Tag Archive | "Google"

Perodua Kelisa = Toyota Camry, Perodua Kancil = Honda Accord


Tahukah anda apa yang Google fikirkan apabila diberitahu mengenai kereta Perodua Kelisa dan Perodua Kancil? Tengok ni kalau anda nak tahu!.

Google Perodua Kelisa Toyota Camry Perodua Kancil Honda Accord Perodua Kelisa = Toyota Camry, Perodua Kancil = Honda Accord

Perodua Kelisa dan Perodua Kancil = Toyota Camry and Honda Accord

Pelik dan menarik kan? Mungkin ada lawak sikit la agaknya,

Macam-macam, tak sangka Google boleh alih bahasa ‘Perodua Kelisa dan Perodua Kancil’ dari bahasa Melayu, kepada ‘Toyota Camry and Honda Accord’ dalam bahasa Inggeris.

Posted in RandomComments (0)

8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #2


Kiriman kedua (#2) dalam siri entri ’8 gambar detik bersejarah di dunia’. Kali ini lebih banyak menyentuh personaliti yang mempunyai simbolik kepada perubahan dunia.

Entri ini juga akan mengekalkan format dimana gambar-gambar ini adalah amat jarang diperlihatkan, mahupun diambil tahu oleh ramai pengguna internet sekarang. Siapa sangka perkara dibawah pernah berlaku? Bukan sejarah dengan tulisan semata-mata, tetapi dengan rakaman gambar.

Jom tengok,

bob marley main bola sepak 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #2

Bob Marley bermain Bola Sepak

che guevara 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #2

Che Guevara ketika revolusi Cuba

Football player dies while playing 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #2

Marc-Vivien Foé maut ketika bermain Bola Sepak

george bush and 911 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #2

George Bush ketika diberitahu mengenai peristiwa 9/11

hitler holocaust 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #2

Kejadian Holocaust di Jerman (Adolf Hitler)

kurt cobain and his daughter 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #2

Kurt Cobain dan anak perempuannya, Frances Bean Cobain

steve jobs dan isteri Laurene 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #2

Steve Jobs dan isteri, Laurene Jobs (1997)

titanic before sailing 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #2

Kapal Titanic sebelum mula berlayar

Menakjubkan dan menarik? Nantikan entri seterusnya siri ’8 gambar detik bersejarah di dunia’ yang akan datang.

Sila klik disini untuk lihat entri siri ‘8 gambar detik bersejarah di dunia’ Siri #1.

Posted in RandomComments (1)

8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #1


Saksikan paparan gambar menarik dan bersejarah dalam siri entri ’8 gambar detik bersejarah di dunia’ yang merakamkan pelbagai memori lakaran sejarah perubahan dunia.

Christ the Redeemer brazil 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #1

Pembinaan Christ the Redeemer di Rio di Janeiro, Brazil

berlin wall 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #1

Perobohan 'Berlin Wall' yang memisahkan Jerman

elvis presley join the army 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #1

Legenda muzik Elvis Presley menyertai tentera

first computer 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #1

Komputer pertama di dunia

first google 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #1

Ketika Google mula ditubuhkan 1999

first macdonald 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #1

Restoran McDonald's pertama dibina

pembinaan disney world 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #1

Pembinaan Disney World tahun 1971

Pope Pius XII with hitler 8 gambar detik bersejarah di dunia Siri #1

Pope Pius XII bersalaman dengan Adolf Hitler

Nantikan sambungan ’8 gambar detik bersejarah di dunia’ dalam siri entri yang seterusnya.

Yang pastinya, gambar yang dipaparkan adalah gambar yang mencatatkan detik bersejarah dunia sama ada yang dikenali ramai mahupun yang memodenkan dunia hingga hari ini.

Posted in RandomComments (1)

Mendalam maksud tersirat ayat di Google Translate ni


Sudah pasti anda pernah cuba gunakan Google Translate. Tapi tahukah anda, kadang-kadang ada maksud berlainan yang tersirat pada terjemahan Google Translate?

Cuba anda ikuti langkah seperti dibawah ni :

  1. Buka laman http://translate.google.com/.
  2. Saling ayat ni
    Do not take philippine money
    people of bangladesh are angry
    pakistani hate national row
  3. Atau klik pada URL ini untuk langkah pintas : http://rt.my/lz
  4. Apa yang dihasilkan oleh terjemahan Google???
Spoiler SelectShow

 

Rajin betul orang yang tolong edit terjemahan tu kan? Macam-macam…

Posted in Internet, RandomComments (2)

Sheikh Hamad lakar nama pada pulau Al-Futaisi, Abu Dhabi


Apa yang anda nak buat untuk buktikan anda betul-betul kaya dalam dunia ni? Sudah tentu ukir nama sebesar mungkin di atas tanah untuk rakaman satelit! Hebat Sheikh Hamad!

Sheikh Hamad bin Hamdan Al Nahyan merupakan salah seorang jutawan kaya gila di Abu Dhabi, dan turut merupakan antara ahli keluarga diraja Abu Dhabi.

Beliau yang sudah berumur 63 tahun, tersangat kaya hingga mempunyai lebih 200 kereta yang berlainan jenis, malah mempunyai muzium awam tersendiri untuk kesemua kereta beliau dinamakan sebagai ‘Emirates National Auto Museum’.

Kali ni, mungkin kerana terlalu banyak wang, sehingga hilang akal nak buat apa dengan wang tu, beliau ukir nama beliau di sebuah pulau berdekatan ibu kota Abu Dhabi, Pulau Al-Futaisi.

Ukiran lakaran nama beliau itu tersangatlah besar dan luas, sehinggakan ianya mampu dilihat pada imej yang dirakamkan oleh satelit!

hamad alfutaisi abu dhabi Sheikh Hamad lakar nama pada pulau Al Futaisi, Abu Dhabi

Nama beliau yang dilakarkan itu, teramatlah besar, hingga mencecah 2 Kilometer lebih jaraknya dari huruf ‘H’ ke hurut ‘D’.

Nak tengok imej ni? Apa anda perlu buat cuma, pergi ke ‘http://maps.google.com/‘, taip ‘Al-Futaisi Island, Abu Dhabi’. Klik pada paparan imej sebenar bumi, dan dapatlah anda lihat tulisan nama ‘HAMAD’ dalam keadaan terbalik.

Jom tengok gambar dibawah ini yang lebih jelas! (Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas)

sheikh hamad alfutaisi abu dhabi Sheikh Hamad lakar nama pada pulau Al Futaisi, Abu Dhabisheikh hamad name alfutaisi abu dhabi Sheikh Hamad lakar nama pada pulau Al Futaisi, Abu Dhabi

Posted in News, WorldComments (0)

Jom main Google Doodle Les Paul – Dengan kod lagu!


Sudah pasti ramai yang sudah tahu akan Google Doodle Les Paul yang Google keluarkan pada 9 Jun 2011 yang lalu bersempena dengan ulangtahun kelahiran Les Paul.

Les Paul, atau nama sebenar beliau Lester William Polsfuss merupakan pemain gitar dan juga merupkan pencipta gitar elektrik!

Hasil ciptaan beliau disemadikan pada 9 Jun lalu oleh Google dan kini oleh kerana permintaan tinggi dan Google Doodle yang paling mendapatkan perhatian, ianya diberi laman tersendiri oleh Google!

Google Doodle Les Paul image picture Jom main Google Doodle Les Paul   Dengan kod lagu!

Maka bagi mereka yang terlepas, boleh cuba lihat kembali laman tersebut di : http://www.google.com/logos/2011/lespaul.html

Yang lebih menarik, anda boleh cuba main lagu kegemaran anda pada gitar Google Doodle tersebut! Cuba lihat pada video dibawah.

Nak cuba? Mudah je, apa anda perlu buat cuma tekan pada kotak hitam yang mempunyai butang merah pada Google Doodle tersebut untuk aktifkan mod keyboard, dan anda boleh mula bermain menggunakan butang-butan nombor pada keyboard anda!

Untuk lagu diatas, anda boleh cuba gunakan kod dibawah ini :

Kod Keyboard Google Doodle lagu Can’t take my eyes off you.

Rangkap pertama :

000(04)6 789(05)09 878(93)5 678(96)98 767(82)4  (85)8787(61) 16(51)

Rangkap kedua :

000(04)6 789(05)09 878(93)5 678(96)98 767(82)4 (85)879(91) 1(81)

Selamat mencuba! icon wink Jom main Google Doodle Les Paul   Dengan kod lagu!

Posted in Entertainment, Music, VideoComments (0)

Rahsia menarik Laman web Google, jom cuba


Mungkin ada yang pernah cuba, mungkin juga ada yang belum pernah cuba. Agak-agak apa yang berlaku kalau anda cuba cari ayat di bawah?

rahsia google secret Rahsia menarik Laman web Google, jom cuba

Apa yang anda perlu buat cuma adalah, pergi ke laman utama Google : http://www.google.com/.

Taip salah satu ayat di bawah :

  • Google sphere
  • Google gravity
  • Google reverse/mirror
  • Epic Google
  • Rainbow google
  • Google loco
  • Annoying Google
  • Google pacman

Kemudian klik pada butang “I’m Feeling Lucky”, bukan tekan Enter ataupun “Google Search”.

Apa yang akan keluar? Anda perlu cuba sendiri~

Posted in Internet, RandomComments (1)

Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011


Entri kali ni agak istimewa, disebabkan NK dipilih sebagai Media Collaborators ICN UTP 2011, NK berpeluang saksikan latihan ICN, sambil-sambil mencuba rakaman Video Cam Nexus S.

Apa lagi, sementara sedang menikmati beberapa persembahan latihan, ingin juga membuat beberapa cubaan rakaman HD menggunakan Google Nexus S pemberian Maxis10 ini.

Kalau menurut spesifikasi yang diberikan, kamera 5 Megapixel milik Nexus S ini mampu memberikan paparan video sehebat 720p. Video HD tu! (Pembetulan : Video Kamera Nexus S cuma hasilkan video dengan kualiti 480p sahaja, dan ianya bukan HD, tetapi Enhanced Definition (ED))

Namun mungkin oleh sebab keadaaan sekeliling penggambaran yang tidak cukup terang, mungkin itu sebabnya kualiti video yang terhasil kurang memuaskan.

International culture Night UTP 20111 Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Apa komen anda tentang kualiti video Nexus S? Nantikan lebih review mengenai hasil gambar dari Nexus S dalam kiriman akan datang.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk datang ke International Culture Night (ICN) UTP 2011! Video di atas hanya teaser latihan persembahan ICN, untuk dapatkan pengalaman dan persembahan yang lebih memuaskan, jemput datang ke ICN UTP di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS malam ini!.

Bagaimana nak dapatkan tiket ICN anda? Sila rujuk pada entri sebelum ini.

Posted in Events, Maxis10Comments (2)

Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market


Anda pemilik telefon bimbit Android? Tak tahu apa aplikasi menarik? Jom tengok apa aplikasi WAJIB untuk Android, lebih-lebih lagi yang penting untuk Maxis Nexus S!

Kenapa anda perlu ada aplikasi-aplikasi yang ditunjukkan ini? Jom kita tengok adakah diri anda betul-betul kena dengan ciri-ciri mereka-mereka yang inginkan aplikasi tersebut.

Yang penting, segala aplikasi yang NK sarankan ini semuanya PERCUMA atau orang lagi senang faham, FREE!

Pertama : Mereka yang tak boleh berhenti berada di dunia online!

best android communication apps Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Twitter
Semestinya aplikasi android yang paling tidak boleh dilepaskan kalau anda sememangnya gilakan dunia online.
Segalanya ingin di-tweetkan. Makan dimana, Tidur dimana, Sedang buat apa,… sehinggakan sedang garu kepala pun hendak di-tweetkan!
Berfungsi dengan sempurna di Nexus S. Walaupun terdapat pelbagai lagi aplikasi Twitter di Android Market, aplikasi asli ciptaan Twitter Inc, tetap jadi pilihan.

Facebook
Facebook for Android. Sememangnya aplikasi yang WAJIB ada kalau anda gila dengan dunia online.
Anda tidak boleh berpisah walau seketika pun dengan Facebook, segala notification anda akan tengok, update status pun seumpama seorang artis.
Dengan Nexus S, update status facebook dan pengalaman Facebook lebih pantas dan interaktif!

Foursquare
Foursquare merupakan aplikasi menarik untuk anda bermain jikalau anda merupakan seorang yang sememangnya rajin berjalan-jalan dan meneroka tempat baru.
Anda boleh ‘check-in’ pada kawasan pilihan anda dan dengan itu anda boleh membaca pendapat orang lain mengenai tempat tersebut dan juga mengumpul lencana dan gelaran ‘mayor’.
Wah, sambil meneroka, sambil bermain permainan interaktif! Keseronokan Foursquare digandakan lagi dengan teknologi GPS yang ada pada Google Nexus S.

Skype
Sememangnya untuk kaki chatting dan video call sejati. Skype merupakan tambahan aplikasi chatting selain dari Google Talk yang sudah sedia ada pada Google Nexus S.
Yang menarik pada skype ialah ada boleh gunakan ‘front-facing video camera’ pada Nexus S untuk buat Video Call pada pengguna Skype lain!.

Miren Browser
Kenapa perlu Miren Browser sedangkan Android pada Nexus S sudah mempunyai pelayar internet sendiri? Ha, kalau anda nak tahu, Miren Browser ini seumpama pelayar internet Google Chrome yang memang tidak asing lagi pada pengguna internet. Malah siap ada tab lagi untuk setiap page yang anda masuk. Waktu loading juga lebih pantas!

Kedua : Mereka yang gilakan segalanya mengenai sukan-sukan!

sport apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Formula1.com 2011
Kalau anda seorang yang sangat gemarkan sukan automotif, ini adalah aplikasi yang anda tak boleh lepaskan.
Ini merupakan aplikasi khas keluaran rasmi dari Formula1.com sendiri.

Soccer LiveScores
Aplikasi wajib untuk kaki bolasepak! Kebanyakan liga bolasepak terkemuka dunia ada tersenarai dalam aplikasi live score ini.
Anda tidak akan terlepas lagi keputusan perlawanan bola sepak kegemaran anda, lebih-lebih lagi English Premier League (EPL) .

Ketiga : Kesihatan adalah segala-galanya bagi anda!

Health apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

BodyBuilding.com
Sudah terang dan nyata, aplikasi android ini untuk mereka yang ingin dapatkan badan tegap dan berotot, seumpama ahli bina badan.
Ini sudah pasti aplikasi yang tidak boleh dilepaskan oleh anda. Apa yang anda perlu buat cuma daftar akaun anda, dan anda akan dapat akses kepada banyak teknik bina badan, malah dapat berinteraksi dengan pakar bina badan lain secara dalam talian!

Daily Ab Workout FREE
Ingin mantapkan bahagian abdomen anda?
Ini aplikasi yang anda mesti cuba! Cuma dengan 5 minit sehari menggunakan aplikasi ini, ianya akan membantu anda dalam memaksimakan 5 minit tersebut dengan pelbagai teknik untuk memberikan anda penampilan abdomen yang paling menarik!

RunKeeper Pro
Aplikasi canggih ini mampu mengesan dan merekod segala aktivit jogging atau larian anda.
Ianya menggunakan teknologi GPS pada Nexus S anda untuk mengesan aktiviti senaman anda seperti masa, jarak dan kepantasan larian anda.
Sangat berguna untuk mereka yang giat membuat senaman larian dan ingin merekod aktiviti senaman anda.

Keempat : Untuk mereka yang gilakan gambar dan kamera!

camera and image apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Flickr
Sama fungsi seperti laman foto Flickr, aplikasi ini akan membolehkan anda mengakses album Flickr anda, muat naik gambar ke akaun Flickr anda, dan juga paparkan album gambar Flickr milik pengguna lain.

Camera360 Free
Hasilkan pelbagai gambar dengan efek menarik menggunakan aplikasi ini. Gambar 5 Megapixel dari kamera Nexus S, ditambah dengan efek khas dari aplikasi hebat ini, anda sudah pasti akan mendapat hasil gambar yang amat mengagumkan!

FxCamera
Lebih kurang juga seperti Camera360, namun aplikasi ini lebih ringan untuk berfungsi, cuma dengan efek yang dikurangkan. Efek khas menarik yang dibekalkan ialah ToyCam, Polandroid, Fisheye, SymmetriCam, Warhol, Normal. Sangat menarik untuk dicuba!

Adobe Photoshop Express
Aplikasi lengkap dengan segala-galanya untuk ada olah gambar menggunakan telefon bimbit anda. Dengan Nexus S yang mempunyai processor dan ram yang laju, pengolahan gambar anda begitu pantas dan mudah! Yang menarik, segalanya dengan sentuhan jari!.

BONUS! Aplikasi mesti dapatkan dari Android Market!

best bonus apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Untuk maklumat lanjut untuk aplikasi berikut, sila klik pada nama aplikasi tersebut dibawah :

Cukup puas hati tak dengan senarai aplikasi yang NK berikan ini? Apa-apa pun, ini cuma sekadar sebagai aplikasi permulaan untuk anda dapatkan dari Android Market, terdapat lebih 250,000 aplikasi untuk anda terokai!

Nantikan entri seterusnya mengenai permainan atau Games menarik untuk anda cuba dari Android Market!

 Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

 

Posted in Maxis10, TechnologyComments (4)

Maxis10 : Video review Nexus S Portable WiFi Hotspot


Kalau sebelum ini NK tampilkan video unboxing untuk Google Nexus S, entri kali ini NK akan paparkan Video review mengenai penggunaan Nexus S Portable WiFi Hotspot.

Untuk review ini, NK telah menjemput beberapa blogger dan twitterian yang NK kenal untuk bersama-sama membantu dalam video ini.

Apa mereka perlu buat cuma, bawa gajet mereka yang mempunyai teknologi WiFi, dan mereka akan cuba untuk dapatkan talian internet dengan menggunakan akses WiFi yang akan dibekalkan melalui Google Nexus S. Yang pasti, talian telefon yang digunakan ialah talian Mobile Internet dari Maxis Hotlink.

NK juga sempat sertakan cara-cara dan teknik mudah untuk mengaktifkan portable WiFi Hotspot menggunakan Google Nexus S ini.

Kemudian, kesemua reviewer jemputan ini akan bersama-sama menggunakan akses internet tersebut, login ke Twitter, dan hantar tweet kepada @whykimi dengan hashtag #maxis10.

Jom tengok tweet mereka,

@mynameisshafiq
Nexus S @whykimi @notakosong rocks! #maxis10

@mnasihs
Nexus s @whykimi rocks #maxis10

@awgnasuha
Kimi hensem @whykimi #maxis10

@MahsyarSaid
Wohoooo @whykimi #maxis10

@syamilshahimi
Nexus S @whykimi rawkz!! #Maxis10

nexus s wifi hotspot whykimi Maxis10 : Video review Nexus S Portable WiFi Hotspot

Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada @mynameisshafiq@MahsyarSaid @mnasihs @syamilshahimi @awgnasuha dan mereka-mereka yang turut terlibat seperti @artdeep dan @pisyek.

Tidak lupa juga kepada krew-krew Theseplay yang banyak membantu rakaman dan pengolahan video!

Jom saksikan Video review Nexus S Portable WiFi Hotspot.

Jangan lupa tinggalkan komen anda dan dapatkan makluman terkini dari Facebook Notakosong dan Twitter Notakosong!

Posted in Maxis10, News, TechnologyComments (8)







Partly powered by CleverPlugins.com