Tag Archive | "Global"

Proton tarik model Gen2 dan Satria Neo 2004-2008


Proton melancarkan panggilan sukarela bagi kesemua model Gen2 dan Satria Neo yand dikeluarkan antara tahun 2004 hingga 2008 hari ini.

Kedua-dua model tersebut didapat mempunyai masalah dengan komponen ‘clock spring’ yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan pemandu.

Namun, dikatakan tidak kesemua kereta akan mengalami masalah tersebut, mungkin kerana cara pemanduan yang baik dapat mengelak dari komponen tersebut dari gagal berfungsi. Oleh itu, panggilan ini diadakan secara sukarela, terpulang kepada pemandu untuk melakukan semakan kerosakan.

Komponen ‘clock spring’ tersebut menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Antara masalah yang bleh berpunca dari kerosakan ‘clock spring’ :

  1. Steering Wheel mengeluarkan bunyi ketika berpusing.
  2. Bunyi Hon secara tiba-tiba.
  3. Kerosakan butang kawalan audio pada Steering Wheel.
  4. AirBag akan keluar secara tiba-tiba.
  5. Kereta tak boleh dihidupkan.

Panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton. Malah, Kos untuk melakukan semakan terhadap komponen tersebut, dan menggantikan komponen tersebut kesemuanya ditanggung oleh Proton tanpa sebarang bayaran.

Namun pemilik kenderaan yang terbabit perlu menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma, sebelum terus ke pusat Servis.

Maklumat lanjut, pengguna boleh layari http://www.protonaftersales.com/ untuk melakukan semakan secara online dan juga melakukan pertanyaan lanjut.

clock spring proton Proton tarik model Gen2 dan Satria Neo 2004 2008

Posted in Automotive, Malaysia, NewsComments (0)

Proton enjin CamPro Turbo awal tahun 2011


Pengarah Proton Holdings Sdn Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengeluarkan kenyataan bahawa Proton akan mengeluarkan enjin Turbo (Turbo-Charged) pada awal tahun 2011.

Enjin CamPro Turbo ini dikatakan akan mampu menjana kuasa sama seperti keupayaan enjin 2000cc.

Turut dinyatakan ialah model pertama yang akan menggunakan enjin Proton CamPro Turbo ini ialah model MPV Proton iaitu Proton Exora Turbo.

Mengenari Model ganti Proton Waja dengan kerjasama Mitsubishi Motors pula, beliau tidak menafikan bahawa ianya akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

Sumber : Bernama

Posted in Automotive, MalaysiaComments (1)

Video Proton Waja Lancer baru di Buletin Utama TV3


Ura-ura mengenai pelancaran Proton Waja baru menggantikan model lama, yang berasaskan Mitsubishi Lancer akan dilancarkan selepas raya kini makin kukuh.

Tempoh hari, Buletin Utama TV3 telah berjaya untuk mendapatkan kebenaran dari Proton untuk membut sedikit paparan video spyshot sneak preview mengenai model baru itu.

Dan segala spekulasi mengenai rupa luaran Proton Waja Lancer tersebut sememangnya mengena dengan jangkaan selama ini.

Didalam Video Buletin Utama TV3 tersebut turut menyatakan bahawa Proton menjangkakan akan melancarkan Model baru Proton Waja Lancer ini pada awal bulan depan, berkemungkinan pada minggu pertama Oktober.

Namun, apabila ditanya mengenai lingkungan harga Model baru tersebut, ianya tidak pula dinyatakan dalam video buletin utama tersebut. Apa yang dimaklumkan hanya ianya akan kekal pada harga yang kompetitif.

Namun, NK telah dapat gambaran awal mengenai harga tersebut pada kiriman sebelum ini : http://notakosong.com/1844/malaysia/proton-waja-baru-proton-lancer-selepas-raya/

Keterangan lanjut mengenai enjin dan spesifikasi dalaman masih dibiarkan sebagai rahsia, apa yang dinyatakan cuma, handling dan suspension model baru Proton Waja ini akan dipertingkatkan berbanding model asal Mitsubishi Lancer, ianya akan dikendalikan oleh bahagian kejuruteraan LOTUS Technology.

waja lancer proton tv3 Video Proton Waja Lancer baru di Buletin Utama TV3waja lancer proton tv3 2 Video Proton Waja Lancer baru di Buletin Utama TV3waja lancer proton tv3 3 Video Proton Waja Lancer baru di Buletin Utama TV3

Kredit video to : Youtube paultantk

Posted in Automotive, Malaysia, VideoComments (8)

Proton Waja baru – Proton Lancer selepas Raya


Model baru keluaran PROTON Holdings Bhd yang akan berasaskan Mitsubishi Lancer Fortis yang dipertingkatkan, dikatakan akan dilancarkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pandu uji dan pengubahsuaian reka bentuk telah siap dilakukan, dan kini Proton hanya menghitung hari untuk mengumumkan pelancaran model baru yang akan menggantikan Waja ini. (Proton Waja Replacement Model)

Model baru ini yang masih belum pasti apakah nama model tersebut, sama ada kekal sebagai Waja, atau akan diubah, akan turut serta dan dipamerkan kepada orang awam di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010).

Harga yang ditawarkan pula dikatakan di dalam lingkungan seperti berikut :

1.8 liter manual - RM75,000

1.8 liter auto - RM80,000

2.0 liter – Hampir RM100,000

Ini adalah jauh lebih murah berbanding harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU) yang berada pada harga RM120,598.10 seunit, tanpa insurans.

Spesifikasi mengenai enjin kereta ini telah dibincangkan dalam kiriman yang sebelum ini : http://notakosong.com/1360/news/protonwaja-replacement-model-mitsubishi-lancer/

Manakala gambar snapshot mengenai model fasa pandu uji ada dalam kiriman : http://notakosong.com/1484/malaysia/proton-waja-replacement-model-proton-impian/

Apa kata anda? Macam berbaloi je ni. Nantikan tarikh rasmi pelancaran model serba baru ini selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri

Proton waja lancer notakosong.com  Proton Waja baru   Proton Lancer selepas Raya

Posted in Automotive, MalaysiaComments (22)

Proton Waja Replacement Model : Proton Impian?


Nampaknya khabar angin mengenai keluarnya model sedan baru Proton sebagai pengganti model Proton Waja sudah sah! Sememangnya model baru ini akan berdasarkan Mitsubishi Lancer!

Berdasarkan apa yang NK perolehi dari Paultan.org, nampaknya ada seorang pembaca Paultan.org telah berpeluang untuk melihat sendiri Model Waja Replacement Model (WRM) ini yang dilihat menggunakan plet dagangan (Trade Plate) di Masjid Kapitan Keling, Penang.

Model WRM ini yang separa dari badannya dilitupi, sememangnya adalah Model Mitsubishi Lancer X yang telah diubah kejuruteraannya mengikut kesesuaian Proton dan juga Citarasa tempatan.

Berikut merupakan gambar-gambar dari Paultan.org.

Proton waja lancer replacement Proton Waja Replacement Model : Proton Impian?Proton waja lancer replacement 1 Proton Waja Replacement Model : Proton Impian?Proton waja lancer replacement 2 Proton Waja Replacement Model : Proton Impian?Proton waja lancer replacement 3 Proton Waja Replacement Model : Proton Impian?

Selebihnya boleh dilihat dari sumber. Kredit kepada pembaca Fahmil dari Penang.

Untuk maklumat lanjut mengenai khabar angin Proton Waja Lancer ini, boleh lihat kiriman NK sebelum ini.
http://notakosong.com/1360/news/protonwaja-replacement-model-mitsubishi-lancer/

Sumber : Paultan.org

Posted in Automotive, MalaysiaComments (18)

Proton dan Perodua bergabung untuk pasaran luar negara


Proton Holdings dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dikatakan mampu bersaing bukan sahaja pada peringkat domestik malah juga antarabangsa jika dapat digabungkan.

Presiden Proton Vendors Association (PVA), Datuk Dr Wan Mohamed Wan Embong berkata, sudah tiba masanya untuk kedua-dua penghasil kenderaan nasional ini untuk sedar akan impak positif yang mampu terjana dengan penggabungan kedua-dua entiti besar ini.

Kerjasama dalam teknologi kejuruteraan automotif mampu membawa kedua-dua nama besar ini ke tahap yang lebih tinggi. Penggunaan bahagian dan komponen yang sama mampu menjimatkan produksi pada skala ekonomi.

Kedudukan strategik dan kejayaan nama Proton dalam prestasi antarabangsa mampu untuk membawa Perodua ke pasaran Global dengan lebih agresif.

Proton combine gabung perodua notakosong Proton dan Perodua bergabung untuk pasaran luar negara

Apa pendapat anda? Berbaloi kah nama Proton dan Perodua digabungkan untuk memajukan automotif negara di pasaran antarabangsa?

NK rasa, sebaiknya nama jenama Proton dan Perodua dikekalkan, dan jikalau penggabungan ini menjadi sekalipun, nama lain bagi pasaran tertentu perlu diaplikasikan. Mungkin akan menjadi sebuah jenama lain supercar atau kereta ekonomi untuk pasaran dunia?

Sumber : Bernama

Posted in Malaysia, NewsComments (15)

Proton Waja Replacement Model : Mitsubishi Lancer?


Nampaknya sudah tidak sangsi lagi, Model baru Proton akan dikeluarkan pada suku akhir tahun ini bagi menggantikan Model Sedan Proton Waja yang sudah terlalu lama berada di pasaran. Setakat ini ia hanya dikenali sebagai Waja Replacement Model (WRM).

Ura-ura yang tersebar luas di pasaran mengatakan Model baru Proton Sedan WRM ini akan amat menyerupai Mitsubishi Lancer 2.0 GT namun akan menggunakan enjin dengan sesaran lebih kecil iaitu 1.8l.

Proton waja lancer notakosong.com  Proton Waja Replacement Model : Mitsubishi Lancer?

Adakah menggunakan enjin Campro yang baru? Campro CPS 1.8 bunyi macam amat menarik jika digandingkan ke dalam Proton WRM ini. Atau lebih baik, enjin Campro CPS Turbo??

Namun terdapat juga khabar angin yang mengatakan, bahagian enjin Proton WRM ini akan menggunakan enjin 1.8l dari Global Engine Manufacturing Alliance (GEMA), pengeluar Global bagi semua enjin Mitsubishi, Chrysler dan Hyundai. Menarik!

“Semua persediaan telah dilakukan, kami berharap ianya dapat dilancarkan pada suku akhir tahun ini”, begitulah kenyataan dari Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, semasa pelancaran Variasi baru bagi Proton Exora.

Sumber : Bernama
Gambar : Theophilus Chin

Posted in NewsComments (5)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com