17 April yang lalu, sebuah rumah di Subang Jaya USJ 3/3 telah dirompak dan dikira sebagai kes pecah rumah, melibatkan 4 orang lelaki berbangsa india yang memakai topeng.
Berikut merupakan kenyataan yang ditulis mengenai tragedi yang berlaku ini :
My friend’s house was broken into last night (17/4/11) at around 10.20 pm in the USJ 3/3 area. 4 Indian guys dressed totally in black and wearing masks and gloves scaled her wall and prised up her inner grille gate (pls see attached photo). Shocking!
She and her husband were upstairs while her 12 yr old son and maid were downstairs. Her son heard the sound of the robbers breaking in and ran upstairs but the robbers were so fast. One held a parang to my friend’s neck while another held a sword to her husband’s neck. Fortunately, after taking their jewellery, money, laptop and handphones, they left. No one was injured.
Please be on the alert.
Bahaya betul, pintu pagar dah kunci pun boleh dibuka sampai bengkok-bengkok. Mungkin besi pagar tu besi pagar murahan? Made in China? Atau kerana besi pagar tersebut jenis besi kosong yang sememangnya mudah untuk dilenturkan?
Apa-apa pun, sila berjaga-jaga dan amalkan keselamatan yang lebih unutk diri anda dan keluarga. Nasib baik ahli keluarga mangsa tidak diapa-apakan.
Hari ini, Apple iPad 2 dilancarkan dan mula dijual di Apple Store di Hong Kong, India, Korea, Filipina, Singapura dan tidak ketinggalan Malaysia. Jom tengok pakej harga yang ditawarkan.
Nampaknya khabar angin sebelum ini mengenai harga Apple iPad 2 di Malaysia sememangnya benar dan berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan bagi setiap model.
iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi Sahaja = RM1499/RM1799/RM2099
iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi dan 3G = RM1899/RM2199/RM2499
Apa lagi, segera dapatkan Apple iPad 2 yang dijual jika anda sememangnya peminat Apple sejati!
Malah, menurut maklumat yang diberitahu, kebanyakan Apple iPad 2 yang dijual di Apple Store dan Machine, sudah habis dijual, dan jikalau anda pun, cuma model iPad 2 berwarna hitam! Pilihan warna putih kehabisan stok!
Tapak di sebelah KL Sentral yang dahulunya kosong dan lengang, kini sedang sibuk dengan pembinaan dan pembangunan kompleks yang dikatakan sebagai KL Sentral Shopping Centre.
Menurut sumber, bangunan baru yang dibina tersebut, akan menyambungkan Stesen Monorail di seberang jalan arah Brickfields, dan kompleks transit (LRT,ERL,KTM) KL Sentral kini.
Kompleks baru ini akan menempatkan pusat membeli-belah baru, dan juga pelbagai bangunan pejabat. Boleh dikatakan sebagai ianya seumpama “Mini-MidValley City”.
Dan sudah semestinya, ianya akan memberi kesan pada pembangunan di kawasan Brickfields dan sekitarnya yang begitu terkenal dengan tradisi masyarakat India, sehingga kini dikenali sebagai “Little India”.
Jom tengok gambar pembangunan yang sedang dijalankan di KL Sentral ini, bakal kompleks pusat membeli-belah “KL Sentral Shopping Centre”.
Sebuah video yang menampilkan seorang pelajar India dibuli di sekolah telah tersebar di Youtube, pembuli dipercayai berbangsa melayu dan tindakan beliau amat memalukan.
Pelajar india tersebut dipercayai dibuli oleh pelajar berbangsa melayu yang lebih senior daripada beliau. Pelajar india tersebut dipaksa menghina bangsa beliau sendiri, meskipun telah beberapa kali cuba menolak paksaan tersebut.
Perkataan “Keling Babi” yang dipaksa pelajar senior untuk diungkapkan oleh pelajar india tersebut adalah amat menghina bangsa india.
Tindakan pelajar senior tersebut yang bersikap rasis, dan amat terserlah sikap penghinaan pada perkauman itu sudah pasti akan diambil tindakan. Namun sehingga kini pelajar senior tersebut masih belum dapat dikenal pasti.
Adegan berikut dipercayai berlaku antara dua pelajar, dan dihalaman SMK Shah Bandar, Klang, Selangor.
Apa pandangan anda? Apa tindakan pihak sekolah, ibu bapa, mahupun pihak berkuasa sendiri?
Awal minggu lepas, kontroversi mengenai penggunaan Novel INTERLOK sebagai novel rasmi sastera untuk pelajar tingkatan lima (SPM) begitu hangat diperkatakan, apa sebenarnya isu tersebut?
Ianya bukan hanya kontroversi, dikatakan telah berlaku beberapa perdebatan sebelum ini di Parlimen, sehinggakan pada sambutan Thaipusam yang lalu, dikatakan terdapat demonstrasi diadakan, dimana beberapa telah ditahan pihak polis sebagai tahan soal siasat.
Novel sastera INTERLOK menjadi isu apabila masyarakat india di Malaysia menyatakan bahawa novel tersebut mempunyai unsur penghinaan terhadap kaum india, dan kemudiannya timbul pula kenyataan terbaru dari Presiden MIC, Datuk G.Palanivel, mengatakan bahawa penggunaan Novel INTERLOK tidak mengikut dasar kerajaan iaitu semangat 1Malaysia.
Novel INTERLOK mengisahkan mengenai kisah suka dan duka kehidupan masyarakat Melayu, Cina, dan India ketika zaman sebelum kemerdekaan dikecapi, ketika zaman penjajahan jepun dan zaman darurat komunis.
Novel tulisan sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain pada tahun 1971 itu menjadi isu sensitif apabila terdapatnya rujukan penulis terhadap pendatang dari selatan india dengan panggilan sistem kasta, ‘Pariah’, seumpama menghina masyarakat india.
Terbaru, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini dalam situasi berjaga-jaga atas dakwaan akan berlakunya protes besar-besaran oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF), dimana dikatakan merupakan dalang disebalik pembakaran buku novel INTERLOK di hadapan Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves ketika sambutan Thaipusam yang lalu.
Beberapa ahli politik lain berpendapat tiada unsur rasisme atau perkauman pada kandungan buku novel.
Perkara ini masih lagi dibincangkan, dan belum ada kata putus dari mana-mana pihak.
Apa-apa pun, diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera tanpa sebarang kesulitan berlaku.
Terkini maklumat mengenai Utusan Malaysia, surat khabar berbahasa Malaysia tersebut didakwa sebagai menyebarkan sentimen Rasisme atau Perkauman.
Turut dinyatakan adalah dimana surat khabar yang ramai dari pembacanya adalah berbangsa Melayu tersebut terlalu melampau dalam menekankan isu-isu seperti Dasar Ekonomi Baru (New Economy Policy) dan Ketuanan Melayu.
Kenyataan ini disokong apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa surat khabar ini dan juga peminatnya membawa dan mendokong fahaman ekstremis.
Lim Guan Eng turut mendakwa Utusan Malaysia menyebarkan berita palsu dan berkemungkinan akan menyaman surat khabar tersebut atas dasar menjatuhkan imej beliau.
Utusan Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak membawa unsur Rasisme dan sentiasa meletakkan keutaaman bagi unsur perpaduan dan kedamaian antara kaum.
Namun Utusan Malaysia turut mengaku bahawa lebih menekankan isu mengenai Hak Melayu sejak berakhirnya Pilihanraya Umum Mac 2008.
Utusan Malaysia juga berkata mereka cuma bertahan dengan pelbagai serangan terhadap isu sensitif seperti penggunaan bahasa, hak raja melayu, malah penggunaan perkataaan Allah.
Reputasi Utusan Malaysia kian terjejas dengan dakwaan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan Utusan Malaysia sentiasa memperbesarkan isu Perkauman di Malaysia.
Apa pendapat anda? Utusan Malaysia memang merupakan akhbar yang berada di bawah UMNO pun kan? Bukan?
Selamat Hari Deepavali diucapkan kepada semua penganut agama Hindu di seluruh dunia, khususnya di negara tercinta, Malaysia.
Perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini disambut meriah dengan penganjuran rumah terbuka dihadiri rakyat berbilang bangsa sekaligus mampu mengeratkan lagi perpaduan kaum yang sedia terjalin selama ini.
Tahukah anda, perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang beerti cahaya dan perkataan “Gavali” yang beerti barisan.
Ini bermaksud, perkataan Deepavali membawa maksud barisan cahaya, sebab itu la Deepavali juga dikenali dengan nama pesta cahaya ataupun ‘Festival of light’.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Pada hari Deepavali juga, ramai yang akan memakai baju pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan.
Kebanyakan penganut Hindu juga akan mengadakan rumah terbuka dimana rakyat pelbagai kaum dapat hadiri dan mengenali Deepavali sambil mengeratkan lagi perpaduan kaum.
Apa-apa pun, Selamat Hari Deepavali 2010, saksikan Iklan Rasmi Petronas Greetings sempena Hari Deepavali 2010.
Berakhir sudah temasya Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India semalam, dan nampaknya Malaysia cemerlang di temasya sukan besar itu.
Pada mulanya hanya 10 pingat emas yang diletakkan sebagai sasaran oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
Namun, aksi cemerlang kontinjen atlet Malaysia di New Delhi membuahkan hasil 12 pingat emas buat kontinjen negara.
Melalui 15 acara berbeza kategori yang disertai Malaysia, pungutan akhir medal adalah 35 pingat iaitu, 12 Pingat Emas, 10 Pingat Perak, dan 13 Pingat Gangsa.
Pada hari terakhir termasya sahaja, skuad badminton negara berjaya memungut 3 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak untuk membawa pulang kejayaan besar negara.
Keseluruhan, Malaysia menduduki tempat ketujuh daripada 36 negara yang bertanding. Negara lain yang berada di atas kedudukan Malaysia mengikut turutan ialah, Australia, India, England, Canada, Afrika Selatan dan Kenya.
Untuk makluman, pencapaian ini adalah lebih baik berbanding pencapaian Malaysia ketika temasya Sukan Komanwel Melbourne 2006 dimana skuad negara hanya membawa pulang tujuh pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa.
Tahniah kepada kontinjen negara atas pencapaian yang membanggakan itu.
Apa-apa, kita nantikan keputusan yang lebih gemilang di temasya Sukan Komanwel di Scotland, Glasgow 2014.
Buat pertama kalinya, persembahan ‘Kings and Queen of Comedy Asia’ akan diadakan di Malaysia! Persembahan ini akan menampilkan 5 orang ‘stand-up comedian’ yang sangat berbakat.
Mempersembahkan 5 orang ‘stand-up comedian’ iaitu :
Harith Iskandar dari Malaysia,
Hung Le dari Vietnam,
Kumar dari Singapura,
Douglas Lim dari Malaysia,
Vir Das dari India.
Persembahan ini dibawakan khas oleh The Comedy Club Asia dengan kerjasama The Comedy Club KL.
Persembahan khas ini akan diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC pada 23 Oktober 2010.
Kings and Queen of Comedy Asia turut akan diadakan di Singapura sehari lebih awal iaitu 22 Oktober 2010 bertempatkan di Singapore Conference Hall.
Harga tiket adalah bermula dengan serendah RM88 hingga tiket paling mahal ialah RM298. Namun terdapat tawaran untuk harga tiket pelajar iaitu dengan harga cuma RM80 sahaja.
‘Kings and Queen of Comedy Asia’ dibawakan dengan tema “One Stage, One Night, One Venue : Prepare to laugh your heart out”
Recent Comments