Tag Archive | "Haiwan"

Denda RM100,000 dan penjara 6 bulan akibat dera haiwan


Akta baru berkenaan penjagaan haiwan akan menyaksikan denda sehingga RM100,000 dan penjara 6 bulan jika didapat terdapatnya penderaan terhadap haiwan.

Hukuman tersebut yang terletak dibawah Akta Kebajikan Haiwan (Animal Welfare Act) akan dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan. Akta tersebut akan meliputi kesemua haiwan, termasuk ikan dan serangga, sama ada menjadi belaan persendirian atau ternakan perniagaan.

Malah, jika haiwan yang dijaga tidak diberi makan sekalipun, ianya akan didakwa sebagai penderaan haiwan.

“Jika anjing anda tidak diberi makan, dikurung didalam sangkar dan ianya tidak mampu keluar mencari makan, itu adalah salah satu cubaan penyeksaan terhadap haiwan.”

Ketika ini, badan veterinar sedang dalam perundingan untuk menetapkan sebuah perangkaan untuk memberi definisi jelas kepada makna “penderaan/penyeksaan”.

Turut menjadi perhatian adalah kes penderaan haiwan yang baru saja berlaku berkenaan PETKNODE. Oleh kerana tiada undang-undang jelas berkenaan penderaan haiwan, tiada tindakan undang-undang boleh diambil keatas pemilik PETKNODE berkenaan penyeksaan kucing.

Tetapi pemilik PETKNODE tersebut akan didakwa pihak berkuasa atas sebab menipu dalam perniagaan, serta menjalankan perniagaan secara haram setelah lesen premis perniagaannya didapati telah tamat tempoh sejak tahun 2009 lagi.

Elok la ada akta undang-undang ni walaupun tragedi dah berlaku dan terlambat responnya. Harap-harap tak ada lagi kes penderaan haiwan seperti yang pernah berlaku sebelum-sebelum ni. Cuba lihat beberapa kes penderaan haiwan yang pernah dilaporkan disini :

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boarding


Tahukah anda? Sudah kecoh di segala laman sosial, berkenaan kes kejam dan penderaan kucing oleh PETKNODE, sebuah syarikat servis penjagaan haiwan yang sangat tidak bertanggungjawab!

Segalanya bermula apabila sukarelawan dari ‘Kucing Terbiar & Anjing Jalanan (KTAJ)’ mendapati terdapatnya kekejaman berlaku terhadap haiwan yang ditinggalkan di pusat penjagaan haiwan PETKNODE. Mesej tersebut kemudiannya disebarkan di laman Facebook mereka, dan turut mendapat kerjasama badan sukarelawan lain seperti myanimalcare.

Mesej terkini dari laman Facebook KTAJ,

Kepada semua owner kucing² yang boarding di Petknode, sila buat repot polis, tulis surat ke Jabatan Haiwan (DVS), SPCA dan tribunal pengguna kerana penipuan perniagaan oleh mereka.
Sila emelkan juga nama, ic number, no fon dan bilangan kucing yang korang boarding. KTAJ dengan kerjasama MDDB selangor akan cuba dapatkan keadilan undang² untuk kucing² kalian.

Sebarkan kepada rakan² yang sama² board kucing di Petknode.

- ktaj0311@gmail.com.

Sukarelawan dari KTAJ bertindak dengan segera untuk melaporkan situasi di tempat kejadian, iaitu di premis PETKNODE Pet Boarding yang terletak di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Kisah penuh menyayat hati dan sedih ini dikongsikan sepenuhnya oleh www.myanimalcare.org dan anda boleh semak pada URL sumber di akhir entri ini.

Sukarelawan KTAJ terpaksa memecah masuk kedalam premis yang didapati tiada penghuni itu untuk menyelamatkan kesemua kucing yang ditinggalkan tanpa pengawasan dan jagaan. Menurut maklumat, kira-kira 200 hingga 300 ekor kucing ditemui dalam premis tersebut.

dera kucing petknode 4 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boarding

Dan ratusan kucing dan anak kucing itu ditemui dalam keadaan yang amat menyedihkan dan memilukan hati. Ada yang terlalu kering sehingga tidak mampu berdiri, tidak mampu mengiau sekalipun. Malah, ada yang terpaksa tidur dalam limpahan najis sendiri.

dera kucing petknode 2 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boardingdera kucing petknode 1 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boarding

Jangan terkejut, kesemua kucing yang ditemui, sebenarnya mempunyai pemiliknya sendiri, dan mereka meninggalkan kucing mereka dibawah penjagaan PETKNODE buat sementara waktu sahaja dengan bayaran yang telah ditetapkan. Beberapa pemilik yang ditemui sukarelawan, mengatakan bahawa kucing mereka amat sihat semasa diserahkan kepada PETKNODE.

Berdasarkan maklumat yang dikirimkan, teramatlah sedih apabila sukarelawan turut menemui 16 ekor kucing yang telah tidak bernyawa, dan ada sepasang kucing ibu dan anak yang turut ditemui tidak bernyawa.

dera kucing petknode 5 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boardingdera kucing petknode 3 Kes kejam dan penderaan kucing PETKNODE Pet Boarding

Video sukarelawan menyelamatkan kucing di premis tak berperikemanusiaan PETKNODE ni,

Jangan lupa untuk ikuti perjalanan kisah sedih sukarelawan menyelamatkan mangsa penderaan haiwan PETKNODE Pet Boarding ini pada sumber-sumber di bawah ini. Kredit gambar kepada www.myanimalcare.org.

Tindakan penyelamat sukarelawan dan segala pihak yang terbabit amatlah dipuji. Semoga pesalahlaku akan dikenakan tindakan kejam undang-undang, meskipun sudah terang dan nyata, undang-undang berkenaan penyeksaan haiwan amatlah tidak diendahkan di Malaysia.

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada yang terlibat membantu, semoga suatu hari nanti ada terima balasan yang lebih besar!

Posted in Malaysia, NewsComments (13)

Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?


Biasa la kan China, macam-macam benda pelik di dunia, China mesti ada yang lebih pelik. Jom tengok pula hobi pelik pemilik haiwan disana, menghias anjing menyerupai haiwan lain.

anjing china harimau Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?

Jangan terkejut kalau anda terjumpa ‘Panda’ dan ‘Harimau’ yang menyalak di China, ini kerana ianya mungkin berkenaan fenomena kegilaan baru pemilik anjing di China. Mereka mewarnakan anjing-anjing mereka, dan menghiasnya sehingga menyerupai haiwan lain!

Contoh yang paling popular adalah, Panda dan Harimau!

anjing china panda Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?anjing china harimau 2 Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?Dahsyat kan? Kalau dulu kecoh dengan amalan memakan anjing di China, kini dengan kegilaan baru ni, agak-agak kumpulan aktivis hak asasi haiwan buat bising lagi tak? Mana la tahu nanti ini dikira sebagai menyiksa haiwan pula kan.

Yang pasti, kegilaan di China ini melampau-lampau sehingga ramai pemilik menghabiskan banyak wang untuk sertai pelbagai pertandingan berkenaan anjing yang diadakan!

anjing china panda 2 Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?

Posted in China, RandomComments (0)

Peminat Lady Gaga bunuh kucing untuk kostum


Seorang gadis, peminat tegar Lady Gaga, Angelina Barnes bertindak kejam dengan sanggup membunuh haiwan peliharaannya untuk berpakaian menyerupai artis itu.

Barnes, berumur 20 tahun dan berasal dari Oklahama, Amerika Syarikat, membunuh kucing beliau dengan melemaskannya dalam tub mandi, kemudiannya membelah perut haiwan tersebut untuk mengeluarkan isi badannya. Darah kucing disapukan pada muka dan bahagian badan. Manakala paru-paru kucing tersebut ditemui dalam sebuah bekas alat kosmetik beliau.

lady gaga darah blood Peminat Lady Gaga bunuh kucing untuk kostum

Lady Gaga, merupakan seorang artis yang amat gemar mengenakan pakaian yang mengejutkan orang ramai. Beliau sering menampilkan diri dalam kostum dan aksesori yang kadang-kadang menjengkelkan dan menakutkan.

Malangnya, ianya menjadi satu pengaruh buruk terhadap Barnes yang sanggup bertindak sekejam itu hanya untuk memiliki kostum menyerupai artis idola beliau itu.

Barnes kemudiannya dibawa ke hospital selepas ditahan oleh pihak polis. Dikatakan juga, Barnes cuba mengancam nyawa jururawat dengan bilahan kaca ketika berada di hospital tersebut.

Macam-macam…

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (3)

Defender Pereira, Luis Moreno sepak burung hantu sampai mati!


Bintang bolasepak di Liga Colombia, Luis Moreno, mengakibatkan kemarahan peminat bolasepak disana dengan tindakan beliau menendang haiwan maskot pasukan lawan.

Beliau yang bermain posisi pertahanan (Defender), bagi pasukan Pereira, bertindak menendang haiwan maskot tersebut, iaitu seekor burung hantu yang jinak sehingga terpelanting lebih dari 4 kaki.

Burung Hantu yang cedera parah akibat tendangan tersebut kemudiannya tidak dapat diselamatkan meskipun telah dibawa keluar untuk rawatan.

luis moreno kick owl Defender Pereira, Luis Moreno sepak burung hantu sampai mati!

Peminat pasukan tuan rumah, Atletico Junior, kemudiannya menjerit nama Luis Moreno dengan panggilan pembunuh sepanjang perlawanan tersebut. Burung Hantu yang tinggal dalam stadium tersebut dikatakan sebagai pembawa tuah kepada pasukan Atletico Junior.

Luis Moreno kemudiannya berhadapan ugutan dari kumpulan pembela haiwan, dan berhadapan risiko hukuman dari Liga bolasepak Colombia. Namun, oleh kerana tiada undang-undang terhadap orang awam mengenai penganiayaan haiwan di Colombia, tiada tindakan undang-undang boleh diambil keatas Luis Moreno.

Kesian burung hantu tu, dahlah kena tendangan bola, kena tendang oleh pemain pula!.

Posted in News, WorldComments (1)

Kisah penderaan haiwan Doreen Loo & Allan Tan


Manusia semakin kejam terhadap haiwan. Kisah terbaru di Malaysia adalah berkenaan Doreen Loo & Allan Tan yang mendera anjing mereka, Sushi.

Awal minggu ini, tersebar sebuah video di YouTube dan Facebook menampilkan seorang lelaki yang sedang mendera haiwan anjing peliharaannya.

Menurut seorang gadis yang tidak ingin diketahui, dan juga merupakan peng-upload asal video tersebut, beliau pada asalnya telah menemui sebuah pendrive ketika sedang bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur. Menurut sumber, pusat membeli-belah tersebut dipercayai adalah Suria KLCC.

Video tersebut yang memakan masa sehingga lebih 15 minit, sudah pasti akan membuatkan anda rasa sakit hati walau hanya baru seminit menontonnya.

Sepanjang 15 minit tersebut, lelaki yang dipercayai (sudah dibuktikan) bernama Allan Tan, hanya bertindak kejam menumbuk dan menendang anjing tersebut selain memaksa Sushi untuk berdiri. Manakala perakam video tersebut pula dipercayai kekasih beliau iaitu Doreen Loo.

Aktivis penentang kekejaman haiwan telah bertindak melaporkan perkara ini kepada Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA) yang berkenaan dan mewujudkan Facebook Fanpage untuk mendedahkan pendera haiwan ini sehingga mereka mendapat hukuman setimpal.

Pelbagai maklumat satu persatu didedahkan di laman tersebut sehinggakan ada yang memberikan maklumat bahawa kedua-dua pendera ini tinggal di Melaka, dan alamat rumah turut didedahkan.

Jikalau anda mempunyai apa-apa maklumat atau ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, sila ke http://www.facebook.com/pages/Get-Dog-Abuser-Doreen-Loo-Allan-Tan-into-JAIL/195559180457890?v=wall

Get Dog Abuser Doreen Loo Allan Tan Kisah penderaan haiwan Doreen Loo & Allan Tan

Posted in Malaysia, NewsComments (6)

Bapak kecik lembu ni!!!


Seekor lembu betina berwarna hitam telah dicatatkan sebagai Lembu paling kecil di dunia!

Lembu hitam yang diberi nama Swallow ini hanya mempunyai ketinggian setinggi 0.8m (33 inci) dari kaki ke kepala yang mencatatkan ia sebagai Lembu paling kecil di dunia dalam Guinness World Records 2011.

Pemilik lembu tersebut, Caroline Ryder berkata, Swallow umpama seorang selebriti di ladang ternakannya. Swallow kelihatan sangat unik dan berbeza berbanding lembu-lembu yang lain.

Sebelum ni, NK pernah juga kongsi mengenai wujudnya Kuda yang paling kecil di dunia.

Jadi kepada semua pemilik haiwan ternakan, kalau ada haiwan ternakan anda yang agak unik, jangan rasa sedih, anda dapat tumpang populariti haiwan ternakan tersebut apabila nama anda disebut sebagai pemilik haiwan ternakan yang unik!. icon razz Bapak kecik lembu ni!!!

Jom mulakan misi mencari haiwan-haiwan unik~

lembu paling kecik dunia Bapak kecik lembu ni!!!

Posted in LOL, Weird, WorldComments (2)

Lelaki kahwin dengan kucing!


Oh my, mengapakah? adakah kerana wanita menolak cinta beliau berkali-kali sehinggakan beliau terpaksa berkahwin dengan kucing? atau beliau terlalu kacak untuk perempuan di muka bumi ni? atau beliau mempunyai nafsu serakah yang pelik terhadap binatang? atau kucing itu telah menggunakan ubat guna-guna untuk menawan hati lelaki tersebut???

Sebab sebenar ialah, ia merupakan cinta pandang pertama!!

Read the full story

Posted in LOL, Picture, WeirdComments (11)

Bapak tinggi Kuda ni!!!


Wah, dah agak lama rasanya NK tak buat post kiriman mengenai rekod-rekod yang dipegang binatang ni. Kalau sebelum ni, NK ada juga post pasal, Anjing paling tinggi, Arnab paling besar (Besar gila tu!), Kuda paling Kecil (kecik gile macam tak percaye!), dan lain-lain. Kali ni NK nak post pasal Kuda jugak, tapi Kali ni pasal Kuda paling tinggi!!!

Read the full story

Posted in LOL, PictureComments (3)

Simpati


Hari ni NK nak kongsi sebuah cerita yang NK dapat dari Lowyat.net/Kopitiam. Cerita yang menyayatkan hati ini mengenai Kisah seorang pemuda cuba untuk menyelamatkan nyawa seekor anjing yang dalam kesakitan dan derita. Apa yang NK faham dalam, pemuda ini adalah seorang lelaki melayu bersama rakannya seorang pemuda cina. Malah dua orang gadis lain yang membantu beliau dalam kisah ini juga merupakan melayu.

Kopitiam yang selalu dengan kisah-kisah mengarut ni pun ada juga diselitkan kisah-kisah bermoral macam ni. Teruskan membaca,

Read the full story

Posted in PictureComments (0)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com