Tag Archive | "Isu"

Kempen Robert Kwok boikot syarikat roti Gardenia?


Aduhai, lagi-lagi isu Gardenia, sudah didakwa sebagai rasis, kini bertambah pula dengan dakwaan kroni dan mula pula kempen boikot roti Gardenia, macam-macam..

Cuba tengok gambar yang tersebar dalam emel dan media online ini,

boikot gardenia Kempen Robert Kwok boikot syarikat roti Gardenia?

BOIKOT GARDENIA

Dear Friends, please Boycott and Stop buying Gardenia bread !

Barisan National is all out against Chinese Tycoon Robert Kwok !

- BERNAS (BN) bought over Gardenia and straight away stop buying flour from FFM Berhad (Robert Kwok)
- Robert Kwok then started Massimo brand. Selling RM4 bread (with wheat germ) at RM2.50

BN rips you off while Robert Kwok subsidise your essential items ! (sugar, flour, oil, etc)

Aduhai, kali ni mempunyai motif politik pula!

Berdasarkan beberapa kajian kecil yang dibuat, Robert Kwok ini sememangnya usahawan perniagaan terkenal! Dan dikenali di seluruh dunia sebagai Raja Gula Asia.

Tidak pasti adakah ini cuma permainan politik, biasa la kan, dah hampir tiba waktu pilihanraya ni, macam-macam la adegan politik yang tersebar.

Dakwaan kroni atau tidak, subsidi atau cekik darah, isu rasis dan perkauman, itu lebih panjang lagi ceritanya, dan macam-macam pula ceritanya, ada yang benar, ada yang separa benar, dan ada yang tidak benar langsung dan fitnah semata-mata!

Kalau nak boikot BERNAS, bermakna tak bolehlah kita makan nasi lepas ni? Kalau nak boikot Robert Kwok, tak bergula la pula air minuman dan masakan nanti? Pelik betul,

Apa-apa pun, kita sebagai pihak konsumer lebih bijak, yang mana yang lebih berbaloi dan menepati citara pengguna, itulah yang menjadi pilihan, betul?

Posted in FoodComments (3)

Servis buruk pekerja Old Town Kopitiam di Viva Home?


Ada pelanggan yang tidak puas hati telah memuat naik video yang dikatakan sebagai servis buruk pekerja Old Town White Coffee Kopitiam di Viva Home. Betul kah?

Jom tengok video dibawah ni terlebih dahulu,

Dalam video tersebut, perempuan yang telah memuat naik video itu berkata bahawa dia tidak mendapat layanan yang baik sebagai pelanggan, dalam keadaan tidak berpuas hati, dia telah mengambil tindakan untuk merakamkan persoalan yang ditimbulkan ketika berdepan dengan pekerja tersebut.

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, punca tidak puas hati adalah disebabkan mimik muka pekerja itu yang dianggap sebagai tidak menghormati pelanggan dan biadab ketika memberi layanan.

Punca sebenar tidak diketahui oleh kerana tiada penjelasan lanjut yang diberikan pada video itu.

Melihat kepada video tersebut, nampaknya punca berlaku kejadian itu amatlah remeh jika perlu dijadikan isu. Namun mungkin respon pekerja itu dalam video itu sendiri tidak seharusnya berlaku, dan sebaiknya membiarkan sahaja pelanggan yang mungkin dianggapnya cerewet melampau itu.

Pemuat naik video itu juga tidak mengambil tindakan sewajarnya apabila cuma merakamkan sebahagian video yang langsung tidak memaparkan punca konflik dan mungkin memberi tanggapan silap pada penonton video itu. Kemungkinan besar ini juga melanggar polisi syarikat seperti ‘Old Town White Coffee Kopitiam’ ini.

Saluran yang betul ada, seeloknya tinggalkan sahaja pada ruangan komen dan cadangan.

Apa pendapat anda? Apa pula respon rasmi dari Old Town White Coffee Kopitiam?

old town white coffee kopitiam logo Servis buruk pekerja Old Town Kopitiam di Viva Home?

Posted in Food, NewsComments (0)

8TV mohon maaf isu video iklan rasis Ramadhan


8TV mohon maaf secara terbuka mengenai isu video iklan rasis Ramadhan yang dikatakan mempunyai unsur perkauman dan menghina kaum Cina di Malaysia.

Dalam kenyataan umum itu, 8TV menghargai segala keprihatinan orang awam khususnya penontonnya, dan seterusnya memohon maaf jika video yang dimuatnaik terlebih dahulu itu menghina mana-mana pihak.

Video asal yang dimuatnaik sebagai pesanan khidmat masyarakat (Public Service Announcement (PSA)) di YouTube oleh produser di Primeworks Studios, Sanjit Randhawa, itu telah dibuang selepas beberapa jam ianya dimuatnaik.

Namun video yang sempat di muatturun oleh beberapa orang awam akhirnya dimuatnaik kembali di YouTube oleh pengguna lain, bagi mengecam tindakan 8TV tersebut,

Video iklan khidmat masyarakat Ramadhan 8TV berunsur perkauman?

8TV dalam kenyataan mohon maaf terbuka, kemudiannya dikecam lagi apabila dikatakan cuba menghina orang awam dengan memberi kenyataan video tersebut telah disalah faham dan memberi maksud intepretasi yang berlainan dari apa yang diharap pada asalnya.

It is with much regret that there were misinterpretations in the PSA. The message was not meant to offend anyone, race or creed – as it is a sincere message of respect for the Ramadhan month. However, the delivery or method of presentation of the PSA may be deemed insensitive to some. 8TV can assure the public that the intentions of the PSA was pure and of good intentions. – 8TV

Apa-apa pun, semoga isu salah faham yang berbangkit-bangkit ini dapat diselesaikan dengan segera pihak 8TV.

Diharap perkara yang sama tidak berulang lagi dan tiada isu sensitif sebegini berlaku lagi.

Posted in Malaysia, NewsComments (1)

Kartun Utusan Malaysia hina Islam berkenaan isu rogol


Pemuda PAS mendakwa kartun yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia adalah menghina Islam dan minta Utusan mohon maaf secara terbuka.

Kartun yang diterbitkan pada 15 June 2011 yang lalu tersebut diberi tajuk ‘Kekeliruan kes rogol’ mengulas mengenai isu kes rogol dikatakan menghina Islam kerana kekeliruan yang ditimbulkan.

Keratan kartun yang didakwa :

kartun utusan kes rogol Kartun Utusan Malaysia hina Islam berkenaan isu rogol

Pemuda PAS berkata, tindakan tersebut menghina Islam kerana kartun tersebut menyamakan prosedur dakwaan bagi kes zina dan juga kes rogol. Dimana prosedur dakwaan bagi kedua-dua kes tersebut adalah berlainan dari segi syariah.

Utusan Malaysia kemudiannya diminta untuk mohon maaf secara terbuka dalam masa tujuh hari.

Pada pendapat anda? Adakah ianya benar-benar menghina Islam atau Tidak? Sampaikan pendapat anda pada ruang komen dibawah atau di Facebook Notakosong, atau Twitter Notakosong.

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Isu Kontroversi Novel INTERLOK


Awal minggu lepas, kontroversi mengenai penggunaan Novel INTERLOK sebagai novel rasmi sastera untuk pelajar tingkatan lima (SPM) begitu hangat diperkatakan, apa sebenarnya isu tersebut?

Ianya bukan hanya kontroversi, dikatakan telah berlaku beberapa perdebatan sebelum ini di Parlimen, sehinggakan pada sambutan Thaipusam yang lalu, dikatakan terdapat demonstrasi diadakan, dimana beberapa telah ditahan pihak polis sebagai tahan soal siasat.

Novel sastera INTERLOK menjadi isu apabila masyarakat india di Malaysia menyatakan bahawa novel tersebut mempunyai unsur penghinaan terhadap kaum india, dan kemudiannya timbul pula kenyataan terbaru dari Presiden MIC, Datuk G.Palanivel, mengatakan bahawa penggunaan Novel INTERLOK tidak mengikut dasar kerajaan iaitu semangat 1Malaysia.

Novel INTERLOK mengisahkan mengenai kisah suka dan duka kehidupan masyarakat Melayu, Cina, dan India ketika zaman sebelum kemerdekaan dikecapi, ketika zaman penjajahan jepun dan zaman darurat komunis.

Novel tulisan sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain pada tahun 1971 itu menjadi isu sensitif apabila terdapatnya rujukan penulis terhadap pendatang dari selatan india dengan panggilan sistem kasta, ‘Pariah’, seumpama menghina masyarakat india.

Terbaru, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini dalam situasi berjaga-jaga atas dakwaan akan berlakunya protes besar-besaran oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF), dimana dikatakan merupakan dalang disebalik pembakaran buku novel INTERLOK di hadapan Kuil Sri Subramaniyar Swami di Batu Caves ketika sambutan Thaipusam yang lalu.

Beberapa ahli politik lain berpendapat tiada unsur rasisme atau perkauman pada kandungan buku novel.

Perkara ini masih lagi dibincangkan, dan belum ada kata putus dari mana-mana pihak.

Apa-apa pun, diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera tanpa sebarang kesulitan berlaku.

buku pelajar interlok 629x1024 Isu Kontroversi Novel INTERLOK

Posted in Malaysia, NewsComments (3)

Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?


Wah, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee nampaknya mempunyai aplikasi sendiri dalam Apple iTunes untuk Apple iPhone.

Aplikasi tersebut yang boleh didapati dan dimuat turun dengan percuma tersebut turut boleh digunakan untuk Apple iPod Touch.

Aplikasi ini dihasilkan oleh sebuah syarikat digital The Octagonal Production, dan hasil karya penciptanya iaitu Hung Hing Wong.

Nampaknya aplikasi ini masih lagi baru didapati di iTunes, dimana tarikh keluarannya adalah 9 November 2010.

Berikut merupakan keterangan yang didapati pada Aplikasi ini.

Download this app to stream & listen to high quality Namewee 黄明志 music audios & videos. Visit Namewee’s facebook page to understand his latest status with this apps, all at your finger tips.

A real time chat room is embedded to allow listeners from around the world to share experience about Namewee music.

This is an unofficial Namewee’s app developed to pay tribute to Namewee, a young Malaysian music talent.

http://itunes.apple.com/my/app/namewee/id400451633?mt=8

Wah, hebat betul.

Walaupun Namewee ni merupakan artis yang penuh dengan kontroversi dan didakwa sebagai ‘racist’, namun tetap ada mereka yang sanggup untuk menghasilkan aplikasi sebegini khas untuk beliau.

Tak kenal siapa itu Namewee? boleh rujuk kiriman lama NK : http://notakosong.com/1814/news/malaysia/biodata-siapa-itu-namewee-wee-meng-chee-yang-sebenarnya/

Hmm, agaknya tak lama lagi ada ke aplikasi khas untuk Notakosong.com pula? icon razz Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?

namewee iphone apps Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?


Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem  yang berasal dari Muar, Johor.

Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.

Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.

Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.

Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.

Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.

Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.

Terkini, Namewee telah membuat sebuah Video Klip mengkritik dan mengutuk tindak tanduk pengetua yang bersikap perkauman, Siti Inshah dengan sebuah video berjudul “Nah!!” . Maklumat lanjut di http://notakosong.com/1785/malaysia/isu-pengetua-siti-inshah-mansor-dan-video-klip-namewee/ .

Dan, Namewee nampaknya baru sahaja selesai dengan satu lagi penahanan polis untuk membuat keterangan dan penjelasan. http://notakosong.com/1805/malaysia/namewee-ditahan-polis-untuk-beri-keterangan-mengenai-video/ .

Facebook : Namewee 黃明志 Official Page
Blogspot   : http://www.namewee.blogspot.com/

NAMEWEE Wee Meng Chee malaysia gambar 768x1024 Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?

Posted in Celebrity, Malaysia, MusicComments (7)

Namewee ditahan polis untuk beri keterangan mengenai video


15 Minit sebelum tepat 31 Ogos 2010, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee telah diminta oleh polis yang datang ke rumah beliau di Muar, untuk memberi keteringan mengenai video kilp sensitif beliau.

Namun, keterangan itu kemudiannya diminta untuk dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pada esok harinya.

Namewee yang kemudiannya tiba di Balai Polis tersebut 9.15pm semalam dikerumuni oleh ramai wartawan dan jurukamera dari pelbagai pihak Media.

Beliau dilihat hadir diiringi dengan peguam beliau.

Keterangan untuk polis yang mengambil masa sehingga jam 12.25am itu dilaporkan berjalan lancar oleh kerana kerjasama baik yang diberi oleh Artis Rapper ini.

Berikut merupakan antara kata-kata Namewee selepas memberi Keterangan kepada Polis,

My name is NAMEWEE, is a Film Director, an artist, and a musician.

And it doesnt mean when i see something wrong in my country,i keep quite,because i am a MALAYSIAN , So i anti rasicm,i support 1MALAYSIA , that’s why i am here to cooperate with the police officer.

And i believe the police will support me anti racism and i believe my country will support me Anti Rasicm.

And yes i love my country. Ok thank you bye.

I am MENTALLY very healthy and i not going to suicide ok. I am no injured in my body, ok.

I explain everything, and i believe everything is ok now.

namewee balai polis bagi keterangan malaysia kini Namewee ditahan polis untuk beri keterangan mengenai video

Sumber : MalaysiaKini

Posted in Malaysia, News, VideoComments (2)

Isu pengetua Siti Inshah Mansor dan video klip Namewee


Isu mengenai pengetua “racist”, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, Siti Inshah Mansor, yang mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman setakat ini masih belum selesai.

Pengetua tersebut, yang dikatakan sehingga kini memiliki lebih dari 30 aduan laporan polis terhadap kenyataan beliau, sehingga kini masih diarahkan bercuti oleh pihak  Jabatan Pendidikan Negeri.

Menurut saksi, Pengetua tersebut, Siti Inshah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India hanyalah penumpang dalam konsep 1Malaysia yang dialungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Malah beliau turut memberikan analogi berikut;

“Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandu.”

Siti Inshah Mansor merupakan salah seorang penerima anugerah pengetua cemerlang negeri Johor, dan beliau baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.

Turut menjadi dakwaan ialah dimana beliau mengeluarkan kenyataan yang teramat memalukan dan berunsurkan perkauman dimana beliau berkata pelajar Cina tidak diperlukan di sini (Malaysia) dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang yang dipakai penganut agama Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing dan amat menjijikkan.

Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji mengenai kes ini.

Sebuah video klip khas turut dihasilkan oleh “rapper” penuh kontroversi yang pernah didakwa kerana menghina lagu kebangsaan, Namewee.

Namewee atau nama sebenar beliau, Wee Meng Chee, telah menghasilkan sebuah video klip lagu yang menghina tindakan Siti Inshah Mansor yang dikatakan keterlaluan dan beliau sangat menentang kenyataan perkauman pengetua “racist” tersebut.

Video klip tersebut berjudul “Nah!! Sucks Banana” <– (Amaran, lirik sangat sensitif)

Posted in Malaysia, News, VideoComments (3)








Partly powered by CleverPlugins.com