Tag Archive | "iOS"

Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru – di Malaysia!


Baru sahaja beberapa hari Steve Jobs mengumumkan barisan baru bagi produk terkenal Apple, iPod, kini iPod Touch, iPod Nano, dan juga iPod Shuffle baru boleh dimiliki di Malaysia!

Kesemua barisan produk tersebut diumumkan ketika Apple Fall Event 2010. Turut diumumkan adalah keterangan mengenai spesifikasi setiap Apple iPod dan juga harga yang ditawarkan.

Malah kesemua barisan keluarga baru Apple iPod ini telah diletakkan dalam senarai pilihan di Online Apple Store Malaysia bersama-sama dengan maklumat mendalam serta harga!

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai kesemua barisan baru Apple iPod ini.

Apple iPod Touch 4

  • Retina Display dengan skrin 3.5 inci
  • Kamera depan dan belakang dengan rakaman 720p HD
  • Menggunakan cip Apple A4 baru seperti iPhone 4
  • Mempunyai Speaker dan Mikrofon
  • Dilengkapi iOS 4.1
  • Harga bermula RM829

Apple iPod Nano 6th Gen

  • 46% lebih kecil dan 42% lebih ringan berbanding sebelumnya
  • Skrin dengan teknologi multitouch
  • Bateri tahan selama 24 jam
  • Harga bermula RM549

Apple iPod Shuffle

  • Terdapat pilihan warna Biru, Merah Jambu, Hitam, Hijau dan Kuning
  • Bateri tahan selama 15 jam
  • Simpanan sebanyak 2GB
  • Harga bermula RM179

*Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Apple Malaysia

ipod touch 4th gen Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru   di Malaysia!ipod nano 6th gen multitouch Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru   di Malaysia!new ipod shuffle colourful Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru   di Malaysia!

keluarga ipod ipod touch ipod nano ipod shuffle baru Apple iPod Touch, Nano dan Shuffle Baru   di Malaysia!

Posted in Malaysia, Picture, TechnologyComments (4)








Partly powered by CleverPlugins.com