Posted on 01 November 2011. Tags: 200, Demonstrasi, Insiden, Ketua Menteri, Lepak, Lim Guan Eng, Lim Guan Eng Rasis, Mat Rempit, Polis, Pulau Pinang, Rasis, Remaja, Rempit, Selamatkan Pulau Pinang
200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinang ditahan pihak Polis dengan protes dan permintaan untuk sebuah trak litar lumba dibina khusus untuk mereka.
Bukan sahaja itu, ‘pesta’ membuat sekatan jalan raya sesuka hati, dan menyesakkan jalan raya itu turut mempunyai tujuan lain iaitu membuat bantahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas dakwaan rasis.
Ada antara mat-mat rempit yang membuat protes itu memakai baju t-shirt yang mempunyai slogan, ‘Selamatkan Pulau Pinang, Lim Guan Eng Rasis!’
Teruskan dengan gambar-gambar insiden tersebut,







Kejadian itu yang berlaku di tengah kota Pulau Pinang, menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas melebihi tempoh 2 jam lamanya. Pihak polis yang cuba menyuraikan keadaan lebih awal pada itu tidak diambil endah oleh mat-mat rempit itu.
Ada antara mat rempit itu yang bertidak samseng dengan cuba melanggar anggota polis yang bertugas. Akhirnya pihak polis Pulau Pinang terpaksa mengerahkan lebih ramai anggota untuk membuat penahanan terhadap mereka. Beberapa mat rempit berjaya melarikan diri.
Yang menjadi persoalannya, apakah relevan memakai baju mendakwa Lim Guan Eng rasis, walhal permintaan sebenar mereka adalah untuk diwujudkan litar lumba? Persoalan kedua, nampak bersungguh-sungguh betul mat-mat rempit ni sampai sempat reka dan cipta baju untuk tujuan khas ni? Banyak duit, atau dapat tajaan pihak luar?
Amboi litar lumba khas untuk mat rempit melepak, kalau litar ni tidak dikawal dan dijaga, alamatnya mungkin makin banyak remaja bawah umur memandu motorsikal secara haram, ataupun bertambah kes buang bayi, mungkin tak?
Posted in Malaysia, News
Posted on 28 October 2011. Tags: FAM, Hack, Insiden, Negeri Sembilan, Piala Malaysia, Pusingan Akhir Piala Malaysia, RM50, Terengganu, Website
Sebagai tanda protes dengan kenaikan harga tiket Pusingan Akhir Piala Malaysia bernilai RM50, kali ini Laman web FAM pula kena Hack! Cepat tengok,
Pusingan Akhir Piala Malaysia pasukan negeri Terengganu menentang pasukan Negeri Sembilan pada 29 Oktober esok, di cemari dengan pelbagai insiden lain dimana peminat bola sepak negara begitu marah dengan tindakan FAM yang mengenakan harga tinggi untuk tiket masuk stadium.
Selain dari limpahan cat merah di ibu pejabat FAM kelmarin, pelbagai bantahan secara aman turut dibuat oleh pengikut Kelab Penyokong Bola Sepak negeri masing-masing.
Jom tengok laman web FAM yang kena hack dengan penghinaan melampau ini, http://www.fam.org.my/
Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Alamak!, kena ‘deface’ sampai gambar babi pun dipampangkan di muka depan!
Maaf la FAM, sebagai peminat bola sepak negara, tak kisah la kalau nak terlebih jual jumlah tiket pun, tapi janganlah sampai naikkan harga tiket!
Posted in Malaysia, News, Sport
Posted on 29 August 2010. Tags: Bahaya, Bendera, Benteng Demokrasi Rakyat, Bintan, Bunuh, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dunia, Duta, Gaduh, Harmoni, Hina, Indonesia, Indonesial, Insiden, Kedutaan, Konflik, Kumpulan, Kutuk, Malaysia, Malingsia, Memorandum, Negara, News, Pemuda, Perang, Susilo Bambang Yudhoyono, Umbo, UMNO, World
Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.
Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.
Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.
Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.
Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.

Posted in Malaysia, News, World
Posted on 24 August 2010. Tags: Bahaya, Bendera, Benteng Demokrasi Rakyat, Bintan, Bunuh, Dunia, Duta, Gaduh, Harmoni, Hina, Indonesia, Indonesial, Insiden, Kedutaan, Konflik, Kumpulan, Kutuk, Malaysia, Malingsia, Memorandum, Negara, News, Pemuda, Perang, Umbo, UMNO, World
Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.
Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.
Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.
Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.
Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.
Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.
Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.
Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.

Apa pendapat anda?
Posted in Malaysia, News, World
Recent Comments