Alamak, Pencipta filem di Indonesia buat lagi. Kali ini Indonesia akan sekali lagi hasilkan filem dengan melibatkan Maria Ozawa dalam cerita hantu, ‘Hantu Tanah Kusir’.
Sebelum ini sebuah filem lain hasil dari Indonesia juga telah dikritik hebat oleh kerana menayangkan aktres tersebut.
Filem yang diberi tajuk ‘Menculik Miyabi‘ tersebut telah lebih setahun ditayangkan, dimana sebelum penayangan tersebut ditentukan, penghasilan filem tersebut dikritik hebat dan hampir saja dibatalkan.
Majlis Ulama’ Indonesia turut bertindak mengecam tidak mengizinkan aktres tersebut, Maria Ozawa untuk tiba mendarat di Lapangan Terbang di sana.
Malah, lakonan Maria Ozawa dalam filem Menculik Miyabi tersebut hanya dilakonkan di Jepun.
Dahsyat, adakah kerana perlukan publisiti murahan itulah sebabnya memerlukan pelakon dari Jepun ini?
Dan sudah pasti watak yang dibawa oleh Maria Ozawa akan mempunyai kesukaran dalam menuturkan dialog.
Persoalannya, adakah tindakan Dr Rozmey cuba menjemput Pamela Anderson sebagai pelakon dalam filemnya juga merupakan publisiti murahan seperti filem dari Indonesia ini?
Apa-apa pun, macam-macam dalam dunia ni kan? Haha.
Nantikan update dengan trailer filem Hantu Tanah Kusir ni, (Maria Ozawa cuma muncul 3 saat je!).
Baru beberapa hari filem 2 Alam hasil produksi Dr Rozmey ditayangkan, namun telah menerima kritikan dahsyat dari semua penontonnya.
Habis pelbagai komen dan review dari pelbagai media di internet tersebar luas mengkritik filem 2 Alam arahan Hairie Othman dan Ed Zarith.
Sedikit sedutan sinopsis filem 2 Alam ini,
Filem bergenre seram ini memaparkan kejelekkan sifat manusia yang lupa diri menggunakan ilmu yang dituntut, agama yang dianuti untuk kemahuan diri, mengikut tuntutan hawa nafsu melakukan perkara keji, jelek hanya kerana tuntutan nafsu duniawi.
Akibat gagal mengawal diri, ilmu tinggi yang dituntut tidak mampu menjadikan Amy lakonan Suhaila Salam manusia yang berguna lantas menjadi anak derhaka.
Amy menjadi umat yang mensia-siakan diri. Bukan hanya Amy, malah dia mencalitkan dosa dan noda kepada rakan-rakan dan sesiapa yang mendampinginya.
Lantas dunia adalah segala-gala baginya, walaupun pasti masuk neraka. Tiada beza bagi Amy kerana merasakan dunia dia yang punya.
Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. Amy menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.
Pelbagai komen hampa dan kecewa diberikan para blogger dan pengguna media internet.
Penuh di Facebook page Dr Rozmey dengan komen-komen dan hinaan terhadap filem 2 alam ini. Namun kesemuanya telah ‘selamat’ di-delete oleh admin page tersebut.
Cuba la cari, mungkin nasib baik boleh la jumpa yang tinggal-tinggal.
Yang tak boleh di-delete cuma komen-komen hashtag #2alam di twitter je, haha, silakan la mencari.
Tak kurang juga dengan facebook group yang banyak dicipta semata-mata kerana Dr Rozmey.
Namun, kalau anda tak sempat melihat komen-komen tersebut, dibawah ada disertakan screenshot untuk komen-komen itu.
Bukan sahaja dari penonton, malah juga mereka yang belum lagi menonton, namun meluat dengan Dr Rozmey?
Filem “Dalam Botol” hasil tulisan Raja Azmi Raja Sulaiman nampaknya telah diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia untuk ditayangkan pada awal Februari 2011.
Filem yang bertemakan homoseksual atau kehidupan seorang lelaki gay tersebut mendapat tentangan keras umum di Malaysia.
Namun LPF meluluskan tayangan filem tersebut dengan syarat beberapa adegan seperti adegan ghairah perbualan antara watak lelaki utama, di buang terus dari filem tersebut.
Malah, tajuk asal Filem tersebut iaitu Anu Dalam Botol turut diminta diubah kepada tajuk Dalam Botol sahaja.
Filem ini juga harus bebas dari segala adegan yang berunsur lucah dan menampilkan adegan seks.
Filem tersebut yang telah di pra-tayang 3 bulan sebelum tarikh sebenar, kepada sekumpulan Bloggers Filem mendapat pujian daripada beberapa Bloggers tersebut.
Malah ada yang memberi komen, filem ini lain dari yang lain, sesuatu yang baru dan pasti menjadi persoalan bagi mereka yang tidak menontonnya.
Filem ini mengisahkan mengenai sepasang pasangan lelaki gay. Namun tindakan salah seorang pasangan tersebut yang menjalani pembedahan jantina dari lelaki ke perempuan, ditentang keras oleh pasangannya, dan bermula masalah dalam hubungan mereka.
Dalam pada masa yang sama, muncul seorang gadis yang memikat hati lelaki gay yang masih lagi lelaki tersebut.
Kesudahan filem ini menceritakan mengenai penyesalan yang dialami oleh lelaki gay yang menjalani pembedahan jantina tersebut.
Apa motif sebenar filem ni?
Adakah cuba untuk menumpang populariti filem Hollywood lain seperti Brokeback Mountain?
Artis remaja yang menjadi kegilaan ramai ini nampaknya tidak lama lagi akan turut bergelar seorang pelakon! Makin terkenal la nampaknya selebriti muda ni nanti!.
Justin Bieber dikatakan sedang menjalani penggambaran untuk filem beliau yang pertama nanti.
Filem tersebut akan diberi tajuk “Justin Bieber: Never Say Never“, dimana Never say never ialah tajuk kepada salah satu single beliau yang terkenal gandingan nyanyian beliau dan Jaden Smith.
Menurut beliau, filem yang akan mengisahkan cerita mengenai beliau ini sememangnya ada kena mengena dengan lagu tersebut.
Dimana beliau menceritakan ketika beliau masih kanak-kanak, ramai orang yang lebih berusia dari beliau menghalang beliau untuk melakukan segala apa yang diingini.
When he was a kid, some people said, ‘You can’t play the drums,’ and he did. Or, ‘You can post it on the Internet, but no one will see it.’ Then millions of people saw it.”
- Pengarah : John Chu
Hmm, boleh ke si Justin Bieber ni berlakon? Menari boleh la kot?
Pernah dengar tentang Mantera The Movie? Filem baru karya anak tempatan ini nampaknya sudah dalam fasa terakhir untuk ditayangkan tahun depan.
Filem gabungan ‘live-action’ dan animasi ini bertemakan sains fiksyen dan teknologi robotik. Kalau nak tahu, Mantera membawa maksud “Man Transformable Exo-Robotic Armor”.
Dikatakan juga filem ini mendapat ilham berdasarkan filem terkenal Transformers dan juga Filem Iron Man.
Filem arahan Aliyar Alikutthy ini menampilkan gabungan artis dalam negara dan juga luar negara. Antara artis tempatan yang terlibat ialah Tomok yang memegang watak utama (Hero), dan Shiqin Kamal sebagai Heroin.
Turut ditampilkan ialah Ratu Cantik Dunia 2008 yang juga penyanyi popular Ukraine, Natalya Shmarenkova.
Berikut merupakan sinopsis filem tersebut,
MANTERA The Movie
MANTERA mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.
Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.
Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya.
Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.
Saksikan video Teaser Trailer, diikuti dengan Poster MANTERA The Movie.
Pelakon dan pelawak, M Rajoli, baru sahaja meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, pada jam 10.45 malam, 17 September 2010.
Beliau yang berumur 64 tahun telah lama terlantar sakit di Hospital semenjak setahun yang lalu.
Beliau sebelum ini disahkan menghidap penyakit kelenjar kanser otak atau Lymphoma, dan telah dibedah. Beliau juga telah beberapa kali mendapat rawatan Kinoterapi.
Sebelum itu, beliau telah disahkan beransur pulih, namun oleh keran ajal yang telah tiba, beliau telah kembali ke rahmatullah.
M. Rajoli atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain merupakan seorang pelakon veteran. Dan beliau merupakan seorang pelakon yang terkenal yang dikatakan sangat hebat membawa watak dalam apa saja lakonan beliau.
Antara Lakonan beliau yang terkenal adalah di dalam Filem :
Cicakman The Movie
Impak Maksima
Idola
Mr Cinderella 1 dan 2
Kini negara telah kehilangan seorang lagi seniman hebat dalam industri perfileman dan hiburan negara.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.
Takziah kepada keluarga Allahyarham dan mari bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah.
Mesti ramai antara anda yang pernah menonton filem Inception betul tak? Tahukah anda, filem ini dikategorikan filem yang paling diminati golongan Geek.
Terdapat 7 sebab mengapa filem Box Office yang mengutip jualan sehingga $62.8 juta US Dollar ini menjadi minat para Geeks.
Filem ini menggabungkan semua genre filem yang kebiasaannya diminati para Geeks. Genre filem seperti Sains Fiksyen, Pengintipan, dan kesan Efek Filem yang canggih.
Hero filem ini merupakan seorang Geek yang cukup kacak! (Leonardo DiCaprio) Malah watak perempuan turut merupakan seorang Geek yang cukup cantik! (Oh dah jatuh cinta dengan Ellen Page).
Cuba teknik menggodam (Hack) yang belum pernah dibuat orang – Cuba untuk godam fikiran minda orang lain, meletakkan pemikiran lain, dan membuatkan orang tersebut percaya fikiran tersebut memang adalah fikiran asal beliau. Rumit kan? Memang perkara sebegitu yang menjadi minat seorang Geeks untuk teroka.
Wujud sekumpulan Penggodan (Hackers) yang mencipta mimpi dan jalan cerita, supaya orang yang bermimpi tersebut akan membuat segala pergerakan seperti yang telah dirancang. Seorang Geeks mestilah minat Video Game, jadi mimpi tersebut hanya bagaikan Video Game yang perlu dimainkan mengikut jalan cerita.
Kisah percintaan yang mengecewakan. Watak utama Inception sering teringat kepada isteri beliau yang sudah meninggal dunia. Mesti ada kan Geeks yang terkenang tentang kekecewaan dalam percintaan atau terlepas peluang dalam percintaan kan? haha,
Misteri yang masih belum terungkai. Penamat cerita yang bagaikan tergantung menimbulkan banyak soal jawab bagi penonton filem tersebut. Dan seperti biasa, Geeks sememangnya minat untuk membuat kajian mengenai filem ini dan timbul pula dengan penamat sendiri.
Artis Bollywood terkenal dunia, Aishwarya Rai mengamuk di KLIA setelah beg yang dipercayai mengandungi alat kosmetik beliau hilang tidak dapat dicari.
Kejadian yang dikatakan berlaku pada pagi semalam, dilaporkan bahawa beliau berada dalam keaadaan tertekan sebelum 2 jam kemudian beg putih kesayangan beliau dipulangkan kembali.
Orang ramai mengatakan bahawa, walaupun beliau dilihat begitu tertekan, namun beliau tetap kelihatan anggun. Biasala, bekas Miss World la katakan.
Aishwarya Rai juga turut meluahkan kata-kata bahawa beliau tertekan dengan staf KLIA yang tidak henti-henti mengambil gambar beliau, kata beliau “Berapa banyak lagi gambar mereka nak ambil?”.
Beliau kemudian dilihat meninggalkan KLIA menaiki sebuah Mercedez Benz hitam, dan dipercayai menuju ke Putrajaya.
Kehadiran beliau ke Malaysia adalah untuk melancarkan filem BlockBuster baru beliau di Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam semalam.
“Hikayat Merong Mahawangsa : The Malay Chronicles – Bloodlines”, Itulah tajuk bagi filem terbaru hasil keluaran anak tempatan, KRU Studios.
Filem berbajet besar ini telah mencatat jualan jutaan ringgit di “European Film Market” yang diadakan di Berlin Februari lalu, meskipun hanya akan ditayangkan awal tahun 2011. Ia turut akan ditayangkandi negara luar seperti United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara-negara di Timur Tengah.
Mempunyai penataan bunyi dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), Filem ini dikatakan mampu digandingkan bersama-sama dengan filem-filem bertaraf dunia yang lain. Lagu “Sedetik Lebih” iaitu lagu tema bagi Hikayat Merong Mahawangsa pula akan dinyanyikan oleh penyanyi popular, Anuar Zain.
“Hikayat Merong Mahawangsa : The Malay Chronicles – Bloodlines” mengisahkan mengenai Merong Mahawangsa yang merupakan darah keturunan Alexander the Great. Beliau telah diserang Lanun Kepulauan Geruda ketika sedang berlayar di selat Melaka. Beliau juga tersangkut pada konflik yang melibatkan Empayar Roman dan Empayar China Dinasti Han.
Nantikan kesinambungan Filem ini pada masa akan datang.
Nak dijadikan cerita, seorang lelaki, Corey Goldfeder dari US telah mengubah Filem kegemaran bakal isteri beliau sebagai laluan untuk melamar gadis itu.
Recent Comments