Pada hari Jumaat yang lalu, 28 Januari 2011. Satu Rusuhan besar-besaran telah berlangsung di Mesir dimana melibatkan ribuan rakyat mesir memprotes rejim Presiden Mubarak.
Sebelum itu, beberapa siri protes dan demonstrasi telah berlangsung sejak dari 25 Januari lagi. Rusuhan ini bermula beberapa minggu selepas peristiwa “Kebangkitan Tunisia” di Tunisia, malah ketika rusuhan di Mesir berlangsung, beberapa golongan perusuh mengkibarkan bendera Tunisia sebagai simbol pengaruh Protes tersebut.
Rusuhan yang berlangsung ini adalah disebabkan beberapa isu yang melibatkan isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik. Contohnya isu kekejaman polis, sekatan terhadap kebebesan bersuara, korupsi pemerintahan dan juga penipuan dalam pilihanraya.
Selain itu isu seperti penggangguran yang tinggi, isu gaji yang rendah serta kenaikan harga makanan turut dibangkitkan.
Pemerintahan selama 30 tahun Presiden Hosni Mubarak dipanggil sebagai Rejim Mubarak dikatakan sebagai punca sebenar 30 tahun korupsi pemerintahan di Mesir.
Presiden Mubarak bertindak mengenakan perintah berkurung bagi menyekat perusuh dari teruskan mengadakan rusuhan di bandar-bandar besar seperti Kaherah, Iskandariah dan Suez.
Turut diarahkan untuk menyekat rusuhan adalah pihak polis dan tentera. Namun walau bagaimana sekalipun cubaan untuk menyekat perusuh, semangat inginkan kebebasan dan hak bersuara menggagalkan sekatan pihak polis dan tentera.
Malah, menurut sumber dikatakan juga bahawa segelintir pihak polis sudah mula putus asa untuk menyekat rusuhan, malah ada antaranya yang turut menyertai rusuhan.
Pihak tentera pula dikatakan dari awal lagi sudah pun menyokong demonstrasi bagi melihat perubahan pada pemerintahan di Mesir. Pihak tentera dikatakan telah diberi pilihan oleh pihak perusuh, “Pilih antara Mubarak ataupun Negara Mesir?”.
Mohamed Mustafa ElBaradei, mantan direktor International Atomic Energy Agency (IAEA), dan juga penerima anugerah Nobel Laurette Keamanan, ketika ini bertindak menyokong penggulingan pemerintahan rejim Mubarak.
Pihak Ikhwanul Muslimin atau lebih dikenali sebagai Muslim Brotherhood, yang sehingga kini masih lagi didakwa sebagai Militan Islam dan bertindak sebagai parti pembangkang dikatakan bersedia untuk menyerahkan tugas mengetuai reformasi Mesir kepada ElBaradei.
ElBaradei pula mengeluarkan kenyataan beliau bersedia dan menantikan kerjasama dengan pihak tentera untuk mengekalkan keamanan mesir dan reformasi politik.
Sehingga kini 102 orang telah terbunuh semenjak Protes bermula dan lebih 2,000 orang telah tercedera.
Menurut sahabat pelajar dari Mesir, dikatakan bahawa harga tiket dan makanan disana telah meningkat sehingga 7 kali ganda lebih tinggi dari harga asal.
Sebarang perjumpaan diantara pelajar asing, meskipun hanya untuk usrah atau ber-tarannum sekalipun, adalah dilarang sama sekali, malah naskhah kitab Al-Quran juga turut akan dirampas.
Apa-apa pun, khabarnya kerajaan sedang dalam usaha untuk membawa pulang kesemua pelajar kita disana untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diinggini. Malah ada juga pelajar yang telah pulang ke tanah air dengan usaha sendiri.
Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan sahabat-sahabat kita disana dan semoga segalanya beransur tenang dan aman semula.
Dapatkan maklumat mengenai “Crisis in Egypt” secara terus menerus di http://english.aljazeera.net/ . Notakosong.com turut akan dapatkan informasi lanjut dengan cuba berhubung dengan sahabat pelajar di sana.
Blog Forum Semak telah dihasilkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membantu semua pengguna untuk mengelak dari segala jenis penipuan perniagaan.
Blog tersebut mula beroperasi sejak awal tahun ini dan telah berjaya mendedahkan beberapa kes ‘SCAM ONLINE’ iaitu penipuan dalam perniagaaan dalam talian.
Antara beberapa penipuan yang telah didedahkan adalah seperti, Penipuan melalui POS, Emel MLM menipu, penipuan kutipan derma yayasan anak yatim dan sebagainya.
Para pembaca diharap dapat memandang serius hal ini dan berhati-hati agar tidak tertipu atau secara tidak langsung terlibat dalam penipuan yang dibongkarkan.
Marilah sama-sama banteras sebelum anda atau orang tersayang menjadi mangsa.
Azwan Ismail, 32 tahun, mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kini risau dan takut apabila video beliau,”Saya Gay, Saya OK”, menjadi satu sensasi baru di internet.
Video tersebut yang mula tersebar di YouTube beberapa hari lepas melalui SeksualitiMerdeka, dikatakan mencecah 140,000 paparan dalam hanya 6 Hari!
Lebih dari 3,000 komen yang diterima, dan majoriti dari komen tersebut menyatakan ugutan untuk bunuh dan mencederakan beliau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan prihatin beliau terhadap isu tersebut. Beliau menyatakan cubaan golongan ini menyebarkan fahaman homoseksualiti akan memburukkan imej Islam.
Turut dibangkitkan betapa isu ini tidak boleh dipandang remeh, dan menggesa supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) lebih memantau aktiviti tidak senonoh ini.
Menurut Azwan, beliau sedang meminta kawan beliau, seorang peguam untuk menyemak sama ada wujud sebarang tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap beliau. Undang-undang namun ada menyatakan bahawa seks luar tabii boleh dikenakan hukuman penjara lebih 20 tahun. Namun tindakan undang-undang tersebut jarang dikenakan.
Azwan Ismail berkata, beliau yang turut mempunyai teman lelaki – (Boyfriend), bukan berniat untuk menghina Islam. Malah sudah 5 tahun terlibat dalam hubungan tersebut.
Mengenai Projek Video “It Gets Better Project” beberapa lagi lelaki Melayu Muslim Malaysia dikatakan akan mengeluarkan Video mengenai kenyataan mereka di Internet.
Apa yang berlaku apabila komuniti LGBT (lesbian, gay, bisexual, dan transgender) diiktiraf di Malaysia? Mungkin itu objektif Seksualiti Merdeka dengan menyokong video “It Gets Better”.
Seksualiti Merdeka turut membawakan 15 lagi golongan LGBT di Malaysia iaitu Alvin Ng, Azwan Ismail, Gary Ooi, Jerome Kugan, Joe Pang, Kavidha Natarajan, Michelle Nor Ismat, Nabila Nasir, Nisha, Pang Khee Teik, Peter Ong, Seetha, Sharaad Kuttan, Sulastri & Tina Fazlita Fadzil untuk turut menyertai projek video “It Gets Better”.
Bagi mereka yang masih belum tahu, projek video “It Gets Better” ialah projek yang dimulakan oleh Dan Savage, seorang penulis dari Amerika Syarikat untuk membantu golongan LGBT meneruskan hidup mereka.
Turut dinyatakan adalah, ini kerana sebelum ini, golongan LGBT ini kebanyakan hidup merana dengan deraan dari masyarakat malah ada antara golongan ini yang akhirnya bunuh diri.
Di Malaysia, golongan LGBT tidak diiktiraf dan tidak mungkin akan diiktiraf buat selama-lamanya.
Bagi ramai orang, projek ini lebih membawa mudarat dari membawa kebaikan, kerana dengan adanya sokongan terhadap perkara sebegini, lebih banyak lagi golongan ini yang akan muncul dan akhirnya merosakkan cara hidup masyarakat.
Mungkin ada yang berpendapat ianya baik, tapi ramai pakar psikologi menyatakan golongan LGBT ini hanya menghidapi penyakit mental dan perlu menjalani rawatan bagi penyakit ini.
Apa pendapat anda apabila video dari Seksualiti Merdeka ini secara terang-terang meminta golongan LGBT untuk hidup secara bangganya di negara Islam seperti Malaysia?
Ingat lagi tentang Video Iklan Raya Kontroversi yang TV3 pernah keluarkan ketika sambutan Hari Raya dahulu? Ala, Iklan yang dikaitkan dengan iklan Krismas tu.
Baru-baru ini nampaknya TV3 atau telah disaman RM50,000 disebabkan iklan tersebut.
Melalui siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), terbukti bahawa iklan Sinari Lebaran TV3 itu memang mempunyai unsur-unsur yang didakwa ramai pihak.
Ini termasuk dimana terdapat satu petikan pada iklan tersebut yang menampilkan seorang lelaki tua diatas beca terbang yang dimana ianya menampilkan simbol Santa Claus, dimana umum tahu ianya adalah melambangkan sambutan Krismas.
Berdasarkan kiriman sebelum ini, TV3 telah pun menarik iklan tersebut dari ditayangkan terhadap umum beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
TV3 juga telah mengumumkan minta maaf secara terbuka melalui pembaca berita utama stesyen televisyen tersebut.
Seorang Paderi, Benjamin Stephen didalam sebuah video klip didapati menghina Islam dan Nabi Muhammad pada sebuah ceramahnya dipercayai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
Video itu yang sebelum ini tersebar luas di internet dan Laman Facebook, sedang disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Perkara mengenai Video klip YouTube menghina Islam ini telah dibincangkan oleh Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen di dalam blog beliau mahaguru58.blogpsot.com.
Video ini yang menyesatkan lagi menghina ini akan disiasat oleh pihak berkuasa lain, dan pihak berkuasa berharap agar jika terdapat sebarang saksi dan responden lain sila turut membuat laporan mengenai video klip tersebut.
Paderi Benjamin Stephen itu dipercayai merupakan seorang islam murtad yang berasal dari Pontianak, Indonesia dan merupakan pendakwah Kristian.
Antara dakwaan mengarut Paderi Benjamin Stephen itu ialah dimana beliau mengatakan bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Pedophiliac apabila mengahwini isteri baginda, Aisyah.
Beliau mengaku bahawa sebagai seorang melayu, beliau diminta menjauhi anjing kerana disebabkan malaikat dalam islam takut kepada anjing dan buta apabila malam.
Berikut merupakan Video Paderi Benjamin Stephen menghina Islam,
Majlis Senat di Perancis kini dalam perancangan untuk mengharamkan pemakaian Burga atau Niqab di tempat awam setelah ianya mendapat undian kolektif.
Burqa atau Niqab ialah pakaian yang dipakai oleh umat islam di Perancis dan serata dunia sebagai salah satu amalan yang pemakaian yang mengikut hukum islam.
Malah ianya telah menjadi budaya masyarakat islam di sana untuk memakai Niqab ini di mana-mana sahaja mahupun di tempat awam.
Pengharaman pemakaian Burqa ini bukan sahaja dikenakan kepada penduduk tempatan, malah turut tertakluk kepada mana-mana pelancong yang ingin ke negara itu termasuk dari negara-negara timur tengah.
Tempoh selama 6 bulan diberikan untuk memberhentikan praktis pemakaian Burqa, dan selepas tempoh itu, denda sebanyak €150 ($260/RM400+) akan dikenakan kepada pesalah kelakuan.
Timbalan Presiden PAS (Parti-Islam SeMalaysia), Nasaruddin Mat Isa, bercakap mengenai isu itu di sidang media, berkata, “Kami berharap tiada tindakan keganasan dari pengganas yang akan berlaku, ini kerana tindakan Perancis ini telah menyebabkan kemarahan dunia Islam”
Malah, Amidhan, Pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), turut berkata, “Perempuan Islam di timur tengah memakai Burqa atau Niqab sebagai budaya dan kepercayaan terhadap islam, tindakan Perancis ini adalah bertentangan dengan isu Hak Manusia”.
Namun, tiada maklum balas mengenai pemakaian tudung diumumkan.
Dr. Terry D. Jones , seorang paderi/pendakwah di Florida, Amerika, mengumumkan beberapa hari lalu, bahawa beliau akan mengadakan majlis “International Burn A Koran Day”, di hadapan gereja beliau.
Upacara pembakaran Al-Quran ini akan diadakan di Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, pada 11 September 2010.
Menurut beliau, ianya sebagai tanda memperingati mangsa tragedi insiden World Trade Center 11 September 2001.
Namun, tindakan beliau yang mendapat tentangan di seluruh pelusuk dunia itu, turut mendapat tentangan dari masyarakat tempatan. Malah kebanyakan paderi dari Gereja lain mengutuk dan mengecam tindakan Terry Jones ini.
Paderi tempatan lain berkata, Keamanan dalam agama membawa kepada keamanan sesebuah bangsa, dan mengutuk tindakan menghina Al-Quran tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan ini bukan merujuk kepada ajaran Kristian sebenar.
Pihak berkuasa Gainesville berkata mereka telah berbuat pelbagai usaha untuk menghalang dari majlis haram ini berlangsung, malah, Jabatan Bomba Gainesville turut berkata tiada permit pembakaran terbuka atau nyalaan unggun api diberi kepada sesiapapun.
Terry Jones, ketika ditemui media berkata, beliau tidak takut dengan ugutan malah beliau turut menghina Islam dengan mengatakan Islam adalah sesat dan mengikut ajaran Syaitan.
Malah, beliau turut menulis sebuah buku yang sudah pasti akan menjadi kontroversi, buku yang bertajuk “ISLAM is of the DEVIL”.
Facebook mengenai acara haram ini telah lama diwujudkan dan menjadi medan kritikan orang ramai.
Apa kata para pembaca luangkan masa untuk Flag dan Report laman berkenaan yang sangat menghina agama Islam. Facebook
TV3 semalam menarik kembali iklan Raya yang dikatakan penuh kontroversi kerana berkait rapat dengan simbol Freemason dan penghinaan agama.
Ini kerana terdapat banyak bantahan dari orang awam berkenaan video kontroversi tersebut. Iklan Raya tersebut hanya dipaparkan selama 3 hari sebelum ianya diberhentikan.
Berikut merupakan petikan dari nota penerangan mengenai kontroversi tersebut,
Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
Tidak pasti mengenai kebenarannya, namun, oleh disebabkan desakan orang ramai dan penonton, TV3 meminta maaf jika ada penonton yang tersinggung oleh kerana iklan tersebut.
Perdebatan mengenai pembinaan masjid dan pusat kebudayaan islam New York berhampiran dengan tapak insiden 11 September mendapat perhatian Presiden Obama, dimana beliau menyokong pembinaan tersebut.
Masjid yang turut akan dilengkapi pusat komuniti tersebut telah diluluskan pembinaannya pada 3 Ogos yang lalu, dimana ketika Dewan Bandaraya New York mengumumkan penglulusan tersebut, terdengarnya tepukan dan sahutan gembira.
Namun terdapat juga suara dan bantahan mengenai projek tersebut.
Obama mengatakan masyarakat islam di New York mempunyai hak yang sama untuk mempraktikkan agama islam di New York.
Kerana membuat pilihan yang kurang popular, pendapat Obama tersebut turut ditentang pemimpin konservatif Republikan, Sarah Palin dan Newt Gingrich yang menyokong supaya projek tersebut dilupuskan.
Pusat kebudayaan Islam yang akan dibina itu dikatakan menghina tapak “Ground Zero” walaupun ianya terletak 2 blok berjauhan dari tapak insiden yang mengorbankan lebih 2,700 orang.
Recent Comments