Ketua Polis Balai Polis Beranang, Sayed Hashim Sayed Ahmad, mengeluarkan satu hebahan kepada orang awam untuk membantu mengesan kenderaan penjenayah, jom tengok!
Minta jasa baik, barang siapa yang mempunyai maklumat, sila hubungi pihak polis, atau anda boleh terus hubungi Balai Polis Beranang di talian : 03 – 8766 7222.
Sebarkan pada rakan-rakan anda, mari bersama banterasi jenayah!
Hampir 99% sudah disahkan yang kelab gergasi bolasepak dunia, Barcelona FC dan Manchester United akan singgah di Malaysia sebagai destinasi Asia Tour 2012!
Barcelona dan Manchester United akan juga membuat kunjungan di China, Indonesia dan India di sepanjang perjalanan Asia Tour 2012 mereka.
Kelab Manchester United kelihatan adalah lebih cenderung untuk tiba di Malaysia setelah sebelum ini Malaysia pernah menjadi destinasi mereka pada tahun 2009, dengan keputusan berpihak kepada mereka 3-2, dan 3-0.
Manakala kelab Barcelona, yang dikhabarkan kos membawa mereka ke Malaysia adalah lebih kecil dari kelab-kelab ternama lain, sedang dalam pertimbangan untuk hadir ke Malaysia. Berdasarkan maklumat, polisi kelab itu yang sedang giat memikat peminat dari rantau ini mungkin membuatkan mereka singgah di Malaysia.
Pada tahun lepas, pasukan bolasepak Malaysia juga pernah menerima kunjungan kelab gergasi bola sepak Inggeris Arsenal, Chelsea dan Liverpool dalam EPL Asia Tour.
Hebat! Bermakna lepas ni boleh la berpeluang bertemu dengan Lionel Messi dari Barcelona dan juga Wayne Rooney dari Manchester United!!
Lionel Messi
Wayne Rooney
Bila tarikh? Berapa harga tiket? Tak ada apa-apa maklumat la pula kan. Tak apa, bila ada je maklumat, anda orang yang pertama akan tahu disini!
Gardenia mengemukakan jawapan terbuka terhadap dakwaan isu perkauman yang ada pada syarikat roti Gardenia, berikut merupakan kenyataan rasmi tersebut.
We would like to respond to the recent circulated slanderous e-mails and text messages (SMS) by parties whom we believe with ulterior motives and a lot to gain by using racial sensitivity and politics to their own end.
Allow us to post some questions:
1. Does any politically influenced company has posters (refer below) in their office?
2. Does a political crony company has senior management team of qualified professionals all racially diverse?
3. Does Gardenia, at any time, get any special treatment or contracts?
The fact is:
Gardenia took pride in being everything that a good Malaysian company should be. We employ highly professional ethical people regardless of their races or religion.
Competitors have tried time and again through underhanded means to exploit uninformed Malaysian with falsehoods for their own gain because it is just too difficult and will take too long to compete professionally and on fair grounds.
Gardenia’s senior management team is made of qualified professionals. We promote racial diversity from the management team to the ground level.
The ingredients used in Gardenia products are purchased from suppliers who can meet Gardenia’s high quality specifications at competitive prices.
Please forward my reply to your friends and do include it in your facebook/blogs. Don’t allow them to be used by unscrupulous parties.
If you need further clarification, please call Koh Chin Huat, Hazlinah Harun or Lavinia Anthony at 03 – 5542 3228.
Thank you.
Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Gardenia ini membidas beberapa dakwaan yang tersebar melalui emel, dan SMS dari beberapa pihak yang cuba membangkitkan isu perkauman dan menggunakannya untuk kepentingan diri dan politik.
Gardenia mendakwa syarikatnya mempunyai persekitaran yang memupuk muafakat dan tidak langsung mempunyai motif perkauman. Turut disertakan beberapa kepingan gambar yang menonjolkan poster anti-perkauman yang digunakan di pejabat Gardenia.
Pentadbiran tinggi Gardenia yang merangkumi pelbagai bangsa adalah dipilih atas dasar kelayakan yang tinggi dan nilai profesional.
Berkenaan isu pembekal, Gardenia menyatakan bahawa pembekal yang dipilih adalah berdasarkan taraf pembekal yang menepati taraf kualiti piawaian Gardenia dan menawarkan harga yang paling berdaya-saing.
Poster yang diperkatakan diatas adalah seperti berikut :
Apa pendapat anda? Cukupkah bukti yang ditampilkan Gardenia ni? Sekadar poster, adakah ianya cukup untuk membidas dakwaan isu perkauman? Macam tak,
Yang menarik dan agak kelakar, kalau ada yang ingin maklumat lanjut dari Gardenia boleh hubungi Koh Chin Huat, Hazlinah Harun atau Lavinia Anthony, amboi, betul-betul macam iklan 1Malaysia, tukang jawab panggilan pun ikut format Ahmad-Ah Chong-Raju, cukup bangsa Melayu, Cina, dan India.
Rata-rata semua negara nak buat rancangan ‘Talent’ untuk mencari bakat tersembunyi orang awam, tapi di India, bakat yang ditampilkan menakutkan! Jom tengok!
Menarik? Dahsyat? Melampau?!
Sampai terkejut-kejut juri perempuan tu dibuatnya!
Kumpulan yang menamakan diri mereka ‘The Warriors of Goja’ itu melakukan pelbagai aksi gila ganas!
Antaranya seperti, memakan kacak lampu kalimantang, baring di atas tilam jarum, menumbuk batu-bata, dan menghentak badan dengan tukul besi gergasi!
Yang paling dahsyat, melenyek kepala salah seorang dari mereka dengan motor yang laju, dan juga menindih badan dengan kereta!
Cuba tengok video ni, pelik pula bila tengok polis ni bertengkar lidah dengan pemandu lori berbangsa india ni, sampai ugut-mengugut dan mencarut-carut lagi!
Mengenai apa bergaduh ni ya? Berdasarkan perbualan dalam video ni, nampaknya pergaduhan ni berkenaan dengan kononnya anggota polis itu terlebih dahulu mengeluarkan perkataan kesat (mencarut) dan ditujukan kepada kelindan lori ni.
Kelindan lori ni pun mengamuk dan memaki hamun anggota polis ini yang didakwa lari dari tugasnya melindungi keamanan, tetapi menghina kelindan lori itu.
Lokasi kejadian adalah tidak pasti, tetapi video ini masih lagi baru menurut sumber.
Kalau ada yang punya maklumat lebih, sila kongsi bersama ya, terima kasih.
Agak-agak apa yang dilakukan sebagai masa lapang kanak-kanak di Mumbai, India? Nak tahu apa yang diorang buat? Jom tengok entri ni, seumpama Spiderman versi India!
Hebat tak? Hebat atau bodoh semata-mata? Hebat la agaknya sampai orang rakam dan masuk YouTube.
Dan disebabkan video ni juga la, ada banyak lagi kes kononnya kehebatan orang disana yang melakukan aktivit tak munasabah dan teramat dan gila bahaya ni.
Kesannya? ada la kes macam budak sorang kat bawah ni,
Days after a video of two youths performing death-defying stunts on a Mumbai local train went viral on the internet, a 13-yearold boy paid the price for trying to copy them. Zahid Ansari was leaning out of a suburban train when he was struck by a pole.
Zahid fell unconscious on the side of the tracks.
Though he miraculously survived, he’s suffering from severe concussions and may be in need of prolonged medical attention. Times Group photo journalist Sebastian D’Souza, was on his way to work when he saw the amateur stuntman crossing the line between childish bluster and sheer foolhardiness.
As Zahid and two others were dangling out of the train, a man standing next to D’Souza said, “Yeh ladke marenge.”
Within a few seconds, his words almost turned out to be prophetic as Zahid hit the pole cheek first, took a tumble and fell agonisingly close to tracks, his legs within a foot of the train. The son of a construction worker from Mumbra, Zahid was rushed to St George’s Hospital, where doctors said things could’ve been much worse. “His face had turned blue. There was severe swelling. There is no skull fracture, but he will be sent for a CT scan.”
Aduhai, kejadah apa la si Zahid ni, tak cukup hebat la ni, boleh pula kemalangan teruk terlanggar tiang. Nasib tak mati atau jadi hilang ingatan. Padan Muka!
Harap-harap kat Malaysia tak berlaku la kes kebodohan macam ni. Dari main macam tu, baik pergi ‘wall climbing’ ke, Futsal ke…..
Di India, mana-mana rakyat yang menawarkan diri dengan sukarela untuk menjalani proses memandulkan diri, akan diberi hadiah kereta!
Hadiah kereta yang ditawarkan pula adalah kereta buatan India dan juga merupakan kereta termurah di dunia, Tata Nano.
Lain-lain hadiah yang turut ditawarkan kepada lelaki dan wanita yang sanggup menawarkan diri untuk dimandulkan adalah set televisyen baru dan juga motorsikal baru.
Inisiatif baru ini diambil kerana India mempunyai populasi yang terlampau ramai, dan adalah sudah menjadi fakta dimana India merupakan rumah kepada 17% populasi dunia.
Kadar kepadatan populasi India adalah lebih banyak dari kadar kepadatan populasi Bangladesh, Brazil, Indonesia, Pakistan dan Amerika Syarikat, digabungkan sekali.
Hmm, sanggupkah kalau anda, mandulkan diri, tanpa mempunyai zuriat, semata-mata untuk memenangi hadiah yang ditawarkan?
Gambar disyaki penyimbah asid di Kuala Lumpur telah tersebar di internet dan laman-laman web seperti Facebok, Twitter dan sebagainya. Berikut adalah gambar suspek.
Masyarakat beragama Hindu seluruh dunia mengamuk dengan tindakan seorang pereka fesyen dari Australia, Lisa Burke, kerana mereka baju renang bercorak dewa Hindu ‘Lakshmi’.
Sesiapa pun akan timbul perasaan marah dengan tindakan beliau ini, meskipun anda bukan seorang yang beragama Hindu. Ini kerana tindakan melampau terhadap fesyen sehingga tidak menghargai sensitiviti dan batasan.
Aktivis organisasi sayap kanan Hindu, Shiv Sena, melakukan demonstrasi tempoh hari di Amritsar, Punjab, India. Aktivis berkenaan memegang gambar model Australia tersebut dan membakar gambar tersebut dan bendera negara Australia.
Jenama Lisa Blue kemudiannya mengeluarkan kenyataan berikut di Laman Facebook mereka :
We would like to offer an apology to anyone we may have offended and advise that the image of Goddess Lakshmi will not appear on any piece of Lisa Blue swimwear for the new season, with a halt put on all production of the new range and pieces shown on the runway from last week removed.Lisa Blue has been born out of a love of conservation, spirituality and a respect for all people. At no time would we ever have intended that the brand would cause offence. The use of images of Goddess Lakshmi was not in any way a measure of calculated risk taking, simply it was a desire to celebrate different cultures and share that through our brand.
Ramai masyarakat dari India berkata, imej yang digunakan amat menjelikkan kerana digunakan pada seni yang tidak sepatutnya. Mereka juga mendakwa bahawa imej dewa Lakshmi yang digunakan amat tidak sesuai dengan motif rekaan baju tersebut.
Macam-macam, macam mana la agaknya pereka fesyen ni langsung tiada sensitiviti terhadap agama lain.
Tahukah anda Budu, makanan tradisional masyarakat di Kelantan dan selatan Thailand merupakan makanan yang penuh dengan zat dan khasiat untuk kesihatan?
Siapa sedar makanan yang agak mudah pembuatannya dengan campuran ikan bilis dan garam ini mempunyai kandungan Protein yang sangat tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat lain yang baik untuk kesihatan.
Budu yang berasal dari Kelantan, mempunyai banyak persamaan dengan resepi pembuatan makanan lain berasaskan ikan bilis di negara lain seperti, patis di Filipina, ketjap-ikan di Indonesia, ngapi di Myanmar, nuoc mam di Vietnam, ishiru atau shottsuru di Jepun, colombo-cure di India dan Pakistan, yeesu di China, dan aekjeot di Korea.
Tahukah anda Budu Cap Ketereh merupakan budu pertama yang diberi pengiktirafan sebagai Harta Intelek negara pada 2007?
Budu mengandungi kimia Glutathione yang bertindak sebagai antioksidan, mampu membuang toksik dalam badan, dan meningkatkan imuniti badan kepada penyakit merbahaya seperti kanser.
Malah, Budu juga dikira sebagai produk kecantikan kerana kandungan antioksidannya mampu memberikan awet muda pada penggemarnya.
Nantikan entri akan datang berkenaan Budu yang telah dijadikan sebagai kandungan dalam produk kosmetik.
Recent Comments