Buat pertama kalinya, persembahan ‘Kings and Queen of Comedy Asia’ akan diadakan di Malaysia! Persembahan ini akan menampilkan 5 orang ‘stand-up comedian’ yang sangat berbakat.
Mempersembahkan 5 orang ‘stand-up comedian’ iaitu :
Harith Iskandar dari Malaysia,
Hung Le dari Vietnam,
Kumar dari Singapura,
Douglas Lim dari Malaysia,
Vir Das dari India.
Persembahan ini dibawakan khas oleh The Comedy Club Asia dengan kerjasama The Comedy Club KL.
Persembahan khas ini akan diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC pada 23 Oktober 2010.
Kings and Queen of Comedy Asia turut akan diadakan di Singapura sehari lebih awal iaitu 22 Oktober 2010 bertempatkan di Singapore Conference Hall.
Harga tiket adalah bermula dengan serendah RM88 hingga tiket paling mahal ialah RM298. Namun terdapat tawaran untuk harga tiket pelajar iaitu dengan harga cuma RM80 sahaja.
‘Kings and Queen of Comedy Asia’ dibawakan dengan tema “One Stage, One Night, One Venue : Prepare to laugh your heart out”
Belum sampai sebulan Apple iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, Kini sibuk pula dengan ura-ura mengenai Apple iPhone 5!
Apple iPhone 5 ini dikatakan akan mengalami perubahan sepenuhnya berbanding iPhone 4, dan turut akan diberikan teknologi baru.
Menurut Philip Thomas, Vice President Imaginary Technology Apple, iPhone 5 ini akan tidak dapat dilihat secara nyata, dengan erti lain, ianya akan Lutsinar!
Pelik kan? Mungkin antara anda sudah tahu mengenai video spoof tentang Apple iPhone 5 ini. Video ini nampaknya dibuat semata-mata untuk menunjukkan betapa besar perubahan yang mungkin akan dibawa oleh Apple untuk model iPhone yang akan datang.
Hehe, apa-apa pun, saksikan video spoof dari BiteTV ini.
Berminat dengan iPhone 4 tapi anda tak minat touchscreen? lebih suka dengan penggunan keyboard seperti smartphone biasa? Jangan risau, ada penyelesaian untuk itu~
Casing untuk iPhone yang dilengkapi keyboard ini merupakan model TK-421.
Keyboard ini boleh disorokkan ke bahagian bawah iPhone apabila tidak digunakan, dan kemudiannya dikeluarkan apabila anda ingin menaip.
Yang menarik, Casing Keyboard ini tidak menggunakan sebarang sambungan kabel, sebaliknya menggunakan Bluetooth untuk berhubung!
Keyboard ini boleh digunakan untuk semua aplikasi iPhone, contohnya Email, Safari, Notes, malah fungsi terbaiknya adalah untuk menaip SMS dan Chatting.
Hmm, menarik kan? tapi kemungkinan juga akan jadi kekurangan apabila dah ada keyboard ni, contohnya, anda akan lebih kerap ber-SMS, kredit anda anda akan cepat hilang dengan SMS.
Bluetooth menggunakan bateri yang agak banyak, jadi mungkin juga bateri iPhone 4 anda akan lebih cepat habis dan perlu lebih kerap dicas.
Harga? Harga casing menarik ni cuma $49.99! (RM150-160)
Jumaat yang lalu, 24 September 2010, DiGi telah melancarkan pakej dan plan untuk pembelian produk terbaru mereka dari Apple iPhone 4.
Sekali imbas, sekali pandang, kelihatan seperti Harga yang ditawarkan untuk pembelian Apple iPhone 4 dari DiGi jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh Maxis.
Yang menarik, buat masa singkat ini, anda dapat mendaftar plan panggilan dan data dari DiGi khas untuk Apple iPhone 4 dengan harga serendah hanya RM58 sebulan!
Malah, untuk pakej paling murah iaitu RM58 sebulan selama 2 tahun, anda boleh dapatkan Apple iPhone 4 32GB dengan harga cuma RM2,490 dan Apple iPhone 4 16GB cuma RM2,090! RM200 lebih murah berbanding harga pasaran yang dicadangkan oleh Apple!
Tapi bukan itu sahaja, jikalau anda memilih pilihan diatas bermakna anda memilih untuk membayar secarai tunai atau kad kredit, yang menariknya, DiGi turut menawarkan pembelian melalui bayaran ansuran atau easy payment!
Sudah pasti, bayaran easy payment ini akan menarik lebih ramai pembeli dengan bayaran bulanan yang serendah RM102.16 sebulan!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk Harga Plan dan pakej dibawah, atau layari laman web DiGi.
Maxis telah mula menawarkan penjualan Apple iPhone 4 di kebanyakan Maxis Centre, dan pelanggan kini boleh mula menempah pembelian Apple iPhone 4 dari Maxis.
Maklumat mengenai Apple iPhone 4 akan mula ditawarkan di Maxis Centre terpilih di Lembah Klang mulai 26 September 2010 (Ahad).
Berikut merupakan Maxis Centre terpilih yang akan menawarkan Apple iPhone 4 pada 26 September.
Dimana untuk dapatkan Apple iPhone 4?
Maxis Centre KLCC
Ground Floor,
Menara Maxis,
50088 Kuala Lumpur.
Maxis Centre TTDI
43, Jalan 2/71,
Off Jalan Tun Mohd Fuad,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Maxis Centre Pavillion
Lot 1.31, Level 1,
The Pavillion Kuala Lumpur,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Maxis Centre Sunway Pyramid
Lot F1.99, First Floor,
Sunway Pyramid Phase 2,
No.3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway,
46150 PJ, Selangor.
Maxis Centre MidValley Gardens
Lot T-231, 3rd Floor,
The Gardens,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.
Manakala bagi penjualan di Maxis Centre lain seluruh negara maklumat mengenai penjualan Apple iPhone 4 akan ditawarkan bermula 27 September 2010 (Isnin).
Menurut Maxis, Harga cadangan bagi Apple iPhone 4 32GB adalah RM 2,690 manakala bagi model Apple iPhone 4 16GB ialah RM 2,290.
Berikut pula merupakan Harga untuk setiap Pakej dan Plan Data dan harga Apple iPhone 4 dari Maxis.
Nampaknya DiGi Telco telah menyemarakkan lagi semangat peminat Apple iPhone dengan menngeluarkan satu teaser iklan mengenai pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi.
Poster Teaser itu telah dikeluarkan di laman Facebook Rasmi DiGi Telecommunications.
Menurut kenyataan dari DiGi, ia hanya membiarkan peminat-peminat berteka-teki dengan iklan tersebut.
We’re kind of puzzled. What do you think this means?
(Kami agak keliru, apa maksudnya ini?)
Setelah merujuk beberapa sumber dan maklumat dari orang ramai, nampaknya terdapat maksud tersirat pada teaser tersebut.
4 biji buah Apple berwarna merah = Apple iPhone 4 (warna merah mungkin? tidak kot,)
Seekor Kambing = kambing~coming~akan datang (bunyi hampir serupa)
Angka 24.09.10 = Menandakan tarikh pelancaran, 24 September 2010, Jumaat minggu ini
Logo DiGi = Plan data dan panggilan istimewa dari DiGi?
Namun masih belum ada sebarang petanda mengenai harga (Official Price) iPhone 4 dari DiGi ini,
Menarik bukan? apa-apa pun, kita sama-sama nantikan kejutan dari DiGi Jumaat nanti~
Sendi Mutiara Multimedia (SMM) kembali lagi dengan membawa sebuah lagi LAN Gaming Party kali ini dengan StarCraft II Battle.net tournament yang membawakan hadiah bernilai lebih dari RM18,000.
Sesi LAN Gaming Party ini akan diadakan di FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya, pada awalnya, sebuah lagi sesi telah berjaya diadakan di FTZ Asia.net Cyber Café di Pulau Pinang.
Keterangan mengenai LAN Gaming Party adalah seperti berikut :
Tempat : FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya
Tarikh : 18 September 2010 (Sabtu)
Masa : 12:00pm – 10:00pm
Tiada yuran penyertaan dikenakan, namun, apa yang anda perlu buat hanyalah hantar email kepada gamingparty@in2.com.my lengkap dengan nama penuh anda, umur anda, dan nombor telefon bimbit anda. Ataupun, anda boleh terus ke FTZ Asia.net Cyber Café Subang Jaya untuk mendaftar. Tarikh terakhir untuk mendaftar ialah 14 September 2010 (Selasa).
Kemudian, anda cuma dikehendaki membawa Desktop anda (CPU System Unit sahaja) yang menggunakan CPU dari Intel ke sana.
Apa yang akan berlangsung ialah StarCraft II Tournament, Best Customized PC dan juga Cabutan Bertuah!
BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.
Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.
Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.
Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas
Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.
Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.
Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.
Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) kembali lagi buat kali ke-7! Dan sudah pasti lebih hebat lagi dengan mengumpulkan seluruh peminat di pelusuk negara!
KLIMS dibawa khas lagi oleh Malaysian Automotive Association (MAA) dengan tujuan untuk membawa industri automotif negara selangkah lebih maju dan menyumbang kepada pembangunan negara.
KLIMS’10 kali ini akan menfokuskan kepada teknologi hijau dimana kenderaan yang mesra alam sekitar akan diperkenalkan dan mempromosikan teknologi mesra alam sekitar pada masyarakat umum.
Apa yang pasti, Kuala Lumpur International Motor Show kali ini sudah pasti akan menarik ramai pengunjung dalam negara malah juga luar negara. Pelbagai nama besar dalam industri automotif akan terlibat dan banyak kereta-kereta seperti kereta hibrid (hybrid cars), dan kereta konsep (concept cars) yang akan dipamerkan dan diperkenalkan.
Maklumat mengenai pameran :
Tarikh : 3 – 12 Disember2010
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Lawatan : Hari biasa 11.00am – 10.00pm || Hujung minggu 10.00am – 10.00pm
Harga Tiket : Dewasa RM15.00 (Hari biasa) RM20.00 (Hujung minggu) || Kanak-kanak bawah 12 tahun RM5.00
Buat pertama kalinya di Asia, sebuah persidangan yang mengumpulkan pakar-pakar dan para ilmuwan akan diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara.
Persidangan ini akan diadakan dan dibahagikan kepada tiga siri, dimana pada setiap siri, topik berlainan akan dibincangkan, serta berlainan pakar yang akan diundang khas.
SIRI 1 : Jumaat, 20 Ogos 2010
“THE CREATIVE ELEMENT. RIGHT BRAIN ACTIVATE”
SIRI 2 :
Jumaat, 24 September 2010
“THE SUSTAINABILITY FACTOR”
SIRI 3 : Jumaat, 26 November 2010
“STRATEGIES FOR TODAY”
Tujuan utama persidangan ini diadakan sudah tentu untuk membincangkan cara dan gaya hidup mereka-mereka yang sudah berjaya. Bermula dari personaliti, keilmuwan, kepimpinan malah gaya pemikiran.
Antara Speaker jemputan bagi persidangan ini ialah,
Tan Sri Razali Ismail
Bekas Pengerusi UN Security Council
Dato’ Abdul Aziz bin Abu Bakar
Pengerusi AirAsia
Premesh Chandran
CEO MalaysiaKini
Dan lain-lain pakar lagi,
Jikalau ada yang berminat, boleh email kepada admin@notakosong.com untuk dapatkan kod promosi diskaun harga tiket, dan sila sertakan mengapa anda berminat untuk menyertai The Gathering of Great Minds.
Recent Comments