Posted on 16 May 2012. Tags: Cheng Teck Hong, Ferrari 599 GTO, Gambar, Kemalangan, Rochor Road, Singapura, Teksi, Victoria Street, Video
Hujung minggu yang lalu, satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah Ferrari berlaku di persimpangan Rochor Road dan Victoria Street, Singapura.
Kedua-dua mangsa, pemandu teksi dan juga pemandu Ferrari itu maut di tempat kejadian, manakala terdapat 3 orang lain yang dilaporkan cedera.
Berikut adalah gambar di kawasan berlakunya kemalangan itu (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas):



Yang lebih menyedihkan, pemandu teksi yang meninggal di lokasi kemalangan itu, Cheng Teck Hong merupakan satu-satunya pencari sumber rezeki untuk keluarga mereka, meninggalkan seorang isteri, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan di rumah.
Berdasarkan satu rakaman dalam kereta yang berada berdekatan lokasi kemalangan, didapati kemalangan berpunca dari kesalahan pemandu Ferrari 599 GTO yang tidak berhenti dengan sewajarnya di hentian trafik, lalu melanggar teksi itu dengan kelajuan tinggi.
Saksikan video rakaman tersebut di bawah ini:
Sumber: Singapore Strait Times
Posted in News
Posted on 20 April 2012. Tags: Baru, Gambar, Kemalangan, Model, Pameran, Pandu Uji, Proton Prevé
Satu gambar mengejutkan mula tersebar dimana model kereta Proton Prevé yang baru sahaja dilancarkan dilihat terlibat dalam kemalangan. Jom tengok kereta baru ni!

Gambar yang dikatakan Proton Prevé kemalangan ini nampaknya adalah model pandu uji ruang pameran sepertimana yang boleh dilihat pada gambar model ruang pameran sebelum ini.
Hmm, apa agaknya punca berlakunya kes sebegini?
Yang pasti, kes ini mesti kes yang amat jarang berlaku dan bukan pada semua model, mungkin ianya berlaku pada kereta pandu uji yang dibawa secara kasar atau kesilapan pengguna yang mencuba?
p/s : Teringat kes masa Proton Gen-2 mula dilancarkan dulu, ada kes enjin terbakar lagi. Harap-harap tak berlaku pada Proton Prevé yang menarik habis ini.
Sumber : Lowyat.net / MANIACK
Posted in Automotive, News
Posted on 16 April 2012. Tags: Galeri, Gambar, Harga, Pameran, Pelancaran, Proton Prevé, Rasmi, Ruang
Proton Prevé telah dilancarkan secara rasmi baru sahaja sebentar tadi, dan ini pula gambar awal Proton Prevé yang sedang dipersiapkan untuk dipamerkan di ruang pameran.
Jom tengok gambar sebenar luaran dan dalam Proton Prevé yang dipersiapkan untuk ruang pameran ini.









Nantikan entri selanjutnya berkenaan pelancaran rasmi Proton Prevé dan juga galeri gambar rasmi dari Proton.
Harga yang ditawarkan adalah serendah RM 59,500.00 sehingga RM 72,900.00.
Sumber : CForum Cari - nicholasnhc
Posted in Automotive, News
Posted on 14 April 2012. Tags: Adam Adli, Along, Dataran Merdeka, Gambar, Kuala Lumpur, Masjid Jamek. MalaysiaKini, Perhimpunan, Protes, PTPTN
Satu perhimpunan dan protes jalanan berlaku di ibu kota Kuala Lumpur hati ini, dimana sekumpulan pelajar dipimpin Adam Adli memohon supaya PTPTN dilupuskan. (Gambar)
Lebih kurang 500 lebih orang pelajar terlibat berkumpul di sekitar stesyen LRT Masjid Jamek, dan mula menghadap ke Dataran Merdeka.
Tujuan perhimpunan dan protes terbuka ini adalah bagi menuntut supaya sistem Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilupuskan. Sistem pinjaman pendidikan PTPTN dikatakan membebankan pelajar dan bertindak seumpama ‘Along’.
Pihak polis berjaya bertindak cemerlang dengan mengawal lalu-lintas dan mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.
Berikut beberapa gambar ketika kejadian berlaku :






Posted in Malaysia, News
Posted on 01 April 2012. Tags: April, Baru, Dalaman, Gambar, Inspira, Lancar, Maksud, Proton, Proton Prevé, Reka Bentuk, Warna
Proton P3-21A, atau nama yang diura-urakan sebagai nama rasmi model baru dari Proton ini, Proton Prevé, bakal dilancarkan April ini. Nak tengok gambar sebenar? jom!
Proton Prevé, membawa maksud ‘untuk membuktikan’ dalam bahasa Sepanyol, sesuai dengan slogan Proton Prevé, “Drive it to believe it”. Membawa maksud yang lebih kurang seperti, “Dah cuba pandu, baru tahu dan ini buktinya”.
Di bawah ni ada beberapa gambar Proton Prevé yang rasa-rasanya berwarna Merah Plum, sama seperti warna pada Proton Inspira.



Cantik bukan??
Tak sabar rasanya nak lihat Proton Prevé ni dalam warna yang lain pula. Dan juga, reka bentuk dalaman kereta ini yang katanya mengikut citarasa Eropah!
Rasanya mungkin kena tunggu hingga hari pelancaran baru berpeluang lihat dengan lebih jelas. Nantikan entri seterusnya untuk perkembangan terkini Proton Prevé!
Posted in Automotive, News
Posted on 29 March 2012. Tags: Api, Asap, Bomba, Gambar, KLCC, Restoran Chinoz, Suria KLCC, Terbakar, Twitter
Kecoh habis di laman media sosial apabila ada yang melaporkan bangunan Suria KLCC tu terbakar. Habis berkepul asap keluar dari bumbung Suria KLCC. Apa hal ni? Jom tengok!
Sebenarnya, Restoran Chinoz di Suria KLCC tu yang sebenarnya berlaku kebakaran kecil, bukan kebakaran besar pun katanya. Tapi semua orang dalam Suria KLCC tu terpaksa di asingkan dari dalam bangunan kerana risau berlaku apa-apa tragedi.
Menurut laporan, lowong asap dapur kepada restoran itu disambar api melalui sistem pengudaraan dapur restoran itu. Dan asap besar berkepul keluar kerana sistem pengudaraan dapur itu yang gagal berpunca dari kebakaran kecil tu.
Jom tengok dulu beberapa gambar ketika kejadian yang disebarkan melalui Twitter ni :





Dahsyat kan?
Dilaporkan lebih kurang 5,000 orang dalam Suria KLCC tu semuanya diminta keluar dari bangunan tu.
Kebakaran kecil tu berjaya dipadamkan sebelum pihak Bomba tiba, 10 minit selepas menerima panggilan dari pengurus di situ. Pihak Bomba kemudiannya perlu mengambil masa untuk selidiki lebih lanjut punca kebakaran dan juga risiko akan datang.
Oh, lagi satu, yang terbakar bukan Menara berkembar PETRONAS ya, yang terbakar cuma Restoran Chinoz, Suria KLCC, bukan seluruh Suria KLCC tu terbakar. Dan kalau anda nak tahu, KLCC itu merangkumi Menara berkembar PETRONAS, Suria KLCC, dan juga Taman Tasik KLCC.
Posted in Malaysia, News
Posted on 28 March 2012. Tags: Aeon Jusco Ipoh Station 18, Baru, Gambar, Ipoh, Kinta City, Malaysia, Station 18
Ramai yang menantikan sudahnya pembinaan pusat membeli-belah baru Aeon Jusco di Pengkalan, atau dikenali dengan nama Station 18. Jom tengok gambarnya disini!




Klik pada gambar kecil dibawah untuk paparan yang lebih besar.
Cantik bukan?
Aeon Jusco Ipoh Station 18 baru ini akan dilancarkan secara rasminya pada esok hari, 29 Mac 2012.
Katanya, pusat membeli-belah Aeon Jusco ini akan dinobatkan sebagai pusat membeli-belah Aeon Jusco yang terbesar di Utara Semenanjung Malaysia!! Lebih besar berbanding di Pulau Pinang dan juga yang sedia ada di Kinta City Ipoh!
Hmm, bila agaknya boleh ke sini ni? Hehe.
Kredit Gambar : Ipoh.com
Posted in Malaysia, News
Posted on 21 March 2012. Tags: 1Malaysia, Al-Quran, Alif, Dosa, Gambar, Haram, Kitab, Lambang, Lembah Pantai, Pekida, Surah, Surau, Ustaz Azhar Idrus
Cuba tengok ni cepat! Nama surah ‘Al-Mulk’, yang ditulis ini digantikan huruf Alif dengan lambang 1Malaysia! Dan ini adalah haram! Ditulis pula di dinding surau!

Ayat surah Al-Mulk itu yang ditemui di dinding surau Al-Badar bersebelahan pondok pekida kawasan lembah pantai, dilihat mempunyai lambang 1Malaysia (Gambar diatas) menggantikan huruf Alif yang sepatutnya dan sebagaimana di dalam Al-Quran.
Bukankah ini sudah memberikan maksud lain pada nama surah itu? Anda sendiri juga tahu, Alif adalah huruf atau abjad dalam bahasa arab, tetapi angka 1 pula adalah cuma angka, atau nombor yang tidak memberi maksud apa-apa.
Ada beberapa orang juga memberikan pendapat yang perkara ini dianggap sebagai menghina Al-Quran kerana menyamakan lambang 1Malaysia itu setaraf dengan abjad dalam kitab Al-Quran.
Malah, penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberikan berikut, “haram dosa besar dan bolih jadi murtad..” di laman Facebook rasmi beliau.
Apakah makna semua ini? Mungkin cuma kesilapan manusia yang tidak sedar akan kesilapan yang berlaku.
Diharap ianya dapat diperbaiki dengan segera.
Sebarkan! agar ianya dapat perhatian orang ramai, dan perkara ini tidak dijadikan bahan penghinaan mahupun permainan! Ini bukan perkara remeh, ianya melibatkan kitab suci Al-Quran.
Posted in Islamic, Malaysia, News
Posted on 19 March 2012. Tags: Anak Perempuan, Aulia, Bayi, Buang, Facebook, Gambar, Jual, Norazlina Ebon, Sedih, Tong Sampah, Wanita
Seorang wanita cuba menjual bayi di Facebook, dan menyatakan yang dia tidak sanggup lagi untuk menjaga anak perempuan itu yang kelihatan berumur tidak sampai sebulan.

Norazlina Ebon: Kepada sesiapa yg ingin membeli baby gurl,sila hubungi 0122705354 sebelum di buang k dalam tong sampah!
Katanya, ibu kepada anak ini sudah tidak sanggup dan menderita dengan bayi perempuan bernama Aulia ini.
Beberapa kata-kata ibu itu seperti, “Cukup la sampai d sini saja.aku mgalah coz aku memang dh kalah.biarla…”, “Berat mata mmandang berat lg bahu yg mmikul,sakit lg jiwa n raga nk mghadapinye..”, dan “Ni yg trbaik supaya Aulia xsusah,saya xsusah,sapa2 xsusah…cuci tangan..tlg bg comment bg yg brminat sj yek..”.
Orang ramai pula mula menyatakan minat tinggi untuk menjaga dan mengambil bayi itu, dan sanggup membayar untuk nyawa bayi itu dari dibuang ke dalam tong sampah.
Pada pandangan awal, nampak begitu jelas sekali hasrat ibu Aulia untuk menjual bayi itu, tapi beberapa penjelasan mengatakan bahawa cubaan menjual ini cuma adalah atas pesanan orang tua-tua, bayi perlu ‘dijual’ jika terkena sawan tangis.
Penjelasan dari ruang komen :
ada salah paham sebenarnye
anak die kene sawan tangis
ikut petua orang2 tua, baby kene ‘jual’ kepada keluarga angkat
biasenye lepas ‘jual’ baby akan pulih
bukan jual keluarga angkat tu terus
jual pun bawah rm1, kalo boleh harga ganjil mcm 15sen 25 sen 35sen mcm tu
saya pun sblm ni salah paham gak lepas tu ade member saya explain
sebab anak die pun kene jugak n ‘jual’ anak die 35sen kat jiran die
baru pulih
Apa pendapat anda?
Sedang keliru sebenarnya atas apa yang berlaku ini. Betul-betul untuk dijual ke? atau cuma menurut kata orang tua-tua? Sebab ada ayat ugutan untuk membuang anak itu ke dalam tong sampah, mungkin itu menyebabkan ramai orang yang keliru.
Ada sesiapa yang jelas dengan pesanan orang tua-tua ni boleh bagi penerangan yang lebih jelas?
p/s : Sedih, berharap sangat ini cuma menurut kata orang tua-tua, bukan niat sebenar untuk membuang bayi itu.
Posted in News
Posted on 05 March 2012. Tags: Arak, Gadis, Gambar, Hotel, Lelaki, Mabuk, Maksiat, Minum, Muda, Natasya Loffa, Perempuan, Remaja, Seksi, Tak senonoh
Dahsyat remaja sekarang, dah tak risau dan tak segan lagi nak menunjuk gaya seksi, minum arak, apatah lagi duduk dalam bilik hotel dikerumuni lelaki lain. Tengok si Natasya Loffa ni!

Natasya Loffa : WTF ! Ramai lagy orang yang lebih teruk dari aku okay , so please jangan pandai pandai mereke reke cerite yang aku dah rabak or pape lagy . MAse ni tengah sambut birthday aku . Kepade kau orang tak ade dalam hotel tu , jangan pandai pandai mereke reke cerita ni . Sebab dalam bilik tu kite orang hanye mabuk dan tak melakukan maksiat , so please jage mulut kau orang . Macam kau orang baik sangat , takkan si lelaki tak pernah merase jolok buret perempuan dengan jari dan takkan lah si perempuan tak pernah rase kotey lelaki dalam mulut kan , lain kali sedar sikit komen gambar aku .
Amboi! Bukan main lagi. Hebat kau Natasya Loffa ya tak? Indah bahasa.
HANYA mabuk ya? TAK maksiat ya? hmm… no komen,
Kesian kat mak ayah kepada gadis-gadis remaja macam ni. Ya, dia memang betul, memang bukan dia je yang ada buat benda macam ni, ramai lagi remaja-remaja tak kira lelaki atau perempuan diluar sana yang ada kes macam ni.
Tapi agaknya mungkin dia ni sorang je yang BERANI nak letak gambar tunjuk kat orang awam.
p/s : entri tertunda
Posted in Random
Recent Comments