Tag Archive | "Haram"

Coca-Cola Haram, mengandungi Alkohol?


Rahsia kandungan sebenar Coca-Cola terdedah? Coke sebenarnya mengandungi alkohol, dan ianya adalah haram diminum oleh umat Islam? Benar atau tidak?

coka cola haram Coca Cola Haram, mengandungi Alkohol?

Satu gambar keratan akhbar seperti diatas, mula tersebar di internet. Menyatakan kandungan sebenar minuman berkarbonat yang menjadi kegemaran sesiapa saja, Coca-cola, mengandungi campuran alkohol!

Dan sudah terang dan nyata, alkohol adalah bahan yang amat dilarang dan haram untuk menjadi jamuan umat Islam.

Tapi kan, tidak pernah pula rasa mabuk atau khayal lepas minum Coca-cola? Meskipun benar ada kandungan alkohol, adakah ianya masih haram jika tidak memabukkan?

Apa-apa pun, tunggu saja jawapan orang yang lebih pakar dalam bidang ni.

p/s : dah bertahun dah minum Coke ni, baru sekarang ke orang tahu kandungan sebenarnya? lagipun, boleh percaya ke keratan artikel ni? macam keratan artikel surat khabar luar negara je.

Posted in RandomComments (1)

Contoh logo HALAL swasta yang tidak sah dan diharamkan


Sebagai langkah berjaga-jaga dan beringat kepada semua Umat Islam, Jakim telah menyatakan logo-logo Halal swasta berikut adalah tidak sah dan haram digunakan.

logo halal yang tidak sah Contoh logo HALAL swasta yang tidak sah dan diharamkan

Diharap semua pembaca mengambil langkah berjaga-jaga ketika membeli sesuatu produk, dan pastikan anda cuma memilih produk yang menggunakan logo Halal Jakim, dan produk itu sudah tentu boleh digunakan tanpa was-was.

Logo-logo swasta yang lain ini dikhuatiri tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Jakim.

Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain, agar tidak ada yang cuai.

Posted in Food, IslamicComments (0)

Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan


Menampilkan diri dengan budaya luar adalah HARAM di Aceh, Indonesia. Konsert PUNK diserbu dan remaja PUNK dibotakkan serta ‘dibasuh’ pihak polis.

59 remaja lelaki, dan 6 remaja perempuan ditahan pihak berkuasa Aceh, ketika sedang menyertai sebuah konsert muzik PUNK yang diadakan di Banda Aceh. Ramai diantara remaja tersebut berasal dari luar Aceh dan datang kesana semata-mata untuk ke konsert itu.

Dikatakan juga, motif konsert itu adalah sebenarnya untuk mengumpul dana untuk di disampaikan kepada rumah anak yatim.

punk rock aceh 1 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan

Mereka ini kemudiannya ‘dibersihkan’ oleh pihak berkenaan dengan ditanggalkan segala aksesori dan perhiasan seperti rantai, gelang tangan, rantai leher dan kemudiannya dibotakkan beramai-ramai.

Mereka ini kemudiannya dihumban kedalam sungai beramai-ramai untuk dimandikan dan dibersihkan kononnya sebagai upacara men-suci-kan semula perangai mereka itu yang terlalu menjijikkan dengan amalan Punk Rock.

punk rock aceh 2 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 6 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 3 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 5 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan

Mereka ini kemudiannya diberikan pakaian baru yang jauh dari pengaruh Punk itu.

Kemudian, mereka ini akan di’sekolahkan’ semula oleh pihak berkuasa, dimasukkan ke sekolah polis untuk dididik semula dengan ajaran yang benar dan berdasarkan Islam.

Sepanjang 10 hari dalam ‘tahanan sekolah’ itu mereka akan dididik dari segi mental dan spiritual. Diajar dengan nilai-nilai murni Islamik, dan juga diajar untuk bersolat.

Hanya selepas 10 hari itu sahaja mereka akan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

punk rock aceh 4 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 7 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan

Amboi, bukan main ketat lagi undang-undang pihak berkuasa di Aceh. Untuk makluman, pentadbiran di Aceh adalah berlainan dengan wilayah lain di Indonesia atas desakan pemimpin Islam Aceh ketika pergolakan pada tahun 2005 di wilayah itu.

p/s : budak-budak Punk Rock Aceh ni ada nampak gaya macam budak-budak dalam fanpage Anti-Pavillion Kids tu je. Sama tak?

Kredit gambar : Associated Press

Posted in News, WorldComments (0)

JAKIM – Frankfurter Lembu Jenama Ramly HALAL


Entri sebelum ini berkenaan surat yang menyatakan Frankfurter Lembu Jenama Ramly Haram, telah selesai apabila JAKIM mengesahkan produk itu masih ada sijil Halal.

Jakim mengeluarkan kenyataan berikut di laman Hab Halal Rasmi mereka, Halal.gov.my.

Kenyataan Media Berhubung Status Halal Frankfurter Jenama Ramly

1. Jakim melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak soalan dan aduan berkenaan status halal produk frankfurter jenama Ramly.

2. Susulan daripada aduab tersebut, Bahagian ini telah melakukan siasatan bersama Kemeterian Kesihatan Malaysia dan mengambil sampel produk dari kilang tersebut dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi ujikaji pada 14 November 2011.

3. Untuk makluman semua, hasil keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sample yang dihantar mengesahkan produk tersebut tudak mengandungi DNA babi seperti yang didakwa.

4. Dengan pengesahan ini, pengguna tidak perlu merasa was-was terhadap produk tersebut yang masih memegang Sijil Halal Malaysia sehingga 14 Januari 2012.

5. Pihak Jakim sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.

6. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan isu-isu halal semua pihak diminta untuk merujuk melalui laman web Bahagian Hab Halal http://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial. Sebarang pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03-83150200.

Lengkap dengan ‘Typo’ tudak lagi, yang sebenarnya cuba memberi maksud tidak.

Ini bermakna entri sebelum ini bolehlah dinafikan dan mungkin ianya kesilapan kecil sahaja.

Fuhh, lega hati ni, kalau tak agaknya dah berapa banyak makan Frankfurter ni pun tak pasti la kan.

frankfurter lembu ramly halal JAKIM   Frankfurter Lembu Jenama Ramly HALAL

Posted in Food, IslamicComments (3)

Frankfurter Lembu Jenama Ramly Haram, ada DNA BABI


Eh, Frankfurter Lembu Jenama Ramly Haram? Cuba tengok pada satu surat yang diedarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ini atas dakwaan mengandungi DNA Khinzir!

Frankfurter Lembu Ramly ada babi haram Frankfurter Lembu Jenama Ramly Haram, ada DNA BABI

FOOD ALERT : MAKANAN YANG MELANGGAR AKTA MAKANAN 1983 DAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas

2.      Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Kedah telah membuat persampelan terhadap produk Frankfurter Lembu dengan jenama Ramly dan keputusan analisis menunjukkan DNA Khinzir dikesan. Maklumat lanjut mengenai produk tersebut adalah sebagaimana di Lampiran 1.

Hmm, dah banyak da termakan sebelum ni rasanya. Berdasarkan sumber, surat kenyataan ini memang adalah benar, cuma tak dapat dipastikan sebab tak ada pula gambar untuk Lampiran 1 tu.

Ada sesiapa yang betul-betul boleh sahkan kesahihan maklumat ni? Takut juga ni, biasalah, sebab ini bukan perkara kecil, ini melibatkan hukum agama.

Setakat ni, mungkin boleh berhenti makan Frankfurter Lembu Jenama Ramly ni.

Pelik, macam mana boleh ada DNA Babi dalam daging lembu? lembu kacukan kah ini?

frankfurter lembu ramly Frankfurter Lembu Jenama Ramly Haram, ada DNA BABI

Posted in Food, IslamicComments (2)

Sepakan penalti paling bodoh abad ini


Cubaan konon-kononnya nak buat sepakan penalti cantik oleh pemain ni gagal dengan teruk, dah la tak gol, kena hukuman pula tu! Jom tengok video kelakar ni.

Ketika perlawanan antara  kelab bolasepak Mesir, Kima Aswan dan Al Ahly, Amir Sayoud, pemain kelab Al Ahly, cuba untuk melakukan teknik tendangan penalti ‘Paradinha’ yang sudah diharamkan oleh FIFA semenjak tahun 2010 lagi.

Sudahla cubaan sepakan beliau gagal sampai tergolek, bangun je dari tergolek, kena kad kuning dari pengadil pula! Teknik tu haram! Dah tu, gol pun tak masuk! Ala, kalau gol tu masuk pun, dah pasti kena batalkan oleh pengadil kan?

Haha, Amir tu pun boleh tergelak je lepas sepak. Mana taknya, walaupun tak gol dan malu muka, pasukannya dah mendahului 4-0 dah pun!

Posted in LOL, Random, YouTubeComments (1)

Kejam! Anjing diseksa, hidung dikerat di Semenyih


Manusia makin kejam, tak sangka masih wujud manusia yang tiada akal sanggup seksa binatang macam ni. Cuba perhatikan gambar anjing diseksa dan hidung dikerat ini.

anjing kena buli dikerat hidung semenyih filtered Kejam! Anjing diseksa, hidung dikerat di Semenyih

AMARAN SPOILER : Gambar ngeri penyiksaan anjing.

Spoiler SelectShow

Anjing ini pada awalnya dimaklumkan oleh doktor veterinar yang merawatnya, terpaksa di ‘bunuh’ bagi mengelakkan ianya mendapat jangkitan lain dan bertambah seksa. Namun selepas perbincangan dengan pihak yang menyelamatkan, anjing tersebut akan di biarkan hidup dan kini pihak tersebut masih mencari mereka yang sanggup menerima anjing tersebut.

Meskipun ianya cuma seekor anjing, malah walau binatang apa sekalipun, tindakan menyeksa binatang adalah haram dan ditegah apa-apa agama sekalipun. Manusia mana agaknya yang langsung tidak berperikemanusiaan sebegini.

Ingat lagi mengenai Kisah penderaan haiwan Doreen Loo dan Allan Tan?

Kes penyiksaan anjing ini berlaku di Semenyih, dan ikuti kisah penuh mengenai anjing ini di sini http://bit.ly/o2dvFx.

Sumber : Malaysian Dogs Deserve Better

Posted in Malaysia, News, PictureComments (2)

Sos Tabasco ada DNA Babi, disahkan Haram


JAKIM mengesahkan produk HP Sauce, dan Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi dan ianya disahkan Haram.

Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Sazali Harun, meminta pemegang dan pemohon sijil Halal yang menggunakan produk tersebut untuk melakukan proses samak dan mengemukan bukti kepada JAKIM.

Pihak terbabit juga diminta menggantikan penggunaan produk berkenaan dengan produk lain yang mempunyai perakuan sijil Halal.

hp sauce haram Sos Tabasco ada DNA Babi, disahkan Haramsos tabasco haram babi Sos Tabasco ada DNA Babi, disahkan Haram

Nampaknya Tabasco kini dah tak boleh lagi diletakkan di rak bahagian penambah rasa makanan di mana-mana pasaraya. Kini ianya akan dialihkan ke bahagian ‘Non-Halal’.

Bagaimana pula bagi mereka yang sememangnya menggemarkan sos Tabasco ini? Anda perlu mencari pengganti bagi sos ini dan sememangnya banyak lagi alternatif lain untuk produk sos ini.

 

Posted in Food, IslamicComments (2)

Barbican Halal atau Haram? Bir tanpa Alkohol?


Isu mengenai Barbican Halal atau Haram semakin merungsingkan kerana minumin Bir yang berasal dari UAE (Emiriyah Arab Bersatu) itu dikatakan mengandungi alkohol.

Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan bahawa segala minuman dengan paras alkohol melebihi 0.01 peratus adalah haram, dan berdasarkan kaji siasat yang dibuat, minuman malta Barbican mempunyai kandungan alkohol sekurang-kurangnya 0.05 peratus.

Berdasarkan fatwa ini, mengatakan bahawa meskipun ianya tidak memabukkan, tetapi dalam kuantiti yang besar ianya mampu memudaratkan minda manusia. Dan sebarang apa yang memudaratkan manusia adalah haram, meskipun dalam kuantiti sikit ataupun besar.

barbican haram Barbican Halal atau Haram? Bir tanpa Alkohol?

Namun, ada pula yang mempersoalkan mengenai makanan dan minuman lain yang mungkin besar atau sikit, mempunyai kandungan alkohol didalamnya. Contohnya makanan Tapai, yang dikatakan mempunyai sedikit kandungan alkohol meskipun ianya tidak disahkan, dan juga beberapa minuman ringan lain yang luas dipasarkan.

Adakah dengan persoalan tersebut, membuatkan status halal minuman ini diragui?

Kenyataan lain memberitahu bahawa, amalan meminum bir tanpa alkohol ini menjadi persoalan apabila ianya seolah-olah cuba meniru pada amalan dunia barat di negara bukan negara islam dimana ianya seumpama amalan meminum minuman alkohol (Arak) yang sudah menjadi kebiasaan disana.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri lain telah pun diarahkan untuk memantau dan jika perlu, menyekat penjualan minuman-minuman yang berkaitan dari dijual.

Posted in Food, Malaysia, NewsComments (3)

Resipi Haram daging babi IKEA Meatball, nak cuba?


Hangat betul isu mengenai makanan IKEA Meatball yang dikatakan haram, dan menurut maklumat mengatakan ianya masih ditutup sehingga sekarang. Nak resipinya?

Anda boleh tengok sendiri kandungan isi yang digunakan dan juga cara membuatnya, tapi tak pasti pula kalau di Malaysia pun sama cara penghasilan dan memasaknya.

Ikea meatball haram malaysia Resipi Haram daging babi IKEA Meatball, nak cuba?

How to make your own meatballs:

Ingredients:

  • 250gm minced beef
  • 250gm minced pork
  • 1 egg
  • 200-300ml cream and water (or milk and water)
  • 2.5 tbsp. finely-chopped onion
  • 50ml unsweetened rusk flour
  • 2 cold boiled potatoes
  • 4-5 tbsps butter, margarine or oil
  • Salt and pepper

Instructions:

  1. Heat the onion till golden in a couple of tablespoons of lightly browned butter.
  2. Mash the potatoes and moisten the rusk flour in a little water.
  3. Mix all the ingredients until there is consistency and flavour generously with salt, white pepper and (optional) a little finely crushed allspice.
  4. Use a pair of spoons to shape the mixture into relatively large, round balls and transfer to a floured chopping board.
  5. Fry them slowly in plenty of butter.

How to make the cream sauce:

Ingredients:

  • 100ml cream
  • 200ml beef stock
  • Chinese soya sauce
  • 1 tbsp white flour
  • Salt, white pepper

Instructions:

  1. Swirl the boiling water or beef stock in a pan.
  2. Add cream and thicken with white flour if preferred.
  3. Season well with salt and pepper.
  4. Serve the meatballs with the sauce, freshly boiled potatoes, uncooked lingonberry jam and salad.
  5. There you have the perfect Swedish meal!

Sumber : http://www.ikea-friends.com/corner/recipe-meatball.shtml

Anda tahu apa kandungan penting dan istimewa lagi ekslusif IKEA Swedish Meatball ni? Minced Pork! (Daging Babi Cincang)

Harap-harap yang dimasak di Malaysia ni tidak mengandungi daging babi, ke dah disahkan memang mempunyai daging babi? Apa status Meatball ni? Halal ke Haram?

Posted in Food, Malaysia, NewsComments (4)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com