Tag Archive | "Ipod"

Apple iPad bersalut coklat!


Sempena sambutan hari lahir isteri kesayangan beliau seorang rakyat London yang menetap di Afrika Selatan telah memikirkan hadiah yang unik sebgai hadiah hari jadi. Sebuah Apple iPad yang bersalut Coklat, ianya berfungsi dengan biasa!

Stefan Magdalinski, pengasas syarikat penghasilan kad moo.com itu telah berkerjasama dengan sahabatnya di London untuk mengirimkan Apple iPad yang masih belum dilancarkan di Afrika. Ianya dikirim setelah disaluti coklat.

Apple Ipad Apple iPad bersalut coklat!

Sahabat beliau di London, Paul A Young, merupakan seorang pakar terkenal dalam penghasilan coklat. Di atas permintaan istimewa Magdalinski tersebut. Paul berjaya menyalutkan Apple iPad tersebut tanpa merosakkan komponen alat elektronik tersebut tersebut.

Ipad Apple iPad bersalut coklat!

Coklat yang dikirim tersebut mengalami sedikit masalah ketika tiba di Kastam Afrika Selatan, bukan masalah pada iPad tersebut, tetapi masalah dengan prosedur Kastam. Setelah menceritakan segalanya, Magdalinski berjaya meyakinkan pihak Kastam tersebut.

Ipad2 Apple iPad bersalut coklat!

Paul A Young menjangkakan beliau akan menerima lebih banyak tempahan untuk menyaluti coklat pada alat elektronik lagi pada masa akan datang.

Source : Metro.uk

Macam-macam manusia, sebelum ni NK pernah buat kiriman mengenai Apple iPad yang disaluti emas tulen dan dijual dengan harga RM700,000!

Posted in LOL, Technology, WeirdComments (0)

Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS


Iphone 4 Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS

Setelah beberapa bulan yang penuh kontroversi dan khabar angin. Akhirnya iPhone 4 telah bersedia untuk dipasarkan. Seperti biasa, ianya akan hanya mula dipasarkan di pasaran US terlebih dahulu. Dan seperti yang dijangkakan, kemungkinan iPhone 4 ini akan dipasarkan dengan Harga seperti iPhone 3GS sekarang ini. Dan iPhone 3GS pula akan diturunkan harga.

Dijangka akan mula dipasarkan di US pada 24 june, mengikut jangkaan NK, paling awal pun akan tiba di Malaysia mungkin November tahun ini. Mungkin juga ianya akan mula dijual seawal Oktober, apabila wujudnya pengimport tempatan yang mula menjualnya seperti Apple iPad. Tarikh pasaran masih belum pasti.

Lebih menarik, segala spekulasi mengenai iPhone 4 (sebelum ini dipanggil iPhone 4G atau iPhone HD) nampaknya menyerupai khabar angin sebelum ini.

iPhone 4 ini akan mempunyai unit Processor yang lebih laju, ditambah pula dengan kehebatan iOS (sebelum ini dipanggil iPhone OS 4.0) yang mampu menjalankan pelbagai tugas dalam satu masa (multi-tasking). Nampaknya iPhone 4 ini sudah pasti akan lebih hebat dari 3GS!

Seperti yang dinyatakan oleh Steve Jobs, semuanya 4 kali ganda hebat dari iPhone 3GS! 4 kali lebih laju!, 4 kali lebih kuasa bateri!, 4 kali ganda lebih pixel skrin!

iphone 4 camera Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS

Seperti yang dijangka, kamera iPhone 4 ini akan mampu mengambil gambar dengan saiz 5 megapixel! dan terbaru, ianya turut akan dilengkapi led flash dan kemampuan ISO yang lebih tinggi! nampaknya tiada lagi la masalah mengambil gambar dalam gelap ye.

iphone 4 video call Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS

Kehebatan iPhone 4 ini bertambah dengan wujudnya kamera VGA di bahagian hadapan! Bermakna pengguna akan mampu untuk mengadakan Video Conference atau FaceTime seperti apa yang dinyatakan Apple. Walau demikian, untuk masa ini, ianya hanya mampu digunakan melalui Wi-fi, dan belum lagi untuk 3G.

Source and Credit : Gizmodo.com

Jadi ada yang tengah simpan duit nak beli iPhone? mungkin boleh simpan lama sikit kot.. haha

Posted in Picture, Technology, WorldComments (16)

Apple lancarkan iPhone OS 4.0


ip Apple lancarkan iPhone OS 4.0

Setelah hampir 1 tahun Apple menggunakan OS 3.0 untuk gadget Iphone dan juga Ipod Touch, akhirnya Apple akan lancarkan OS yang terbaru yang diberi nama iPhone OS 4.0 (duh!).

Baru je gemparkan pasaran elektronik dunia dengan jualan menakjubkan yang Ipad turut masih baru dilancarkan. Steve Jobs lancarkan pula OS terbaru dari Apple ini. Dari apa yang NK baca dari website rasmi Apple, nampaknya banyak tambahan (update) terbaru dalam iPhone OS 4.0 ini. Tapi yang sedihnya, Kebanyakan tambahan ini akan lebih membawa manfaat kepada Iphone 3GS dan juga Ipod Touch 3G, kerana model sebelum itu iaitu Iphone 3G dan Ipod Touch 2G tidak berupaya untuk menikmati kelebihan seperti ‘Multitasking’ disebabkan kekurangan pada processor.

Mungkin dengan iPhone OS 4.0 yang baru ni, Apple akan lancarkan pula Iphone 4G ke? Menarik tu!

Berikut merupakan antara update terbaru dalam iPhone OS 4.0 ini.

  • iphone os preview icon multitasking20100407 Apple lancarkan iPhone OS 4.0

    Multitasking

    Developers will have access to seven multitasking services, which will allow tasks to be performed in the background while preserving performance and battery life. So you’ll be able to make a Voice over IP call while playing a game or checking email, find a restaurant on Urbanspoon while listening to Pandora, and more.

  • iphone os preview icon folders20100407 Apple lancarkan iPhone OS 4.0

    Folders

    Organize apps into folders with drag-and-drop simplicity. Get faster access to your favorites and browse and manage up to 2160 apps at once — many more than the current limit of 180 apps.

  • iphone os preview icon mail20100407 Apple lancarkan iPhone OS 4.0

    Even Better Mail

    See messages from all your email accounts displayed together in a unified inbox, switch between inboxes more quickly, organize messages by threads, and even open attachments in third-party apps.

  • iphone os preview icon ibooks20100407 Apple lancarkan iPhone OS 4.0

    iBooks

    The best way to browse, buy, and read books on a mobile device. Easily flip through the pages of a book you’ve downloaded from the iBookstore while listening to your music collection. Browse tens of thousands of books — many of them free — by title, author, or genre. You can even check out reviews and read sample pages before you buy.

Posted in News, PictureComments (1)







Partly powered by CleverPlugins.com