Tag Archive | "Hack"

Ibu mohon Facebook Nur Farrahin di hack dan delete


Seorang ibu sibuk menyebarkan maklumat untuk mohon bantuan orang ramai untuk menggodam laman Facebook anaknya, Nur Farrahin yang sudah meninggal dunia. Kenapa?

Cuba baca pada maklumat yang disebarkan di bawah ini :

ibu rayu hack facebook Nur Farrahin Ibu mohon Facebook Nur Farrahin di hack dan delete

Allahyarham baru meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.Tak Lama kemudian ibunya bermimpi yang beliau merayu-rayu agar tutup acc facebook kerana auratnya terdedah di pandangan umum & rohnya tidak tenteram kerana banyak sangat gambar yang terdedah dan tidak tutup aurat ..
Kepada sesiapa sesiapa yang baca entry sila ke facebook dia dan report untuk delete.Pada Hacker Bijak pandai..sila hack.. (kalau pandai la..sbb hacker skang ni pandai mulut jer)
AL-Fatihah..

Facebook Arwah

Sumber : xlupa.com

Apa pendapat anda? Adakah perkara sebegini benar berlaku?

Apa-apapun, semoga perkara ni dijadikan teladan. Takziah pada keluarga mangsa.

Posted in RandomComments (4)

Laman web FAM kena hack, lagi


Aduhai tak sudah-sudah laman web FAM ni kena hack. Dah jadi macam tiap-tiap bulan kena hack. Apa ke tak buat kerja ke webmaster laman web FAM ni?

fam kena hack lagi Laman web FAM kena hack, lagi

Klik untuk paparan besar

Penuh laman web tu ditulis dengan pelbagai maki dan marah memaksa ahli jawatan tertinggi FAM (Football Association of Malaysia) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia, untuk meletakkan jawatan.

Ini semua adalah akibat berlakunya pelbagai kes melibatkan sukan bolasepak tanah air, dan juga prestasi pasukan bolasepak Malaysia di pentas antarabangsa yang semakin merundum, sehinggakan baru-baru ini kedudukan Malaysia semakin jatuh menjunam.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, sila lah ke http://www.fam.org.my/ untuk lihat apa yang berlaku.

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Marah dengan harga tiket, Laman FAM kena hack!


Sebagai tanda protes dengan kenaikan harga tiket Pusingan Akhir Piala Malaysia bernilai RM50, kali ini Laman web FAM pula kena Hack! Cepat tengok,

Pusingan Akhir Piala Malaysia pasukan negeri Terengganu menentang pasukan Negeri Sembilan pada 29 Oktober esok, di cemari dengan pelbagai insiden lain dimana peminat bola sepak negara begitu marah dengan tindakan FAM yang mengenakan harga tinggi untuk tiket masuk stadium.

Selain dari limpahan cat merah di ibu pejabat FAM kelmarin, pelbagai bantahan secara aman turut dibuat oleh pengikut Kelab Penyokong Bola Sepak negeri masing-masing.

Jom tengok laman web FAM yang kena hack dengan penghinaan melampau ini, http://www.fam.org.my/

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Fam kena Hack harga tiket Marah dengan harga tiket, Laman FAM kena hack!

Alamak!, kena ‘deface’ sampai gambar babi pun dipampangkan di muka depan!

Maaf la FAM, sebagai peminat bola sepak negara, tak kisah la kalau nak terlebih jual jumlah tiket pun, tapi janganlah sampai naikkan harga tiket!

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Serangan kedua #OpMalaysia oleh Anonymous


16 Jun yang lalu menyaksikan lebih 100 laman web Malaysia telah digodam. Kali ini, Anonymous merancang serangan kedua Operation Malaysia pula.

Operation Malaysia atau #OpMalaysia yang dirancang oleh Anonymous telah dilancarkan pada pagi dan sepanjang hari pada 16 Jun yang lalu. Rujuk pada entri sebelum ini.

#OpMalaysia kali kedua ini akan dijalankan pula pada 4 Julai 2011 pada 13:37 GMT atau pukul 9:37 malam pada 4 Julai 2011.

anonymous operation malaysia 2 Serangan kedua #OpMalaysia oleh Anonymous

Berikut merupakan kenyataan yang disampaikan melalui video yang disampaikan di YouTube :

Good evening, Malaysia.

Allow me first to apologize for this interruption. I do, like many of you, appreciate the comforts of every day routine the security of the familiar, the tranquility of repetition. I enjoy them as much as any bloke. But in the spirit of commemoration, whereby those important events of the past usually associated with someone’s death or the end of some awful bloody struggle are celebrated with a nice holiday. I thought we could mark this day sixteenth of june, a day that is sadly no longer remembered, by taking some time out of our daily lives to sit down and have a little chat. There are of course those who do not want us to speak. I suspect even now, orders are being shouted into telephones, and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Words offer the means to meaning, and for those who will listen, the enunciation of truth. And the truth is, there is something terribly wrong with this country, isn’t there? Cruelty and injustice, intolerance and oppression. And where once you had the freedom to object, think, and speak as you saw fit, you now have censors and systems of surveillance coercing your conformity and soliciting your submission. How did this happen? Who’s to blame? Well, certainly there are those more responsible than others, and they will be held accountable, but again truth be told, if you’re looking for the guilty, you need only look into a mirror. I know why you did it. I know you were afraid. Who wouldn’t be? War, terror, disease. There were a myriad of problems which conspired to corrupt your reason and rob you of your common sense. Fear got the best of you, and in your panic you turned to the now Prime Minister. He promised you order, he promised you peace, and all he demanded in return was your silent, obedient consent.

We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We shall bring down the entire countries national infrastructure. We shall make this a day to be remembered.

This is your second warning.

We are Anonymous.

We are Legion.

We do not forgive.

We do not forget.

Expect Us.

Nampaknya menurut kenyataan diatas, serangan kali kedua ini adalah lebih ekstrem dan mampu memudaratkan seluruh infrastruktur (internet) negara.

Sebelum itu, SKMM pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa serangan awal Anonymous itu tidak memberi kesan besar pada laman-laman yang berjaya digodam itu.

Apakah yang akan berlaku pada 4 Julai nanti? Apa yang mampu kita buat untuk bersedia? Sama-sama kita saksikan.

Posted in Internet, News, WorldComments (0)

Kumpulan Hacker Anonymous dan Operation Malaysia


Kumpulan Hacker yang menggelarkan diri sebagai Anonymous akan bertindak lagi, dan yang mengejutkan, mengugut dengan merancang ‘Operation Malaysia’.

Operation Malaysia adalah bertujuan  untuk menggodam laman rasmi kerajaan Malaysia iaitu http://www.malaysia.gov.my/ pada tarikh yang telah ditentukan oleh kumpulan tersebut.

Jikalau anda tidak mengenali siapa itu kumpulan penggodam ‘Hackers Anonymous’, sila rujuk kiriman berkaitan sebelum ini yang turut ada rujukan kepada kumpulan penggodam tersebut. Rujukan.

Berikut merupakan kenyataan mengenai serangan tersebut yang dikeluarkan oleh kumpulan penggodam tersebut.

Greetings, Malaysia,

We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We are Anonymous.
We are Legion.
We do not forgive.
We do not forget.
Expect Us.

Sumber : http://pastebin.com/TLcAgHAe

anonymous hacker Operation Malaysia Kumpulan Hacker Anonymous dan Operation Malaysia

Pencerobohan tersebut akan dijalankan pada ‘Rabu 7.30pm GMT’ atau bersamaan Khamis 3.30 Pagi waktu Malaysia. Dan matlamat adalah, menceroboh http://www.malaysia.gov.my/.

Berdasarkan kenyataan diatas, tindakan ini adalah kerana usul yang dibangkitkan mengenai tindakan menghalang laman web seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malah laman web menyimpan data secara atas talian lain seperti MegaUpload, Hotfile, dan juga Rapidshare juga akan akan turut dihalang oleh kerajaan Malaysia.

Lebih menakutkan adalah, berkemungkinan besar matlamat dan sasaran seterusnya adalah laman web kerajaan yang menglibatkan data-data sulit dan juga sistem pembayaran atas talian, contohnya seperti MyEG dan lain-lain.

Apa pendapat anda terhadap isu ini? Sampaikan di Facebook Notakosong atau di Twitter Notakosong.

Posted in Malaysia, News, Technology, WorldComments (2)

Laman web Tentera Udara Malaysia kena hack?


Betul ke ni? Laman web Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) telah kena Hack? Macam mana la laman web rasmi tentera Malaysia boleh kena Hack ni ya? Jom Tengok.

laman web tentera udara rmaf hack Laman web Tentera Udara Malaysia kena hack?

Berdasarkan apa yang ditulis, laman web TUDM ini telah di-hack oleh Hacker-Newbie.

Bagi yang ingin cuba lihat sendiri, mungkin laman web yang telah kena deface ini masih wujud, boleh cuba lihat di http://www.airforce.gov.my/

Pelik, macam mana la laman web ketenteraan boleh kena hack, mana la tahu ada maklumat penting atau sulit ke, bahaya tu kalau terdedah pada umum.

Apa-apa pun, harap-harap webmaster laman web tersebut lebih berjaga-jaga. Takut juga kalau Notakosong.com pun kena Hack!,

Posted in Internet, RandomComments (2)

1Malaysia.com kembali beroperasi selepas kena hack


Hampir seminggu yang lalu, laman web jaringan sosial ciptaan rakyat malaysia, 1malaysia.com telah di-hack dan ditutup buat seketika.

Laman web yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ingin menggantikan Facebook sebagai pilihan utama rakyat Malaysia itu tidak dapat diakses selepas sebelum ini di-hack.

Namun demikian, pada ketika ini, nampaknya laman tersebut sudah kembali beroperasi semula cuma beberapa paparan pada halaman utama tersebut kelihatan masih ‘buggy’.

Apa-apa pun, tahniah kepada webmaster laman web tersebut kerana dapat menggembalikan semula laman web tersebut.

Cubaan yang menarik dari usaha anak tempatan!

Beberapa paparan gambar ketika sebelum ini laman tersebut digodam oleh hacker.

1malaysia kena hack 2 1Malaysia.com kembali beroperasi selepas kena hack1malaysia kena hack 1Malaysia.com kembali beroperasi selepas kena hack

Posted in Internet, RandomComments (2)

4Chan.org kena serangan DDOS? Server Down?


ImageBoard terkenal dan paling ramai dilawati, 4Chan.org nampaknya diserang serangan DDOS dan sehingga kini 2AM (29Dis) ianya masih belum dapat diakses.

Ini adalah berdasarkan kenyataan yang diberi oleh pemilik laman tersebut, Christopher “moot” Poole melalui twitter beliau.

Malah, melalui semakan http://www.downforeveryoneorjustme.com/4chan.org juga mendapati sememangnya 4Chan.org sah mempunyai masalah dengan server.

4chan down 4Chan.org kena serangan DDOS? Server Down?

Hmm, mungkinkah ini ada kena-mengena dengan aktiviti hacker Anonymous?

Tapi bukannya 4Chan.org ada kena mengena dengan kegiatan menghalang dana ke wikileaks pun.

Atau peperangan antara laman Tumblr dan 4Chan masih lagi hangat, dan Operation Overlord masih lagi berlangsung?

Kenyataan di blog rasmi 4Chan, status.4chan.org,

Site is down due to DDoS. We now join the ranks of MasterCard, Visa, PayPal, et al.—an exclusive club!

Serius?

Macam-macam moot ni, apa-apa pun, berikut adalah screenshot status twitter 4Chan berkenaan perkara ini.

4chan ddos server down 4Chan.org kena serangan DDOS? Server Down?

Posted in Internet, RandomComments (1)

Laman Web FAM kena hack!


Hari ini, laman web Football Association Malaysia (FAM) telah dihack atau defacement, namun nampaknya segala defacement tersebut telah dibetulkan, berikut merupakan screenshot.

GOOD LUCK PASUKAN MALAYSIA!
GANYANG INDONESIA!

AhliSyurgaCrew Was Here
Credits : Siberjihad

Begitulah kenyataan yang ditulis pada defacement tersebut.

Mungkin ada antara anda yang sempat untuk menyaksikan defacement tersebut, namun bagi yang tidak sempat, dibawah adalah screenshot defacement tersebut.

Edit : Nampaknya defacement ni masih boleh dilihat di url ini http://www.fam.org.my/index.html , nampaknya webmaster laman web FAM dah betulkan redirection dari hacker ni.

website FAM kena hack Laman Web FAM kena hack!

Posted in Internet, WebsitesComments (18)

YTL Yes 4G dibenci pelanggan – Bukan 4G sebenar


Awal minggu lepas, rakyat Malaysia ditawarkan dengan pelancaran perkhidmatan baru internet mudah alih (Mobile Internet) dari syarikat terkemuka YTL Communications.

Perkhidmatan jalur lebar (Broadband) dari YTL Communications ini dikenali dengan nama ‘Yes 4G’.

Yang menjadi persoalan, baru sahaja tidak sampai sebulan dilancarkan, nampaknya perkhidmatan Yes 4G ini mendapat kritikan hebat dari umum.

Malah, ketika pelancaran Yes 4G, ramai yang mencuba menyatakan perasaan kecewa oleh kerana kelajuan internet yang diwar-warkan tidaklah sehebat mana seperti mana yang diiklankan.

Sehinggakan, laman web Yes 4G menampilkan ralat ‘error’ ketika pelanggan cuba mengakses ke laman tersebut.

Menurut khidmat pelanggan dari Yes 4G, terdapat serangan dari Hacker atau Penggodam ketika pelancaran tersebut, memburukkan lagi cubaan dari YTL untuk menawarkan perkhidmatan internet.

Mungkin benar, mungkin juga ini merupakan provokasi dari Syarikat Telekomunikasi lain yang tergugat dengan kehadiran Yes 4G?

Turut menjadi persoalan ialah, Yes 4G yang sudah dinyatakan oleh YTL menggunakan teknologi jalur lebar 4G, didakwa oleh beberapa pihak sebagai bukan teknologi 4G sebenar.

Menurut beberapa pihak, definisi teknologi 4G adalah jalur lebar kelajuan tinggi dengan kelajuan purata sebanyak 100Mbps untuk akses mudah alih dan kelajuan 1Gbps untuk kedudukan tetap tanpa bergerak.

Kenyataan ini nampaknya terus menjadi persoalan dengan kenyataan dari Pengarah Eksekutif YTL, Tan Sri Francis Yeoh, berkata, “Yes 4G bukanlah berkenaan dengan teknologi, namun ianya adalah berkenaan dengan memberikan khidmat internet mudah alih kepada pelanggan”.

Tambah kecewa nampaknya apabila sudah ada pelanggan yang meluahkan rasa kecewa pada Facebook dengan mewujudkan Fanpage “Say No!!! to YES 4G”.

Apa pendapat anda? Yes ke No?

yes 4g ytl corp YTL Yes 4G dibenci pelanggan   Bukan 4G sebenar

Posted in News, TechnologyComments (5)







Partly powered by CleverPlugins.com