Tag Archive | "Filem"

Maria Ozawa (Miyabi) bakal ke Malaysia?


Bintang filem dewasa terkenal Jepun, Maria Ozawa (Miyabi) dikatakan, mungkin akan turun ke Malaysia buat pertama kalinya tak lama lagi, betul ke? Jom tengok ni!

maria ozawa malaysia Maria Ozawa (Miyabi) bakal ke Malaysia?

Pertama kali juga Maria Ozawa menyebut nama Malaysia ni,

Benar atau palsu, ramai yang sudah menyebut kononnya memang ada dalam perancangan pelakon filem dewasa untuk hadir ke Malaysia.

Kalau ke Indonesia sudah, siap berlakon dalam filem disana lagi. Mungkin di Malaysia nanti akan berlakon dalam filem baru keluaran Dr. Rozmey pula? Mana lah tau, sebut-sebut je kan….

Macam mana? Nak ke Maria Ozawa ni datang ke Malaysia? icon razz Maria Ozawa (Miyabi) bakal ke Malaysia?

p/s : bahasa kasarnya, Maria Ozawa ni ‘Pornstar’ terkenal rupanya, amboi, habis la kalau dia ke Malaysia, lelaki hidung belang yang gatal semua naik bulu kaki,

Sumber : kiriman peminat tegar OzawaZone

 

Posted in Japan, RandomComments (0)

FlashMob #OccupyDataran untuk Merdeka! Malam tahun baru 2012


#OccupyDataran untuk Merdeka ini akan mengumpulkan ramai orang di Dataran Merdeka pada malam Tahun Baru, kemudian menampilkan satu adegan ala filem ‘V for Vendetta’. Jom!

Berlangsung tepat pada jam 12 malam ini, pada 31 Disember 2011, berlokasi di Dataran Merdeka, acara ini bukan sahaja mengumpulkan ramai orang untuk menyambut tahun baru 2012, tetapi juga untuk menyampaikan satu maklumat dan agenda yang disampaikan dalam filem ‘V for Vendetta’.

occupy dataran for merdeka 1 FlashMob #OccupyDataran untuk Merdeka! Malam tahun baru 2012

Bukan itu sahaja, panggilan untuk #OccupyDataran untuk Merdeka ini begitu luas disebarkan di laman media sosial, seperti Facebook, Twitter, dan juga YouTube! Cuba lihat video YouTube menyeru orang ramai menyertai acara ala ‘Flash Mob’ ini.

Selamat Petang Kuala Lumpur,

Saya, seperti juga anda menghargai keselesaan dalam rutin, keselamatan benda-benda biasa dan keamanan dalam pengulangan. Saya suka lepak di mamak dan tonton tv di rumah seperti mana manusia normal yang lain. Dan dalam semangat menyambut tahun baru ini saya fikir kita patut buat suatu yang istimewa dan meletakkan makna baru kepada tarikh 31 desember.

Sememangnya ada yang tidak mahu kita bersuara. Saya jangkakan sekarang arahan sedang dipekikkan melalui telefon dan lelaki dengan senjata sedang dalam perjalanan ke dataran. Kenapa? Kerana apabila cota digunakan untuk membantai komunikasi, kata-kata akan tetap memiliki kuasanya. Kata-kata merupakan perkakas kepada makna dan kepada sesiapa yang bersedia untuk mendengar, bersedialah untuk kebenaran. Dan sebenarnya ada yang sangat tidak kena dengan negara ini.

Kekejaman, ketidakadilan, dan penindasan. Anda pernah mempunyai ruang untuk membantah dan menyatakan pendapat sebebasnya tetapi sekarang maklumat anda ditapis, dan sistem pemantauan berterusan memakasa anda untuk tunduk, patuh dan setia. Bagaimana ini boleh berlaku? Siapa yang harus dipersalahkan? Sememangnya terdapat orang-orang yang lebih bertanggungjawab daripada kita dan mereka akan dipertanggungjawabkan. Tetapi apabila berbicara tentang kebenaran. Jika anda mencari seseorang untuk dipersalahkan, tempat pertama yang anda patut lihat adalah di cermin.

Saya tahu mengapa anda lakukannya, saya tahu anda takut. Mengapa tidak? 13 mei, pergaduhan kaum, komunis, operasi lalang… Terdapat rentetan masalah dibingkaikan untuk merosakkan pertimbangan dan merompak kewarasan anda. Lalu Ketakutan menguasai dan dalam keadaan panik anda berlindung di belakang Barisan Nasional. BN menjanjikan kestabilan, BN menawarkan keamanan. Dan sebagai balasan anda hanya perlu menyerahkan ketaatan, tunduk, patuh dan setia kepada setiap rencana mereka.

Hari ini saya bercadang untuk menghentikan ketaatan ini. 2011 akan diingati dalam sejarah sebagai tahun revolusi aman tanpa keganasan. Ia bermula di Tunisia dan merebak ke Dataran Tahrir Mesir. Dataran Tahrir adalah simbol pembebasan dan kuasa rakyat di abad ke 21. Kita juga melihat gerakan rakyat di Sepanyol yang diikuti oleh pergerakan Occupy Wall Street.

Arus demokratik yang dijana oleh warga di atas jalanan ini adalah satu perubahan besar di zaman kita sebagai tanda penentangan terhadap elit seluruh dunia. Hari semakin suntuk dan tahun ini akan pantas berakhir. Awan hitam masih terawang di langit Malaysia dan tiada bezanya dengan tahun-tahun yang lepas.

Tekanan terhadap hak asasi manusia masih tidak dipedulikan. Warga menderita dalam bentuk dan tahap berbeza. Adalah sukar bagi orang biasa untuk menjelaskan dan menyuarakan derita dan perjuangan mereka. Oleh itu kita mahu semua orang mencari suara mereka dan memformulasi tuntutan masing-masing.

Beberapa tuntutan datang daripada ketidakadilan seperti : halangan protes jalanan, rang undang-undang perhimpunan aman, kilang nadir bumi Lynas, rompakan tanah orang asli dan orang asal sabah dan Sarawak, korupsi dalam kerajaan, eksploitasi pendatang, kematian dalam tahanan polis dan sprm, tekanan terhadap kebebasan akademik baik pelajar mahupun pensyarah dalam auku dan pelbagai lagi.

Jadi, jika anda tidak nampak. Jika jenayah kerajaan ini tidak penting bagi anda, saya cadangkan supaya anda tinggalkan 31 desember tanpa apa-apa makna.

Tapi jika anda nampak apa yang saya nampak, anda rasa apa yang saya rasa, dan anda mahu apa yang saya mahu, saya minta untuk anda berdiri di sebelah saya memakai topeng V pada malam ambang tahun baru di dataran merdeka dan kita berikan mereka tahun baru yang tidak akan dapat dilupakan.

Menarik? Bukan main tinggi lagi harapan dan maksud sebenar perhimpunan #OccupyDataran untuk Merdeka ini. Maksud, objektif, dan motif asal perhimpunan menyambut tahun baru ini begitu mendalam dan mempunyai makna yang tersendiri.

Anda berminat tapi tak mempunyai topeng Guy Fawkes atau V ini? Nak berjimat dan murah, boleh muat-turun saja gambar topeng di bawah ini dah guna pakai.

occupy dataran FlashMob #OccupyDataran untuk Merdeka! Malam tahun baru 2012

Muat-turun di URL ini : http://rt.my/xr.

Untuk maklumat lanjut acara ini, boleh rujuk di laman sosial mereka

Twitter : http://twitter.com/occupydataran

Facebook : https://www.facebook.com/occupydataran

Facebook Event : https://www.facebook.com/events/180134328752210/

Apa-apa pun, nasihat untuk mereka yang akan menghadirkan diri, sedia maklum dengan keselamatan diri sendiri yang perlu lebih diutamakan. Maklumlah, ramai orang yang keluar ke pusat bandar di malam tahun baru 2012 ini, mungkin boleh sesat, atau hilang di dalam khalayak ramai orang pula nanti.

Dan Selamat Tahun Baru dari Notakosong.com.

occupy dataran for merdeka FlashMob #OccupyDataran untuk Merdeka! Malam tahun baru 2012

 

Posted in Events, MalaysiaComments (0)

KL Gangster 2 The Prequel, bakal ditayangkan akhir 2012?


Wah bukan main lagi Syamsul Yusof dengan kejayaan filem KL Gangster, kini KL Gangster 2 ‘The Prequel’ pula sedang dalam produksi. Jom tengok sedutan gambar menarik!

Filem KL Gangster berjaya mengutip catatan rekod jualan setinggi menghampiri RM12 Juta! Dan dengar-dengarnya, bajet untuk filem kedua ini pula lebih besar dan dikatakan Datuk Yusuf Haslam dibawah nama Skop Productions bersedia melaburkan setinggi RM3 Juta untuk produksi ini!

KL Gangster 2 The Prequel 1 KL Gangster 2 The Prequel, bakal ditayangkan akhir 2012?

Sedikit sinopsis filem KL Gangster 2 ini. Ianya akan lebih menceritakan kisah sebelum berlangsungnya jalan cerita dalam KL Gangster yang pertama, atau ‘Prequel’ kepada filem pertama lah.

Jalan cerita akan lebih banyak menyentuh berkenaan bagaimana kisah asal permulaan adik-beradik Malek dan Jai mula tercebak dalam dunia samseng dan gangster. Kesemuannya bermula dengan kematian ayah mereka, yang meninggalkan banyak hutang dengan samseng, akhirnya menyusahkan keluarga mereka dan ibunya tinggal dalam ketakutan.

KL Gangster 2 The Prequel 2 KL Gangster 2 The Prequel, bakal ditayangkan akhir 2012?

Pelancaran filem KL Gangster 2 telah diadakan pada 25 November yang lalu, dan penggambaran telah lama dimulakan semenjak 1 Disember lagi.

Filem ini akan diarahkan oleh Syamsul Yusuf dan skrip ditulis oleh Syamsul Yusuf sendiri dibantu oleh Rizal Ashreff.

Kali ini, barisan pelakon yang sama banyak dikekalkan, seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim dan Soffi Jikan. Malah turut ditambah dengan pelakon filem aksi veteran bagi memantapkan lagi filem ini, hero malaya, Rosyam Nor.

Tarikh sebenar tayangan filem ini masih belum diumumkan kerana rakaman baru sahaja bermula.

Yang pasti, ianya akan dinanti-nantikan oleh seluruh peminat aksi filem tanah air.

Saksikan beberapa gambar produksi filem ini dalam galeri dibawah :

Kredit gambar ditujukan khas kepada jurugambar rasmi KL Gangster 2, Thehitman Nazri dan Skop Productions Sdn. Bhd.

Mungkin tak lama lagi keluar ‘Trailer’ untuk KL Gangster 2 pula?

Posted in Entertainment, MovieComments (0)

(Kelakar) Jom cuba buat kostum X-Men sendiri!


Anda dah tengok cerita X-Men yang terkini? Teringin nak cuba-cuba jadi X-Men? Jom tengok cara buat kostum X-Men sendiri, mudah sahaja!

Anda boleh cuba cara dibawah untuk buat kostum D.I.Y watak filem X-Men seperti Magneto, Wolverine, Cyclops, dan juga Gambit! Jom tengok gambar dibawah sebagai panduan.

Magneto

transform to x men magneto 1 (Kelakar) Jom cuba buat kostum X Men sendiri!transform to x men magneto 2 (Kelakar) Jom cuba buat kostum X Men sendiri!

Wolverine

transform to x men wolverine 1 (Kelakar) Jom cuba buat kostum X Men sendiri!transform to x men wolverine 2 (Kelakar) Jom cuba buat kostum X Men sendiri!

Cyclops

transform to x men cyclops 1 (Kelakar) Jom cuba buat kostum X Men sendiri!transform to x men cyclops 2 (Kelakar) Jom cuba buat kostum X Men sendiri!

Gambit

transform to x men gambit 1 (Kelakar) Jom cuba buat kostum X Men sendiri!transform to x men gambit 2 (Kelakar) Jom cuba buat kostum X Men sendiri!

Posted in LOL, RandomComments (2)

Video cara lamaran kahwin paling Viral


Ginny Joiner, dari Atlanta, Amerika Syarikat pada mulanya menyangkakan bahawa beliau sedang menonton filem ‘Fast Five’, tiba-tiba ianya berubah menjadi lamaran perkahwinan!

Beliau, yang pergi menonton wayang bersama abang beliau pada mulanya tidak menyangka apa-apa apabila menonton beberapa trailer filem sebelum itu. Kemudiannya terkejut apabila sebuah trailer filem berlainan ditayangkan, dimana terdapat rakaman perbualan teman lelaki dan juga ayah beliau.

Teman lelaki beliau, Matt, kemudiannya muncul di penghujung trailer tersebut mengejutkan Ginny dan kemudiannya melamar Ginny di khalayak ramai penonton dalam panggung wayang tersebut.

Sebenarnya kebanyakan penonton dalam panggung wayang tersebut adalah antara sahabat karib mereka dan beberapa penonton lain yang bertuah.

matt and ginny proposal Video cara lamaran kahwin paling Viral

Segalanya reaksi Ginny dan video tersebut dirakam dan kemudiannya dimasukkan ke YouTube dengan tajuk “Greatest Marriage Proposal EVER!!!”. Sebuah laman web khas juga dibina untuk menceritakan kisah perlamaran Matt dan Ginny ini di internet. : http://www.mattandginny.com/

Yang menarik, video tersebut sudah mencecah lebih 5 JUTA tontonan walaupun baru sahaja masuk hari ke-4 di muat naik!, dan ianya kini mendekati 6 JUTA tontonan!

Apa-apa pun, jom saksikan video YouTube tersebut,

Posted in Internet, Random, YouTubeComments (0)

Indonesia tampilkan Sora Aoi dalam filem Suster Keramas 2?


Penerbit filem di Indonesia buat lagi. Selepas penampilan artis filem porno Maria Ozawa, kini Sora Aoi pula yang diambil berlakon bagi filem yang baru ditayangkan, “Suster Keramas 2″.

Macam-macam, agaknya pelakon-pelakon disana sudah bosan ditayangkan di pawagam mungkin?

Walaupun begitu, mengapa mesti pelakon filem pornografi juga yang diambil berlakon? Adakah sebagai modal untuk mempromosikan filem tersebut?

suster keramas 2 sora aoi movie poster Indonesia tampilkan Sora Aoi dalam filem Suster Keramas 2?

Yang jadi persoalannya, boleh ke pelakon macam Sora Aoi (Sola Aoi) ni bertutur dalam bahasa Indonesia? Atau, dialog yang diberi semuanya dalam bahasa Jepun?

Apa-apa pun, Filem ini telah pun ditayangkan 21 April yang lalu di pawagam-pawagam di Indonesia. Malah, Filem ini turut mempunyai tajuk dalam bahasa Inggeris yang diberi nama “Evil Nurse 2″.

Apa sinopsis filem ni? Apa la agaknya ya, tak hendak pula nak ambil tahu.

Trailer Filem Suster Keramas 2 dengan penampilan khas Sora Aoi.

Posted in Entertainment, MovieComments (4)

Siapa sebenarnya Usop Wilcha? Kenali Syed Mohamad Asri


Siapa yang tak kenal dengan Usop Wilcha. Watak terkenal hasil penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini semakin dikenali dengan gayanya tersendiri.

Selepas membuat penampilan istimewa disamping Johan Raja Lawak pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang baru sahaja berlangsung, semakin ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangannya Usop Wilcha ini di sebalik tabir?

Usop Wilcha, atau watak Usop yang dilakonkan dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) itu amat sinonim dengan kerusi roda yang digunakannya, atau dirujuk sebagai Wilcha (Wheel Chair) dalam filem tersebut. Dengan itulah terhasilnya nama terkenal Usop Wilcha.

Usop Wilcha, atau nama sebenar beliau Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullail mungkin agak jarang didengari dalam bidang seni tanah air. Namun siapa sangka pelakon ini pernah satu ketika dahulu melakar sejarah diri bergelar penyanyi, malah mempunyai albumnya tersendiri.

usop wilcha Syed Mohamad Asri Siapa sebenarnya Usop Wilcha? Kenali Syed Mohamad Asri

Beliau yang mempunyai kerjaya tetap selain dari berlakon merupakan seorang yang berjawatan Pengurus Komunikasi Korporat di sebuah syarikat terkemuka dalam bidang minyak dan gas. Siapa sangka Usop Wilcha yang berperwatakan unik merupakan seorang yang berjawatan penting dan besar dalam bidang korporat!

Peluang yang diberi oleh pengarah ternama, Mamat Khalid, tidak dilepaskan oleh Syed Mohamad Asri, malah beliau memainkan watak yang diberi dengan begitu cemerlang, sehingga kata-kata beliau diingati dan menjadi lambang kepada filem HKLBR sendiri.

Siapa yang boleh lupa pada kata-kata seperti, “Cecite-cecite”, “Kite bako je”, “Sape setuju angkat tangan macam saye…” dan yang pasti, gaya tangan ekspresi lembut beliau itu, menjadi ikutan bagi orang ramai.

Humor, itu sudah pasti bakat semulajadi Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullail.

Posted in EntertainmentComments (1)

Indonesia – “Kami risaukan Maria Ozawa di Jepun”


Gempa bumi dan Tsunami yang melanda Jepun 2 hari lalu, membawa kesan yang besar dengan begitu banyak respon dari pelbagai laman media sosial. Lagi-lagi di laman Twitter.

Di Twitter sahaja, Trending Topic dengan hashtag #prayforjapan sudah lebih 2 hari berada diantara topik paling hangat di sebarkan.

Namun, situasi yang lain dari yang lain berlaku di Indonesia yang sememangnya terkenal dengan majoriti penggunanya di ‘Twitterverse’ atau dunia Twitter.

Kebanyakan tweet yang datang dari Indonesia sememangnya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Jepun, dan ditambah pula dengan doa dan ucapan selamat kepada pelakon-pelakon filem dewasa dan filem pornografi dari Jepun, contohnya Maria Ozawa.

Pelbagai tweet seperti,

“Moga2 kamu baik2 shj”

“Smoga kmu bisa menyelamatkan diri”

“Tuhan selamatkan Maria Ozawa”

dan pelbagai lagi Tweet lain yang sememangnya ditujukan khas kepada akaun Twitter artis filem porno tersebut.

maria ozawa japan earthquake Indonesia   Kami risaukan Maria Ozawa di Jepun

Yang menarik, Maria ‘Miyabi’ Ozawa yang mempunyai darah kacukan Perancis dan Kanada ini memberi makluman kepada orang Indonesia dengan memberi kenyataan beliau selamat dan sedang berada di Kem pemulihan.

Miyabi sememangnya terkenal di Indonesia dengan hasil filem beliau disana seperti, “Menculik Miyabi” dan “Hantu Tanah Kusir“.

Alamak, kesiannya orang Jepun, dalam ramai-ramai orang yang ditimpa bencana disana nampaknya Maria Ozawa lebih terkenal.

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (0)

Gambar preview Captain America dari Marvel!


“Captain America : The First Avenger”, merupakan Filem baru yang bakal ditayangkan pada tahun ini dan ianya mengisahkan mengenai superhero Captain America.

Sepertimana yang anda sudah tahu, Captain America adalah superhero dalam komik fiksyen keluaran Marvel, dan merupakan perajurit yang menentang Nazi Jerman dan Hitler ketika perang dunia kedua.

Filem yang dinanti-nantikan peminat ini nampaknya sudah mengeluarkan satu preview gambar mengenai superhero tersebut.

Watak Captain America akan dibawa oleh Chris Evans dan kostum superhero Captain America tersebut kelihatan begitu menarik sekali dengan warna biru dan merah, lengkap dengan pelindung tangan khas Captain America.

Nantikan tayangan filem arahan Joe Johnston ini yang bakal ditayangkan pada 21 Julai 2011 di Malaysia.

Captain America : The First Avenger

captain america movie Gambar preview Captain America dari Marvel!

Posted in Entertainment, MovieComments (1)

Maria Ozawa berlakon lagi? Hantu Tanah Kusir?


Alamak, Pencipta filem di Indonesia buat lagi. Kali ini Indonesia akan sekali lagi hasilkan filem dengan melibatkan Maria Ozawa dalam cerita hantu, ‘Hantu Tanah Kusir’.

Sebelum ini sebuah filem lain hasil dari Indonesia juga telah dikritik hebat oleh kerana menayangkan aktres tersebut.

Filem yang diberi tajuk ‘Menculik Miyabi‘ tersebut telah lebih setahun ditayangkan, dimana sebelum penayangan tersebut ditentukan, penghasilan filem tersebut dikritik hebat dan hampir saja dibatalkan.

Majlis Ulama’ Indonesia turut bertindak mengecam tidak mengizinkan aktres tersebut, Maria Ozawa untuk tiba mendarat di Lapangan Terbang di sana.

Malah, lakonan Maria Ozawa dalam filem Menculik Miyabi tersebut hanya dilakonkan di Jepun.

Dahsyat, adakah kerana perlukan publisiti murahan itulah sebabnya memerlukan pelakon dari Jepun ini?

Dan sudah pasti watak yang dibawa oleh Maria Ozawa akan mempunyai kesukaran dalam menuturkan dialog.

Persoalannya, adakah tindakan Dr Rozmey cuba menjemput Pamela Anderson sebagai pelakon dalam filemnya juga merupakan publisiti murahan seperti filem dari Indonesia ini?

Apa-apa pun, macam-macam dalam dunia ni kan? Haha.

Nantikan update dengan trailer filem Hantu Tanah Kusir ni, (Maria Ozawa cuma muncul 3 saat je!).

Trailer Hantu Tanah Kusir (Featuring Maria Ozawa)

hantu tanah kusir maria ozama Maria Ozawa berlakon lagi? Hantu Tanah Kusir?

Posted in Celebrity, Entertainment, MovieComments (7)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com