Tag Archive | "Hina"

Isu KFC Malaysia dan Danny Ng selesai


Setelah KFC Malaysia mengemukan mohon maaf secara terbuka, akhirnya isu Pekerja KFC tumbuk pelanggan berjaya diselesaikan secara berhemah dan profesional.

Danny Ng hina KFC Isu KFC Malaysia dan Danny Ng selesai

Solving Things Amicably…From left: Mr Danny Ng and his family members together with Mr Alan Au, Deputy President, KFC Malaysia; Mr Conrad De Lima, Vice President, KFC Operations and Puan Rosniza Baharum, General Manager, Group Corporate Communications

Mohon maaf secara terbuka oleh pihak KFC Malaysia di laman Facebook mereka :

To all our dearest customer, fans and friends of KFC Malaysia, accordingly to the recent incident at our outlet in i-City Shah Alam on 6 February 2012 and would like to extend our sincere apologies to all our customers who were present during that day, particularly to Mr Danny Ng Chee Fei, for the unsatisfactory services rendered by our staff and the inconvenience caused.
Our Management has met with Mr Danny Ng and his family and they have accepted our apology. We deeply regret the occurrence of this incident and would like to assure you that it was related to the quality of service provided and not due to any other reason whatsoever. Rest assured, all relevant steps are being taken to review and improve our training programme to avoid the recurrence of such incidents and to provide only the best service to you.
We truly treasure all your comments which have helped us to improve our service and rectify any shortcomings. On behalf of KFC Malaysia, we thank you for your concern and continuous support.

Lega hati, jadi isu ni dah dikira selesai la betul? Harap-harap lepas ni tak ada lagi yang beri komen bersikap perkauman atau saling benci-membenci.

Terima kasih KFC dan semoga perkara kesal sebegini tidak berulang lagi.

Kiriman sebelum ini berkenaan isu Pekerja KFC pukul pelanggan

  1. PANAS! Video Pekerja KFC kurang ajar bergaduh tumbuk pelanggan!
  2. Punca sebenar pekerja KFC pukul pelanggan?
  3. Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism
  4. Nando’s ambil kesempatan beriklan dengan kes KFC

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Orang Kelantan hina bahasa Terengganu, apa isu ni?


Habis kecoh kat Facebook, semua orang kongsikan mengenai seorang lelaki ni yang benci sangat dengan orang Terengganu sampaikan hina bahasa negeri Terengganu, apa kes ni?

hina bahasa terengganu Orang Kelantan hina bahasa Terengganu, apa isu ni?

Aduhai, ini apa isu ni mengamuk tak tentu hala tak pasal-pasal ni? Habis dihina habis-habisan loghat bahasa percakapan orang Terengganu sampai dikatakan sebagai bahasa yang membuat bunyi sumbang, dan bahasa aneh!

Apa la masalah lelaki ni agaknya, berdasarkan maklumat yang diberi, lelaki ini merupakan warga negeri Kelantan, dan tidak dikenalpasti apa sebab caci dan maki hamun ini.

Ditinggalkan kekasih orang Terengganu mungkin? Tunang orang Terengganu putuskan tunang?

Apa-apa pun, tak perlu lah sampai bermaki hamun macam tu sekali, cuba fikirkan perasaan orang lain juga. Aduhai, sesama bangsa Melayu pun nak bergaduh siap hina menghina lagi. Harap-harap dijadikan pedoman dan pesanan.

p/s : ini contoh 1Malaysia?

Posted in RandomComments (0)

Gadis hina keluar dating dengan motor


Ni lagi satu kes memalukan, hina sangatkah lelaki yang pakai motor ajak dating? Apa jenis perempuan yang Materialistik melampau ni? Naik motor tak ada ‘Standard?‘.

Amboi bukan main lagi anak gadis seorang ni, beri komen mengalahkan artis terkenal atau supermodel paling hangat di muka bumi ni. Kalau tak nak dating dengan penunggang motor tu tak apa, tapi kalau sampai hina orang pakai motor itu melampau!

Cuba baca kenyataan dari keratan akhbar dibawah ni,

awek hina dating dengan motor Gadis hina keluar dating dengan motor

Adik ni baru umur 17 tahun, belajar pun belum habis lagi, dah sibuk fikir pasal dating-dating ni.

Memang betul, faham sangat-sangat kalau taknak keluar dating dengan penunggang motorsikal je. Mana la tahu ada pengalaman buruk dengan motorsikal sampai trauma ke kan, pernah kemalangan ke, gayat ke.

Atau mungkin rasa keluar dating dengan penunggang motorsikal ni nanti takut dituduh minah rempit pula ke, atau terpaksa belanja duit makan ke. Mungkin!

Tapi tak perlu lah sampai hina penunggang motorsikal sampai cakap tak ada standard.

Bukan apa, mana lah tahu dia tu cuma menguji anda je ke, nak tahu anda ni jenis macam mana. Materialistik ke, Spastik ke, Plastik ke,

Mungkin dia tidak tahu, ada lelaki yang cuma menunggang motorsikal kerana mahu simpan wang lebih untuk masa hadapan, dan tidak perlu berhutang.

Apa-apa pun, semoga hidup pelajar ni bahagia, semoga akhirnya dapat ketemui lelaki yang cukup tinggi standard sama dengan standard dirinya juga.

Posted in RandomComments (0)

Manoharan mahukan bendera Jalur Gemilang ditukar?!


Manoharan Malayalam, seorang ahli politik terkenal di Malaysia, hari ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan dengan mengatakan bendera Jalur Gemilang mesti ditukar!

Manoharan, memegang kerusi ADUN bagi Kota Alam Shah, Selangor, hari ini melalui laman Facebook-nya, mengeluarkan kenyataan seperti berikut,

I distributed many DAP flags today in my constituency.I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. – Manoharan Malayalam

manoharan malayalam hina jalur gemilang Manoharan mahukan bendera Jalur Gemilang ditukar?!

Kenyataan itu kemudiannya mendapat perhatian ramai di Facebook dengan ramai memberikan pendapat masing-masing sama ada menentang atau menyokong idea melampau dan mengejutkan ADUN yang mewakili DAP ini.

Antara kritikan orang ramai terhadap kenyataan beliau di Facebook,

Mr Mano …sudah-sudahlah tu …for a lawyer …should be able to differentiate between patriotism and political ideology …you are commenting as though everything is terribly wrong but you drive luxury car and live comfortably …i agree that some things must change but please dont condemn every single thing that the government is doing …

Stop. This has to stop. If there’s frustration for some reason it should not be shown against the soil u were born on. Pls don’t even compare what other countries think of ours. Each of them have their loves and hates as well onto us as we hv our opinions of them too. As the saying goes, if you don’t hv any good to say, don’t say it. Hope it will be learned by all.

Mr. Mano, for whatever reason, this is the flag that we have come to inherit and it means a great deal to us citizens of Malaysia. I am appalled at the sheer arrogance you are showing by belittling this flag of ours. You may be honest, but you are honestly arrogant. And seriously you are not much different from the UMNO bunch. You have demonstrated your pettiness by playing the game of throwing insults, as is the norm in the UMNO camp. Seriously, again, how are you better then UMNO?

Personally, I don’t think and feel we should behave this way. Flags remain and always will be, how we associate ourselves with our country – the land that we love, where we were born, raised and now our kids. This land that our forefathers toiled for us. This flag is for all those reasons. What we are against is the government and all their corrupt and evil unjust ways. So we have to sieve the grain from the chaff and not mix the two together. We have to! Otherwise what do you teach your children?

as a voter in your constituency, i strongly oppose to this statement. if indeed PR wants another flag, then say it in a nice way and provide a proposal formally, not by insulting flag. being similar doesn’t mean its copycat. there are plenty of flags with just two or three colors that look the same (only color difference). so, do we ridicule the flags? and i can’t see any similarity between BN flag and national flag, save the color blue. i think you seriously got it wrong this time YB. better fix it.

Ada antara kritikan pada kiriman Facebook beliau itu turut menyatakan bahawa tindakan beliau itu, dianggap sebagai menghina Jalur Gemilang dan juga negara Malaysia sendiri.

Manoharan kemudiannya memberikan jawapan pada kenyataan awal beliau itu, yang kemudiannya tidak boleh diterima oleh majoriti pengkritik kenyataan beliau itu.

Berikut merupakan beberapa jawapan beliau yang menjawab kepada persoalan dan kritikan mereka yang memberi komen pada kiriman awal beliau,

manoharan hina bendera malaysia Manoharan mahukan bendera Jalur Gemilang ditukar?!

Antara lain kenyataan Manoharan itu turut menyentuh mengenai bagaimana bendera Malaysia, Jalur Gemilang adalah hasil tiru dari Amerika Syarikat, malah bendera kebangsaan itu perlu ditukar kerana ianya terlalu melambangkan Barisan Nasional. Turut dikritik Manoharan adalah penggunaan bahasa Malaysia yang buruk dengan menukarkan ‘United States of America’ kepada Amerika Syarikat.

Macam-macam betul, boleh saksikan kritikan yang diberi disini : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=272396599452181&id=100000455280366

p/s : entri ini adalah semata-mata untuk menonjolkan sifat patriotik NK yang tersentuh dengan isu yang dikatakan ini, dan bukan lah memihak kepada mana-mana pihak, mahupun badan politik pun. Isu Politik, biarkan sahaja orang Politik uruskan, kita orang awam jalankan tanggungjawab seperti biasa,

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Alex Chang hina Azan di McDonald’s Singapura


Seorang warga Singapura menimbulkan ketegangan apabila mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan Azan yang berkumandang pada waktu berbuka puasa di McDonald’s.

Alex Chang, mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan Azan di Facebook McDonald’s seperti berikut :

Hi, I would like to raise a question. why are the Macdonald outlets playing the Muslim chant during the dinner time in the restaurants? Can I request to play Buddhism chant on Vesay day? Please advice.

Selepas ada orang awam yang cuba menerangkan situasi sebenar kepada Alex Chang, beliau pula mengeluarkan kenyataan lain yang masih mempersoalkan isu sama, dan dianggap mempermainkan agama.

Not trying to be disrespectful. But a bit irritating during dinner time. Not respecting other religion(s) at all.

By the way, can you tolerate if they play Buddhist chime in the restaurant? =p

alex chang hina azan Alex Chang hina Azan di McDonalds Singapura

Alex Chang, merupakan pekerja SingTel di Singapura. Isu ini membangkitkan persoalan mengenai kredibiliti SingTel yang mempunyai polisi menawarkan peluang sama rata kepada semua pekerja dan juga mempunyai polisi memupuk diversiti para pekerja.

McDonald’s kemudiannya telah memadam sebahagian besar komen yang tidak wajar. Dan Alex Chang telah mengemukan mohon maaf secara terbuka kepada semua orang.

Yang menarik, telah wujud laman Facebook yang mengecam tindakan rasis Alex Chang tersebut : Ban Alex Chang from all McDs in Singapore dengan lebih 11,000 likes!

 

 

Posted in Islamic, NewsComments (1)

Iklan Kedai 1 Malaysia : Propaganda, penipuan dan rasis?


kedai 1 malaysia Iklan Kedai 1 Malaysia : Propaganda, penipuan dan rasis?Video baru mengenai Kedai 1 Malaysia dikatakan secara terang-terangan mempunyai unsur propaganda politik. Video di YouTube itu turut dikatakan menghina kaum Cina.

Video di YouTube itu, di muat naik oleh seorang pengguna bernama ‘kawasaki9722′ dan video itu diberi tajuk ‘Sembang Rakyat – Kedai 1 Malaysia’.

Dalam video tersebut, terdapat lima watak yang membuka pelbagai cerita yang berlainan, seorang lelaki Cina bernama ‘Lim’, seorang warga tua muslim bernama ‘Mamat’, remaja melayu bernama ‘Dollah’, lelaki punjabi dengan serban bernama ‘Singh’ dan pemilik kedai mamak (India-muslim) dipanggil hanya dengan ‘Thamby’.

Dalam video tersebut, turut menyatakan bahawa Kedai 1Malaysia, mempunyai perbezaan harga antara 30 peratus sehingga 70 peratus berbanding kedai biasa.

Apa yang dikatakan sebagai propaganda politik adalah apabila salah satu watak dalam video ‘iklan’ tersebut menyatakan bahawa kesan kenaikan harga barang adalah tindakan bersama DAP dan peniaga korporat kaum Cina.

Kenyataan tersebut kemudiannya dibidas Lim Guan Eng mengatakan langsung tiada kebenaran dalam video tersebut.

Apa-apa pun yang berlaku, dibawah adalah video Iklan Kedai 1 Malaysia yang didakwa bersifat perkauman ‘rasis’ dan konspirasi penipuan semata-mata. Apa pendapat anda?

Posted in MalaysiaComments (3)

Iklan Ramadhan TV9 didakwa menghina Islam?


Ada-ada je, yang terkini, Iklan Ramadhan TV9 mengenai ibadah bersahur pula didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada agama Islam. Jom tengok,

Pemuda PAS Selangor mendakwa bahawa Iklan Ramadan TV9 itu menghina Islam apabila ianya dilihat mempersenda-sendakan ibadah bersahur dan memberi pandangan terpesong dari maksud sebenar ibadah tersebut.

iklan tv9 hina islam Iklan Ramadhan TV9 didakwa menghina Islam?

Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, “Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah didalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,”.

Iklan tersebut memaparkan suasana apabila dua orang jiran saling mendengki dan bersaing dalam menyiapkan juadah sahur. Pada penghujungnya, memaparkan dimana salah seorang jiran tersebut terlalu asyik bersaing, sehingga apabila azan berkumandang dia tidak sempat untuk bersahur, dan jiran yang seorang lagi pula sedang membasuh pinggan sambil mentertawakan jirannya itu.

“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,”, itulah kenyataan yang telah ditambah oleh Ketua Pemuda Pas tersebut.

Sila saksikan video yang diperkatakan dibawah :

Video Iklan Ramadan TV9 yang didakwa menghina Islam

Posted in Islamic, Malaysia, NewsComments (3)

Video Fan Manchester United cuba hina Liverpool


 Video Fan Manchester United cuba hina Liverpool

Jom tengok Video yang dirakamkan ketika sesi latihan Liverpool Asia Tour di Stadium Bukit Jalil, Malaysia. Apabila peminat Manchester United cuba hina peminat Liverpool.

Berdasarkan kenyataan pada video tersebut, dikatakan bahawa penyokong Manchester United ni cuba mengadakan provokasi terhadap peminat Liverpool terlebih dahulu apabila dia mencium lencana lambang Manchester United beberapa kali di hadapan ratusan peminat Liverpool.

Dia kemudiannya menjerit beberapa kali laungan menyokong Manchester United menyebabkan penyokong Liverpool di sekitar tempat duduknya sakit hati dan apa yang berlaku seterusnya, cuba saksikan video di bawah.

Video YouTube peminat Manchester United dibuli peminat Liverpool.

Apa pendapat anda? Patut atau tak patut perkara sebegini berlaku?

Posted in Random, Sport, YouTubeComments (1)

Kartun Utusan Malaysia hina Islam berkenaan isu rogol


Pemuda PAS mendakwa kartun yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia adalah menghina Islam dan minta Utusan mohon maaf secara terbuka.

Kartun yang diterbitkan pada 15 June 2011 yang lalu tersebut diberi tajuk ‘Kekeliruan kes rogol’ mengulas mengenai isu kes rogol dikatakan menghina Islam kerana kekeliruan yang ditimbulkan.

Keratan kartun yang didakwa :

kartun utusan kes rogol Kartun Utusan Malaysia hina Islam berkenaan isu rogol

Pemuda PAS berkata, tindakan tersebut menghina Islam kerana kartun tersebut menyamakan prosedur dakwaan bagi kes zina dan juga kes rogol. Dimana prosedur dakwaan bagi kedua-dua kes tersebut adalah berlainan dari segi syariah.

Utusan Malaysia kemudiannya diminta untuk mohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari.

Pada pendapat anda? Adakah ianya benar-benar menghina Islam atau Tidak? Sampaikan pendapat anda pada ruang komen dibawah atau di Facebook Notakosong, atau Twitter Notakosong.

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Akaun Facebook palsu Rosmah Mansor (Bik Mama)


Nampaknya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menjatuhkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mewujudkan Akaun Facebook palsu kononnya milik beliau.

Isteri Perdana Menteri Malaysia itu mengingatkan awam bahawa tidak mudah percaya pada fitnah tersebut, dan berkata bahawa beliau tidak mempunyai walau satu pun akaun Facebook dan lebih gemar berjumpa dengan orang secara berdepan.

Sehingga kini, laman palsu Facebook Datin Seri Rosmah ini telah mencecah 1,244 pengikut, dan nampaknya setiap aktiviti Datin Seri Rosmah dimasukkan ke laman ini.

Secara terang-terangan akaun Facebook ini menghina Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggunakan gelaran Bik Mama.

bik mama rosmah mansor facebook Akaun Facebook palsu Rosmah Mansor (Bik Mama)

Laman ini sehingga kini nampaknya menjadi tempat ramai pengguna Facebook lain menghina Rosmah Mansor. Apa-apa pun, jangan mudah percaya pada segala apa yang ada pada internet.

Laman Facebook Palsu Datin Seri Rosmah Mansor (Bik Mama) : https://www.facebook.com/pages/Bik-Mama/101169019968143

Posted in Internet, Random, WebsitesComments (1)







Partly powered by CleverPlugins.com