Perodua bakal lancarkan Myvi Extreme 1.5 baru!, Jom tengok brochure dan senarai harga untuk Myvi Extreme 1.5 baru ini. Lagi Best!
Perodua Myvi Extreme baru ini akan didatangkan khas dengan enjin lebih berkuasa iaitu 1.5L, enjin yang sama digunakan untuk Perodua Alza. Ianya adalah lebih berkuasa berbanding model sebelum ini yang cuma didatangkan dengan enjin 1.0L dan juga 1.3L.
Myvi Extreme boleh didapatkan dalam 3 pilihan warna iaitu Majestic Yellow (Solid), Ivory White (Solid), Ebony Black (Metallic).
Jom saksikan gambar brochure iklan Perodua Myvi Extreme 1.5L baru ini!
Berikut pula merupakan senarai Harga Perodua Myvi Extreme 1.5L baru ini.
Harga Perodua Myvi Extreme
Myvi 1.5GHX (Manual)
Metallic – RM58,700 (OTR)
Solid – RM58,200 (OTR)
Myvi 1.5ZHX (Auto)
Metallic – RM61,700 (OTR)
Solid – RM61,200 (OTR)
Menarik kan? Memang LAGI BEST! Nampaknya lepas ni kena pergi sendiri ke ruang pameran Perodua la untuk saksikan sendiri kereta Myvi baru ni depan mata!
Tony Fernandes, pengasas Air Asia dan juga pengerusi eksekutif bagi Team Lotus F1, baru sahaja selesai dalam urusan pengambil-alihan pasukan bola sepak Inggeris, Queens Park Rangers.
66% saham Queens Park Rangers yang dibeli melalui pemilik sebelum ini, Bernie Ecclestone, kesemuanya berjumlah sebanyak Pound Sterling £35 Juta.
Sejurus dengan pengambil-alihan itu, Tony Fernandes turut bersedia untuk mengeluarkan dana sehingga Pound Sterling £10 Juta sebagai perbelanjaan pengurus pasukan Queens Park Rangers, Neil Warnock untuk membawa masuk pemain-pemain baru bagi menambah kualiti Queens Park Rangers.
Menurut maklumat, Tony Fernandes mengeluarkan kenyataan berikut dengan pengambil-alihan tersebut,
“QPR (Queens Park Rangers) is a raw diamond and hopefully I can contribute into turning it into a diamond. I want the fans to be proud of what we’re doing and be involved as much as we can.”
Queens Park Rangers, pada minggu lalu tewas ditangan Bolton Wanderers dengan 4-0. Pasukan yang baru dinaikkan liga itu hadir tanpa sebarang penaja pada baju pasukan, dikatakan bahawa mereka sedang bersedia untuk menerima Air Asia atau Team Lotus F1 sebagai penaja rasmi. Kesemuanya diatas keputusan Tony Fernandes.
Apa-apapun, tahniah Tony Fernandes! Anak Malaysia yang seharusnya dijadikan contoh usahawan terbaik, kini sudah memiliki portfolio yang luas dalam bidang penjenamaan sukan.
Alang-alang jual bubur, biar sampai berperisa Justin Bieber? Alamak, penjual ni tumpang populariti Justin Bieber untuk jual bubur lambuk, dah jadi Justin Bubur!
Harga dijual cuma RM2.50, murah la tu kan? Dapat rasa Bubur Lambuk kegemaran Justin Bieber ni kot? Atau Justin Bieber yang masak bubur lambuk ni?
Tapi apa pun, tiada maklumat mengenai lokasi jualan ni, kalau anda tahu, sila bagitahu ye, boleh ramai-ramai pergi serang kedai ni beli ‘Justin Bubur’.
Bagi yang dah cuba, apa rasanya? Sedap? Anda rasa nak menyanyi dan menari tak lepas makan?
p/s : cuba sebut laju-laju, jadi tak senonoh la pula bunyinya…
Brochure iklan dan spesifikasi Myvi Baru 2011 nampaknya telah didedahkan lebih awal dari tarikh pelancaran rasmi yang dikatakan. Jom tengok spesifikasi dan harga Myvi Baru 2011.
Berdasarkan pada yang dicatatkan pada risalah aksesori yang diberi, terdapat 3 jenis varian Perodua Myvi 2011 yang akan dilancarkan, Standard, Premium, Elegance, dan mungkin tidak lama lagi akan dilancarkan variasi Ekstrem?
Tiada maklumat mengenai spesifikasi enjin, tetapi berdasarkan sumber, Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :
RM44,926.00 (M) Standard
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance
Menarik? Mungkin dari risalah iklan itu tak banyak beza rupa seperti Perodua Myvi generasi lama.
Ianya akan mula dijual di McDonald’s seluruh negara bermula pada 16 Jun 2011 (Khamis) akan datang dan sudah ianya akan menjadi menu pilihan peminat McDonald’s.
Gambar Perodua Myvi 2011 generasi baru ini bakal dilancarkan dengan rasminya pada 16 Jun. Berikut merupakan gambar pra-tayang model Perodua Myvi generasi baru ini.
Kredit kepada blogger Funtasticko Design yang memaparkan beberapa gambar pra-tayang Perodua Myvi baru ini. Gambar dengan jelas menunjukkan beberapa perubahan fizikal pada bahagan hadapan, belakang, dan dalaman Perodua Myvi Baru 2011 ini.
Harga belum diumumkan, tetapi dijangka dalam lingkungan RM48,000 hinga ke RM54,000 untuk model 1.3L.
Yang bakal dilancarkan cuma adalah model Standard dan model Premium. Maklumat mengenai model Ekstrem pula bakal dilancarkan dijangka pada bulan Ogos 2011.
Variasi pilihan yang mungkin bakal dilancarkan adalah :
Setelah pelbagai khabar angin mengenai model Myvi baru, akhirnya telah diumumkan bahawa Perodua Myvi 2011 baru boleh ditempah mulai 4 Jun.
Pada asalnya, Perodua Myvi 2011 baru ini dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan April, namun kemudiannya ditunda pada tarikh lain oleh kerana gempa bumi dan tsunami di Jepun sedikit sebanyak mengganggu pelancaran model ini.
Beberapa gambar ‘Spyshot’ juga telah tersebar di internet, termasuk gambar yang diambil oleh penulis sendiri ketika terserempak dengan model Myvi 2011 yang sedang di pandu uji. Maklumat lanjut dalam entri sebelum ini.
Kini, model Perodua Myvi 2011 yang hangat diperkatakan itu sudah boleh mula ditempah di pusat edar Perodua bermula 4 Jun 2011, iaitu bermula Sabtu ini.
Perkara ini disahkan oleh Pengarah Urusan Perodua sendiri, Datuk Aminar Rashid Salleh, yang turut memaklumkan, bahawa permintaan bagi kenderaan kompak yang jimat minyak sudah pasti meningkat dengan harga minyak petrol yang semakin meningkat ini.
Namun, kadar faedah sewa beli Bank yang semakin meningkat mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi jumlah jualan model baru Perodua Myvi ini.
Tarikh rasmi pelancaran model ini masih belum diumumkan, namun besar kemungkinan adalah tarikh sama dimana model ini boleh mula ditempah. Segala maklumat mengenai spesifikasi dan harga akan diumumkan kemudian.
Nantikan entri dengan maklumat rasmi mengenai model ini akan datang. Yang pasti, enjin apa yang digunakan untuk model ini sudah pasti menjadi tanda tanya.
Artis muda terkenal, Justin Bieber, bakal melancarkan ‘Perfume’ pewangi dibawah jenama Someday yang dikatakan akan menyebabkan penggunanya rasa lebih istimewa.
Justin berkata kononnya, “Pewangi ini akan membawa penggunanya ke perjalanan dengan pelbagai kemungkinan, perjalan ke dunia Justin Bieber”. :O
Malah, video iklan mengenai Jenama Minyak Wangi ini juga telah dilancarkan di YouTube :
Alamak, macam-macam betul Justin Bieber ni, tak cukup dengan tu, Aplikasi Rasmi untuk jenama pewangi Someday ni juga telah diterbitkan di App Store untuk iPhone!
Harga? Belum diumumkan lagi, nantikan pelancaran debut Pewangi Someday ini pada 20 Jun nanti, nak ke beli lagipun?
Seorang lelaki yang bekerja dalam bidang kawalan serangga mendakwa bahawa mengamalkan makan serangga ratu anai-anai mampu merangsangkan aktiviti seks.
Abdul Rahim Abu Bakar, 45 tahun, berkata, beliau telah mengamalkan pemakanan ratu anai-anai selama 7 tahun. Cara untuk makan ratu anai-anai ini adalah paling berkesan dalam lingkungan 15 minit sebelum memulakan aktiviti seks.
Kata beliau, memakan ratu anai-anai mempunyai kesan seperti memakan Viagra.
Beliau turut mendakwa bahawa beliau turut menjual serangga tersebut bagi mereka yang berminat. Harganya bernilai diantara RM2,500 sehingga RM5,000 bergantung kepada saiz dan warna ratu anai-anai tersebut. Beliau menceritakan bahawa pernah satu ketika beliau menjual 3 ekor ratu anai-anai dengan jumlah RM7,000!
Namun demikian, Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Ismail Thamby, berkata kenyataan Abdul Rahim cuma merupakan rekaan dongeng semata-mata. Tiada bukti saintifik sebenar untuk mengesahkan kenyataan ini.
Dr Ismail berkata bahawa segalanya cuma efek psikologi pemakannya yang memikirkan bahawa perbuatan tersebut boleh berkesan.
Kepada peminat tegar Justin Bieber, kegilaan anda terhadap artis muda ini tidak lengkap sekirannya anda belum memiliki aksesori Justin Bieber ini, Justbeats™ Headphones.
Justin Bieber yang mempunyai peminat lebih 16 Bilion di laman Twitter itu membantu dalam menghasilkan produk kerjasama antara jenama penghasil kabel terkenal Monster dan jenama produk audio Beats by Dr. Dre.
Terdapat dua versi yang dihasilkan, satu Justbeats™ iBeats™ jenis earphone dalam telinga (In-ear bud) dan juga Justbeats™ Solo™ jenis headphone atas kepala (On-ear).
Kualitinya? Tak pasti, sebab tak pernah beli, dan mungkin tak beli-beli, kenapa? Cuba tengok harga yang ditawarkan.
RM1180.00 untuk satu set Justbeats™ Solo™ serta kabel istimewa oleh Monster Cable.
Mahal!
Jom tengok gambar Justin Bieber pakai Justbeats™ Solo™.
Recent Comments