Tag Archive | "Football"
Posted on 08 July 2010. Tags: 2010, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Asia Cafe, Astro, Bola, Bola Sepak, Bunyi, Cup, Facebook, FIFA, Fifa.com, Final, Food, Football, Germany, Hadiah, Holland, Jabulani, Jadual, Juara, Lagu, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Makan, Malaysia, McDonald's, Menang, Mexico, Muzik, Netherlands, Parking, Piala, RTM, Siaran, Soccer, South Africa, Spain, Stadium, TV, TV1, TV2, UK, URL, Uruguay, USA, Vuvuzela, World, World Cup

Dengan Keputusan terkini FIFA World Cup 2010 pada pusingan Separuh Akhir ini,
SPAIN 1-0 Germany
Uruguay 2-3 NETHERLANDS
Ini bermakna pasukan SPAIN akan bertemu dengan pasukan NETHERLANDS pada pusingan Akhir FIFA World Cup 2010. Manakala pasukan Uruguay pula akan bertemu dengan pasukan Germany bagi merebut tempat Ketiga perlawanan.
Pasukan Spain yang pada ketika ini merupakan pasukan ranking kedua dunia selepas Brazil akan menentang dengan pasukan Netherlands yang berada pada ranking keempat.
Kedua-dua pasukan ini juga tidak pernah bertemu sesama sendiri dalam apa-apa perlawanan World Cup sebelum ini. Juara Eropah 2008, Spain sebelum ini tidak pernah berpeluang ke pusingan akhir bagi merebut Piala Dunia.
Sememangnya aksi Final yang akan dinanti-nanti. Jangan lupa saksikan Perlawanan merebut tempat ketiga pada 2.30 pagi 11 Julai, dan Perlawanan Akhir pada 2.30 pagi 12 Julai.

Apa pendapat anda? Siapa yang akan menang Piala FIFA World Cup tahun ini? Sila la undi ye~
Posted in Sport, World
Posted on 03 July 2010. Tags: 2010, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Asia Cafe, Astro, Bola, Bola Sepak, Bunyi, Camera, CCTV, Cup, England, Facebook, FIFA, Fifa.com, Food, Football, Frank Lampard, Freekick, Gambar, Germany, Glenmarie, Goal, Goal Keeper, Instrumen, Jabulani, Jadual, Lagu, Lampard, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Makan, Malaysia, McDonald's, Mexico, Muzik, Neuer, Parking, Rakaman, RTM, Sepakan Percuma, Siaran, Soccer, South Africa, Stadium, TV, TV1, TV2, UK, URL, USA, Vuvuzela, World, World Cup, Youtube

Kalau sebelum ni NK pernah kirim tentang cara untuk layan bunyi monotone Vuvuzela sambil melayari internet, kali ni NK nak kongsi cara untuk layan Vuvuzela sambil layan YouTube pula.
Sangat senang, tak perlu buat apa pun, cuma tekan lambang bola yang terdapat pada timeline video di Youtube. Macam yang NK tunjuk pada gambar di bawah.

Contoh video yang NK tengan layan tadi, video YouTube mengenai Gol Lampard ketika menentang Germany tempohari. Link Youtube.
Jadi sambil layan video YouTube, boleh la anda yang minat bunyi Vuvuzela layan bunyi monotone tu sekali ye.
VuuuuuVUuuvuuuuuuuuuuuVUuuuuu
Posted in Sport, Technology, Video
Posted on 02 July 2010. Tags: 2010, Africa, Astro, Bahaya, Bola, Bola Sepak, Camera, CCTV, Censored, England, FIFA, Fifa.com, Football, Frank Lampard, Freekick, Gambar, Germany, Goal, Goal Keeper, Jabulani, Jadual, Lampard, Malaysia, Neuer, Presiden, Rakaman, RTM, Sepakan Percuma, Sex, Siaran, Soccer, South Africa, Stadium, TV, TV1, TV2, UK, URL, USA, World, World Cup

Ingat lagi tentang kontroversi Gol Lampard (England) terhadap Germany tempohari?
Selepas Presiden FIFA meminta maaf mengenai insiden tersebut, Referee yang bertugas pada perlawanan itu telah disuruh pulang dan tidak dibenarkan mengadili bagi baki perlawanan World Cup 2010.
Jorge Larrionda, telah menafikan gol lampard, malah sebelum ini pada tahun 2004, beliau turut pernah menafikan Gol dari Adriano pada perlawanan kelayakan Piala Dunia. Gol itu turut dijaringkan dengan cara yang sama seperti Lampard dimana bola terkena tiang gol dan terpantul masuk, namun dinafikan referee.
Turut menemani beliau juga ialah Roberto Rosetti, pengadil yang telah membenarkan gol Carlos Tevez ketika Argentina menentang Mexico. Carlos Tevez dengan terang dan nyata berada pada kedudukan Offside ketika itu.
Massimo Busacca turut dihantar pulang setelah keputusan beliau melayangkan kad merah kepada Goalkeeper South Africa dianggap tidak munasabah dan tidak adil.
Presiden FIFA, Sepp Blatter memohon maaf kepada England dan Mexico, malah beliau turut menyatakan amat dukacita dengan keputusan terhadap Skuad England yang dikatakan sebagai generasi Emas.
Menurut beliau segala insiden dan tingkah laku Referee adalah terbuka kepada awam sebagai dijadikan perdebatan.
Sumber : Bettor.com
Kalau ada yang nak tengok bukti Gol England dan Germany, boleh rujuk kiriman NK sebelum ini.
Posted in LOL, Sport, World
Posted on 24 June 2010. Tags: 2010, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Asia Cafe, Astro, Bola, Bola Sepak, Bunyi, Cup, Facebook, FIFA, Fifa.com, Food, Football, Glenmarie, Instrumen, Jabulani, Jadual, Lagu, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Makan, Malaysia, McDonald's, Mexico, Muzik, Parking, RTM, Siaran, Soccer, South Africa, TV, TV1, TV2, UK, URL, USA, Vuvuzela, World, World Cup

Berminat ke dengan bunyi Vuvuzela yang monotone ni? Apakata anda cuba layan bunyi Vuvuzela ni sambil layari internet, buat-buat macam anda tengah dengar lagu la kan kononnya.
Langkah pertama, pastikan volume speaker anda telah dipasang pada nada yang sekuat mungkin ye, kalau perlahan nanti macam mana jiran sebelah nak marah. Pasang kuat baru jiran marah kan,.
Untuk contoh laman web NK yang berlatarkan bunyi Vuvuzela ni, Klik pada URL di INI
Menarik kan? Ke menyakitkan hati? Haha, itulah bunyi yang didengari setiap hari oleh penonton stadium untuk FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan.
Mudah je caranya, anda perlu ke laman http://www.vuvuzela-time.co.uk/

Masukkan URL yang anda kehendaki, kemudian tunggu je mamat kat sebelah tu bunyikan Vuvuzela untuk anda ye,
Selamat berVuvuzela~
Posted in LOL, Sport, Weird, World
Posted on 21 June 2010. Tags: Asia, Berita Harian, Bola, Bola Sepak, Bukit Jalil, Cardiff City, Cardiff City FC, EPL, FAM, Football, Friendly, Jose Mourinho, Kaka, LOL, Malaysia, Merdeka, Panas, Persahabatan, Puasa, Real Madrid, Ronaldo, Sepanyol, Soccer, Spain

Perlawanan persahabatan antara skuad Bola Sepak Malaysia menentant pasukan gergasi dari Sepanyol, Real Madrid berkemungkinan besar akan dibatalkan.
Sebelum ini, Football Asia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan Real Madrid akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Malaysia pada 21 Ogos nanti. Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium nasional Bukit Jalil.
Kelab itu yang sebelum ini pernah bercadang untuk hadir ke Malaysia pada tahun 2003 tapi dibatalkan, dikatakan tidak dapat ke Malaysia atas sebab yang sama. Seperti yang dilaporkan oleh FAM, wujud masalah kewangan untuk membawa Real Madrid ke Malaysia.
Malah, FAM menyatakan kekhuatiran prestasi pemain Malaysia yang perlu bermain dalam bulan Ramadan. Kesibukan ketika melakukan ibadah berpuasa mungkin akan menjejaskan permainan skuad Malaysia.
Walaubagaimanapun, kelab Liga Inggeris, Cardiff City yang kini dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan Chan Tien Ghee akan tetap hadir ke Malaysia untuk dua perlawanan persahabatan, pada 15 Julai, dan juga 17 Julai nanti.
Sumber : Malaysian Insider
Kesian peminat Pasukan Real Madrid, kempunan tak dapat nak tengok Christiano Ronaldo dan Kaka beraksi depan mata kan?
Posted in News, Sport
Posted on 18 June 2010. Tags: 2010, Afrika, Afrika Selatan, Bola, Bola Sepak, Bunyi, FIFA, Football, Instrumen, Lagu, Lelaki, LOL, Muzik, Soccer, Vuvuzela, World Cup
Vuvuzela atau turut dipanggil sebagai lepatata adalah instrumen biasa yang digunakan ketika perlawanan Bola Sepak di Afrika Selatan. Ini kerana ianya berasal dari Afrika Selatan.

Instrumen yang diperbuat dari plastik ini yang berukuran lebih kurang 1 meter dikatakan mampu menaikkan semangat ketika bermain bola sepak dan juga meningkatkan atmosfera pasukan apabila digunapakai.
Namun terdapat juga aduan yang mengatakan bunyi Vuvuzela ini sangat melampau dan menyakitkan pendengarnya.
Malah terdapat juga kes dimana instrumen yang digunakan secara meluas pada FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan ini, diminta untuk diharamkan penggunaannya kerana ia mengganggu penonton malah juga pemain.
Tapi pada pendapat NK, tak perlu la diharamkan, kerana cuba bayangkan jikalau anda dilarang menggunakan alat tradisi anda di tanah air anda sendiri.
Untuk cuba mendengar bunyi Vuvuzela ini, boleh klik pada link di sebelah ini. : Vuvuzela

Berikut merupakan gambar bagaimana Vuvuzela digunakan termasuk ketika perlawanan Bola Sepak FIFA World Cup 2010 South Africa,



Kalau ada pembaca yang tahu mana boleh beli Vuvuzela ni bagitahu la ye, boleh juga NK guna untuk memekak kat rumah ni. Dah lama dah simpan dendam nak balas bunyi bising jiran-jiran ni
Posted in LOL, Sport, World
Posted on 11 June 2010. Tags: 2010, Asia Cafe, Bola, Bola Sepak, Cup, Facebook, FIFA, Food, Football, Glenmarie, Lelaki, Lepak, Live, Makan, Malaysia, McDonald's, Mexico, Parking, Soccer, South Africa, World
Perlawanan pembukaan iaitu perlawanan pertama bagi FIFA World Cup 2010 akan bermula malam ini! Perlawanan pertama antara South Africa menentang Mexico ini dijangka akan berlangsung jam 10 malam ini.
Masih sedang memikirkan dimana nak menonton perlawanan pembukaan FIFA World Cup 2010? Di sini NK akan cuba bantu anda untuk buat keputusan dimana tempat lepak kaki-kaki bola seperti anda berkumpul.
Antara pilihan yang sudah pasti hangat bagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur, sudah pasti Asia Cafe Subang Jaya.

Tapi kalau ada siapa-siapa yang bercadang nak ke Asia Cafe, pergi awal-awal! sebab dah pasti parking pun susah tempat makan lagi la penuh!
Atau mungkin pilihan lain ialah ke McDonalds yang berdekatan, tapi tak semua McDonalds ada TV Plasma Besar, jadi disini NK ada senaraikan McDonalds yang ada Plasma TV,

McDonald’s Restaurants with Plasma TVs
Central Region
Ampang Park
Banggi Dt
Bangsar
Banting
BU DT
Bukit Bintang
Bukit Rahman Putra
Bukit Tinggi DT
Damansara Damai
Desa Aman Puri
Desa Pandan
Equine Park
Gombak
Hussin Onn
Jln Karak
Jln Ulu Kelang
Kajang
Kepong
Klang Central
KLIA DT
Kota Damansara
Kuchai Lama
Mont Kiara
Mutiara
Nilai
Pandan Mewah
Pet Taman Melati
Petronas Ampang
Prima Saujana
Psat Bdr Damansara
Puchong Gateway
Puchong Permai
Sec 18 Shah Alam
Sec 22 Shah Alam
Sec 3 Shah Alam
Sec 9 Shah Alam
Sect 14
Senawang
Setiawangsa DT
Shell Jln Cheras
Silang
Skypark
Sri Andalas
Sri Damansara
Sri Gombak
SS15 Subang Jaya
SS2
Subang Taylors
Taipan
Titiwangsa
Tmn Connought
TPM DT
Uptown
Northern Region
Banda Perda Dt
Caltex Falim
Caltex Prai
Central Square
Desa University
Greenlane
Ipoh City
Jln Gopeng DT
Jln Sultan Abdul Aziz
Juru DT
Sri Manjung
Sunrise
Sunshine Square
Taiping Central
Teluk Intan
Southern Region
Batu Pahat
Dataran Pahlawan
Kluang
Kulai
Masai
Melaka Mall
Pahlawan 2
Pelanggi Indah
Permas Jaya
Segamat
Sekudai
Tan Sri Yaakob
Tebrau DT
Tmn Sutera
UTM Sekudai
Eastern Region
Kota Baru 2
Kota Baru DT
Kuala Trengganu Dt
Kuching 1
Seri Kerteh
Teluk Chempedak
Source : Facebook McDonalds Malaysia
Apa-apa pun, NK malam ni dapat invitation khas untuk tonton FIFA World Cup di Glemarie~ Siapa-siapa yang berdekatan boleh la bagitahu ye.
Posted in Food, Sport, World
Posted on 11 June 2010. Tags: 2010, Anniversary, Blog, Bola Sepak, Doodle, Facebook, FIFA, Firefox, Football, Fun, Game, Games, Google, Google Chrome, Google Doodle, Google Gravity, Google.com, Hack, Internet, Joke, LOL, Malaysia, Mozilla Firefox, Online, Soccer, Technology, World Cup, Youtube
Seperti biasa, Google senantiasa akan menyambut segala perayaan atau majlis yang berlaku di seluruh dunia. Ianya sudah jadi satu kewujudan signifikan dalam dunia Google.
Dan kali ni, dengan Demam Bola Sepak FIFA yang sedang berlangsung di seluruh dunia, satu Google Doodle Khas untuk FIFA World Cup 2010 juga telah diwujudkan.

Bukan sahaja Google Doodle, yang lebih menarik, jika anda cuba cari atau search apa-apa maklumat mengenai World Cup menggunakan Google, anda akan dapat lihat sesuatu yang menarik pada page navigation di bawah sekali.

Perkataan yang biasanya tertulis Goooooooooooogle telah digantikan dengan perkataan Goooooooooooal!
Menarik kan? Sangat Kreatif idea yang dihasilkan oleh google!
Posted in LOL, Technology
Posted on 03 June 2010. Tags: 2010, Africa, Astro, Bola, Bola Sepak, FIFA, Fifa.com, Football, Jabulani, Jadual, Malaysia, RTM, Siaran, Soccer, South Africa, TV, TV1, TV2, UK, URL, USA, World, World Cup
Lebih kurang seminggu lagi akan bermula lah sepak mula bagi perlawanan Bola Sepak yang dinanti-nanti oleh semua peminat Bola Sepak. FIFA World Cup 2010 South Africa, bermulalah musim Gila Bola, Makan Bola, Tidur Bola, Mandi Bola dan apa macam jenis Bola lagi, yang pasti bola yang hanya digunapakai hanyalah Bola Jabulani tu ye.
Undian untuk pembahagian pasukan untuk setiap Grup telah dilakukan, dan berikut ialah Jadual Susunan Grup tersebut,

Dan berikut pula ialah Jadual Tarikh Perlawanan bagi setiap pasukan, dan juga tarikh bagi setiap perlawanan selepas perlawanan kumpulan.

Click image to view larger
Bagi peminat-peminat yang sudah pasti akan melekat di hadapan TV untuk saksikan perlawanan antara pasukan kegemaran anda, anda boleh download jadual waktu siaran dan tarikh siaran bagi TV1 dan TV2 yang telah dikeluarkan secara rasmi. URL untuk download jadual penuh perlawanan FIFA World Cup 2010 ialah RTM.
Bagi yang tak suka menonton siaran tertunda, cepat-cepat la langgan Astro ye, Habis je World Cup terus hentikan Astro semula, ok?
Sumber : Fifa.com
Posted in News, Picture, World
Posted on 27 May 2010. Tags: Bola Sepak, Football, Friendly, Jose Mourinho, Kaka, Malaysia, Panas, Persahabatan, Real Madrid, Ronaldo, Sepanyol, Soccer, Spain

Khabar angin yang pernah NK war-warkan dahulu mengenai pasukan bolasepak Real Madrid vs Malaysia nampaknya telah menjadi kenyataan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Real Madrid akan mengadakan klinik latihan bolasepak di Malaysia, dan juga perlawanan persahabatan menentang pasukan bola sepak nasional Malaysia.
Tarikh yang menjadi pilihan ialah sepanjang tempoh antara 14 hingga 21 Ogos akan datang.
Tidak sabar rasanya untuk melihat anak didik K.Rajagobal menentang pasukan Real Madrid yang kini akan dipimpin oleh Jose Mourinho yang baru sahaja mengaut Piala Juara Eropah bersama Inter Milan. Yang paling dinantikan sudah tentu kelibat pemain-pemain ternama seperti Christiano Ronaldo, Kaka, dan Gonzalo Higuain menentang pemain ternama tempatan seperti Safee Sali, Zaquan Adha, Indra Putra dan sebagainya.
Mungkin K.Rajagobal mempunyai strategi dan percaturannya sendiri apabila menentang Real Madrid nanti.
Posted in Malaysia, News, Picture
Recent Comments