Ura-ura mengenai pelancaran Proton Waja baru menggantikan model lama, yang berasaskan Mitsubishi Lancer akan dilancarkan selepas raya kini makin kukuh.
Tempoh hari, Buletin Utama TV3 telah berjaya untuk mendapatkan kebenaran dari Proton untuk membut sedikit paparan video spyshot sneak preview mengenai model baru itu.
Dan segala spekulasi mengenai rupa luaran Proton Waja Lancer tersebut sememangnya mengena dengan jangkaan selama ini.
Didalam Video Buletin Utama TV3 tersebut turut menyatakan bahawa Proton menjangkakan akan melancarkan Model baru Proton Waja Lancer ini pada awal bulan depan, berkemungkinan pada minggu pertama Oktober.
Namun, apabila ditanya mengenai lingkungan harga Model baru tersebut, ianya tidak pula dinyatakan dalam video buletin utama tersebut. Apa yang dimaklumkan hanya ianya akan kekal pada harga yang kompetitif.
Keterangan lanjut mengenai enjin dan spesifikasi dalaman masih dibiarkan sebagai rahsia, apa yang dinyatakan cuma, handling dan suspension model baru Proton Waja ini akan dipertingkatkan berbanding model asal Mitsubishi Lancer, ianya akan dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan LOTUS Technology.
Model baru keluaran PROTON Holdings Bhd yang akan berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, dikatakan akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pandu uji dan pengubahsuaian reka bentuk telah siap dilakukan, dan kini Proton hanya menghitung hari untuk mengumumkan pelancaran model baru yang akan menggantikan Waja ini. (Proton Waja Replacement Model)
Model baru ini yang masih belum pasti apakah nama model tersebut, sama ada kekal sebagai Waja, atau akan diubah, akan turut serta dan dipamerkan kepada orang awam di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).
Harga yang ditawarkan pula dikatakan di dalam lingkungan seperti berikut :
1.8 liter manual - RM75,000
1.8 liter auto - RM80,000
2.0 liter – Hampir RM100,000
Ini adalah jauh lebih murah berbanding harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) yang berada pada harga RM120,598.10 seunit, tanpa insurans.
Nampaknya khabar angin mengenai keluarnya model sedan baru Proton sebagai pengganti model Proton Waja sudah sah! Sememangnya model baru ini akan berdasarkan Mitsubishi Lancer!
Berdasarkan apa yang NK perolehi dari Paultan.org, nampaknya ada seorang pembaca Paultan.org telah berpeluang untuk melihat sendiri Model Waja Replacement Model (WRM) ini yang dilihat menggunakan plet dagangan (Trade Plate) di Masjid Kapitan Keling, Penang.
Model WRM ini yang separa dari badannya dilitupi, sememangnya adalah Model Mitsubishi Lancer X yang telah diubah kejuruteraannya mengikut kesesuaian Proton dan juga Citarasa tempatan.
Berikut merupakan gambar-gambar dari Paultan.org.
Selebihnya boleh dilihat dari sumber. Kredit kepada pembaca Fahmil dari Penang.
Nampaknya sudah tidak sangsi lagi, Model baru Proton akan dikeluarkan pada suku akhir tahun ini bagi menggantikan Model Sedan Proton Waja yang sudah terlalu lama berada di pasaran. Setakat ini ia hanya dikenali sebagai Waja Replacement Model (WRM).
Ura-ura yang tersebar luas di pasaran mengatakan Model baru Proton Sedan WRM ini akan amat menyerupai Mitsubishi Lancer 2.0 GT namun akan menggunakan enjin dengan sesaran lebih kecil iaitu 1.8l.
Adakah menggunakan enjin Campro yang baru? Campro CPS 1.8 bunyi macam amat menarik jika digandingkan ke dalam Proton WRM ini. Atau lebih baik, enjin Campro CPS Turbo??
Namun terdapat juga khabar angin yang mengatakan, bahagian enjin Proton WRM ini akan menggunakan enjin 1.8l dari Global Engine Manufacturing Alliance (GEMA), pengeluar Global bagi semua enjin Mitsubishi, Chrysler dan Hyundai. Menarik!
“Semua persediaan telah dilakukan, kami berharap ianya dapat dilancarkan pada suku akhir tahun ini”, begitulah kenyataan dari Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, semasa pelancaran Variasi baru bagi Proton Exora.
Recent Comments