Wow, setelah beberapa hari bersama dengan Nexus S, baru kali ini sahaja NK sempat untuk paparkan video unboxing Google Nexus S, jom lihat video dan spesifikasi Nexus S.
Sebelum tu, kalau ada yang masih belum kenal apa tu Google Nexus S, boleh lihat gambar yang ada pada entri sebelum ini, Notakosong.com dan Maxis10.
Google Nexus S yang dibawa khas ini mempunyai spesifikasi yang canggih berbanding kebanyakan telefon bimbit lain, yang pasti, Google semestinya mahukan yang terbaik untuk gajet yang menggunakan Operating System (OS) ciptaannya, Android.
Hmm, nampaknya agak berlainan sedikit berbanding spesifikasi Nexus S untuk pasaran antarabangsa, Nexus S dari Maxis menggunakan skrin jenis Super-LCD berbanding Super-AMOLED.
Video unboxing? Saksikan video unboxing dibawah ini, semoga terhibur! Kredit kepada krew Theseplay untuk video yang gempak!
Ingat lagi kiriman sebelum ini mengenai kejutan dari Notakosong? Kejutan yang diperkatakan adalah berkenaan dengan program review gajet Maxis10, untuk Google Nexus S.
Sukacita dimaklumkan bahawa NK juga dipilih sebagai salah seorang yang bertuah untuk buat review Google Nexus S dari Maxis.
10 orang yang dipilih oleh Maxis akan berpeluang sebagai antara orang yang pertama mencuba gajet tersebut dan memberikan pandangan tersendiri terhadap telefon bimbit canggih tersebut.
Belum kenal dengan rupa Google Nexus S? Jom lihat pada gambar-gambar Google Nexus S dibawah,
Menarik bukan? Tak sabar-sabar rasanya NK nak cuba sepenuhnya gajet ni dan review sebaik mungkin.
Nantikan entri akan datang dari NK untuk ketahui lebih lanjut apa yang Google Nexus S dari Maxis ini mampu lakukan. Nantikan juga pandangan apa yang baik dan kurang baik mengenai telefon bimbit ini.
Sementara itu, dipersilakan untuk tinggalkan komen di bawah atau terus ke Twitter Notakosong, mengenai apa yang anda inginkan dalam review akan datang.
Maxis sebentar tadi baru sahaja melancarkan Google Phone pertama dari Maxis, Nexus S. Turut diumumkan adalah harga dan plan untuk Nexus S.
Pelancaran dihadiri ramai pihak media termasuk rakan-rakan blogger lain. Turut menyertai pelancaran tersebut sudah pasti penerima program #Maxis10 untuk review Nexus S.
Maxis Google Nexus S dilancarkan oleh COO Maxis, Jean Pascal, dan MD Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Yu Jai Sul. Video pelancaran akan dimuat naik kemudian, nantikan ruangan ini.
Bertambah lagi keluarga telefon bimbit Android dari Maxis! Ehem, bila nak bawa masuk Samsung Galaxy S 2 (II)?
Bagi yang tertanya-tanya berapa harga Nexus S dari Maxis, boleh dapatkan maklumat di laman web maxis, atau perhatikan pada keratan flyers dari Maxis ketika pelancaran tersebut. (Ekslusif di Notakosong.com)
Hebat, apa-apapun tahniah kepada Maxis kerana berjaya untuk membawa gajet canggih ini ke Malaysia, dan merupakan pengedar Google Nexus Phone rasmi pertama di Malaysia!
P/s : Nantikan kejutan berkaitan dari Notakosong.com~
Stephen Elop, CEO kepada Nokia baru sahaja mengumumkan kerjasama Nokia dan Microsoft di Nokia marathon Capital Market Day.
Steve Ballmer, CEO kepada Microsoft turut membuat penampilan mengejut ketika persidangan tersebut, sejurus kemudian turut mengumumkan beberapa kerjasam teknologi antara Microsoft dan Nokia.
Nokia mengumumkan bahawa mereka dalam proses untuk menghasilkan telefon bimbit Nokia yang menggunakan Operating System (OS) dari Microsoft, Windows Phone.
Turut diumumkan adalah Nokia akan menghentikan penggunaan Symbian OS secara berperingkat bagi kesemua telefon bimbitnya. Dan penggunaan Symbian akan dihentikan sepenuhnya menjelang 2012.
Perkara lain yang telah dipersetujui ialah, penggunaan ‘search engine’ Microsoft Bing pada semua telefon bimbit Nokia, Nokia Maps sebagai teknologi peta rasmi untuk Microsoft, Nokia sebagai pembekal Hardware dan Microsoft sebagai pembekal Software.
Wow, sekali imbas, nampaknya gabungan Nokia dan Microsoft bersungguh-sungguh untuk masuk ke pasaran yang kini didominasi Apple iPhone (iOS) dan telefon bimbit Google Android OS.
Hmm…. berminat dengan telefon pintar Nokia N8 dengan Windows Phone 7?
Masyarakat dunia terus menyokong Protes rejim Mubarak di Mesir, terbaru Google lancarkan Speak to Tweet sebagai saluran media untuk mereka di Mesir.
Servis Speak to Tweet oleh Google ini adalah hasil kerjasama teknologi antara beberapa jurutera komputer di Twitter, Google dan SayNow (Syarikat yang baru dibeli oleh Google).
Tujuan Speak to Tweet adalah untuk membantu mereka di Mesir yang mempunyai kesukaran mengakses internet untuk membantu mereka menyebarkan apa yang berlaku di sana menggunakan Twitter, dengan hanya menggunakan khidmat suara.
Servis Speak to Tweet ini telah boleh digunakan sekarang dan turut boleh digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia dengan hanya pesanan suara (voicemail) kepada nombor-nombor antarabangsa iaitu +16504194196, +390662207294, +97316199855.
Dari Google Blog,
We worked with a small team of engineers from Twitter, Google and SayNow, a company we acquired last week, to make this idea a reality. It’s already live and anyone can tweet by simply leaving a voicemail on one of these international phone numbers (+16504194196 or +390662207294 or +97316199855) and the service will instantly tweet the message using the hashtag #egypt. No Internet connection is required. People can listen to the messages by dialing the same phone numbers or going to twitter.com/speak2tweet.
Beberapa maklumat tambahan dari sahabat di Mesir, untuk melepasi sekatan internet oleh kerajaan Rejim Mubarak, sila gunakan IP address untuk Bypass internet disana.
Contoh beberapa IP Address yang penting untuk anda di Mesir gunakan dan sebarkan berita terkini di sana,
Twitter – “128.242.240.52″
Facebook – “69.63.189.34″
Google – “172.14.204.99″
Terdapat juga maklumat dimana sebuah Internet Service Provider (ISP) dari France bersedia membekalkan talian internet secara percuma kepada mereka di Mesir menggunakan hubungan Dial Up, nombor +33 1 72 89 01 50, password : toto
Amat berharap agar maklumat ini dapat membantu mereka di Mesir, berita terbaru memaklumkan bahawa ISP terakhir di Mesir yang berfungsi, Noor Group telahpun diberhentikan perkhidmatannya dan kini Mesir berada dalam situasi terputus terus dengan hubungan dunia luar. Sebelum ini beberapa ISP lain di Mesir (Link Egypt, Vodafone/Raya, Telecom Egypt dan Etisalat Misr) telahpun menghentikan servis sejak hari khamis yang lalu.
Sementara itu, teruskan sokongan anda di Twitter dengan tambahkan hashtag #Egypt bagi semua tweet anda menyuarakan kata semangat kepada mereka di Mesir.
Sebarkan maklumat ini kepada semua sahabat atau saudara mara anda agar ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka di Mesir.
Seorang blogger, bernama Poh Huai Bin, pemilik kepada sixthseal.com sedang disaman oleh pemilik Jothy’s Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant.
Turut dikemukakan saman adalah search engine nombor 1 dunia, Google.
Direktor kepada Jothys Sdn Bhd, Tharumaraj Sivaperumal, mengemukakan saman sebanyak RM6juta ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap defendan pertama, blogger tersebut dan defendan kedua, Google.
Beliau mendakwa Blogger tersebut telah memburukkan imej restoran beliau dan perniagaan beliau merosot dan merundum diatas sebab komen yang ditulis di blog blogger tersebut.
Saman tersebut dikemukakan atas sebab memalukan perniagaan beliau dan menghancurkan perniagaan beliau.
Pemilik restoran tersebut turut menyatakan bahawa Restoran beliau belum pernah terima kritikan buruk, malah pernah disyorkan oleh majalah panduan pelancong antarabangsa, Lonely Planet sebagai salah satu tempat perlu dilawat di Kota Kinabalu, Sabah.
Komen beliau terhadap kenapa Google turut disaman, menurut beliau, search engine lain tidak memaparkan blog sixthseal.com apabila digunakan, namun apabila menggunakan Google, blog tersebut dipaparkan sebagai salah satu komen terhadap Restoran beliau.
Antara kenyataan dan komen dalam blog sixthseal.com tersebut :
“The Worst Fish Head Curry and Banana Leaf Restaurant in the Known Universe”
“our fish roe had the same taste and texture of cardboard”
“It’s a tourist trap. Avoid it like a bad case of herpes”
Perlu ke sampai blogger tersebut disaman? Malah jikalau apa yang ditulis adalah benar, mengapa tidak restoran tersebut menerimanya dengan terbuka, dan cuba tingkatkan mutu hidangan mereka? Dan kalau benar ianya sudah ditingkatkan kualiti, panggil semula blogger tersebut, dan buktikan ianya memang berkualiti.
Opss, jangan lebih-lebih, nanti notakosong.com pula kena saman, susah nanti.
Mungkin pernah dengar, mungkin tidak, pernah dengar lagu Lonely Island – I just had Sex (feat. Akon) ? Lagu ni sekarang sedang hangat di luar negara.
Tapi masalah dengan lagu ni, dah kehabisan idea ke untuk buat lagu?
Kenapa la lagu pasal persetubuhan juga yang nak dibuat, haha.
Mungkin lagu ni bunyi sedap dalam bahasa Inggeris, tapi cuba anda melayukan semua liriknya, tengok jadi apa.
Aku Baru Bersetubuh
Kadang-kadang
Sesuatu yang indah terjadi
di dunia ini
Oh
Akon
Dan Lonely Island
Anda tidak tahu bagaimana mengekspresikan diri anda sehingga
Anda hanya perlu menyanyi
Aku baru bersetubuh
Dan rasanya begitu baik (merasa begitu baik)
Seorang wanita biarkan aku menaruh zakar saya di dalam dirinya (dia)
Aku hanya melakukan hubungan seks (Hei!)
Dan aku tidak akan pernah kembali (tidak pernah kembali)
Untuk jenis-tidak-mempunyai
Cara masa lalu
Adakah anda pernah berhubungan seks?
Aku punya, rasanya luar biasa
Rasanya sangat baik ketika saya melakukannya dengan zakar saya
Seorang gadis biarkan aku melakukannya
Secara harfiah saja terjadi
Berhubungan seks bisa membuat orang baik keluar ‘paling kejam
Anda tidak akan pernah tahu di mana aku baru saja datang dari
Aku baru bersetubuh
Jika saya harus menggambarkan perasaan itu adalah yang terbaik
Ketika saya telah seks
‘Yang dimaksudkan zakar saya merasa besar
Dan aku menelefon orang tua saya tepat setelah aku selesai
Oh hei, tidak melihat anda ada
Tebak apa yang saya baru saja melakukannya
Berhubungan seks, telanjang, melihat boobies dan selebihnya
Yah yakin
Nice dia membiarkan anda melakukan hal itu
Nice dari setiap gadis yang pernah
Sekarang bernyanyi
Aku baru bersetubuh
Dan rasanya begitu baik (merasa begitu baik)
Seorang wanita biarkan aku menaruh zakar saya di dalam dirinya (dia)
Aku Ingin memberitahu dunia
Harus jujur
Aku hairan ia bahkan ingin aku melakukannya
Tidak benar-benar masuk akal
Tetapi manusia, skru itu
Aku tidak satu untuk berdebat dengan hal yang baik
Dia boleh menjadi isteriku
Itu bagus?
30 terbaik saat dalam hidupku
Aku sangat rendah hati kerana kemampuan wanita untuk membiarkan saya melakukan dia
Cuz jujur aku berhubungan seks dengan tumpukan pupuk kandang
Dengan pemikiran gadis itu, lembut bagus-smellin ‘lebih baik
Dia membiarkan saya memakai rantai saya dan sweater leher kura-kura saya
Jadi yang ini didedikasikan kepada mereka gadis-gadis
Yang membolehkan kita flop sekitar di atas mereka
Jika anda dekat atau jauh, baik jangka pendek atau tinggi
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk lettin ‘kita f*** anda
Dia terus melihat arlojinya
Tidak masalah, saya berhubungan seks
Tapi aku menangis sepanjang masa
Tidak masalah, saya berhubungan seks
Saya fikir dia mungkin telah menjadi rasis
Tidak masalah, saya berhubungan seks
Dia menaruh tas di kepalaku
Masih menghitung
Aku baru bersetubuh
Dan mimpi saya menjadi kenyataan (mimpi menjadi kenyataan)
Jadi, jika anda pernah berhubungan seks dalam 30 minit terakhir maka anda memenuhi syarat untuk menyanyi dengan saya
Aku hanya melakukan hubungan seks (semua orang bernyanyi!)
Dan rasanya begitu bagus (kita semua bersetubuh!)
Seorang wanita biarkan aku menaruh zakar saya di dalam dirinya (saya ingin memberitahu seluruh dunia!)
Aku baru bersetubuh (Aku baru bersetubuh!)
Dan aku tidak akan pernah kembali (tidak, tidak, tidak!)
Untuk jenis-tidak-mempunyai
Cara masa lalu
Sedang bercadang-cadang untuk beli ‘Portable Music Player’ (PMP) baru? Teringin dengan Apple iPod Touch? Apa kata anda lihat dahulu Samsung Galaxy Player ni.
Kalau abang kepada Samsung Galaxy Player ni, Samsung Galaxy S digelar sebagai ‘iPhone Killer’, maka Samsung Galaxy Player ini boleh dipanggil sebagai ‘iPod Touch Killer’!
Dimodelkan amat serupa dengan telefon bimbit Galaxy S, pemain muzik mudah alih ini juga menggunapakai Operating System (OS) dari google, Android.
Dan ketika ianya dipamerkan di International Consumer Electronics Show (CES) baru-baru ini, ia dilengkapi dengan Android 2.2 (Froyo).
Spesifikasi Samsung Galaxy Player :
Cip 1 GHz Hummingbird processor
Skrin LCD 4-inci dengan resolusi WVGA(800 x 400)
Teknologi audio SoundAlive
Dilengkapi Wifi, GPS, dan Bluetooth 3.0
Kamera 3.2 MP
Ruang memori tambahan microSD
Android Market dan Samsung Apps
Bateri 1200 mAh
Flash 10.1
1 GHz! Sememangnya pemain muzik yang paling pantas berada di pasaran. Namun mungkin agak mengecewakan sedikit ialah ianya cuma menggunakan skrin LCD, manakala Samsung Galaxy S menggunakan skrin Super-AMOLED.
Yang menarik, walaupun ianya mempunyai spesifikasi yang jauh lebih tinggi berbanding Apple iPod Touch, ianya dikatakan akan diletakkan harga jauh lebih murah!.
Dijangka 200$ USD untuk model 8GB dan 250$ USD untuk 16GB, kalau ditukar kepada wang Malaysia, ianya cuma lebih kurang RM600+ dan RM750+ tidak termasuk kos cukai dan penghantaran.
Siapa yang tak kenal dengan Khairy Jamaluddin, menantu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, yang giat dalam politik.
Nampaknya ada lagi perkara yang google terlepas pandang nampaknya, kali ni giliran Khairy Jamaluddin pula yang kena.
Mungkin bukan tanpa niat mengutuk, namun apa kan daya sampaikan Google pun boleh hina Khairy Jamaluddin, Google nampaknya telah samakan Khairy Jamaluddin dengan Beruk.
Cuba anda gunakan Search Engine di Google, taip ‘beruk’ cuba tengok apa yang keluar sebagai keputusan yang paling atas?
Beruk = Khairy Jamaluddin??
Malah, entri wikipedia mengenai Beruk sendiri pun tewas pada entri Khairy Jamaluddin, entri Khairy Jamaluddin pada kedudukan pertama, manakala entri Beruk pada kedudukan kedua!
Itu belum lihat pada Google Image lagi, lagi bermacam-macam gambar yang ada.
Mungkin ini perkara yang sudah lama diperkatakan, namun, rasanya masih ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini.
Lawak betul la Google ni, macam-macam.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas, ataupun anda boleh cuba sendiri di Google.
Recent Comments