Gila hebat! Dan menakutkan!! Siapa sangka kalau lelaki pakai mekap pun boleh berubah menjadi perempuan! Kalau macam ni, lelaki tulen pun boleh tertipu!
Seorang gadis berumur 18 tahun, Looi Hong Goon, yang berasal dari Ipoh telah hilang diculik, dan identitinya kemudiannya digunakan untuk jenayah penipuan di Facebook.
Menurut maklumat yang disampaikan oleh sahabatnya, Looi pernah hilang juga buat sementara waktu sebelum bulan disember tahun lepas, namun dia sempat meninggalkan mesej kepada ibu-bapanya yang dia lari sebentar kerana tidak tahan dengan tugasan kolej yang terlalu banyak.
Pada bulan disember, ketika dia pulang ke rumah, dia ditemani oleh seorang wanita, yang mempunyai kad pengenalan berwarna merah.
Dia kemudiannya diletakkan dibawah jagaan saudara dekat keluarganya bagi mengelakkan ditemui oleh wanita itu lagi.
Dan kini, Looi Hong Goon kembali hilang, dan dipercayai diculik, kerana tiada sebarang mesej yang ditinggalkan.
Berdasarkan kenyataan dari akhbar berbahasa cina, Sin Chew Daily, mengatakan bahawa akaun Facebook milik Looi Hong Goon telah dipalsukan oleh penculiknya, dan digunakan untuk menipu rakan-rakannya dengan meminta wang kononnya bagi mendapatkan rawatan tragedi kemalangan yang menimpa dirinya.
Sedikit maklumat mengenai Looi Hong Goon :
Nama : Looi Hong Goon
Umur : 18 tahun.
Tinggi : 153cm.
Rambut : Berwarna hitam dan panjang.
Barang siapa yang mempunyai sebarang maklumat sila hubungi pihak polis berdekatan, ataupun Mr. Lim - 012 512 7564.
Anda suka minum susu? Bagaimana pula kalau susu ni adalah susu bekas kumur gadis cantik? Berkualiti tinggi katanya, jom tengok!
Susu ‘White Power Milk’ ni adalah susu yang dijual dan dipakejkan berasingan dari susu biasa. Yang menarik, susu lembu yang dijual ini, sebenarnya adalah hasil bekas kumuran gadis!
Kononnya, gadis yang dipilih sebagai ‘alat’ kumuran itu dipilih dari golongan elit, yang cantik, kaya, dan berjaya sahaja dipilih. Dan calon-calon gadis kumuran ini mestilah dari golongan keluarga yang bertaraf tinggi.
Bukan itu je yang dijual, video gadis-gadis ni berkumur dengan susu itu pun dijual juga!
Pelik, ada ke yang nak beli susu hasil kumuran ni???
Dah tu pula, harga berkali ganda lagi mahal dari biasa!
Kenapa mahal?
Q: Why is the milk so expensive? A: Purified milk is more expensive than regular impure milk because it costs much more to make. Its intensity of aroma, texture and flavor, however, means that people can easily satisfy their cravings with only one or two tastes, making White Power Milk one of life’s affordable luxuries.
Amboi, susu kumur ni lagi berkualiti tinggi, beraroma, ada tekstur dan rasa yang mewah katanya.
Tapi kan, walaupun ianya memang benar-benar dijual, rupa-rupanya segala dakwaan tu cuma lah rekaan semata-mata. Sebenarnya ianya cuma sebuah persembahan seni ciptaan artis Nate Hill.
Wan Atira Aina binti Wan Jasmeen, gadis 18 tahun ini dilaporkan telah diculik, dan kini keluarganya dalam usaha mencari. Jom sebarkan dan bantu.
Berikut merupakan gambar gadis yang diculik, Wan Atira Aina binti Wan Jasmeen.
Perkara ini disebarkan dan dimaklumkan oleh ahli keluarganya, terutamanya kakaknya iaitu, Wan Aida Adlina dan dimaklumkan dan disebarkan melalui Facebook.
Berdasarkan maklumat yang disampaikan, kali terakhir Wan Atira dilihat adalah di ITP Ipoh pada 6 Disember 2011 (Dah terlalu lama,).
Berikut merupakan maklumat terkini yang disampaikan oleh kakak gadis yang diculik ini :
UPDATE:
Received an SMS from 0172503534 at 450pm 22 December 2011
“Kami yang manipulate ke ur family yang terus terusan menabur fitnah??? orang beriman xbuat kerja mcm ni. btw wan aida teruskan la memfitnah ”
You can be the judge about this.
Those who know this case, u can see how this people is manipulating facts. WHO DID KIDNAPPED MY SISTER? Siapa makan cili terasa pedasnya. I only present the facts and truth about this case. i dont have to lie, manipulate on such serious things like my sister being kidnapped.. Only the suspect will felt this way as they commited serious crime. Justice is almost there.
if anything happened to my family and i, they are the one who will be responsible of such act. The world is all against you and your crimes.
Sepandai2 tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.
Sedih, sampai hati ada juga manusia yang macam ni. Cuba bayangkan kalau perkara sama berlaku kepada ahli keluarga mereka pula? Berharap sangat agar penculik ini berjaya ditahan dan adik Wan Atira berjaya diselamatkan.
Berdasarkan perkembangan terbaru yang disampaikan kakak si gadis, kelihatan seperti ahli keluarga si gadis sudah dapat mengesyaki suspek penculik. Namun tiada maklumat yang betul-betul konkrit untuk dijadikan bukti.
Apa-apa pun, mari sama-sama bantu menyelesaikan kes ini, dan jika ada yang terjumpa dengan gadis ini, atau mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu, sila hubungi kakak gadis yang diculik Aida - 0196239936.
Masako Mizutani mengejutkan ramai orang dengan rupa cantik awet mudanya yang kelihatan seperti berumur 18 tahun, walaupun sudah berumur 43 tahun!
Masako yang berasal dari Nagoya, Jepun, lahir pada tahun 1968, dan juga telah mempunyai anak yang berusia 20 tahun. Tetapi, rupanya yang kekal muda itu membuatkan ramai orang yang menjumpainya tidak bercaya yang dia sudah berumur 43 tahun! Dan juga sudah mempunyai anak!
Menurutnya, dia tidak pernah mendapatkan apa-apa khidmat pembedahan plastik, apa yang dia lakukan cuma adalah meluangkan lebih banyak masa dengan menjaga kecantikan dan juga kesihatan dirinya.
Malah, dia berkata, dia meluangkan masa tidak kurang 5 jam sehari dihabiskan untuknya menjaga kesihatan kulit sahaja!
Katanya, dia mempunyai rahsia tersendiri untuk kekal cantik dan awet muda.
Dia turut memberi beberapa tips untuk kekal awet muda, seperti :
Amalkan makanan sihat dan seimbang.
4 kali hidangan sehari, setiap kali cuma dalam jumlah yang kecil.
Banyakkan meminum air untuk membuang toksik badan.
Kurangkan memakai mekap apabila semakin berusia. (<— Macam tak percaya yang ini)
Gunakan losyen matahari apabila keluar.
Gunakan krim kulit berasaskan Vitamin E untuk kulit lebih licin dan berseri.
Amalkan tabiat mencuci, ‘toning’, dan melembabkan kulit muka sebelum tidur.
Sentiasa bersenam, dapatkan cukup tidur, dan jangan menghisap rokok.
Nak cuba? Mungkin anda pun boleh menjadi cantik sedemikian ketika di usia lewat nanti.
Nah, cuba lihat beberapa gambar Masako Mizutani yang membuatkan beliau kelihatan seperti gadis remaja 18 tahun, mengalahkan gaya model dan pelakon!
Hebat!, tak sangka walaupun masih kecil dan agaknya baru berumur 7-8 tahun, tetapi gadis kecil ini mampu mengagumkan ramai orang dengan suara merdunya.
Jom tengok video budak kecil berbakat besar menyanyi ini,
Video YouTube bertajuk ‘Kecik-kecik dah ade suara sedap’ ini menarik perhatian ramai apabila ianya mula ‘viral’ dan tersebar setelah dikongsikan oleh ramai orang di laman internet dan media sosial termasuk Facebook.
Gadis kecil ini dirakam menyanyikan lagu ‘Awan yang terpilu’, nyanyian asal oleh Ning Baizura.
Masih berpakaian seragam sekolah, video itu dirakam di dalam suasana bilik darjah di sebuah sekolah yang tidak dapat dikenalpasti.
Menurut beberapa maklumat, kononnya dah ada produser lagu yang menghubungi gadis kecil ini. Amboi,..
Berdasarkan keterangan pada video itu pula, katanya gadis kecil itu berasal dari Brunei.
Apa kebenaran mengenai maklumat itu, sama-sama kita nantikan.
Ni lagi satu kes memalukan, hina sangatkah lelaki yang pakai motor ajak dating? Apa jenis perempuan yang Materialistik melampau ni? Naik motor tak ada ‘Standard?‘.
Amboi bukan main lagi anak gadis seorang ni, beri komen mengalahkan artis terkenal atau supermodel paling hangat di muka bumi ni. Kalau tak nak dating dengan penunggang motor tu tak apa, tapi kalau sampai hina orang pakai motor itu melampau!
Cuba baca kenyataan dari keratan akhbar dibawah ni,
Adik ni baru umur 17 tahun, belajar pun belum habis lagi, dah sibuk fikir pasal dating-dating ni.
Memang betul, faham sangat-sangat kalau taknak keluar dating dengan penunggang motorsikal je. Mana la tahu ada pengalaman buruk dengan motorsikal sampai trauma ke kan, pernah kemalangan ke, gayat ke.
Atau mungkin rasa keluar dating dengan penunggang motorsikal ni nanti takut dituduh minah rempit pula ke, atau terpaksa belanja duit makan ke. Mungkin!
Tapi tak perlu lah sampai hina penunggang motorsikal sampai cakap tak ada standard.
Bukan apa, mana lah tahu dia tu cuma menguji anda je ke, nak tahu anda ni jenis macam mana. Materialistik ke, Spastik ke, Plastik ke,
Mungkin dia tidak tahu, ada lelaki yang cuma menunggang motorsikal kerana mahu simpan wang lebih untuk masa hadapan, dan tidak perlu berhutang.
Apa-apa pun, semoga hidup pelajar ni bahagia, semoga akhirnya dapat ketemui lelaki yang cukup tinggi standard sama dengan standard dirinya juga.
Hng Wei Nee, atau lebih dikenali sahabat handainya dengan nama Winnie, telah hilang dari rumah di Johor Bahru, dipercayai lari dari rumah bersama teman lelaki.
Gadis berumur 16 tahun itu disedari hilang dari rumah apabila ibunya cuba untuk menghubungi telefon bimbitnya, tetapi gagal sejak dari hari Rabu yang lalu.
Berikut adalah beberapa gambar Winnie,
Beberapa spekulasi turut timbul dengan kehilang Wei Nee ini, ada yang mengatakan dia telah pergi ke Singapura, dirompak dan kini tiada hala tuju kerana tidak tahu cara untuk pulang ke Johor Bahru semula.
Malah, turutan dari kes kehilangan gadis di JB sebelum ini, ada kes gadis hilang dari Johor Bahru yang ditemui telah dijadikan pelacur di Singapura, akibat ditipu.
Diharap barang siapa yang mempunyai maklumat mengenai Winnie ini, boleh hubungi pihak berkuasa berdekatan, atau hubungi saudara terdekatnya di talian 016 – 5395586.
Aktres pelakon filem dan drama terkenal, Diana Danielle, dengar katanya bakal mencipta nama dalam bidang nyanyian dengan kemunculan album debut solo gandingan bersama Akon.
Diana Danielle, atau nama penuh beliau Diana Danielle Danny Beeson merupakan aktres muda yang mempunyai darah kacukan British-Malaysia ini sedang dalam perbincangan bersama artis antrabangsa terkenal Akon, dan juga produser/penulis lirik terkenal Mary J. Blige.
Siapa yang tidak kenal dengan Akon, nama besar bintang Amerika dalam bidang nyanyian, dan juga Mary J. Blige, merupakan orang utama dalam menaikkan nama bintang lain seperti Michael Jackson dan lain-lain lagi.
Menurut Diana Danielle, lagu single pertama beliau hasil karya beliau berjudul, ‘Tak Pernah Ada‘ akan disiarkan keudara mula Jun ini, dan sememangnya menjadi impian beliau untuk menembusi pasaran nyanyian di medan antarabangsa.
Gadis berusia 19 tahun tersebut sebelum ini sememangnya terkenal dengan lakonan beliau dalam filem-filem tempatan seperti Evolusi KL Drift, Magika, dan terbaru Dalam Botol.
Kini beliau mencuba bakat dalam bidang nyanyian pula.
Hebat, macam-macam bakat Diana Danielle ni, malah menurut pihak yang berminat, mengatakan Diana Danielle ini sememangnya ada pakej dalam bidang nyanyian.
UPDATE : Kandungan artikel adalah berlainan dengan maklumat sebenar, sila baca perubahan yang sebenar pada nota UPDATE di bawah artikel.
Satu kejadian mengejutkan berlaku semalam di Kota Bharu, Kelantan apabila seorang gadis dikatakan cuba untuk terjun dari bangunan yang dipercayai pusat membeli-belah KB Mall.
Khabar angin mengatakan bahawa gadis tersebut merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dan baru sahaja menerima dan mengambil keputusan peperiksaan tersebut.
Malah, mengapa beliau cuba bunuh diri dengan cuba untuk terjun dari bangunan tersebut juga dipercayai berkaitan dengan keputusan SPM yang diterima.
Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku lebih kurang 3 petang, semalam. Pelajar tersebut yang dirahsiakan namanya akhirnya berjaya diselamatkan pihak bomba setelah dipujuk. Namun pelajar tersebut dikatakan
Keadaan yang penuh getir tersebut bertambah panik apabila pada beberapa ketika, pelajar perempuan tersebut kelihatan seperti tergantung dan nyaris-nyaris jatuh mendarat bukan di kawasan yang selamat.
Beberapa orang awam yang berada ketika itu turut membantu pihak bomba menjalankan tugas.
Tahniah kepada pihak bomba, dan kalau benarlah kes ini berlaku oleh kerana disebabkan keputusan SPM, pesanan kepada adik tersebut, ingatlah, usaha untuk berjaya lagi adalah lebih penting berbanding keputusan SPM kini. Malah, SPM masih lagi boleh diambil secara ulangan untuk diperbaiki.
Apa-apa pun, diharap kes sebegini tidak berlaku lagi.
Saksikan video berlakunya kejadian tersebut yang sempat dirakam mereka yang berada disitu.
UPDATE : Gadis yang cuba untuk bunuh diri tersebut bukanlah pelajar seperti yang dinyatakan di atas, namun adalah seorang wanita berumur 20 tahun, dan punca tindakan beliau adalah kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Recent Comments