Tag Archive | "Ilmu"

Nota untuk Noraini (Utusan) dari Pelajar UTP


Artikel ‘Kreativiti menipu, Tronoh jadi Toronto’ tulisan Noraini Abdul Razak, seorang editor berita Utusan Malaysia masih lagi menjadi isu hangat yang diperbincangkan.

Malah, sikap dan gaya penulisan beliau dalam artikel tersebut menerima kritikan hebat dan dikatakan tidak membawakan gaya seorang wartawan yang sepatutnya.

Tulisan seorang bakal graduan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) mendapat perhatian NK,

Dear Kumpulan Utusan (Attn: Mrs. Noraini Abdul Razak, News Editor)

Personally, I think your newspaper have make a damning mistake for being emotional in their article on UTP. Based on codes on the ethics of journalism, you have violated two of common elements = “Harm limitation principle” & “Accuracy and standards of factual reporting”.

In case you need some convincing, I would strongly suggest you read it on Wikpedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Journalism_ethics_and_standards) and  Resolution 1003 on the Ethics of Journalism agreed by European Council in 1993 (http://assembly.coe.int//main.asp?link=http%3A%2F%2Fassembly.coe.int%2Fdocuments%2Fadoptedtext%2Fta93%2FERES1003.HTM)

If you can make apologies on your errors in any of your news, there’s no harm of doing the same to UTP. Do note that the article has indirectly destroyed the future of approximately 6000 students of UTP, as they will be having a hard time to repair the perspective from local people and employers towards UTP.

I would expect you as a IIUM graduate to behave according to the norms of Islamic by not dismearing other people’s reputation

It’s simple. These 6000 people wants you to make a very simple apology to UTP. I’m not surprised if you still maintain your ignorance, you will expect your papers sales are going down in UTP. Plus, the latest turns of events didn’t went to yourfavour. So, what UTP want is an apology and Insya-Allah, business will be normal as usual.

Say Mrs. Noraini, how about if we ask your superior (Datuk Aziz Ishak – Ketua Pengarang Kumpulan Utusan) to sit down with UTP management and settle this in a harmony way.

Cheers for now! xD

P/S: How about an all-out debate or dialog to resolve this matter? Between you, UTP management, the students and the blogger itself. What say you?

Mohd Asyraf Fadzlee Ramli
Deputy Chief Operations Officer of Spotgamers
Universiti Teknologi Petronas (2006 – 2010)

Sumber : http://bit.ly/bpNOPw

Dalam tulisan beliau, Asyraf Fadzlee membincangkan kredibiliti Noraini selaku seorang wartawan, telah bertentangan dengan etika kewartawanan.

Beliau turut juga meminta penulis artikel kontroversi tersebut memohon maaf kerana telah secara tidak langsung memusnahkan pandangan positif awam terhadap bakal graduan UTP.

Turut dinyatakan adalah masih ada jalan penyelesaian secara baik dimana perkara tersebut boleh dibawa berbincang agar tidak membawa mudarat kepada mana-mana pihak.

Apa pendapat anda?

logo utusan malaysia Nota untuk Noraini (Utusan) dari Pelajar UTP

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (3)

Pelajar UTP tipu Salam Perantauan Utusan : Kantoi


Sebuah Artikel di bahagian Rencana di Mingguan Malaysia hari ini, bertajuk ‘Kreativiti menipu, Tronoh jadi Toronto’ mendapat perhatian umum.

Penulis artikel tersebut, Noraini Abdul Razak menyatakan dukacita beliau mengenai kes sebelum ini dimana sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menghantar ucapan Salam Perantauan yang menurut beliau adalah satu penipuan.

Gambar tersebut yang dirakamkan berlatarbelakangkan sebuah taman cantik umpama musim bunga itu dikatakan diambil di Universiti of Toronto, Kanada, sedangkan fakta sebenar gambar tersebut hanya di ambil di sebuah taman di UTP yang terletak di Tronoh, Perak itu.

Gambar tersebut yang diterbitkan pada 21 September 2010 untuk ruangan Salam Perantauan di Utusan Malaysia didakwa oleh penulis sebagai menjadi kebanggaan pelajar yang menipu tersebut dan ianya telah tersebar di seluruh internet.

Perasaan marah penulis artikel tersebut nyata ditunjukkan dalam kata-kata berikut :

Mengapakah hujah-hujah pendek akal dilontarkan oleh pelajar yang kini menuntut di peringkat universiti. Atau keterujaan untuk menipu telah membataskan akal fikiran mereka sehingga tidak boleh membezakan antara yang logik dan tidak masuk akal.

Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga dedahkan penipuan.

Hmm, apa pendapat anda? Adakah pelajar UTP tidak boleh dikira sebagai perantauan? Kebanyakan mereka turut datang jauh dari segala pelusuk negara untuk menuntut ilmu.

Apa-apa, silakan baca tulisan penuh Noraini Abdul Razak mengenai isu ini : Utusan

Untuk makluman pembaca, artikel ini turut disiarkan dalam Mingguan Malaysia 10 Oktober 2010,

pelajar UTP tipu utusan malaysia Pelajar UTP tipu Salam Perantauan Utusan : Kantoi

Posted in Education, LOL, NewsComments (17)

BookFest @ Malaysia di KLCC


BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.

Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.

Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.

Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas

Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.

Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.

Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.

Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

bookfest malaysia 2010 BookFest @ Malaysia di KLCC

Posted in Education, EventsComments (3)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com