Posted on 25 April 2012. Tags: Asia Tour, Harga, Harimau Malaya, Julai, Liga Perdana Inggeris, Malaysia, Manchester City, ProEvents, Stadium Nasional Bukit Jalil, Tiket
Salah satu dari kelab gergasi di Liga Perdana Inggeris, Manchester City sudah disahkan akan hadir ke Malaysia sempena latihan pra-musim mereka Julai ini!
Pengurus dan ketua jurulatih kelab Manchester City, Roberto Mancini bakal menghidangkan peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris tempatan dengan skuad yang sudah ramai sedia maklum, penuh dengan ramai bintang-bintang ternama seperti David Silva, Sergio Aguero, dan juga Carlos Tevez!.
Manchester City akan bertemu dengan pasukan pilihan Malaysia (Malaysia XI Selection), Harimau Malaya, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Julai nanti, lebih kurang seminggu selepas Harimau Malaya bertemu dengan sebuah lagi gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC.

Dengan kehadiran Manchester City kali ini, Malaysia akan menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang pernah dikunjungi kelab Manchester City ini.
Maklumat mengenai harga tiket dan pakej yang ditawarkan akan dikeluarkan oleh ProEvents pada masa akan datang.
Terbukti minat mendalam terhadap Liga Perdana Inggeris sangat tinggi di Malaysia sehinggakan ada rancangan dimana RTM akan turut menyiarkan perlawanan pilihan dari Liga Perdana Inggeris!
Posted in News, Sport
Posted on 17 April 2012. Tags: Besi, Hard Disk External, Harga, Jual, Made in China, Malaysia, Palsu, PC Fair, Pendrive, Tipu, Western Digital
Anda biasa beli barang elektronik atau gajet komputer di PC Fair? Tanpa sedar, anda mungkin telah ditipu. Jom tengok kes Hard Disk HDD Western Digital palsu yang dijual ini!
Dalam sekali pandang dari segi luaran, memang tidak syak yang Hard Disk External Western Digital ini merupakan palsu kerana ia dilihat amat menyerupai produk yang sebenar!

Lagi mengejutkan, berdasarkan resit yang digunakan untuk jual beli antara pengedar ini, harga yang dijual dan dinyatakan adalah amat hampir sama dengan harga yang dijual untuk Hard Disk External Western Digital yang asli. Jadi amat sukar jikalau pembeli hendak mengesyaki sesuatu masalah mengenai penjual Hard Disk ini.

Winz Tech Supply Ent (C0021789-B)
22-2, 2nd Floor, Jalan 12/118A, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama.
Tel : 016 651 9733
500GB HD – RM185
Namun selepas pembeli itu membawa pulang pembelian itu, dia dapati yang Hard Disk itu beroperasi dalam keadaan yang terlalu senyap (Umpama pendrive), dan cuba membuka Hard Disk itu.
Mengejutkan, apa yang ditemui adalah seperti dalam gambar berikut :

Hard Disk itu cuma mengandungi sekeping Pendrive yang telah terbuka dan terdedah, dan juga ketulan besi tidak berkaitan sebagai pemberat!!!
Dengan jelas, ini bukanlah kandungan yang sepatutnya ada dalam sebuah Hard Disk External!
Memalukan!
Berdasarkan kajian lanjut, rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku, dan produk palsu ini datangnya dari negara China dan telah lama tersebar di seluruh pasaran Malaysia, tanpa sedari atau tidak disedari pelanggan.
Malah, diluar negara juga sudah banyak berlaku kes sebegini.
Sebarkan pada orang ramai semoga semua sentiasa berjaga-jaga dan tidak mudah tertipu! Dapatkan belian gajet komputer anda dari pengedar yang tulen dan sah!
Posted in News, Technology
Posted on 16 April 2012. Tags: Galeri, Gambar, Harga, Pameran, Pelancaran, Proton Prevé, Rasmi, Ruang
Proton Prevé telah dilancarkan secara rasmi baru sahaja sebentar tadi, dan ini pula gambar awal Proton Prevé yang sedang dipersiapkan untuk dipamerkan di ruang pameran.
Jom tengok gambar sebenar luaran dan dalam Proton Prevé yang dipersiapkan untuk ruang pameran ini.









Nantikan entri selanjutnya berkenaan pelancaran rasmi Proton Prevé dan juga galeri gambar rasmi dari Proton.
Harga yang ditawarkan adalah serendah RM 59,500.00 sehingga RM 72,900.00.
Sumber : CForum Cari - nicholasnhc
Posted in Automotive, News
Posted on 16 March 2012. Tags: Baru, Harga, Premium, Proton P3-21A, Rasmi, Spesifikasi, Teknologi
Proton P3-21A baru nampaknya sedang menanti hari je untuk pelancaran penuh secara rasmi. Sebelum itu, jom perhatikan dulu ciri-ciri penting Proton P3-21A baru ini.
Proton hebahkan beberapa spesifikasi dan teknologi pada model baru mereka ini dengan melancarkan beberapa video rasmi di Youtube. Jom tengok!
Sensor hujan dan sensor cahaya automatik.
Enjin 1.6L CFE Turbocharged. Penjimatan minyak dengan tambahan kuasa turbo.
Ruang dalaman kabin yang amat luas.
Panel sesentuh lengkap dengan sistem pandu arah GPS dan juga paparan pintar.
Ciri-ciri keselamatan ketika memandu, dengan Anti-lock Braking System (ABS) , Electronic brakeforce distribution (EBD) dan Electronic Stability Control (ESC).
Transmisi ProTronic dengan 7-kelajuan.
Kelengkapan kit kereta dengan lampu LED dan rekabentuk muka depan baru.
Hidupkan enjin kereta anda dengan mudah menggunakan butang “Push-Start“.
Menarik!!
Nampaknya itu cuma baru beberapa yang dihebahkan, nantikan lebih banyak lagi teknologi yang akan dihebahkan pada pelancaran rasmi nanti.
Harga yang ditawarkan? Dengar-dengarnya akan bernila lebih kurang RM75,000 untuk model premium! Berbaloi!
p/s : Tak sabar!
Posted in Automotive, News
Posted on 08 January 2012. Tags: Gambar, Harga, Iskandar Malaysia, Johor, LEGOLAND Malaysia, Promosi, Tiket
Taman Tema bertaraf antarabangsa bernilai lebih RM720 Juta ini bakal dibina di Iskandar Malaysia, Johor. LEGOLAND Malaysia dijangka siap pada penghujung tahun 2012.

Taman tema seluas 76 ekar ini mempunyai lebih dari 40 jenis landasan dan litar roller-coaster, dan secara keseluruhan taman tema LEGOLAND Malaysia ini mempunyai 7 bahagian taman tema yang berlainan tema!.
LEGOLAND Malaysia merupakan LEGOLAND pertama dibina di Asia selepas beberapa lagi LEGOLAND di Denmark, Britain, Jerman, dan Florida dan California di Amerika Syarikat!.
Pihak pengurusan LEGOLAND Malaysia kini begitu giat sedang membuat promosi bukan sahaja bagi penduduk tempatan, malah juga penduduk luar negara lebih-lebih lagi di negara rantau Asia seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Australia!.
Cuba tengok beberapan paparan ‘slideshow’ dari YouTube ini :
Harga Tiket :
Tiket sehari :
Dewasa : RM140
Kanak-kanak (3-11 Tahun) : RM110
Tiket Tahunan :
Promosi Pra-Pelancaran
Dewasa : RM195
Kanak-kanak (3-11 Tahun) : RM150
Harga Sebenar
Dewasa : RM275
Kanak-kanak (3-11 Tahun) : RM210
*Pemegang MyKad mampu mendapat diskaun sebanyak RM30 setiap seorang.
Berbaloi? Nampak macam berbaloi ni! Tak puas satu hari kalau nak main semua ni!
Tapi yang pasti, taman tema ini sudah pasti akan menjadi tarikan pengunjung dan pelancong dari luar, dan juga pengunjung tempatan apabila Wilayah Iskandar Malaysia ini telah maju dibangunkan sepenuhnya menjelang 2020 nanti.
Tak sabar rasanya nak kesini~

Posted in Malaysia, News
Posted on 16 December 2011. Tags: CAMPRO CFE 1.6L, Charge Fuel Efficiency, CVT, Enjin, Exora Bold, Gambar, Harga, Proton Exora Bold Premium, Proton Exora Prime, Rasmi, Senarai, Turbo
Senarai harga rasmi untuk varian baru Proton Exora Premium Bold dan Prime telah diumumkan dan berikut merupakan imej rasmi dari Proton.
Kedua-dua varian baru Proton Exora ini seperti umum sudah sedia maklum akan dilengkapi enjin turbo proton yang dinamakan sebagai 1.6L Campro Charge Fuel Efficiency (CFE).
Kombinasi enjin turbo ini dan penggunaan transmisi CVT mampu meng-optimumkan penggunakan petrol bagi penggunaan harian anda. Tiada lagi masalah pecutan dengan kuasa turbo yang bertindak balas pada kelajuan rendah.
Malah, kuasa enjin baru dari Proton ini mampu bersaing dengan kenderaan lain yang mempunyai sesaran 2.0L.
Selain dari penambaikkan pada enjin, terdapat pelbagai lagi modifikasi dan penambahan pada kosmetik rupa dalaman dan juga luaran varian Proton Exora ini.
Yang ketara sudah pasti seperti rekabentuk ‘bodykit’ dan ‘bumper’ baru, dilengkapi dengan lampu depan dan belakang baru. Sport rim 16″ juga diperkenalkan.
Ruang dalaman dilengkapkan dengan tempat duduk kulit, kamera pandang belakang yang disertakan pada LCD di cermin pandang belakang.
Varian Prime pula mendapat penambahan lebih tinggi nilainya untuk menambahkan lagi ciri-ciri keselesaaan MPV premium keluaran Proton ini.
Berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan oleh Proton :

1.6 Standard MT – RM59,998
Bold 1.6 Executive MT – RM70,998
Bold 1.6 Executive AT – RM74,998
Bold 1.6 Premium CVT – RM79,998
Prime 1.6 Premium – RM88,998
Saksikan gambar lebih jelas Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime dalam galeri di bawah :
Proton Exora Bold Premium
Proton Exora Prime
Apa pendapat anda? Berbaloikah dengan harga RM80,000 itu? Jika dibandingkan dengan MPV lain yang dipasarkan di pasaran Malaysia, dan dengan kelengkapan yang diberikan nampak macam berbaloi.
Cuma semi-MPV Perodua Alza sahaja yang kelihatan lebih murah berbanding Proton Exora Baru ini.
Apa perbandingan MPV yang berada dalam pasaran Malaysia?
Kredit gambar : Paultan
Posted in Automotive, News
Posted on 12 December 2011. Tags: CAMPRO CFE 1.6L, CVT, Enjin, Exora Bold, Harga, Hi-Line, Proton Exora Prime, Turbo
Proton Exora Bold dan Exora Prime Turbo baru dikatakan akan diumumkan pada pertengahan bulan ini, dan berikut adalah gambar yang mula terdedah di internet, jom tengok!
Berdasarkan sumber, dikatakan tarikh rasmi pelancaran Proton Exora baru bagi varian Exora Bold akan dilancarkan pada tarikh 16 Disember 2011, manakala bagi model Hi-Line, Proton Exora Prime pula akan di lancarkan pada lewat bulan januari 2012 nanti.

Kedua-dua varian Proton Exora tersebut akan dilengkapi dengan enjin turbo CAMPRO CFE 1.6L baru ciptaan Proton. Dan ianya juga akan didatangkan dengan transmisi CVT sama seperti yang digunakan pada Proton Saga FLX.
Dengan enjin baru ini, ianya mampu menjana kuasa 138HP dan torque setinggi 205Nm.
Beza ketara antara varian Proton Exora Bold dan Prime ini tidak banyak melainkan penambahan pada kosmetik dalaman dan juga luaran.
Harga? Setakat ini tiada maklumat mengena harga yang ditawarkan oleh Proton, nantikan maklumat lebih lanjut dalam entri akan datang.
Tak perlu cerita panjang, boleh lihat sendiri pada beberapa gambar yang terdedah di bawah ini.




Posted in Automotive, News
Posted on 01 December 2011. Tags: Burger King, Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger, Harga, Istimewa, Kupon, Promosi, Supreme Angus Steakhouse
Nak cuba Burger King dengan harga istimewa? Dapatkan Kupon Burger King Supreme Angus Steakhouse dan anda dapat rasai keistimewaannya dengan harga istimewa!

1 Kupon untuk 1 Burger! Dan cuma dengan harga RM5 sahaja!!
Apa yang anda perlu buat cuma perlu cetak gambar kupon diatas, atau dapatkan kupon tersebut disini, cetak (sama ada berwarna mahupun hitam dan putih), bawa ke restoran Burger King berhampiran anda, serahkan not wang RM5 dan pilih burger Supreme Angus Steakhouse pilihan anda! Black Pepper ataupun Spicy Jalapeno!
Mudah kan? Bila lagi nak merasa promosi istimewa sebegini!
Cepat-cepat sebelum terlambat! Promosi ini cuma sah bermula dari hari ini (1 Disember) sehingga 8 Disember nanti!
Jom ajak kawan-kawan yang lain cetak kupon ini dan serang Burger King terdekat!!
Posted in Food
Posted on 24 November 2011. Tags: Baru, Flyer, Gambar, Harga, Iklan, Model, Perodua Myvi, Proton, Proton Saga FLX 1.6 SE, Spesifikasi
Esok 25 November 2011, Proton akan melancarkan varian baru bagi model Proton Saga yang diperkemaskinikan, Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!
Proton Saga baru ini akan dilengkapi dengan enjin Campro IAFM 1.6L dan diberi keistimewaan dengan penambahan pelbagai ciri-ciri baru sejajar dengan penggunaan nama SE pada Saga ini.
Proton Saga FLX 1.6 SE ini turut akan dilengkapi dengan pilihan transmisi baru yang dibangunkan Proton, CVT dilengkapi dengan SAT 6 kelajuan, yang sebelum ini turut digunakan pada Saga FLX model 1.3L.
Jom tengok keratan iklan Proton Saga FLX 1.6 SE Baru ini!

Bukan itu sahaja penambahan beberapa aksesori baru dan perubahan kosmetik turut diberikan khas kepada Saga FLX SE ini agar dapat lebih menyerlah dan membezakan varian ini dengan varian yang lebih biasa. Ianya dilengkapi dengan Rim Aloi 15″, dan juga rekaan lampu belakang baru.
Jom lihat spesifikasi pada keratan iklan ini dengan lebih jelas. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.)


Menarik bukan? Nantikan gambar rasmi pelancaran dan model varian baru oleh Proton Saga ini.
Berkenaan harga, berdasarkan maklumat, varian baru Proton Saga ini akan diperkenalkan pada harga bawah RM50,000! Mungkin ini bagi mencabar harga jualan Perodua Myvi 1.5L agaknya.
Apa-apa pun, yang pasti ianya adalah berita yang baik untuk semua orang! lebih pilihan kepada pengguna dan sudah pasti lebih berbaloi!
Posted in Automotive, News
Posted on 15 September 2011. Tags: Crazy Sale, Harga, Iklan, Lowyat, Plaza, Promosi, Undi
Wah! Plaza Lowyat akan mengadakan promosi jualan barangan elektronik dengan harga runtuh! Promosi ‘Crazy Sale’ dengan jualan barang bermula RM1 sahaja!
Tak percaya? Cuba tengok kepingan risalah iklan yang diiklankan di surat khabar tempohari.

Promosi ‘Crazy Sale’ Plaza Lowyat ini akan bermula hari ini, 15 September 2011 sehingga 18 September 2011, bermula jam 1 tengahari dan selanjutnya!
Yang dah pasti menjadi perhatian sudah pasti jualan murah pelbagai alatan elektronik berjenama pada barisan pertama risalah itu! Antaranya, CSL Mi 700 Droid Pad boleh didapatkan dengan cuma RM11 sahaja! Samsung Galaxy Ace dengan RM450, Apple iPad 2 cuma RM750! Hebat kan?

Namun demikian, berdasarkan beberapa maklumat yang disampaikan, terdapat beberapa syarat-syarat dan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dapat membeli barangan itu dengan harga sedemikian. Sila rujuk dibawah :
- Membuat belian bernilai RM50 atau lebih dalam satu resit, di kedai-kedai yang turut serta.
- Setiap seorang dengan satu resit boleh membuat undian pada hari sama resit tersebut dikeluarkan.
- Undian ini akan menentukan barangan elektronik yang anda boleh beli dengan harga runtuh ‘Crazy Sale’ ini.
Alamak! Lecehnya! Berbaloi ke habiskan RM50 semata-mata untuk dapatkan diskaun membeli barangan yang belum tentu menjadi pilihan walaupun dengan harga murah?
Apa-apa pun, menarik ni! Jom ke Plaza Lowyat!
Posted in Promotion, Random
Recent Comments