Tag Archive | "Hack"

Website Metro Driving Academy kena hack


Macam-macam website kena hack sekarang ni, kali ni giliran website Sekolah Memandu Terkenal pula yang kena, Metro Driving Academy.

Hacker atau penggodam website tersebut turut meninggalkan trademark sendiri iaitu dengan menggunakan gelaran ‘Gerandong’?

Berdasarkan imej yang ditinggalkan, antara kata-kata yang diletakkan sebagai pesanan ialah,

No System Perfect

“Audit Security Website sebagai Warning bagi semua orang,
Web Admin maupun Pemilik Website serta semua pihak yang berkomitmen
agar lebih SADAR bahwa Security Website itu sangat penting…!!!”

GERANDONG 007

Macam-macam, apa agaknya tindakan Webmaster website tersebut nanti.

Apa-apa pun, mungkin Hacker tersebut berniat baik?

http://metrodriving.com.my/Home/tabid/110/Default.aspx

logo metro Website Metro Driving Academy kena hack

Posted in Random, WebsitesComments (1)

Laman Web Kelantan FA kena Hack lagi


Nampaknya Laman Web Kelantan FA, theredwarriors.com kena Hack lagi. Baru sahaja minggu lepas kena hack, nampaknya kena lagi pula minggu ni.

Lagi beberapa minit akan berlangsung final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Boleh pula kena hack masa macam ni.

Nampaknya kali ini giliran Hacker dari Indonesia pula yang menceroboh laman The Red Warriors (TRW) ini. Ini berdasarkan gambar laman wordpress yang disertakan pada muka depan yang telah dihack tersebut.

Adakah kelemahan sistem pertahanan Laman Web Kelantan FA ini melambangkan kelemahan pertahanan Kelantan FA di final nanti? mungkin tidak,

Apa-apa pun, Diharap Webmaster laman tersebut dapat pulihkan kembali laman web tersebut dengan segera.

Jadi, Hobin Jang Hobin ke Gomo klate Gomo malam ni?

The red warriors kelantan website kena hack Laman Web Kelantan FA kena Hack lagi

Posted in Random, WebsitesComments (3)

Penipuan Scam Maybank2u dan Cimb Click melalui email


Sebuah email ‘Scam’ yang melibatkan perbankan online di Malaysia nampaknya tersebar lagi. Kali ini melibatkan Maybank2u dan Cimb Click.

Email tipu yang bertujuan untuk ‘Phishing’ atau mencuri maklumat perbankan pelanggan Maybank dan Cimb itu menggunakan URL yang berbeza dengan URL sebenar Maybank2u dan Cimb Click.

Isi kandungan Email tersebut adalah kononnya ingin menyampaikan pesan kepada pelanggan bahawa akaun bank mereka akan ditutup jikalau pelanggan tidak memberi maklum balas kepada email tersebut.

Namun, apabila pelanggan mengisi borang yang terdapat ada URL dalam email tersebut, segala maklumat akaun bank pelanggan akan dicuri ‘Phisher’ tersebut.

Dan kemungkinan besar, segala isi bank, wang-wang dalam akaun anda akan lenyap dicuri.

Kandungan email tersebut.

Cimb Bank

ATTENTION: VALUED CIMB CUSTOMER,

We have upgraded our services for a better and secured banking experience. We have suspended access to your account pending your upgrade and registration. Please be informed that inactive accounts will be deactivated/suspended till further notice if not activated now. Sorry for the inconvenience caused.

Activate Now.
http://www.section-activeclicks.com/cimb-clicks.htm jangan klik!

Sincerely,

CIMB BANK GROUP

Maybank

ATTENTION: VALUED MAYBANK CUSTOMER,

We have upgraded our services for a better and secured banking experience. We have suspended access to your account pending your upgrade and registration. Please be informed that inactive accounts will be deactivated/suspended till further notice if not activated now. Sorry for the inconvenience caused.

Activate Now.
http://www.newactionm2unet.com/M2ULogin.htm jangan klik!

Sincerely,

MAYBANK GROUP

Sampaikan pesan ini kepada semua kenalan anda!

cimb bank phishing Penipuan Scam Maybank2u dan Cimb Click melalui emailmaybank scam phishing Penipuan Scam Maybank2u dan Cimb Click melalui email

Posted in Internet, RandomComments (5)

Eric Douglace vs Pembenci Justin Bieber dan 4Chan


Kenalkah anda dengan Eric Douglace? Tak perlu kenal, sebab budak 14 tahun ini baru sahaja jadi terkenal apabila beliau isytiharkan perang kepada pembenci Justin Bieber.

Video beliau yang bertajuk ‘Declaration Of War Against Justin Bieber Haters’ mendapat perhatian ramai di YouTube.

Ini kerana dalam video tersebut, beliau menyatakan perasaan benci dan marah beliau terhadap semua orang yang membenci idola beliau, iaitu Justin Bieber!

Yang menjadi perhatian ialah, beliau telah mengugut semua pembenci Justin Bieber dengan mengatakan, beliau akan ‘hack’ semua akaun mereka yang mengirim video membenci Justin Bieber.

Video beliau makin mendapat perhatian luas apabila golongan anonymous dari 4chan mula memperhatikan beliau. Eric Douglace mula menyatakan kebencian beliau kepada golongan anonymous di 4chan pula.

Eric Douglace menyatakan bahawa akan menggodam kesemua laman web mereka yang membenci Justin Bieber, dan kesemua ini akan dilakukan oleh beliau dan kumpulan beliau pada 22 Oktober 2010 nanti.

Beliau telah mendapat pelbagai perhatian dan maklum balas mengenai video beliau.

Apa-apa pun, #Kesian budak ni, apa la jadi agaknya ya, entah-entah akan berlaku macam kes Jessy Slaughter, mangsa Buli Internet

Eric Douglace Declaration Of War Against Justin Bieber Haters

Eric Douglace justin bieber haters Eric Douglace vs Pembenci Justin Bieber dan 4Chan

Posted in Internet, LOL, Random, YouTubeComments (3)

Amaran Malware palsu Google dan iklan Innity


Semua pemilik blog dan laman web pagi ini dikejutkan dengan kebanyakan dari blog atau laman web mereka telah diberi amaran dari Google menyatakan terdapatnya Malware atau Malicious Software pada laman tersebut, termasuk juga Notakosong.com.

Beberapa laman web lain yang amat terkenal seperti Harian Metro dan Chedet turut terkena tempias amaran Malware dari Google ini.

Berdasarkan apa yang difahamkan, sebenarnya kesemua laman web tersebut bukanlah telah di hack atau terkena serangan Malware dan Virus, namun ianya cuma datang dari skrip syarikat pengiklanan yang terdapat pada laman web tersebut.

Skrip pengiklanan dari Innity mungkin telah disalah anggap oleh google sebagai kod yang mempunyai Virus atau Malware, dimana sebenarnya tiada satu pun Virus atau Malware pada Skrip tersebut. Berikut adalah petikan kod dari Innity tersebut.

<script type=”text/javascript” src=”http://cdn.innity.com/network.js”>

NK telah pun mengirim satu email ringkas kepada Innity untuk menerima maklumat mengenai respon mereka terhadap amaran palsu dari Google ini.

Perlu diingatkan, amaran Malware tersebut bukan hanya keluar pada laman web yang mempunyai skrip kod iklan dari Innity, malah turut juga diletakkan pada laman web dan blog yang meletakkan URL link laman web dan blog yang mempunyai kod skrip Innity.

Apa-apa pun, pembaca tak perlu risau, tiada sebarang Malware atau Virus yang ada pada laman web blog ini, ini cuma sedikit kesilapan teknikal.

malware error notakosong Amaran Malware palsu Google dan iklan Innity

Posted in Internet, WebsitesComments (9)

Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!


Sedang seluruh Malaysia sibuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53, tidak semena-mena laman mini sebuah web portal berita, Utusan Malaysia Online, Xtive, telah di hack dan deface oleh Hacker yang dipercayai dari Negara Indonesia.

Seluruh laman dan laman mini yang berada di bawah subdomain Utusan Malaysia Online tesebut telah digodam dan digantikan dengan laman lain yang amat memalukan dan menghina Malaysia.

Antara kata-kata yang diletakkan di laman mini tersebut ialah,

SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,
PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,
TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.
SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.

Mungkin ini adalah reaksi marah segelintir rakyat Indonesia.

Namun demikian mungkin ini boleh diambil sebagai pengajaran bahawa Laman Web mini Utusan Malaysia Online perlu mempunyai lebih sistem keselamatan untuk mengelakkan dari perkara sama berulang lagi.

Agak sedih apabila sambutan Kemerdekaan tahun ini menjadi medan para Hacker yang berkemungkinan dari Indonesia ini untuk menguji kehebatan masing-masing.

Namun, harus diingati bahawa, menjadi pegangan seorang penggodam (Hacker) bahawa tidak meninggalkan jejak dalam setiap tingkah-laku, Mana tahu serangan ini datang dari dalam Malaysia sendiri?

Laman tersebut : http://xtive.utusan.com.my/

xtive utusan kena hack1 Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!

Click image to view larger

Posted in Internet, News, Picture, WebsitesComments (10)

International Hacking Competition (iHack) 2010


iHack Uitm International Hacking Competition (iHack) 2010

International Hacking Competition (iHack) kini tiba lagi setelah kali terakhir diadakan ialah 2 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2008.

Kali ni dibawakan khas oleh Fakulti komputer dan sains matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga Data Communication And Networking Society (NETS), pertandingan bagi tahun ini nampaknya menawarkan hadiah yang amat lumayan untuk para peserta!

Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah :

Kategori : Hacking and Defense

    • Tempat Pertama – RM6,000 X 1
    • Tempat Kedua     – RM5,000 X 1
    • Tempat Ketiga     – RM4,000 X 1

Kategori : Computer Forensic

    • Tempat Pertama – RM4,000 X 1
    • Tempat Kedua     – RM3,000 X 1
    • Tempat Ketiga     – RM2,000 X 1

Menarik kan hadiah! Ribu-ribu tu…

Pertandingan kali ini turut mendapat sokongan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Untuk Maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi iHack 2010 : http://fskm.uitm.edu.my/ihack2010/

Posted in Events, Internet, TechnologyComments (2)

Akaun Twitter CIMB Assists kena hack


Semalam 31 Julai 2010, Akaun Twitter milik CIMB Assists telah dihack. Dimana status akaun CIMB Assists tersebut mengeluarkan kenyataan lucah dan amat tidak senonoh untuk dibaca oleh semua followers yg lain.

Akaun @CIMB_Assists mengeluarkan tweet seperti pada gambar dibawah,

cimb kena hack Akaun Twitter CIMB Assists kena hack

Dahsyat kan? Lucah, tidak senonoh dan amat tidak sesuai dijadikan sebagai tweet yang disampaikan kepada ramai pengguna Twitter lain inginkan bantuan online dari pihak CIMB Bank.

Namun demikian, setelah mengenal pasti kejadian tersebut, selepas pada itu CIMB Assists telah mengeluarkan tweet baru yang menyatakan bahawa tweet sebelumnya bukan datang dari pihak CIMB Bank, tetapi dari Hijacker yang depat melepasi password Twitter CIMB Assists.

cimb confirm kena hack twitter Akaun Twitter CIMB Assists kena hack

Jadi peringatan kepada semua pengguna Twitter yang lain, sedangkan CIMB Bank yang sudah pasti mempunyai akaun dengan password yang unik dan sukar boleh dihijack, apatah lagi pengguna Twitter lain yang mungkin belum sedar bahaya Hijacker Twitter ini.

Apa-apa pun, jemput jadi follower Notakosong.com di http://twitter.com/notakosong ye~

Sumber : GreyReview

Posted in Internet, Malaysia, Technology, WebsitesComments (9)

Google pun layan FIFA World Cup 2010


Seperti biasa, Google senantiasa akan menyambut segala perayaan atau majlis yang berlaku di seluruh dunia. Ianya sudah jadi satu kewujudan signifikan dalam dunia Google.

Dan kali ni, dengan Demam Bola Sepak FIFA yang sedang berlangsung di seluruh dunia, satu Google Doodle Khas untuk FIFA World Cup 2010 juga telah diwujudkan.

Google World cup Google pun layan FIFA World Cup 2010

Bukan sahaja Google Doodle, yang lebih menarik, jika anda cuba cari atau search apa-apa maklumat mengenai World Cup menggunakan Google, anda akan dapat lihat sesuatu yang menarik pada page navigation di bawah sekali.

world cup google Google pun layan FIFA World Cup 2010

Perkataan yang biasanya tertulis Goooooooooooogle telah digantikan dengan perkataan Goooooooooooal!

Menarik kan? Sangat Kreatif idea yang dihasilkan oleh google!

Posted in LOL, TechnologyComments (0)

Respon dari TM mengenai HSBB UNIFI


tm unifi 300x174 Respon dari TM mengenai HSBB UNIFI

Sebelum ni NK pernah maklumkan mengenai kemungkinan pengguna TM HSBB UNIFI untuk digodam berkenaan dengan kesilapan teknikal yang terdapat pada modem router TM.

Berdasarkan kiriman sebelum ini, Khidmat Pelanggan TM telah memberikan maklum balas pada kiriman NK. Dan berikut merupakan kenyataan yang telah diberi, pada bahagian komen kiriman tersebut.

Kpd pengguna Unifi jgn risau. Setiap masalah pasti akan berlaku. Canggih mcm mana pun teknologi,tetap juga ada kelemahannya. Kalau tidak masa kan Pentagon pun banyak kali digodam. Yg penting tindakan pantas dan feedback dr pelanggan kpd TM. Unifi memang canggih dan tidak mustahil akan terdedah dengan penggodam2 yg cuba mengambil kesempatan untuk menggunakan khidmat unifi secara percuma. TM sentiasa berjaga2 dan bertindak pantas di atas kesulitan yang berlaku pada pelanggannya. TM peneraju High speed broadband – Merintis Kemungkinan

@HSBB TEAM – notakosong

Wah hebat, berdasarkan respon pantas yang NK dapat tersebut, nampaknya kumpulan TM betul-betul serius untuk menjaga segala perihal masalah yang dialami oleh pengguna TM.

Berdasarkan janji TM tersebut, NK pasti bahawa khidmat TM HSBB UNIFI akan lebih bermutu pada masa akan datang!

Posted in Malaysia, TechnologyComments (4)







Partly powered by CleverPlugins.com