Tag Archive | "Gaduh"

Penyokong Kelantan diserang penyokong Selangor di Liga Super


Perlawanan Liga Super Selangor menentang Kelantan tempohari bertukar tragedi berdarah apabila penyokong Kelantan cedera dikepala diserang penyokong Selangor.

Seorang penyokong Kelantan ditemui dengan kepala berdarah dipercayai dibaling satu objek keras seperti batu, dan kemudiannya dileraikan oleh beberapa penyokong lain disitu.

kelantan selangor 2 Penyokong Kelantan diserang penyokong Selangor di Liga Super

Wow, Dahsyatnya!

Cuba tengok video di Facebook ini pula : https://www.facebook.com/photo.php?v=382283101797458

Tak mampu nak ulas kejadian ni, kerana tak pasti apa punca, tak pasti apa cerita sebenar, dan satu gambar boleh memberi tafsir beribu jawapan.

Apa komen anda? Ada saksi ketika kejadian berlaku tak? Benarkah perkara sebegini berlaku?

Posted in Malaysia, SportComments (0)

Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism


Jom tengok video temubual mangsa pukul pekerja KFC ketika perjumpaan dengan media. Nak tahu betul atau tidak kisah yang tersebar, kena dengar juga dakwaan pihak mangsa.

Tak pasti nak huraikan apa  dan nak jelaskan apa, mungkin anda boleh lihat sendiri dalam video yang dirakam oleh pihak MalaysiaKini.tv.

Mungkin sedikit kesimpulan yang boleh dihuraikan disini, mangsa mendakwa dirinya bukan punca pergaduhan, dan pekerja KFC yang memulakan pertelingkahan itu. Dan segala kata-kata kesat adalah berpunca dari pekerja itu sendiri.

Turut dinyatakan adalah pelanggan itu mula marah kerana Ayam Goreng KFC itu didakwa tidak mencukupi walaupun mereka telah membayar terlebih dahulu untuk menggunakan kupon baucar KFC di restoran KFC cawangan I-City itu.

Mungkin ini agaknya kupon yang dinyatakan? : Kupon KFC Groupon Malaysia.

Hmm, macam-macam ni, dah macam terbalik pula dengan dakwaan asal dalam entri sebelum ini.

Rasanya, cara mudah untuk mencari punca sebenar pertelingkahan ini adalah dengan memanggil saksi-saksi yang ada ketika kejadian untuk memberikan kenyataan sebenar (Macam ramai je di kawasan kejadian? Berdasarkan video), atau dengan melihat kembali kejadian itu menggunakan rakaman CCTV yang ada? (Kalau cawangan itu ada pasang CCTV la kan, takkan la tak ada).

Apa-apa pun, boleh layan dulu Komik ‘Parody’ kes KFC ni hasil karya Hexism /k/.

komik kfc hexism Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism

Hahahahaha. Adakah gambar terakhir itu gambar maskot McDonalds?

Posted in Food, Malaysia, NewsComments (0)

PANAS! Video Pekerja KFC kurang ajar bergaduh tumbuk pelanggan!


Aduhai KFC Malaysia, lagi-lagi adegan yang memalukan. Kali ni dengan video rakaman pekerja KFC kurang ajar bergaduh bertumbuk dengan pelanggan pula. Apa cerita ni?!

Dahsyat gila tu, tak tahu la mengenai apa kan. Memang belum dapat lagi maklumat penuh kisah sebenar disebalik tabir kes yang berlaku ni.

Sebelum cerita lebih lanjut, layan dulu VIDEO Pekerja KFC kurang ajar bergaduh tumbuk pelanggan dibawah ni.

Keterangan pada video kiriman asal :

KFC worker fight with customer in I-City…the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him… the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer – “kalau mau makan, buat sendiri lah BABI..” ….

Memalukan! Amat memalukan!

Kejadian kes pergaduhan ini didakwa berlaku di KFC cawangan I-City, Shah Alam.

Puncanya dikatakan berpunca dari pertelingkahan dan salah faham antara pelanggan dan pihak pengurusan cawangan KFC itu.

Pelanggan itu yang telah menunggu lebih dari 1 jam hilang sabar apabila tiba gilirannya, ayam goreng KFC yang ingin dibelinya telah habis, lalu meminta pengurus cawangan KFC itu meminta maaf. Lalu pekerja di KFC itu memberi respon dengan menjerit kepada pelanggan itu kata-kata kesat seperti diatas.

Dari video itu, boleh dilihat pergaduhan mula berlaku apabila pelanggan itu masih tidak puas hati ketika beredar dari KFC, dan pekerja KFC mula naik baran lalu memukul pelanggan itu sambil dihalang oleh rakan pekerja KFC dan juga seorang perempuan.

Yang paling ketara disini, menjadi isu apabila kes ini didakwa sebagai kononnya mempunyai unsur perkauman?

kfc pukul customer PANAS! Video Pekerja KFC kurang ajar bergaduh tumbuk pelanggan!

Sedikit pendapat mengenai kes diatas ini. Memang kadang-kadang ada pelanggan yang hilang toleransi dan tidak bertimbang-rasa, tapi pihak pengurusan dan pekerja KFC langsung tiada hak untuk memukul, bertindak kasar, atau meninggikan suara sedikit pun terhadap pelanggan!

Sepatutnya perkara ini boleh dikira sebagai salah-faham kecil dan mampu diselesaikan secara mudah.

Memalukan! Terlalu memalukan sehingga perkataan memalukan terpaksa diulang berkali-kali!

Apa agaknya tindakan KFC Malaysia dan reaksi mereka terhadap kes ini? Siapa yang temubual pekerja KFC terbabit? Mat rempit kah mereka itu? Penagih dadah kah? Bekas banduan kah? atau cuma pelajar yang cuba mencari wang saku tapi kaki gaduh?

p/s : fuiyoooo, dahsyat beb! siap ‘flying-kick’ lagi!

Posted in Food, Malaysia, NewsComments (3)

Polis simpanan bergaduh dengan pemandu lori!


Cuba tengok video ni, pelik pula bila tengok polis ni bertengkar lidah dengan pemandu lori berbangsa india ni, sampai ugut-mengugut dan mencarut-carut lagi!

Mengenai apa bergaduh ni ya? Berdasarkan perbualan dalam video ni, nampaknya pergaduhan ni berkenaan dengan kononnya anggota polis itu terlebih dahulu mengeluarkan perkataan kesat (mencarut) dan ditujukan kepada kelindan lori ni.

Kelindan lori ni pun mengamuk dan memaki hamun anggota polis ini yang didakwa lari dari tugasnya melindungi keamanan, tetapi menghina kelindan lori itu.

Lokasi kejadian adalah tidak pasti, tetapi video ini masih lagi baru menurut sumber.

Kalau ada yang punya maklumat lebih, sila kongsi bersama ya, terima kasih.

Posted in RandomComments (2)

Orang Kelantan hina bahasa Terengganu, apa isu ni?


Habis kecoh kat Facebook, semua orang kongsikan mengenai seorang lelaki ni yang benci sangat dengan orang Terengganu sampaikan hina bahasa negeri Terengganu, apa kes ni?

hina bahasa terengganu Orang Kelantan hina bahasa Terengganu, apa isu ni?

Aduhai, ini apa isu ni mengamuk tak tentu hala tak pasal-pasal ni? Habis dihina habis-habisan loghat bahasa percakapan orang Terengganu sampai dikatakan sebagai bahasa yang membuat bunyi sumbang, dan bahasa aneh!

Apa la masalah lelaki ni agaknya, berdasarkan maklumat yang diberi, lelaki ini merupakan warga negeri Kelantan, dan tidak dikenalpasti apa sebab caci dan maki hamun ini.

Ditinggalkan kekasih orang Terengganu mungkin? Tunang orang Terengganu putuskan tunang?

Apa-apa pun, tak perlu lah sampai bermaki hamun macam tu sekali, cuba fikirkan perasaan orang lain juga. Aduhai, sesama bangsa Melayu pun nak bergaduh siap hina menghina lagi. Harap-harap dijadikan pedoman dan pesanan.

p/s : ini contoh 1Malaysia?

Posted in RandomComments (0)

Couple dah breakup jangan gaduh di Facebook, pesanan ikhlas


Kesian, macam ni ke pasangan sehidup-semati, sehati-sejiwa, sesengal-sebodohan, sejambu-sejiwang? Bile dah hilang rasa sayang, habis benci diluahkan.

Sabar la adik berdua ye, apa la yang nak dikecoh-kecohkan pada satu dunia ni. Kalau dah tulis kat Facebook tu, memang tak dapat lagi la nak diundur ye.

Ingat, Facebook memang tak lindungi hal peribadi anda.

Memang silap anda kalau perkara melibatkan kemaluan ni di sebar-sebar di Facebook.

Selagi ada masa ni, bertenang-bertenang la ye, bawak berdamai, kalau tak pun, habiskan je la bergaduh tu dekat dalam inbox, takde orang nak baca pun kalau tulis-tulis kat status, berebut-berebut lawan nak menang tu.

Satu lagi, yang lelaki pun, apa la buat malu macam penakut jerit seorang diri dekat status Facebook, kalau rasa ada yang tak kena tu, jumpa la depan-depan.

Ish3, bukan selalu NK nak sibuk hal rumah tangga orang, cuma nak kalau ada lagi remaja-remaja macam ni kat luar sana, beringatlah, jangan sampai perkara malu ni orang lain ingat sampai ke hujung nyawa.

Tak rasa malu ke bila membawa diri ke masyarakat luar nanti, semua orang tahu macam mana perangai korang berdua sebagai pasangan bercinta, haha.

Dan sekadar ingatan, ini bukan pasangan yang sama yang cium-cium depan klcc tu.

Apa-apa pun, amaran terlebih dahulu ye, bahasa yang digunakan dalam gaduh-bergaduh ni bukanlah bahasa Malaysia, tapi bahasa pasar yang teramat pelik. Maaf la NK tak sediakan alih bahasa, cuba la terjemahkan sendiri ya.

Peringatan juga, bahasa yang digunakan memang kebanyakannya teramatlah kurang sopan dan lucah, jadi kalau anda rasa anda tak akan suka apa yang anda baca, cepat-cepatlah tukar ke kiriman entri yang lain ya.

Oh Melayu…

awek balak gaduh dekat facebook Couple dah breakup jangan gaduh di Facebook, pesanan ikhlas

Sumber : /k

Posted in LOL, RandomComments (24)

Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!


Sedang seluruh Malaysia sibuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53, tidak semena-mena laman mini sebuah web portal berita, Utusan Malaysia Online, Xtive, telah di hack dan deface oleh Hacker yang dipercayai dari Negara Indonesia.

Seluruh laman dan laman mini yang berada di bawah subdomain Utusan Malaysia Online tesebut telah digodam dan digantikan dengan laman lain yang amat memalukan dan menghina Malaysia.

Antara kata-kata yang diletakkan di laman mini tersebut ialah,

SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,
PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,
TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.
SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.

Mungkin ini adalah reaksi marah segelintir rakyat Indonesia.

Namun demikian mungkin ini boleh diambil sebagai pengajaran bahawa Laman Web mini Utusan Malaysia Online perlu mempunyai lebih sistem keselamatan untuk mengelakkan dari perkara sama berulang lagi.

Agak sedih apabila sambutan Kemerdekaan tahun ini menjadi medan para Hacker yang berkemungkinan dari Indonesia ini untuk menguji kehebatan masing-masing.

Namun, harus diingati bahawa, menjadi pegangan seorang penggodam (Hacker) bahawa tidak meninggalkan jejak dalam setiap tingkah-laku, Mana tahu serangan ini datang dari dalam Malaysia sendiri?

Laman tersebut : http://xtive.utusan.com.my/

xtive utusan kena hack1 Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!

Click image to view larger

Posted in Internet, News, Picture, WebsitesComments (10)

Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia


Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.

Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.

Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.

Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.

Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.

indonesia bakar bendera malaysia Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)

Konflik Indonesia hina Malaysia – Respon pemuda Umno


Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.

Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.

Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.

Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.

Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.

Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.

Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.

indonesia hina malaysia Konflik Indonesia hina Malaysia   Respon pemuda Umno

Apa pendapat anda?

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)

Pekerja Perodua Service Centre pukul pelanggan


Sebuah video yang menunjukkan sikap biadab pekerja Perodua Service Centre telah tersebar di Laman Facebook dan juga YouTube.

Video tersebut yang memaparkan pekerja bangsa cina tersebut bergaduh dengan pelanggan yang juga merupakan bangsa cina tersebut dikatakan telah mendapat perhatian di internet sejak awal minggu ini.

Dikatakan bahawa ianya berpunca apabila kenderaan milik pelanggan tersebut didapati rosak dan pekerja Perodua tersebut enggan untuk membantu pelanggan tersebut.

Berdasarkan apa yang dipaparkan pada video tersebut, pekerja tersebut kemudian bertindak kasar terhadap pelanggan tersebut, dimana pekerja tersebut telah mencekik pelanggan tersebut, dan juga memukul teman wanita pelanggan tersebut.

Saksikan video yang menjadi perhatian di YouTube tersebut,

Disebabkan kecewa dengan tindakan kasar yang diterima tersebut, pelanggan terbabit telah membuat laporan polis.

Perodua Service Centre pukul pelanggan 1024x349 Pekerja Perodua Service Centre pukul pelanggan

Click image to view larger

Perodua Service Centre laporan polis Pekerja Perodua Service Centre pukul pelanggan

Jikalau ada yang sudi untuk tolong alih bahasa, silakan la ye.

Source : Forum

Posted in Automotive, LOL, VideoComments (5)







Partly powered by CleverPlugins.com