald’s kembali dalam saingan untuk merebut takhta rangkain FastFood di Malaysia. Mungkin setelah menyaksikan menu baru dari KFC iaitu Shrimp Hearties, tambah lagi dengan kemunculan Royal Briyani KFC, McDonald’s mula rasa tergugat!

Dengan ini, McDonald’s Malaysia memperkenalkan!…… McDonald’s Doubles!! Double the taste. Double the enjoyment!

Read the full story

Posted in Food, Malaysia, PictureComments (15)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com