Posted on 19 June 2010. Tags: 3G, Apple, Apple ipad, Apple iPhone, Apple Store, Berlian, Britain, Coklat, Digi, Emas, England, Germany, Gizmodo, Gold, Google, Handphone, Harga, HD, Image, IPad, iPhone 3GS, iPhone 4, Iphone 4G, iPhone HD, iPhone OS 4.0, Ipod, Ipod Touch, Kaya, LOL, Maxis, Metro.co.uk, New, News, Online, Panas, Picture, Price, Rich, Steve Jobs, Technology, UK, USA, Weird, Wifi
Sempena sambutan hari lahir isteri kesayangan beliau seorang rakyat London yang menetap di Afrika Selatan telah memikirkan hadiah yang unik sebgai hadiah hari jadi. Sebuah Apple iPad yang bersalut Coklat, ianya berfungsi dengan biasa!
Stefan Magdalinski, pengasas syarikat penghasilan kad moo.com itu telah berkerjasama dengan sahabatnya di London untuk mengirimkan Apple iPad yang masih belum dilancarkan di Afrika. Ianya dikirim setelah disaluti coklat.

Sahabat beliau di London, Paul A Young, merupakan seorang pakar terkenal dalam penghasilan coklat. Di atas permintaan istimewa Magdalinski tersebut. Paul berjaya menyalutkan Apple iPad tersebut tanpa merosakkan komponen alat elektronik tersebut tersebut.

Coklat yang dikirim tersebut mengalami sedikit masalah ketika tiba di Kastam Afrika Selatan, bukan masalah pada iPad tersebut, tetapi masalah dengan prosedur Kastam. Setelah menceritakan segalanya, Magdalinski berjaya meyakinkan pihak Kastam tersebut.

Paul A Young menjangkakan beliau akan menerima lebih banyak tempahan untuk menyaluti coklat pada alat elektronik lagi pada masa akan datang.
Source : Metro.uk
Macam-macam manusia, sebelum ni NK pernah buat kiriman mengenai Apple iPad yang disaluti emas tulen dan dijual dengan harga RM700,000!
Posted in LOL, Technology, Weird
Posted on 08 June 2010. Tags: 3G, Apple, Apple ipad, Apple iPhone, Digi, Germany, Gizmodo, Google, Harga, HD, Image, iPhone 3GS, iPhone 4, Iphone 4G, iPhone HD, iPhone OS 4.0, Ipod, Ipod Touch, Maxis, New, News, Online, Panas, Picture, Price, Steve Jobs, Technology, UK, USA, Wifi

Setelah beberapa bulan yang penuh kontroversi dan khabar angin. Akhirnya iPhone 4 telah bersedia untuk dipasarkan. Seperti biasa, ianya akan hanya mula dipasarkan di pasaran US terlebih dahulu. Dan seperti yang dijangkakan, kemungkinan iPhone 4 ini akan dipasarkan dengan Harga seperti iPhone 3GS sekarang ini. Dan iPhone 3GS pula akan diturunkan harga.
Dijangka akan mula dipasarkan di US pada 24 june, mengikut jangkaan NK, paling awal pun akan tiba di Malaysia mungkin November tahun ini. Mungkin juga ianya akan mula dijual seawal Oktober, apabila wujudnya pengimport tempatan yang mula menjualnya seperti Apple iPad. Tarikh pasaran masih belum pasti.
Lebih menarik, segala spekulasi mengenai iPhone 4 (sebelum ini dipanggil iPhone 4G atau iPhone HD) nampaknya menyerupai khabar angin sebelum ini.
iPhone 4 ini akan mempunyai unit Processor yang lebih laju, ditambah pula dengan kehebatan iOS (sebelum ini dipanggil iPhone OS 4.0) yang mampu menjalankan pelbagai tugas dalam satu masa (multi-tasking). Nampaknya iPhone 4 ini sudah pasti akan lebih hebat dari 3GS!
Seperti yang dinyatakan oleh Steve Jobs, semuanya 4 kali ganda hebat dari iPhone 3GS! 4 kali lebih laju!, 4 kali lebih kuasa bateri!, 4 kali ganda lebih pixel skrin!

Seperti yang dijangka, kamera iPhone 4 ini akan mampu mengambil gambar dengan saiz 5 megapixel! dan terbaru, ianya turut akan dilengkapi led flash dan kemampuan ISO yang lebih tinggi! nampaknya tiada lagi la masalah mengambil gambar dalam gelap ye.

Kehebatan iPhone 4 ini bertambah dengan wujudnya kamera VGA di bahagian hadapan! Bermakna pengguna akan mampu untuk mengadakan Video Conference atau FaceTime seperti apa yang dinyatakan Apple. Walau demikian, untuk masa ini, ianya hanya mampu digunakan melalui Wi-fi, dan belum lagi untuk 3G.
Source and Credit : Gizmodo.com
Jadi ada yang tengah simpan duit nak beli iPhone? mungkin boleh simpan lama sikit kot.. haha
Posted in Picture, Technology, World
Recent Comments