Tag Archive | "Italy"

Keputusan cabutan undian UEFA Champions League


Pada 26 Ogos, telah berlangsung cabutan rasmi untuk UEFA Champions League sesi 2010 di Monaco. Berikut merupakan maklumat mengenai kejuaraan ini.

UEFA Champions League ini akan mengumpulkan seluruh juara-juara dari liga di seluruh Eropah, bermakna anda akan dapat lihat Pasukan-pasukan hebat seperti Barcelona, AC Milan, Bayern Munich, malah Manchester United untuk bersaing merebut kejuaraan!

Berikut merupakan keputusan undian tersebut :

Kumpulan A : Inter Milan, Werder Bremen, Tottenham, FC Twente.
Kumpulan B : Lyon, Benfica, Schalke, Hapoel Tel-Aviv.
Kumpulan C : Manchester United,Valencia, Rangers, Bursaspor.
Kumpulan D : Barcelona, Panathinaikos, FC Copenhagen, Rubin Kazan.
Kumpulan E : Bayern Munich, Roma, FC Basel, Cluj.
Kumpulan F : Chelsea, Marseille, Spartak Moscow, MSK Zilina.
Kumpulan G : AC Milan, Real Madrid, Ajax, Auxerre.
Kumpulan H : Arsenal, Shakhtar Donetsk, FC Braga, FK Partizan

champions league draw Keputusan cabutan undian UEFA Champions League

Posted in Sport, WorldComments (1)

Ranking FIFA Terkini selepas FIFA World Cup


Nampaknya, selepas memenangi FIFA World Cup 2010 South Africa, juara dunia Spain melonjak naik dari tempat kedua ke tempat Pertama dalam Ranking FIFA. Manakala Naib Juara World Cup 2010, Netherlands, melonjak naik dari tempat keempat ke tempat kedua.

Bekas juara dunia 2006, Italy, pula selepas cabaran yang amat mendukacitakan, skuad kuda tua Italy kini turun ke ranking yang ke-11! Malah Brazil yang kecundang di suku akhir Piala Dunia 2010 turut turun dari tempat pertama ke tempat ketiga.

Ranking Fifa Ranking FIFA Terkini selepas FIFA World Cup

Kebanyakan pasukan yang menyertai FIFA World Cup 2010 South Africa, berjaya melonjak naik. Contohnya negara Jepun yang melonjak 13 anak tangga dan kini menduduki tempat 32, Paraguay dan Uruguay juga masing-masing melonjak naik 15 dan 10 anak tangga menjadikan kepada tempat ke-16 dan ke-6.

Ranking Malaysia Terkini? Malaysia di tangga ke-142, melonjak 4 anak tangga dan mendahului Myanmar yang berada di tempat ke-143.

Boleh tahan la kan?

Sumber : Fifa.com

Posted in Sport, WorldComments (11)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com