Tag Archive | "Food"

Kupon ekstra percuma KFC Lunch Treats


Pernah cuba KFC Lunch Treats? Ala menu KFC yang ada KFC Famous Bowl tu, dengan harga serendah RM4.95 tu. Dan merupakan antara menu jimat makan tengahari di KFC tu.

Kini ada boleh dapatkan lebih ekstra pada menu yang anda beli dengan penggunaan kupon online dibawah.

Apa yang anda perlu buat cuma pastikan anda berpeluang untuk menikmati KFC Lunch Treats dengan pergi ke Restoren KFC antara 12 Tengahari sehingga 3 Petang, dan kemudian tampilkan kupon dibawah yang sudah dicetak terlebih dahulu.

Apa-apa pun, sila baca pada kupon tersebut untuk maklumat lanjut apa tawaran ekstra yang anda akan perolehi.

kupon kfc lunch treat Kupon ekstra percuma KFC Lunch Treats

Klik pada URL berikut untuk dapatkan kupon ini : http://bit.ly/fkbqtn

kupon kfc lunch treat 2 Kupon ekstra percuma KFC Lunch Treats

Klik pada URL berikut untuk dapatkan kupon ini : http://bit.ly/i6GMoo

Posted in FoodComments (2)

Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda!


Wow, nampaknya KFC Malaysia bawakan lagi kelainan dalam pilihan hidangan untuk anda dan keluarga, KFC Egg Tart!.

Hebat, makanan tradisional masyarakat Cina dan Portugis sedunia ini nampaknya diberi sentuhan unik tersendiri oleh KFC dan dijadikan sebagai menu sampingan terbaru.

Mungkin ianya akan lebih sedap berbanding sememangnya enak Egg Tart dari Hong Kong dan Portugal? Belum cuba, belum tahu!

” Rich, Creamy, and Simply Irresistible “,

Apa-apa pun, bagi yang berminat untuk mencuba KFC Egg Tart ini, dapatkan Voucher diskaun untuk anda dibawah.

Kini anda boleh dapatkan KFC Egg Tart dengan hanya RM1 setiap satu! (Tertakluk kepada terma dan syarat)

voucher egg tart kfc Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda! Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda!

Posted in FoodComments (2)

McDonald’s McChicken Supreme baru


Istimewa bulan November! McDonald’s akan lancarkan burger edisi Terhad sempena bulan November ini, McChicken Supreme!

Seperti namanya, McChicken Supreme ini merupakan burger ayam istimewa yang dilengkapkan dengan kepingan ayam ‘smoky’ selain turut disertakan dengan kepingan daging burger ayam istimewa!.

Sudah pasti ianya akan dinantikan oleh semua penggemar burger ayam!

Namun, tawaran ini masih lagi belum dapat diperoleh di McDonald’s berdekatan anda.

Ia cuma akan ditawarkan mula 11 November 2010, atau 11/11/2010! Khamis ini!

McChicken Supreme McDonald’s McChicken Supreme baru

Posted in FoodComments (1)

Dapatkan Burger King Whopper cuma RM1!


Burger King Malaysia akan mengadakan Burger King Whopper Celebration istimewa untuk semua peminat Burger King.

Anda dapat menikmati Burger Whopper Burger King dengan cuma RM1!

Burger King Whopper Celebration ini khas diadakan pada tarikh 6 Oktober 2010 sahaja dan tertakluk kepada stok yang ada pada premis Burger King seluruh negara.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membeli satu minuman bikarbonat (Coke, Pepsi), dan anda boleh membeli Burger Whopper Ala Carte dengan tambahan hanya RM1!

Tetapi, maksima pembelian hanyalah 3 biji Burger Whopper bagi setiap seorang.

Apa lagi, ini merupakan peluang terbaik bagi semua peminat Burger ataupun yang nak cuba merasa Burger Whopper dengan nilai yang amat-amat berbaloi!

Ikut Facebook Fanpage Burger King Malaysia untuk maklumat lanjut : http://www.facebook.com/BKmalaysia

burger king whopper rm1 Dapatkan Burger King Whopper cuma RM1!

Posted in Events, Food, MalaysiaComments (0)

Asia Cafe SS15 ditutup kerana makanan kotor


Tempat makan yang amat terkenal di kawasan Subang Jaya, Asia Cafe di SS15 diarahkan tutup selama 14 hari oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mulai hari ini.

Ini kerana tempat makan tersebut yang terdiri dari 60 buah gerai berasingan didapati tidak menepati piawaan kebersihan dalam penyediaan makanan yang ditetapkan.

Presiden MPSJ, Datuk Adnan Md Ikshan yang turut hadir bersama-sama 50 pegawai MPSJ lain ketika pemeriksaan tersebut dilakukan berkata terdapat banyak lipas dan tikus yang berkeliaran di kawasan dapur.

Malah, pihak media yang turut hadir ketika pemeriksaan tersebut dilakukan turut dapat merakam wujudnya tikus-tikus kotor di dalam longkang yang berhampiran dengan tempat penyediaan makanan.

Sebelum itu telah banyak laporan dari masyarakat sekitar dan juga pelanggan disitu mengenai kebersihan premis makanan disitu. Namun premis yang sering menjadi kawasan tempat lepak dan berkumpul, lebih-lebih lagi peminat bola sepak itu sentiasa mendapat sambutan dari pelanggan.

MPSJ menasihatkan supaya pelanggan segera menjauhi premis yang didapati tidak bersih bagi mengelak berlakunya keracunan makanan pada skala besar dan tersebarnya wabak penyakit yang tidak diingini.

MPSJ turut berpesan kepada semua pemilik premis makanan supaya kerap mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan premis, dengan cadangan sekurang-kurangnya sekali seminggu telah memadai.

Pada hari yang sama, MPSJ turut melakukan pemeriksaan ke atas 1,474 premis lain.

Food Court Asia Cafe Subang Jaya closed for 14 days by MPSJ

lipas mati mamak asiacafe Asia Cafe SS15 ditutup kerana makanan kotor

Posted in Food, NewsComments (3)

McDonald’s Triple CheeseBurger istimewa Raya


Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, McDonald’s telah melancarkan produk baru terhad mereka iaitu, McDonald’s Triple CheeseBurger.

Burger istimewa edisi terhad ini telah dilancarkan sejak 10 September yang lalu, dan telah boleh didapati di kesemua cawangan McDonald’s seluruh negara.

Sebagaimana nama Burger istimewa ini, begitulah juga rupanya. McDonald’s Triple CheeseBurger ini dilengkapi dengan 3 keping keju dan juga 3 keping daging lembu 100% halal, lebih 1 keju dan dan 1 keping daging berbanding burger yang menjadi kegemaran ramai iaitu McDonald’s Double CheeseBurger.

Malah, lebih istimewa lagi anda boleh nikmati burger ini dengan Cheese McShaker istimewa untuk French Fries set Large anda!

Terbaru, McDonald’s nampaknya baru sahaja mengumumkan akan adanya sesuatu yang istimewa berlaku pada 20 September nanti, apakah agak-agaknya kejutan dari McDonald’s Malaysia ye?

Dapatkan maklumat mengenai kejutan istimewa ini di Laman Rasmi Facebook McDonald’s Malaysia!

Apa-apa pun, nanti kalau dah rasa McDonald’s Triple CheeseBurger bagitahu komen anda ye.

Dapatkan sementara McDonald’s Triple CheeseBurger edisi terhad ini masih ada!

Mcdonalds Triple Cheeseburger Raya Special McDonald’s Triple CheeseBurger istimewa RayaMcdonalds Triple Cheeseburger Raya Special edisi terhad McDonald’s Triple CheeseBurger istimewa Raya

Posted in FoodComments (6)

New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness


Sambut hari kemerdekaan anda yang ke-53 dengan menikmati Ais Krim New Zealand Natural!

Dapatkan 30% diskaun dengan setiap pembelian Take Home Packs di New Zealand Natural! Promosi 5 hari ini akan bermula hari ini, 27 Ogos.

Promosi Ais Krim Merdeka ini berlangsung dari 27 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010!

Dapatkan rasa enak sempena kemerdekaan ini dengan pelbagai perisa yang berlainan~ Cuma jangan cuba waktu berpuasa ye, cuba di malam hari~

Merdeka Ice Cream new zealand New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness

Posted in Food, PromotionComments (2)

Groovy Lime Desserts baru McDonald’s


Istimewa bulan Ramadhan!, Dapatkan desserts baru dari McDonald’s!, Groovy Lime Sundae dan Groovy Lime McFlurry!

Hidangan menu sampingan ini telah boleh didapati di Restoren McDonald’s berdekatan anda bermula dari 19 Ogos yang lalu.

Dapatkan Groovy Lime Sundae dengan harga RM3.30 dan Groovy Lime McFlurry RM4.40, setiap satu. Harga belum termasuk cukai 5%.

groovy lime desserts Groovy Lime Desserts baru McDonaldsgroovy lime desserts sundae Groovy Lime Desserts baru McDonalds

Posted in FoodComments (1)

Hotel dan Restoran tawar bufet Ramadhan tidak halal?!


Sebanyak 24 Restoran dan Hotel telah disenaraikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak memenuhi keperluan pensijilan halal Malaysia.

Restoran dan Hotel yang menawarkan bufet berbuka Ramadan ini antaranya merupakan bertaraf sehingga 5 bintang.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata bahawa senarai tersebut dikeluarkan setelah pemeriksaan dilakukan terhadap 34 Restoran dan Hotel pada minggu pertama Ramadhan.

24 Restoran dan Hotel dikatakan menggunakan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan diragui dan bahan mentah yang tiada pengesahan halal dalam masakan bufet yang disediakan.

Senarai Restoran dan Hotel yang tidak mempunyai sijil Halal :

One World Hotel First Avenue (Petaling Jaya)
Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (Kuala Lumpur)
Impiana KLCC Hotel & Spa (Kuala Lumpur)
Hotel Equatorial (M) Sdn Bhd (Kuala Lumpur)
Putrajaya Shangri-La
Hotel Nikko Kuala Lumpur
Shah’s Village Hotel (Petaling Jaya)
Prescott Inn Kajang
Lagenda Cuisine Sdn Bhd (Prescott Inn Kajang)
Oriental Cyrstal Kajang
Restoran Tupai-Tupai (Kajang)
Eastin Hotel Petaling Jaya
Concorde Hotel KL
Novotel KL City Center (Concierge-Dept)
Bangi Golf Restaurant
Cititel Mid Valley (Kuala Lumpur)
Kanpei Restaurant (Kuala Lumpur)
The Zon All Suites Residences (Kuala Lumpur)
The Royale Bintang Kuala Lumpur
R & B Services Berjaya Times Square Hotel (KL)
The Saujana Kuala Lumpur
Hilton Kuala Lumpur
Le Meridien (Kuala Lumpur)
The Regency Hotel (Kuala Lumpur)

Jadi para pembaca yang bercadang untuk berbuka di Restoran dan Hotel, berhati-hati dengan makanan yang dihidangkan ye, nak selamat berbuka sahaja di rumah atau masjid.

logo halal malaysia 300x290 Hotel dan Restoran tawar bufet Ramadhan tidak halal?!

Posted in Food, Islamic, Malaysia, NewsComments (8)

Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan


Alhamdulillah, nampaknya selesai sudah hari pertama berpuasa, Apakah lauk pilihan berbuka anda?

Disini NK ada lampirkan pilihan terbaik sepanjang zaman menu untuk berbuka puasa. Yang pasti, segala pilihan lauk pauk berbuka ini sangat mudah didapati di mana saja malahan di bazaar-bazaar Ramadhan berdekatan anda.

ayam percik terbaik Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Ayam Percik!!

ikan bakar terbaik Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Ikan Bakar!!

nasi kerabu special Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Nasi Kerabu Special!!

nasi dagang special Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Nasi Dagang!!

murtabak daging special1 Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Murtabak Special!!

5 Pilihan Utama Wajib beli dan makan sepanjang bulan Ramadhan. Betul tak??

Apa pula pilihan anda?

p/s : Makan-makan juga, tarawih jangan lari~

Posted in Food, MalaysiaComments (2)







Partly powered by CleverPlugins.com