Posted on 19 April 2011. Tags: Akaun, Bik, Bik Mama, Datin Seri Rosmah, Datin Seri Rosmah Mansor, Facebook, Fitnah, Gelaran, Hina, Internet, Isteri, Malaysia, Mama, Perdana Menteri, Pihak
Nampaknya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menjatuhkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mewujudkan Akaun Facebook palsu kononnya milik beliau.
Isteri Perdana Menteri Malaysia itu mengingatkan awam bahawa tidak mudah percaya pada fitnah tersebut, dan berkata bahawa beliau tidak mempunyai walau satu pun akaun Facebook dan lebih gemar berjumpa dengan orang secara berdepan.
Sehingga kini, laman palsu Facebook Datin Seri Rosmah ini telah mencecah 1,244 pengikut, dan nampaknya setiap aktiviti Datin Seri Rosmah dimasukkan ke laman ini.
Secara terang-terangan akaun Facebook ini menghina Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggunakan gelaran Bik Mama.

Laman ini sehingga kini nampaknya menjadi tempat ramai pengguna Facebook lain menghina Rosmah Mansor. Apa-apa pun, jangan mudah percaya pada segala apa yang ada pada internet.
Laman Facebook Palsu Datin Seri Rosmah Mansor (Bik Mama) : https://www.facebook.com/pages/Bik-Mama/101169019968143
Posted in Internet, Random, Websites
Posted on 13 April 2011. Tags: Agama, Bangsa, British, Fatine, Gay, Homoseksual, Hubungan, Ian Young, Isteri, Kahwin, Kerajaan, Kes, KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia, Mohammed Fazdil bin Bahari, Negara, Nyawa, Pondan, Pound Sterling, Starbucks, Suami, The Daily Mail, Transeksual, UK, United Kingdom, Visa
Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil bin Bahari, pernah mendapat perhatian media berkenaan dikenakan tindakan imigresen di UK (United Kingdom), beliau tidak mahu pulang ke Malaysia.
Kes beliau yang berlaku pada hujung tahun 2009 dahulu, mendapat perhatian media antarabangsa dan tempatan, apabila beliau, yang secara terang-terang mengadakan hubungan homoseksual tidak mahu pulang ke Malaysia kerana takut pada undang-undang negara dimana transeksual diharamkan, dan takut penghinaan dari masyarakat.
Beliau kemudiannya tinggal di UK setelah mengahwini ‘suaminya’ Ian Young, seorang rakyat British yang ditemuinya di Starbucks KLCC ketika Young sedang bertugas di Kuala Lumpur sebagai seorang pengawal keselamatan.

Setelah hampir 2 tahun menghabiskan masa dengan proses menguruskan isu imigresen beliau, beliau akhirnya diberi Visa untuk tinggal menetap di UK 2 minggu yang lalu. Yang mengejutkan beliau kemudianya membuat keputusan untuk meninggalkan suami beliau dan putuskan hubungan.
Menurut The Daily Mail, UK, Young ketika ditemui menyatakan beliau telah menghabiskan lebih £12,000 Pound Sterling ( lebih kurang RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine.
Katanya, “Saya menggunakan setiap sen dan saya sudah kehilangan segala-galanya, saya sudah kehilangan rumah dan akhirnya saya hilang isteri saya.” “Merenung (apa yang berlaku), (saya merasakan) dia menggunakan saya untuk mendapatkan visa,”.
Dalam permohonan Fatine yang dikemukakan untuk memohon Visa, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak boleh pulang ke negara asal ekoran ugutan yang diterima beliau jikalau beliau pulang, mengancam nyawa beliau.
Macam-macam, orang dah lupakan kes dia ni, tapi kini timbul kes lain pula. Apa la agaknya anggapan warga British pada Kerajaan Malaysia lepas ni, tindakan beliau ni seumpama menghina agama, negara dan bangsa.
Posted in LOL, Random
Posted on 20 January 2011. Tags: Alor Setar, Ayu Raudhah, Bola Sepak, Gambar, Isteri, Jumaat, Kahwin, Majlis Persandingan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, Nikah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Pusat Dakwah Islamiah Paroi
Majlis akad nikah pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, 23, dan pelakon Ayu Raudhah, 26, bakal disempurnakan di Alor Setar, Jumaat ini.
Sebelum ini, pada 17 Oktober 2010, kedua-dua mereka telah pun mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.
Majlis persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan pada malamnya itu, di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Manakala bagi majlis persandingan pihak lelaki pula akan diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, pada 30 Januari akan datang.
Menurut Zaquan Adha, Ayu tidak menghalang beliau dalam karier beliau, malah lebih menyokong beliau untuk terus menjayakan pasukan kebangsaan. Malah beliau berkata bakal isteri beliau sebagai motivasi dan sokongan padu untuk terus maju dan cemerlang dalam bola sepak.
Apa-apa pun, Tahniah kepada kedua-dua mereka, ini bermakna umur tidak memainkan peranan penting dalam menjalinkan hubungan yang bahagia, sama-sama kita doakan.

Posted in Celebrity, Entertainment
Posted on 17 June 2010. Tags: /k, Berita, Brunei, Cerai, Dunia, Isteri, Kahwin, Kaya, Malaysia, News, Putera, Puteri, Raja, Suami, Sultan, Talak, TV3, Video, Wartawan

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.
Dalam video tersebut Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.
Sumber : Brunei News
Posted in News, World
Posted on 12 June 2010. Tags: Artis, Bahaya, Berita Harian, Cedera, Drama, Gaduh, Gambar, Image, Isteri, Johan, Kemalangan, Lelaki, Panas, Picture, Pukul, Raja Lawak, Selebriti, Seniman, Serius
Selepas sebulan kes ni berlaku, hari ni, Johan atau nama sebenar beliau Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz telah mengemukakan saman melalui peguam beliau keatas pengarah yang pernah mencederakan beliau dahulu.
Saman yang berjumlah RM 1 juta tersebut turut termasuk dengan permintaan supaya syarikat produksi dan pengarah tersebut mengeluarkan kenyataan meminta maaf secara terbuka kepada Johan, dan juga menarik segala e-mel dan kenyataan fitnah terhadap apa yang berlaku sebelum ini.

Menurut Johan, saman tersebut bukan hanya semata-mata menuntut ganti rugi, tetapi beliau berniat agar ianya memberi kesedaran kepada pihak pengarah yang mana beliau dakwa turut bertindak menendang isteri beliau, Rozlinawaty Ismail (Ozlyn Wati).
Sehari sebelum kejadian, Johan baru sahaja kehilangan Ibu kesayangan beliau, oleh kerana komited terhadap kerjaya, beliau tetap hadir keatas perjumpaan dengan pengarah tersebut.
Saman yang dikemukakan Johan ini turut disokong oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui sidang media yang diadakan, turut hadir ialah Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.
Source : myMetro
Betul-betul tepat sebulan selepas tu pula Johan kemukakan saman, mungkin mengambil masa untuk merawat kecederaan dan kekecewaan yang dialami dahulu kot. Pernah juga dulu NK keluarkan kiriman mengenai pergaduhan Johan ini.
Namun jangkaan pertama adalah ianya bukanlah serius dan kecederaan yang dialami tidak pula seperti didalam gambar di atas.
Apa-apa pun, harap-harap segalanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik, Budi Bahasa Budaya Kita.
Posted in Celebrity, LOL, Malaysia, Movie
Posted on 09 June 2010. Tags: Anak, Artis, Bayar, Cerai, Duit, Gosip, Insuran, Isteri, Kahwin, Mahkamah, Mahkamah Syariah, Nafkah, OAG, Pendidikan, Perayaan, Radhi, Radhi OAG, Talak, Wang

Akhirnya rumah tangga Radhi OAG, atau nama sebenarnya Radhi Razali bersama dengan Shazlin Sharif berakhir dengan talak satu setelah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.
Mahkamah telah menetapkan supaya Radhi membayar wang nafkah edah sebanyak RM3,000 dan nafkah anak sebanyak RM460 sebulan. Malah Radhi turut bersetuju untuk membayar insuran pendidikan anaknya sebanyak RM200 sebulan. Selain itu, Shazlin Sharif turut meminta Radhi membayar wang nafkah perayaan hari lahir anak sebanyak RM1,000 setahun.
Sumber : Hmetro
Wah, Banyak juga ye yang diminta isteri Radhi, Shazlin Sharif. Namun demikian kesemuanya Radhi setuju dan proses penceraian juga berlaku dengan aman. Semoga masing-masin berbahagia dengan hidup akan datang.
Mungkin lepas ni Radhi kahwin lain kot? siapa tahu kan, Radhi pun muda lagi
Posted in Celebrity, LOL, Malaysia, Music
Posted on 04 May 2010. Tags: Berita Harian, Cedera, Censored, Isteri, Malaysia, News, Suami, Vagina

Peh, macam-macam dunia, ini berita terbaru yang NK baca dari Berita Harian Online. Untuk pengetahuan semua, BH Online bukan tabloid ya. Lelaki ini dikatakan tiba-tiba menyerang isterinya yang sibuk memasak di dapur dari belakang, lalu menoreh bahagian sulit isteri beliau!!
Tindakan gila ini dikatakan kerana suaminya terpengaruh dengan bisikan yang dikatakan suara jin bahawa isterinya curang dengan lelaki lain! Read the full story
Posted in LOL, News, Picture
Recent Comments