Masih ingat lagi entri sebelum ini berkenaan gambar flyers iklan dan spesifikasi Proton SAGA 1.6 FLX SE? Kali ni jom pula tengok gambar-gambar sebenar dari bilik pameran Proton!
Nak tahu maklumat lanjut berkenaan Proton SAGA 1.6 FLX SE ni? Boleh rujuk pada kiriman entri sebelum ini di sini.
Menarik? Tak sabar nak pandu uji Proton SAGA 1.6 FLX SE Baru ni!
Esok 25 November 2011, Proton akan melancarkan varian baru bagi model Proton Saga yang diperkemaskinikan, Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!
Proton Saga baru ini akan dilengkapi dengan enjin Campro IAFM 1.6L dan diberi keistimewaan dengan penambahan pelbagai ciri-ciri baru sejajar dengan penggunaan nama SE pada Saga ini.
Proton Saga FLX 1.6 SE ini turut akan dilengkapi dengan pilihan transmisi baru yang dibangunkan Proton, CVT dilengkapi dengan SAT 6 kelajuan, yang sebelum ini turut digunakan pada Saga FLX model 1.3L.
Jom tengok keratan iklan Proton Saga FLX 1.6 SE Baru ini!
Bukan itu sahaja penambahan beberapa aksesori baru dan perubahan kosmetik turut diberikan khas kepada Saga FLX SE ini agar dapat lebih menyerlah dan membezakan varian ini dengan varian yang lebih biasa. Ianya dilengkapi dengan Rim Aloi 15″, dan juga rekaan lampu belakang baru.
Jom lihat spesifikasi pada keratan iklan ini dengan lebih jelas. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.)
Menarik bukan? Nantikan gambar rasmi pelancaran dan model varian baru oleh Proton Saga ini.
Berkenaan harga, berdasarkan maklumat, varian baru Proton Saga ini akan diperkenalkan pada harga bawah RM50,000! Mungkin ini bagi mencabar harga jualan Perodua Myvi 1.5L agaknya.
Apa-apa pun, yang pasti ianya adalah berita yang baik untuk semua orang! lebih pilihan kepada pengguna dan sudah pasti lebih berbaloi!
Melampau! Satu kempen iklan yang kononnya memupuk keamanan bertindak melampau dengan poster iklan menampilkan gambar Imam Al-Azhar BERCIUM dengan Pope Vatican.
Bukan sahaja Imam Besar Ahmed Mohamed el-Tayeb dan Pope yang digambarkan bercium mulut, malah terdapat juga pemimpin besar dan ikon negarawan lain yang turut digambarkan bercium mulut!
Presiden Palestin Mahmoud Abbas bercium dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Il dan Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak bercium, dan juga Presiden China Hu Jintao bercium dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.
Menggelikan dan juga memalukan!
Tak pasti apa motif sebenar syarikat pakaian terkenal, Benetton, yang sebenarnya dengan kempen ini.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas bercium dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Il dan Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak bercium
Presiden China Hu Jintao bercium dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama
Imam Besar Masjid Al-Azhar Ahmed Mohamed el-Tayeb dan Pope Vatican City bercium
Jijik! Jurucakap Benetton boleh pula berkata ianya bagi meredakan kesengsaraan dan mengingatkan semua orang terhadap penderitaan di Afrika dan Athens. Apa kena-mengena???
Ada kenal dengan Ramli? Ala, pemain nombor 19 untuk Manchester United tu, boleh dikatakan lagenda Malaysia sebab pernah bermain untuk Manchester United!
Eh, bukan la, ini sebenarnya gimik iklan terbaru Telekom Malaysia (TM) je rupanya, untuk maklumkan kepada semua pelanggan, TM merupakan rakan tajaan bersama untuk kelab terkemuka bola sepak inggeris, Manchester United.
Kesemuanya berkaitan dengan iklan baru TM dibawah ni, jom tengok!
Iklan YouTube TM – Manchester United (Ramli Manchester United)
Hebat betul Ramli ni! Sampaikan Nani pun siap peluk-peluk dia lagi. Pemain penyerang untuk Manchester United rupanya Ramli ni!
Yang lawaknya dialog awal iklan tu, “Anak jiran tu skor 9A tau tak!”. Penuh bermakna lagi, mungkin dah sampai masa mentaliti rakyat Malaysia kena melihat kepada sukan sebagai haluan pekerjaan.
Tahniah Ramli! Walaupun ini gimik, ini gimik yang memberi harapan tinggi kepada pembangunan bolasepak negara!
Ramli : Pemain pertama Malaysia untuk Manchester United
Wah! Plaza Lowyat akan mengadakan promosi jualan barangan elektronik dengan harga runtuh! Promosi ‘Crazy Sale’ dengan jualan barang bermula RM1 sahaja!
Tak percaya? Cuba tengok kepingan risalah iklan yang diiklankan di surat khabar tempohari.
Promosi ‘Crazy Sale’ Plaza Lowyat ini akan bermula hari ini, 15 September 2011 sehingga 18 September 2011, bermula jam 1 tengahari dan selanjutnya!
Yang dah pasti menjadi perhatian sudah pasti jualan murah pelbagai alatan elektronik berjenama pada barisan pertama risalah itu! Antaranya, CSL Mi 700 Droid Pad boleh didapatkan dengan cuma RM11 sahaja! Samsung Galaxy Ace dengan RM450, Apple iPad 2 cuma RM750! Hebat kan?
Namun demikian, berdasarkan beberapa maklumat yang disampaikan, terdapat beberapa syarat-syarat dan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dapat membeli barangan itu dengan harga sedemikian. Sila rujuk dibawah :
Membuat belian bernilai RM50 atau lebih dalam satu resit, di kedai-kedai yang turut serta.
Setiap seorang dengan satu resit boleh membuat undian pada hari sama resit tersebut dikeluarkan.
Undian ini akan menentukan barangan elektronik yang anda boleh beli dengan harga runtuh ‘Crazy Sale’ ini.
Alamak! Lecehnya! Berbaloi ke habiskan RM50 semata-mata untuk dapatkan diskaun membeli barangan yang belum tentu menjadi pilihan walaupun dengan harga murah?
Video baru mengenai Kedai 1 Malaysia dikatakan secara terang-terangan mempunyai unsur propaganda politik. Video di YouTube itu turut dikatakan menghina kaum Cina.
Video di YouTube itu, di muat naik oleh seorang pengguna bernama ‘kawasaki9722′ dan video itu diberi tajuk ‘Sembang Rakyat – Kedai 1 Malaysia’.
Dalam video tersebut, terdapat lima watak yang membuka pelbagai cerita yang berlainan, seorang lelaki Cina bernama ‘Lim’, seorang warga tua muslim bernama ‘Mamat’, remaja melayu bernama ‘Dollah’, lelaki punjabi dengan serban bernama ‘Singh’ dan pemilik kedai mamak (India-muslim) dipanggil hanya dengan ‘Thamby’.
Dalam video tersebut, turut menyatakan bahawa Kedai 1Malaysia, mempunyai perbezaan harga antara 30 peratus sehingga 70 peratus berbanding kedai biasa.
Apa yang dikatakan sebagai propaganda politik adalah apabila salah satu watak dalam video ‘iklan’ tersebut menyatakan bahawa kesan kenaikan harga barang adalah tindakan bersama DAP dan peniaga korporat kaum Cina.
Kenyataan tersebut kemudiannya dibidas Lim Guan Eng mengatakan langsung tiada kebenaran dalam video tersebut.
Apa-apa pun yang berlaku, dibawah adalah video Iklan Kedai 1 Malaysia yang didakwa bersifat perkauman ‘rasis’ dan konspirasi penipuan semata-mata. Apa pendapat anda?
Ada-ada je, yang terkini, Iklan Ramadhan TV9 mengenai ibadah bersahur pula didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada agama Islam. Jom tengok,
Pemuda PAS Selangor mendakwa bahawa Iklan Ramadan TV9 itu menghina Islam apabila ianya dilihat mempersenda-sendakan ibadah bersahur dan memberi pandangan terpesong dari maksud sebenar ibadah tersebut.
Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, “Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah didalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,”.
Iklan tersebut memaparkan suasana apabila dua orang jiran saling mendengki dan bersaing dalam menyiapkan juadah sahur. Pada penghujungnya, memaparkan dimana salah seorang jiran tersebut terlalu asyik bersaing, sehingga apabila azan berkumandang dia tidak sempat untuk bersahur, dan jiran yang seorang lagi pula sedang membasuh pinggan sambil mentertawakan jirannya itu.
“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,”, itulah kenyataan yang telah ditambah oleh Ketua Pemuda Pas tersebut.
Sila saksikan video yang diperkatakan dibawah :
Video Iklan Ramadan TV9 yang didakwa menghina Islam
8TV mohon maaf secara terbuka mengenai isu video iklan rasis Ramadhan yang dikatakan mempunyai unsur perkauman dan menghina kaum Cina di Malaysia.
Dalam kenyataan umum itu, 8TV menghargai segala keprihatinan orang awam khususnya penontonnya, dan seterusnya memohon maaf jika video yang dimuatnaik terlebih dahulu itu menghina mana-mana pihak.
Video asal yang dimuatnaik sebagai pesanan khidmat masyarakat (Public Service Announcement (PSA)) di YouTube oleh produser di Primeworks Studios, Sanjit Randhawa, itu telah dibuang selepas beberapa jam ianya dimuatnaik.
Namun video yang sempat di muatturun oleh beberapa orang awam akhirnya dimuatnaik kembali di YouTube oleh pengguna lain, bagi mengecam tindakan 8TV tersebut,
Video iklan khidmat masyarakat Ramadhan 8TV berunsur perkauman?
8TV dalam kenyataan mohon maaf terbuka, kemudiannya dikecam lagi apabila dikatakan cuba menghina orang awam dengan memberi kenyataan video tersebut telah disalah faham dan memberi maksud intepretasi yang berlainan dari apa yang diharap pada asalnya.
It is with much regret that there were misinterpretations in the PSA. The message was not meant to offend anyone, race or creed – as it is a sincere message of respect for the Ramadhan month. However, the delivery or method of presentation of the PSA may be deemed insensitive to some. 8TV can assure the public that the intentions of the PSA was pure and of good intentions. – 8TV
Apa-apa pun, semoga isu salah faham yang berbangkit-bangkit ini dapat diselesaikan dengan segera pihak 8TV.
Diharap perkara yang sama tidak berulang lagi dan tiada isu sensitif sebegini berlaku lagi.
Brochure iklan dan spesifikasi Myvi Baru 2011 nampaknya telah didedahkan lebih awal dari tarikh pelancaran rasmi yang dikatakan. Jom tengok spesifikasi dan harga Myvi Baru 2011.
Berdasarkan pada yang dicatatkan pada risalah aksesori yang diberi, terdapat 3 jenis varian Perodua Myvi 2011 yang akan dilancarkan, Standard, Premium, Elegance, dan mungkin tidak lama lagi akan dilancarkan variasi Ekstrem?
Tiada maklumat mengenai spesifikasi enjin, tetapi berdasarkan sumber, Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut :
RM44,926.00 (M) Standard
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance
Menarik? Mungkin dari risalah iklan itu tak banyak beza rupa seperti Perodua Myvi generasi lama.
Recent Comments