Tag Archive | "Internet"

Horsemanning, gaya bergambar kuno, kini kembali popular


Anda dah tahu Planking, anda dah tahu Owling, semua tu dah boring. Nak tahu apa yang baru anda boleh cuba? Jom bergambar gaya Horsemanning!

Horsemanning adalah gaya bergambar yang popular sejak 1920-an lagi, dan ianya kini tiba-tiba menjadi minat ramai setelah gaya ini dibangkitkan semula dan menjadi sensasi di internet!

Apa maksud horsemanning? Horsemanning ni ialah gaya bergambar dengan mencipta ilusi konon-kononnya kepada anda telah terpisah dari badan! Ngeri bukan? Tapi kalau anda dah lihat gambar-gambar yang tersebar di internet, mesti anda akan tertarik.

Sebab ianya memang menarik dan kreatif!

Jom tengok beberapa contoh gambar terbaik Horsemanning di internet.

horsemanning 1 Horsemanning, gaya bergambar kuno, kini kembali popularhorsemanning 2 Horsemanning, gaya bergambar kuno, kini kembali popularhorsemanning 3 Horsemanning, gaya bergambar kuno, kini kembali popularhorsemanning 4 Horsemanning, gaya bergambar kuno, kini kembali popularhorsemanning 5 Horsemanning, gaya bergambar kuno, kini kembali popularhorsemanning 6 Horsemanning, gaya bergambar kuno, kini kembali popular

Nak tengok lebih banyak lagi? Boleh tengok di laman web : www.horsemanning.com

Posted in Internet, RandomComments (0)

Gaya posing gambar ‘Owling’ lebih pelik dari ‘Planking’


Kalau dulu heboh dengan gaya bergambar ‘Planking’ – meniarap merata-rata, kini muncul pula gaya ‘Owling’, bergambar bercangkung merata-rata pula.

owling pelik Gaya posing gambar Owling lebih pelik dari Planking

Gaya bergambar yang semakin popular di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain ini semakin heboh di laman internet dimana ramai orang mula memaparkan gambar dengan gaya posing terkini ini.

‘Owling’ ini diinspirasikan berdasarkan gaya burung hantu – ‘Owl’ – yang duduk di dahan pokok tanpa bergerak, dan memandang arah lain.

Serupa juga dengan gaya bergambar baru ini, pesertanya akan duduk bercangkung menyerupai burung hantu, dan memandang arah lain.

Pelik kan? Nak cuba bergambar ‘Owling’ ni beramai-ramai tak?

Nak tengok gambar gaya ‘Planking’? cuba tengok gambar-gambar terkenal di internet dalam entri sebelum ini : Planking

owling pelik 2 Gaya posing gambar Owling lebih pelik dari Plankingowling pelik 3 Gaya posing gambar Owling lebih pelik dari Planking

Posted in LOL, Picture, Random, WeirdComments (0)

Gangguan talian Internet TM seluruh negara pada 7 Julai


Telekom Malaysia, TM, melalui laman pengumumannya telah memaklumkan mengenai gangguan talian internetnya yang melibatkan seluruh negara pada 7 Julai 2011 nanti.

Gangguan internet yang diumumkan itu adalah disebabkan penambahbaikan pada jaringan internet TM, melibatkan jaringan TM di seluruh negara. Penambahbaikan yang dirancang ini telah ditetapkan pada 7 Julai 2011, pada jam 1.00 pagi hingga 4.00 pagi.

Oleh kerana ianya dijalankan pada waktu lewat malam (awal pagi?), berkemungkinan besar ianya tidak akan menyebabkan gangguan internet pada banyak pelanggan TM.

gangguan internet TM seluruh negara 7 julai Gangguan talian Internet TM seluruh negara pada 7 Julai

Maklumat lanjut sila rujuk pengumuman rasmi di laman TM : URL

via Amanz.my

Posted in Malaysia, News, TechnologyComments (0)

Serangan kedua #OpMalaysia oleh Anonymous


16 Jun yang lalu menyaksikan lebih 100 laman web Malaysia telah digodam. Kali ini, Anonymous merancang serangan kedua Operation Malaysia pula.

Operation Malaysia atau #OpMalaysia yang dirancang oleh Anonymous telah dilancarkan pada pagi dan sepanjang hari pada 16 Jun yang lalu. Rujuk pada entri sebelum ini.

#OpMalaysia kali kedua ini akan dijalankan pula pada 4 Julai 2011 pada 13:37 GMT atau pukul 9:37 malam pada 4 Julai 2011.

anonymous operation malaysia 2 Serangan kedua #OpMalaysia oleh Anonymous

Berikut merupakan kenyataan yang disampaikan melalui video yang disampaikan di YouTube :

Good evening, Malaysia.

Allow me first to apologize for this interruption. I do, like many of you, appreciate the comforts of every day routine the security of the familiar, the tranquility of repetition. I enjoy them as much as any bloke. But in the spirit of commemoration, whereby those important events of the past usually associated with someone’s death or the end of some awful bloody struggle are celebrated with a nice holiday. I thought we could mark this day sixteenth of june, a day that is sadly no longer remembered, by taking some time out of our daily lives to sit down and have a little chat. There are of course those who do not want us to speak. I suspect even now, orders are being shouted into telephones, and men with guns will soon be on their way. Why? Because while the truncheon may be used in lieu of conversation, words will always retain their power. Words offer the means to meaning, and for those who will listen, the enunciation of truth. And the truth is, there is something terribly wrong with this country, isn’t there? Cruelty and injustice, intolerance and oppression. And where once you had the freedom to object, think, and speak as you saw fit, you now have censors and systems of surveillance coercing your conformity and soliciting your submission. How did this happen? Who’s to blame? Well, certainly there are those more responsible than others, and they will be held accountable, but again truth be told, if you’re looking for the guilty, you need only look into a mirror. I know why you did it. I know you were afraid. Who wouldn’t be? War, terror, disease. There were a myriad of problems which conspired to corrupt your reason and rob you of your common sense. Fear got the best of you, and in your panic you turned to the now Prime Minister. He promised you order, he promised you peace, and all he demanded in return was your silent, obedient consent.

We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We shall bring down the entire countries national infrastructure. We shall make this a day to be remembered.

This is your second warning.

We are Anonymous.

We are Legion.

We do not forgive.

We do not forget.

Expect Us.

Nampaknya menurut kenyataan diatas, serangan kali kedua ini adalah lebih ekstrem dan mampu memudaratkan seluruh infrastruktur (internet) negara.

Sebelum itu, SKMM pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa serangan awal Anonymous itu tidak memberi kesan besar pada laman-laman yang berjaya digodam itu.

Apakah yang akan berlaku pada 4 Julai nanti? Apa yang mampu kita buat untuk bersedia? Sama-sama kita saksikan.

Posted in Internet, News, WorldComments (0)

Video Angry Birds versi dunia sebenar!


Mesti anda pernah main permainan Angry Birds. Tapi pernahkah anda lihat Angry Birds dimainkan dalam saiz besar di dunia yang nyata? Jom tengok!

Real Life Angry Birds!

Sumber : http://youtu.be/ZgsyCHdIiPg

Kalau ada yang belum pernah cuba main Angry Birds, jom cuba permainan ni menggunakan pelayar internet anda, istimewa untuk Google Chrome, tetapi boleh juga di mainkan di pelayar internet lain. Rujuk pada entri sebelum ini.

Posted in LOL, Random, YouTubeComments (0)

Gambar suspek disyaki penyimbah asid di Kuala Lumpur


Gambar disyaki penyimbah asid di Kuala Lumpur telah tersebar di internet dan laman-laman web seperti Facebok, Twitter dan sebagainya. Berikut adalah gambar suspek.

Menurut shandye, suspek menunggang motosikal Honda EX5 bernombor plet, WPV 4963.

Sebarkan maklumat ini, dan diharap barang siapa yang boleh membantu dalam kes ini untuk segera melaporkan ke balai polis berdekatan.

Maklumat lanjut mengenai kes ini : Entri sebelumnya.

muka penyimbah asid Gambar suspek disyaki penyimbah asid di Kuala Lumpur

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Main Angry Birds di Google Chrome!


Dah pasti semua orang pun tahu mengenai permainan Angry Birds pada gajet seperti iPhone, iPad, telefon bimbit Android. Kini anda boleh main Angry Bird di Google Chrome!

Permainan terkenal ini sememangnya mendapat perhatian orang ramai, dan sudah menjadi kemestian sebagai aplikasi mesti muat-turun bagi apa-apa gajet sekali pun (Kecuali BlackBerry icon razz Main Angry Birds di Google Chrome! ).

Yang menarik seperti permainan Angry Birds di gajet-gajet lain, Angry Birds pada Google Chrome juga adalah PERCUMA!

Bagi yang tertanya-tanya, permainan Angry Birds ini juga boleh dimainkan menggunakan pelayar internet lain seperti Mozilla Firefox, Safari, mahupun Opera. Namun pengguna Google Chrome mendapat kelebihan ekstra dengan mempunyai mod dalam permainan yang tersendiri.

Jom cuba! http://chrome.angrybirds.com/?version=hd

angry birds for chrome beta picture Main Angry Birds di Google Chrome!angry birds for chrome beta Main Angry Birds di Google Chrome!

Posted in Internet, RandomComments (4)

Gambar palsu pembunuhan Osama bin Laden?


Seperti yang anda sudah tahu, berita mengenai kematian Osama bin Laden, atau lebih dikenali dengan “Bin Laden” beberapa hari lepas begitu hangat dibincangkan di media internet.

Namun, menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, gambar bocor telah disebarkan di internet dimana memaparkan seorang askar Amerika Syarikat mengusung mayat Osama Laden yang ditembak di kepala.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat, Osama Laden maut setelah menerima tembakan di kepala, bahagian atas kepada mata kiri beliau.

Namun gambar dibawah dengan jelas menunjukkan bahawa perkara sebaliknya yang berlaku, dimana kesan tembakan didapati berada pada atas mata kanan Osama Laden.

osama laden dead picture fake Gambar palsu pembunuhan Osama bin Laden?

Ada beberapa maklumat lain turut menyatakan bahawa laporan yang dikeluarkan oleh White House mungkin ada fakta yang dipalsukan, ini kerana terdapat beberapa versi lain yang mengatakan bahawa gambar diatas sebenarnya berada dalam posisi yang salah dan telah silap tafsir.

Berikut merupakan gambar sama, yang telah di ubah posisi secara melintang.

osama bin laden dead picture fake Gambar palsu pembunuhan Osama bin Laden?

Nampak? Kini dengan jelas kesan tembakan tersebut berada di atas bahagian kiri mata Osama Laden.

Gambar yang dikeluarkan juga dipercayai bukan dari Kamera, namun merupakan keratan gambar yang diambil dari sedutan video asal tragedi tersebut.

Namun, masih ada persoalan yang timbul di sekitar internet. Benarkah Osama bin Laden telah berjaya dibunuh? Adakah gambar diatas BENAR atau PALSU?

Tambahan : Central Intelligence Agency (CIA) Amerika Syarikat hari ini mengeluarkan amaran agar orang ramai tidak mudah percaya pada kandungan dalam emel yang kononnya mengandungi gambar Osama bin Laden dibunuh, kerana ianya mungkin mengandungi virus.

Posted in News, WorldComments (5)

Grup K-POP Malaysia 24:7? Dah jadi M-POP, MAX 247


Anda minat muzik K-POP atau Korean POP? Kumpulan dari Korea seperti Super Junior? Pernah dengar mengenai M-POP? Jom tengok apa kisah mengenai grup MAX 247.

Berdasarkan maklumat pada Facebook Fanpage kumpulan 24:7 ini, grup ini dianggotai oleh 9 orang ahli, dengan nama gelaran Alloi , Virgo , A’ar , Fifee , Jaq , Kim , O.b , Iym and Taemin.

Dan dengar-dengarnya, Album pertama mereka akan dihasilkan dan dilancarkan pada bulan Mei ini. (Bulan ni)

kpop malaysia max 247 Grup K POP Malaysia 24:7? Dah jadi M POP, MAX 247

Grup ini dihasilkan dibawah label muzik Aesar Mustafa Studio, dan menggelarkan genre muzik yang dibawa mereka sebagai M-POP atau Malaysia POP. Mereka menukarkan gelaran genre muzik tersebut dari K-POP ke M-POP setelah menerima kritikan hebat pada Facebook Fanpage mereka.

Facebook Fanpage MAX 247 : https://www.facebook.com/pages/247/217107511636161?sk=wall

Malah, kritikan hebat ini tidak berhenti disitu sahaja, malah sehingga ada yang sanggup menghasilkan Facebook Anti 24:7.

Macam-macam, cepat betul dunia internet ni.

anti 247 Kpop Grup K POP Malaysia 24:7? Dah jadi M POP, MAX 247

Nak tengok laman anti 24:7 ni? : https://www.facebook.com/pages/Anti-247/216664301693574

Apa-apa pun, mungkin perlu ada sedikit perubahan pada konsep artis berkumpulan yang cuuba dihasilkan ni. Agak kurang menepati citarasa tempatan mungkin? Atau tidak kena jika orang kita cuba buat sesuatu yang sebegini?

Posted in Celebrity, Entertainment, Malaysia, MusicComments (3)

Akaun Facebook palsu Rosmah Mansor (Bik Mama)


Nampaknya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menjatuhkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mewujudkan Akaun Facebook palsu kononnya milik beliau.

Isteri Perdana Menteri Malaysia itu mengingatkan awam bahawa tidak mudah percaya pada fitnah tersebut, dan berkata bahawa beliau tidak mempunyai walau satu pun akaun Facebook dan lebih gemar berjumpa dengan orang secara berdepan.

Sehingga kini, laman palsu Facebook Datin Seri Rosmah ini telah mencecah 1,244 pengikut, dan nampaknya setiap aktiviti Datin Seri Rosmah dimasukkan ke laman ini.

Secara terang-terangan akaun Facebook ini menghina Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggunakan gelaran Bik Mama.

bik mama rosmah mansor facebook Akaun Facebook palsu Rosmah Mansor (Bik Mama)

Laman ini sehingga kini nampaknya menjadi tempat ramai pengguna Facebook lain menghina Rosmah Mansor. Apa-apa pun, jangan mudah percaya pada segala apa yang ada pada internet.

Laman Facebook Palsu Datin Seri Rosmah Mansor (Bik Mama) : https://www.facebook.com/pages/Bik-Mama/101169019968143

Posted in Internet, Random, WebsitesComments (1)







Partly powered by CleverPlugins.com