Tag Archive | "Istimewa"

Kupon Burger King Supreme Angus Steakhouse!


Nak cuba Burger King dengan harga istimewa? Dapatkan Kupon Burger King Supreme Angus Steakhouse dan anda dapat rasai keistimewaannya dengan harga istimewa!

burger king rm5 Kupon Burger King Supreme Angus Steakhouse!

1 Kupon untuk 1 Burger! Dan cuma dengan harga RM5 sahaja!!

Apa yang anda perlu buat cuma perlu cetak gambar kupon diatas, atau dapatkan kupon tersebut disini, cetak (sama ada berwarna mahupun hitam dan putih), bawa ke restoran Burger King berhampiran anda, serahkan not wang RM5 dan pilih burger Supreme Angus Steakhouse pilihan anda! Black Pepper ataupun Spicy Jalapeno!

Mudah kan? Bila lagi nak merasa promosi istimewa sebegini!

Cepat-cepat sebelum terlambat! Promosi ini cuma sah bermula dari hari ini (1 Disember) sehingga 8 Disember nanti!

Jom ajak kawan-kawan yang lain cetak kupon ini dan serang Burger King terdekat!!

Posted in FoodComments (0)

McDonald’s Double GCB istimewa Ramadhan!


Apa yang lebih lazat dan istimewa berbanding Grilled Chicken Burger McDonald’s? Sudah pasti DOUBLE Grilled Chicken Burger istimewa sempena Ramadhan!

Seperti tahun sebelumnya, McDonald’s kali ini membawakan lagi hidangan istimewa setiap kali bulan Ramadhan, iaitu Double Grilled Chicken Burger (DGCB!!).

Yang lagi menarik,  Double Grilled Chicken Burger, bersama-sama dengan adiknya yang lebih kecil Grilled Chicken Burger (GCB) turut disertakan dalam pakej murah McDonald’s McValue Buka Puasa!

McDonald’s McValue Buka Puasa ini ditawarkan pada jam 6pm – 9pm bagi semenanjung Malaysia, manakala 5pm – 8pm di Sabah dan Sarawak.

Mesti Cuba!!

double gcb mcdonald ramadhan McDonalds Double GCB istimewa Ramadhan!

Posted in FoodComments (1)

Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s kembali lagi!


Ingat lagi tawaran terhad Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s tahun lepas? Kini ianya kembali dijual di McDonald’s juga dalam masa tawaran yang terhad!

Ianya akan mula dijual di McDonald’s seluruh negara bermula pada 16 Jun 2011 (Khamis) akan datang dan sudah ianya akan menjadi menu pilihan peminat McDonald’s.

Agak-agaknya, mungkin tak lama lagi turut akan ditawarkan menu istimewa Ramadhan seperti tahun lepas iaitu, Double Grilled Chicken Burger Ramadhan Special!

Harga? Mungkin sama dengan tawaran tahun lepas agaknya.

Jom tengok keratan iklan yang dikeluarkan McDonald’s.

ingredient gcb mcdonalds malaysia Grilled Chicken Burger (GCB) McDonalds kembali lagi!Mcdonalds grilled chicken burger Grilled Chicken Burger (GCB) McDonalds kembali lagi!

Ingat lagi tawaran terhad Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s tahun lepas? Kini ianya kembali dijual di McDonald’s juga dalam masa tawaran yang terhad!

Posted in FoodComments (2)

Pewangi jenama ‘Someday’ ciptaan Justin Bieber


Artis muda terkenal, Justin Bieber, bakal melancarkan ‘Perfume’ pewangi dibawah jenama Someday yang dikatakan akan menyebabkan penggunanya rasa lebih istimewa.

Justin berkata kononnya, “Pewangi ini akan membawa penggunanya ke perjalanan dengan pelbagai kemungkinan, perjalan ke dunia Justin Bieber”.  :O

Malah, video iklan mengenai Jenama Minyak Wangi ini juga telah dilancarkan di YouTube :

Alamak, macam-macam betul Justin Bieber ni, tak cukup dengan tu, Aplikasi Rasmi untuk jenama pewangi Someday ni juga telah diterbitkan di App Store untuk iPhone!

Harga? Belum diumumkan lagi, nantikan pelancaran debut Pewangi Someday ini pada 20 Jun nanti, nak ke beli lagipun? icon razz Pewangi jenama Someday ciptaan Justin Bieber

justin bieber someday fragrance dree hemingway Pewangi jenama Someday ciptaan Justin Bieber

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (0)

FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!


Anda pernah main pemainan terkenal FarmVille di Facebook? Tak lama lagi versi baru FarmVille bertemakan Lady Gaga akan dilancarkan, bersedia untuk ke GagaVille!

Lady Gaga tidak lama lagi akan menawan dunia permainan internet pula setelah pengumuman dari Zynga (Pengeluar FarmVille), akan melancarkan GagaVille yang akan menggunakan Lady Gaga sebagai motif utama dalam permainan internet tersebut.

GagaVille akan dibina bertemakan album terbaru Lady Gaga yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, yang memuatkan lagu seperti “Born This Way”. Malah, para pengguna FarmVille yang akan bermain GagaVille akan dapat memperoleh lagu tersebut, “Born This Way” secara percuma melalui permainan tersebut.

farmville lady gaga version FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!

Segala binaan dalam GagaVille ini akan bertemakan Lady Gaga. Contohnya pokok kristal, kuda unicorn, biri-biri menunggang motorsikal, dan sebagainya.

Selain dari itu, para pemain juga mampu untuk membuka pelbagai ganjaran istimewa seperti muat turun percuma lagu terbaru Lady Gaga, sebelum ianya dimainkan di stesyen radio!

Macam-macam Lady Gaga ni, jangan sampai ada pemain yang sampai habis duit beribu main FarmVille seperti sebelum ini cukuplah ya.

gagaville lady gaga FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!

Sumber : http://www.zynga.com/ladygaga/gaga.php

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Tahukah anda Justin Bieber juga jual Headphone?


Kepada peminat tegar Justin Bieber, kegilaan anda terhadap artis muda ini tidak lengkap sekirannya anda belum memiliki aksesori Justin Bieber ini, Justbeats™ Headphones.

Justin Bieber yang mempunyai peminat lebih 16 Bilion di laman Twitter itu membantu dalam menghasilkan produk kerjasama antara jenama penghasil kabel terkenal Monster dan jenama produk audio Beats by Dr. Dre.

justin bieber just beats headphone Tahukah anda Justin Bieber juga jual Headphone?

Terdapat dua versi yang dihasilkan, satu Justbeats™ iBeats™ jenis earphone dalam telinga (In-ear bud) dan juga Justbeats™ Solo™ jenis headphone atas kepala (On-ear).

Kualitinya? Tak pasti, sebab tak pernah beli, dan mungkin tak beli-beli, kenapa? Cuba tengok harga yang ditawarkan.

RM1180.00 untuk satu set Justbeats™ Solo™ serta kabel istimewa oleh Monster Cable.

Mahal!

Jom tengok gambar Justin Bieber pakai Justbeats™ Solo™.

justin bieber wearing just beats headphone Tahukah anda Justin Bieber juga jual Headphone?

Link untuk Produk Justin Bieber ni : http://beatsbydre.com/products/Products.aspx?pid=B6134&cat=3 dan http://beatsbydre.com/justbeats-by-dr-dre-justin-bieber-headphones/

Posted in Celebrity, Entertainment, MusicComments (1)

Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?


Agak-agaknya, apa maksud poster teaser yang Pizza Hut keluarkan ini? Adakah berkenaan promosi 50% diskaun di Pizza Hut? Jom tengok poster yang dikeluarkan.

Berdasarkan poster tersebut, terdapat simbol 50% pada kesemua tarikh hari bekerja pada dan selepas 14 April 2011. Namun, sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya, apakah maksudnya simbol 50% tersebut.

Pizza hut 50 peratus discount Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?

Adakah ini untuk bersaing dengan promosi keluaran KFC dan McDonald’s yang begitu hebat sekali dengan promosi jualannya? Diskaun 50% atau separuh harga untuk kesemua pembelian Set Pizza pada tarikh-tarikh yang dinyatakan?

Apa-apa pun, kita nantikan sama-sama kejutan istimewa dari Pizza Hut ini!

Posted in FoodComments (1)

Siapa sebenarnya Usop Wilcha? Kenali Syed Mohamad Asri


Siapa yang tak kenal dengan Usop Wilcha. Watak terkenal hasil penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini semakin dikenali dengan gayanya tersendiri.

Selepas membuat penampilan istimewa disamping Johan Raja Lawak pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang baru sahaja berlangsung, semakin ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangannya Usop Wilcha ini di sebalik tabir?

Usop Wilcha, atau watak Usop yang dilakonkan dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) itu amat sinonim dengan kerusi roda yang digunakannya, atau dirujuk sebagai Wilcha (Wheel Chair) dalam filem tersebut. Dengan itulah terhasilnya nama terkenal Usop Wilcha.

Usop Wilcha, atau nama sebenar beliau Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullail mungkin agak jarang didengari dalam bidang seni tanah air. Namun siapa sangka pelakon ini pernah satu ketika dahulu melakar sejarah diri bergelar penyanyi, malah mempunyai albumnya tersendiri.

usop wilcha Syed Mohamad Asri Siapa sebenarnya Usop Wilcha? Kenali Syed Mohamad Asri

Beliau yang mempunyai kerjaya tetap selain dari berlakon merupakan seorang yang berjawatan Pengurus Komunikasi Korporat di sebuah syarikat terkemuka dalam bidang minyak dan gas. Siapa sangka Usop Wilcha yang berperwatakan unik merupakan seorang yang berjawatan penting dan besar dalam bidang korporat!

Peluang yang diberi oleh pengarah ternama, Mamat Khalid, tidak dilepaskan oleh Syed Mohamad Asri, malah beliau memainkan watak yang diberi dengan begitu cemerlang, sehingga kata-kata beliau diingati dan menjadi lambang kepada filem HKLBR sendiri.

Siapa yang boleh lupa pada kata-kata seperti, “Cecite-cecite”, “Kite bako je”, “Sape setuju angkat tangan macam saye…” dan yang pasti, gaya tangan ekspresi lembut beliau itu, menjadi ikutan bagi orang ramai.

Humor, itu sudah pasti bakat semulajadi Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullail.

Posted in EntertainmentComments (1)

Pizza Hut Ring of Fortune Pizza!


Wow, Pizza Hut nampaknya sedang hebat mempromosikan menu istimewa edisi terhad sempena Tahun Baru Cina, Pizza Hut’s Ring of Fortune Pizza!.

Pizza istimewa yang mempunyai bentuk wang syiling lama dinasti kerajaan China itu mempunyai salutan luaran yang istimewa! Selain mempunyai isi dalam Keju dengan 3 jenis rasa berbeza, salutan luar itu turut ditabur dengan jagung rangup istimewa!.

Apa lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk nikmat Pizza istimewa edis terhad ini bersama keluarga dan orang tersayang~

Jom segera ke cawangan Restoran Pizza Hut yang berdekatan!

Pizza Hut’s Ring of Fortune Pizza! Double the fortune! Double the happiness! icon smile Pizza Hut Ring of Fortune Pizza!

ring of fortune pizza Pizza Hut Ring of Fortune Pizza!

Posted in FoodComments (1)

Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger


Wow, Menu hidangan terbaru dari Burger King, Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger!

Burger terbaru dari Burger King ini didatangkan dengan burger daging lembu asli 100% dibakar, ditambah dengan kepingan keju asli dari Amerika, dicelup dengan sos steak pekat istimewa, bawang istimewa, mayonis, kepingan tomato segar, sayur bayam dan roti sandwich dengan bijiran jagung!

Ianya dijual dengan harga RM15.90 untuk set regular, dilengkapi air bikarbonat dan french fries saiz regular. Dan untuk set burger sahaja, ia cuma berharga RM12.50.

Yang menarik, bagi sesiapa yang memilih set regular, anda juga berpeluang untuk dapatkan free upgrade tanpa sebarang bayaran bertukar ke set Large!, apa motif sebenar ye? kenapa tak bagi je terus set Large? Psikologi kot ni,

Burger King turut ada menganjurkan peraduan khas sempena Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger ini, rujuk pada laman Facebook rasmi Burger King.

Apa-apa pun, jangan ketinggalan!

burger king steakhouse burger Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burgerangus steakhouse premium beef Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger

Posted in FoodComments (5)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com