Tag Archive | "FC"

Video kisah inspirasi pasukan bola sepak Panyee


Panyee Football Club (FC), berasal dari Koh Panyee, iaitu sebuah perkampungan nelayan yang kurang daratan, namun mempunyai cara tersendiri untuk bermain bola sepak.

koh panyee fc true story Video kisah inspirasi pasukan bola sepak Panyee

Dengan semangat yang begitu tinggi untuk bermain bola sepak, sekumpulan kanak-kanak di kampung tersebut sanggup membuat sebuat platform menggunakan kayu sebagai tapak kawasan untuk mereka bermain bola sepak.

Mereka dah buktikan tanpa tanah daratan sekalipun mereka masih boleh bermain bola sepak!

Malah, yang menarik mereka merupakan antara pasukan bola sepak yang paling berjaya dalam sejarah di Selatan Thailand!

Jom saksikan video kisah inspirasi ini,

Posted in Internet, RandomComments (0)

Keputusan cabutan undian UEFA Champions League


Pada 26 Ogos, telah berlangsung cabutan rasmi untuk UEFA Champions League sesi 2010 di Monaco. Berikut merupakan maklumat mengenai kejuaraan ini.

UEFA Champions League ini akan mengumpulkan seluruh juara-juara dari liga di seluruh Eropah, bermakna anda akan dapat lihat Pasukan-pasukan hebat seperti Barcelona, AC Milan, Bayern Munich, malah Manchester United untuk bersaing merebut kejuaraan!

Berikut merupakan keputusan undian tersebut :

Kumpulan A : Inter Milan, Werder Bremen, Tottenham, FC Twente.
Kumpulan B : Lyon, Benfica, Schalke, Hapoel Tel-Aviv.
Kumpulan C : Manchester United,Valencia, Rangers, Bursaspor.
Kumpulan D : Barcelona, Panathinaikos, FC Copenhagen, Rubin Kazan.
Kumpulan E : Bayern Munich, Roma, FC Basel, Cluj.
Kumpulan F : Chelsea, Marseille, Spartak Moscow, MSK Zilina.
Kumpulan G : AC Milan, Real Madrid, Ajax, Auxerre.
Kumpulan H : Arsenal, Shakhtar Donetsk, FC Braga, FK Partizan

champions league draw Keputusan cabutan undian UEFA Champions League

Posted in Sport, WorldComments (1)

Liverpool FC bakal jadi milik jutawan China


pemilik liverpool kenny huang Liverpool FC bakal jadi milik jutawan China

Kenny Huang, ketua eksekutif syarikat pelaburan sukan China dikatakan sudah mengutarakan tawaran untuk membeli kelab dari Barclays Premier League, Liverpool FC, kepada Royal Bank of Scotland (RBS).

Pemilik kelab Liverpool FC sekarang, Tom Hicks dan George Gillett, sememangnya hendak menjual kelab tersebut semenjak dari April 2010 lagi.

Kenny Huang dikatakan menawarkan sebanyak £237 juta untuk membeli Liverpool FC, namun demikian, ianya masih rendah berbanding hutang kelab terkemuka tersebut yang dianggarkan melebihi £350 juta!

Huang turut dikaitkan dengan kerjasama bersama seorang lagi rakan kongsi untuk membeli kelab tersebut. Ini merupakan sebab mengapa beliau ingin mempercepatkan pembelian kelab ternama tersebut.

Antara sebab lain juga adalah kerana beliau ingin mengeluarkan dana untuk membantu pengurus kelab tersebut yang baru iaitu, Roy Hodgson untuk membuat pembelian pemain bagi menguatkan skuad tersebut.

Huang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembelian kelab tersebut pada tahun 2008, namun ketika itu harga yang diminta adalah terlalu tinggi. Mungkin kerana kegagalan Liverpool untuk memperoleh sebarang trofi kemenangan menyebabkan harga kelab tersebut telah menurun.

Sumber : Goal.com

liverpool fc english premier club Liverpool FC bakal jadi milik jutawan China

Posted in Sport, WorldComments (5)








Partly powered by CleverPlugins.com