Tag Archive | "Hina"

Gambar Kartun Ultraman Berita Harian hina Tsunami di Jepun


Berita Harian sebentar tadi meminta maaf atas gambar kartun yang dicetak pada surat khabarnya yang dengan jelas menghina malapetaka gempa bumi dan tsunami di Jepun. Berikut adalah gambar tersebut.

Gambar kartun tersebut yang dicetak pada akhbar Berita Minggu hari ini, di kritik hebat sehinggakan mendapat perhatian media luar negara seperti CNN. Berita Harian didakwa sebagai tidak mempunyai citarasa dan tidak menghormati masyarakat dunia.

Kartun yang bukan dengan tujuan unutk menghina sesiapa itu memaparkan imej Ultraman (Watak kartun ciptaan Jepun yang terkenal) lari sambil dikejar oleh Tsunami. Beberapa menteri dan pegawai tempatan telah menggesa Berita Harian untuk memohon maaf secara terbuka.

Berita Harian kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf terbuka pada laman sosial Facebook.

berita harian mohon maaf Gambar Kartun Ultraman Berita Harian hina Tsunami di Jepun

Bagi yang masih mencari-cari kartun yang dikatakan, dan tidak sempat untuk mendapatkan naskhah suratkhabar Berita Minggu, berikut adalah gambar kartun dari keratan akhbar tersebut,

gambar kartun ultraman jepun berita harian Gambar Kartun Ultraman Berita Harian hina Tsunami di Jepun

Apa pendapat anda? Jangan lupa sampaikan komen anda dibawah atau ke Twitter @notakosong.

Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters

Posted in Malaysia, News, WorldComments (7)

Isu video pelajar India dibuli di sekolah


Sebuah video yang menampilkan seorang pelajar India dibuli di sekolah telah tersebar di Youtube, pembuli dipercayai berbangsa melayu dan tindakan beliau amat memalukan.

Pelajar india tersebut dipercayai dibuli oleh pelajar berbangsa melayu yang lebih senior daripada beliau. Pelajar india tersebut dipaksa menghina bangsa beliau sendiri, meskipun telah beberapa kali cuba menolak paksaan tersebut.

Perkataan “Keling Babi” yang dipaksa pelajar senior untuk diungkapkan oleh pelajar india tersebut adalah amat menghina bangsa india.

Tindakan pelajar senior tersebut yang bersikap rasis, dan amat terserlah sikap penghinaan pada perkauman itu sudah pasti akan diambil tindakan. Namun sehingga kini pelajar senior tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

Adegan berikut dipercayai berlaku antara dua pelajar, dan dihalaman SMK Shah Bandar, Klang, Selangor.

video pelajar india keling babi Isu video pelajar India dibuli di sekolah

Apa pandangan anda? Apa tindakan pihak sekolah, ibu bapa, mahupun pihak berkuasa sendiri?

Posted in InternetComments (1)

Harimau Malaya (The Laser Cheater) dihina di Wikipedia?


Alamak, tak habis-habis lagi ke penghinaan ini? Tak cukup cubaan menghina di Twitter, kini dihina pula di Wikipedia biar satu dunia lihat kononnya penghinaan Malaysia?

Ramai sudah tahu bahawa Skuad Bola Sepak Kebangsaan, Malaysia sentiasa membawa gelaran Harimau Malaya (Malaya Tigers) apabila ke pentas antarabangsa.

Namun, nama tersebut telah diburukkan apabila kini nama lain “The Laser Cheater” turut terpalit pada nama gelaran tersebut.

Mungkin ini cuma mainan sesetengah golongan di Internet yang terlalu banyak mempunyai masa yang terluang, namun bagi sesetengah pihak perkara ini dipandang serius kerana turut menghina kewibawaan Malaysia.

Cuba anda ke http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_national_football_team . Lihat sahaja ‘Nickname’ Harimau Malaya.

Apa-apapun, Semoga Berjaya Skuad Harimau Malaya di pusingan kedua perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010!

Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku!

harimau malaya the laser cheater Harimau Malaya (The Laser Cheater) dihina di Wikipedia?

Posted in InternetComments (9)

Dato’ Seri Shahidan Kassim mahu Facebook disekat


Facebook disekat di Malaysia? Kalau betul apa yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Shahidan Kassim ni, nampaknya laman sosial Facebook akan tidak boleh diakses di Malaysia lagi!

Dato’ Seri Shahidan Kassim, salah seorang Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, “Jika mengancam keselamatan negara dan wujud unsur penghinaan terhadap agama, maka tidak perlu ada Facebook,”.

Perkara ini dibangkitkan apabila wujudnya isu penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Facebook.

Laporan polis turut telah dibuat berkenaan penghinaan tersebut.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengadakan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook yang menimbulkan penghinaan tersebut.

Apa kata anda? Apa akan berlaku kalau benar Facebook akan disekat? Kembali ke Friendster kah? Lagipun Friendster sekarang memang dah jadi milik syarikat Malaysia.

Habis la hilang segala permainan anda, Farmville, Fishville, Market Street, Cityville, Mobs Wars apa lagi… Haha

block facebook malaysia Dato Seri Shahidan Kassim mahu Facebook disekat

Posted in Internet, RandomComments (4)

Google Beruk, jumpa Khairy Jamaluddin


Siapa yang tak kenal dengan Khairy Jamaluddin, menantu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, yang giat dalam politik.

Ingat lagi dulu mengenai isu Google hina Perdana Menteri kita sekarang, Datuk Seri Najib Razak?

Nampaknya ada lagi perkara yang google terlepas pandang nampaknya, kali ni giliran Khairy Jamaluddin pula yang kena.

Mungkin bukan tanpa niat mengutuk, namun apa kan daya sampaikan Google pun boleh hina Khairy Jamaluddin, Google nampaknya telah samakan Khairy Jamaluddin dengan Beruk.

Cuba anda gunakan Search Engine di Google, taip ‘beruk’ cuba tengok apa yang keluar sebagai keputusan yang paling atas?

Beruk = Khairy Jamaluddin??

Malah, entri wikipedia mengenai Beruk sendiri pun tewas pada entri Khairy Jamaluddin, entri Khairy Jamaluddin pada kedudukan pertama, manakala entri Beruk pada kedudukan kedua!

Itu belum lihat pada Google Image lagi, lagi bermacam-macam gambar yang ada.

Mungkin ini perkara yang sudah lama diperkatakan, namun, rasanya masih ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini.

Lawak betul la Google ni, macam-macam.

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas, ataupun anda boleh cuba sendiri di Google.

Khairy Jamaluddin sama dengan beruk Google Beruk, jumpa Khairy Jamaluddin

Posted in Internet, LOL, RandomComments (5)

Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki


Baru beberapa hari filem 2 Alam hasil produksi Dr Rozmey ditayangkan, namun telah menerima kritikan dahsyat dari semua penontonnya.

Habis pelbagai komen dan review dari pelbagai media di internet tersebar luas mengkritik filem 2 Alam arahan Hairie Othman dan Ed Zarith.

Sedikit sedutan sinopsis filem 2 Alam ini,

Filem bergenre seram ini memaparkan kejelekkan sifat manusia yang lupa diri menggunakan ilmu yang dituntut, agama yang dianuti untuk kemahuan diri, mengikut tuntutan hawa nafsu melakukan perkara keji, jelek hanya kerana tuntutan nafsu duniawi.

Akibat gagal mengawal diri, ilmu tinggi yang dituntut tidak mampu menjadikan Amy lakonan Suhaila Salam manusia yang berguna lantas menjadi anak derhaka.

Amy menjadi umat yang mensia-siakan diri. Bukan hanya Amy, malah dia mencalitkan dosa dan noda kepada rakan-rakan dan sesiapa yang mendampinginya.

Lantas dunia adalah segala-gala baginya, walaupun pasti masuk neraka. Tiada beza bagi Amy kerana merasakan dunia dia yang punya.

Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. Amy menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.

Pelbagai komen hampa dan kecewa diberikan para blogger dan pengguna media internet.

Penuh di Facebook page Dr Rozmey dengan komen-komen dan hinaan terhadap filem 2 alam ini. Namun kesemuanya telah ‘selamat’ di-delete oleh admin page tersebut.

Cuba la cari, mungkin nasib baik boleh la jumpa yang tinggal-tinggal.

Yang tak boleh di-delete cuma komen-komen hashtag #2alam di twitter je, haha, silakan la mencari.

Tak kurang juga dengan facebook group yang banyak dicipta semata-mata kerana Dr Rozmey.

Namun, kalau anda tak sempat melihat komen-komen tersebut, dibawah ada disertakan screenshot untuk komen-komen itu.

Bukan sahaja dari penonton, malah juga mereka yang belum lagi menonton, namun meluat dengan Dr Rozmey?

#Kesian jutawan melayu kita, DDR…

2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakifacebook benci dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakifacebook dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakidr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki2 alam Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakitwitter 2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakiposter filem 2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki

Posted in Entertainment, LOL, MovieComments (8)

Video Paderi Benjamin Stephen hina Islam dan Nabi


Seorang Paderi, Benjamin Stephen didalam sebuah video klip didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad pada sebuah ceramahnya dipercayai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Video itu yang sebelum ini tersebar luas di internet dan Laman Facebook, sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Perkara mengenai Video klip YouTube menghina Islam ini telah dibincangkan oleh Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen di dalam blog beliau mahaguru58.blogpsot.com.

Video ini yang menyesatkan lagi menghina ini akan disiasat oleh pihak berkuasa lain, dan pihak berkuasa berharap agar jika terdapat sebarang saksi dan responden lain sila turut membuat laporan mengenai video klip tersebut.

Paderi Benjamin Stephen itu dipercayai merupakan seorang islam murtad yang berasal dari Pontianak, Indonesia dan merupakan pendakwah Kristian.

Antara dakwaan mengarut Paderi Benjamin Stephen itu ialah dimana beliau mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Pedophiliac apabila mengahwini isteri baginda, Aisyah.

Beliau mengaku bahawa sebagai seorang melayu, beliau diminta menjauhi anjing kerana disebabkan malaikat dalam islam takut kepada anjing dan buta apabila malam.

Berikut merupakan Video Paderi Benjamin Stephen menghina Islam,

Benjamin Stephen hina islam Video Paderi Benjamin Stephen hina Islam dan Nabi

Posted in Islamic, Malaysia, VideoComments (2)

Facebook Datuk Seri Najib Razak dihina dimaki


Laman Facebook Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, teruk dihina dan dimaki pada status nya yang terkini.

Status beliau tersebut yang berbunyi,

Looking forward to my meeting with Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei Darussalam later for our 14th annual consultation.

Status itu kemudiannya menerima beribu komen yang berunsur kebencian tidak kurang juga yang cuba menangkis komen berunsur benci tersebut.

Antara komen-komen menghina dan memaki tersebut ialah,

Najib Pukimak : Kahkah… Mana jepon? Sdh pigi ngocok ke? Kahkah
Tuntaskan hasrat kau na dl

Najib Pukimak : SEMOGA MALAYSIA TERTIMPA BENCANA BESAR
Kahkah

dan banyak lagi komen hina yang tersiar pada ruang komen status tersebut.

Perbuatan memalukan ini dikatakan adalah perbuatan dari segelintir rakyat Indonesia di Facebook, namun ini masih tidak dapat dipastikan kerana mungkin ini cuma perbuatan orang dalam negara yang cuba menyemarakkan api kebencian.

Malah, turut dihina bukan sahaja Perdana Menteri kita, tetapi juga Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin!

Berikut merupakan imej gambar paparan Facebook tersebut.

Facebook Datuk Seri Najib Razak : http://www.facebook.com/najibrazak

facebook najib razak dihina Facebook Datuk Seri Najib Razak dihina dimakifacebook perdana menteri najib razak Facebook Datuk Seri Najib Razak dihina dimaki

Posted in MalaysiaComments (6)

“International Burn A Koran Day” di Amerika?!


Dr. Terry D. Jones , seorang paderi/pendakwah di Florida, Amerika, mengumumkan beberapa hari lalu, bahawa beliau akan mengadakan majlis “International Burn A Koran Day”, di hadapan gereja beliau.
Upacara pembakaran Al-Quran ini akan diadakan di Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, pada 11 September 2010.

Menurut beliau, ianya sebagai tanda memperingati mangsa tragedi insiden World Trade Center 11 September 2001.

Namun, tindakan beliau yang mendapat tentangan di seluruh pelusuk dunia itu, turut mendapat tentangan dari masyarakat tempatan. Malah kebanyakan paderi dari Gereja lain mengutuk dan mengecam tindakan Terry Jones ini.

Paderi tempatan lain berkata, Keamanan dalam agama membawa kepada keamanan sesebuah bangsa, dan mengutuk tindakan menghina Al-Quran tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan ini bukan merujuk kepada ajaran Kristian sebenar.

Pihak berkuasa Gainesville berkata mereka telah berbuat pelbagai usaha untuk menghalang dari majlis haram ini berlangsung, malah, Jabatan Bomba Gainesville turut berkata tiada permit pembakaran terbuka atau nyalaan unggun api diberi kepada sesiapapun.

Terry Jones, ketika ditemui media berkata, beliau tidak takut dengan ugutan malah beliau turut menghina Islam dengan mengatakan Islam adalah sesat dan mengikut ajaran Syaitan.

Malah, beliau turut menulis sebuah buku yang sudah pasti akan menjadi kontroversi, buku yang bertajuk “ISLAM is of the DEVIL”.

Facebook mengenai acara haram ini telah lama diwujudkan dan menjadi medan kritikan orang ramai.

Apa kata para pembaca luangkan masa untuk Flag dan Report laman berkenaan yang sangat menghina agama Islam. Facebook

International Burn A Koran Day Terry Jones International Burn A Koran Day di Amerika?!

Terry Jones

Posted in News, WorldComments (1)

Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!


Sedang seluruh Malaysia sibuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53, tidak semena-mena laman mini sebuah web portal berita, Utusan Malaysia Online, Xtive, telah di hack dan deface oleh Hacker yang dipercayai dari Negara Indonesia.

Seluruh laman dan laman mini yang berada di bawah subdomain Utusan Malaysia Online tesebut telah digodam dan digantikan dengan laman lain yang amat memalukan dan menghina Malaysia.

Antara kata-kata yang diletakkan di laman mini tersebut ialah,

SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,
PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,
TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.
SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.

Mungkin ini adalah reaksi marah segelintir rakyat Indonesia.

Namun demikian mungkin ini boleh diambil sebagai pengajaran bahawa Laman Web mini Utusan Malaysia Online perlu mempunyai lebih sistem keselamatan untuk mengelakkan dari perkara sama berulang lagi.

Agak sedih apabila sambutan Kemerdekaan tahun ini menjadi medan para Hacker yang berkemungkinan dari Indonesia ini untuk menguji kehebatan masing-masing.

Namun, harus diingati bahawa, menjadi pegangan seorang penggodam (Hacker) bahawa tidak meninggalkan jejak dalam setiap tingkah-laku, Mana tahu serangan ini datang dari dalam Malaysia sendiri?

Laman tersebut : http://xtive.utusan.com.my/

xtive utusan kena hack1 Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!

Click image to view larger

Posted in Internet, News, Picture, WebsitesComments (10)







Partly powered by CleverPlugins.com