Taman Tema bertaraf antarabangsa bernilai lebih RM720 Juta ini bakal dibina di Iskandar Malaysia, Johor. LEGOLAND Malaysia dijangka siap pada penghujung tahun 2012.
Taman tema seluas 76 ekar ini mempunyai lebih dari 40 jenis landasan dan litar roller-coaster, dan secara keseluruhan taman tema LEGOLAND Malaysia ini mempunyai 7 bahagian taman tema yang berlainan tema!.
LEGOLAND Malaysia merupakan LEGOLAND pertama dibina di Asia selepas beberapa lagi LEGOLAND di Denmark, Britain, Jerman, dan Florida dan California di Amerika Syarikat!.
Pihak pengurusan LEGOLAND Malaysia kini begitu giat sedang membuat promosi bukan sahaja bagi penduduk tempatan, malah juga penduduk luar negara lebih-lebih lagi di negara rantau Asia seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Australia!.
Cuba tengok beberapan paparan ‘slideshow’ dari YouTube ini :
Harga Sebenar
Dewasa : RM275
Kanak-kanak (3-11 Tahun) : RM210
*Pemegang MyKad mampu mendapat diskaun sebanyak RM30 setiap seorang.
Berbaloi? Nampak macam berbaloi ni! Tak puas satu hari kalau nak main semua ni!
Tapi yang pasti, taman tema ini sudah pasti akan menjadi tarikan pengunjung dan pelancong dari luar, dan juga pengunjung tempatan apabila Wilayah Iskandar Malaysia ini telah maju dibangunkan sepenuhnya menjelang 2020 nanti.
Wah, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee nampaknya mempunyai aplikasi sendiri dalam Apple iTunes untuk Apple iPhone.
Aplikasi tersebut yang boleh didapati dan dimuat turun dengan percuma tersebut turut boleh digunakan untuk Apple iPod Touch.
Aplikasi ini dihasilkan oleh sebuah syarikat digital The Octagonal Production, dan hasil karya penciptanya iaitu Hung Hing Wong.
Nampaknya aplikasi ini masih lagi baru didapati di iTunes, dimana tarikh keluarannya adalah 9 November 2010.
Berikut merupakan keterangan yang didapati pada Aplikasi ini.
Download this app to stream & listen to high quality Namewee 黄明志 music audios & videos. Visit Namewee’s facebook page to understand his latest status with this apps, all at your finger tips.
A real time chat room is embedded to allow listeners from around the world to share experience about Namewee music.
This is an unofficial Namewee’s app developed to pay tribute to Namewee, a young Malaysian music talent.
Walaupun Namewee ni merupakan artis yang penuh dengan kontroversi dan didakwa sebagai ‘racist’, namun tetap ada mereka yang sanggup untuk menghasilkan aplikasi sebegini khas untuk beliau.
Sebuah stesen televisyen baru bercorak Islam, TV-Al Hijrah akan mula disiarkan di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember ini.
Namun, siaran cubaan akan dilakukan dalam tempoh sebulan sebelum tarikh siaran sebenar dilangsungkan.
Siaran cubaan itu akan bermula pada 1 November ini, dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Al-Hijrah Media Corporation merupakan badan yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengendalikan saluran televisyen berasaskan islamik tersebut.
Objektif utama TV-Al Hijrah adalah untuk menjadi sebagai sebuah media yang menjadi rujukan bagi mengekang kegiatan masalah gejala sosial yang berlaku sekarang.
Malah TV-Al Hijrah turut berupaya untuk menjadi sebuah lagi saluran alternatif kepada penonton-penonton dalam negara.
Kebanyakan kandungan TV-Al Hijrah adalah hasil tempatan namun turut diserapkan adalah kandungan dari negara-negara islam lain seperti Iran, Indonesia, Turki dan Belanda.
Tak sabar rasanya untuk menonton stesyen televisyen baru ini, semoga ianya betul-betul mencapai objektif sebagai media yang berupaya menerapkan nilai murni dalam masyarakat.
Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem yang berasal dari Muar, Johor.
Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.
Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.
Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.
Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.
Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.
Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.
15 Minit sebelum tepat 31 Ogos 2010, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee telah diminta oleh polis yang datang ke rumah beliau di Muar, untuk memberi keteringan mengenai video kilp sensitif beliau.
Namun, keterangan itu kemudiannya diminta untuk dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pada esok harinya.
Namewee yang kemudiannya tiba di Balai Polis tersebut 9.15pm semalam dikerumuni oleh ramai wartawan dan jurukamera dari pelbagai pihak Media.
Beliau dilihat hadir diiringi dengan peguam beliau.
Keterangan untuk polis yang mengambil masa sehingga jam 12.25am itu dilaporkan berjalan lancar oleh kerana kerjasama baik yang diberi oleh Artis Rapper ini.
Berikut merupakan antara kata-kata Namewee selepas memberi Keterangan kepada Polis,
My name is NAMEWEE, is a Film Director, an artist, and a musician.
And it doesnt mean when i see something wrong in my country,i keep quite,because i am a MALAYSIAN , So i anti rasicm,i support 1MALAYSIA , that’s why i am here to cooperate with the police officer.
And i believe the police will support me anti racism and i believe my country will support me Anti Rasicm.
And yes i love my country. Ok thank you bye.
I am MENTALLY very healthy and i not going to suicide ok. I am no injured in my body, ok.
I explain everything, and i believe everything is ok now.
Isu mengenai pengetua “racist”, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, Siti Inshah Mansor, yang mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman setakat ini masih belum selesai.
Pengetua tersebut, yang dikatakan sehingga kini memiliki lebih dari 30 aduan laporan polis terhadap kenyataan beliau, sehingga kini masih diarahkan bercuti oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Menurut saksi, Pengetua tersebut, Siti Inshah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India hanyalah penumpang dalam konsep 1Malaysia yang dialungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Malah beliau turut memberikan analogi berikut;
“Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandu.”
Siti Inshah Mansor merupakan salah seorang penerima anugerah pengetua cemerlang negeri Johor, dan beliau baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.
Turut menjadi dakwaan ialah dimana beliau mengeluarkan kenyataan yang teramat memalukan dan berunsurkan perkauman dimana beliau berkata pelajar Cina tidak diperlukan di sini (Malaysia) dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang yang dipakai penganut agama Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing dan amat menjijikkan.
Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji mengenai kes ini.
Sebuah video klip khas turut dihasilkan oleh “rapper” penuh kontroversi yang pernah didakwa kerana menghina lagu kebangsaan, Namewee.
Namewee atau nama sebenar beliau, Wee Meng Chee, telah menghasilkan sebuah video klip lagu yang menghina tindakan Siti Inshah Mansor yang dikatakan keterlaluan dan beliau sangat menentang kenyataan perkauman pengetua “racist” tersebut.
Video klip tersebut berjudul “Nah!! Sucks Banana” <– (Amaran, lirik sangat sensitif)
2-3 hari yang lepas, NK telah berjaya akhirnya untuk rasa sendiri Ayam KFC Black Pepper yang NK pernah ceritakan dulu. Harga nya pula ialah RM12.10 untuk dinner plate termasuk air, tapi memang puas hati dan berbaloi dapat makan! Berikut merupakan gambar ayam Black Pepper tersebut~
Gambar agak kurang jelas, sebab ambil pakai kamera Handphone murahan Nokia 5730 je. Sebab dia bagi pilihan untuk ambil original atau black pepper, jadi NK pilih untuk ambil kesemua 3 ketul ayam Black Pepper. Tapi tiada pula pilihan Spicy seperti biasa, mungkin ayam Black Pepper ini sebagai ganti ayam perisa Spicy kot?
Menurut iklan KFC, ayam ni bukan sahaja punya rasa Black Pepper, malah turut mempunyai kerangupan yang lebih, sebab tu nama diberi pun KFC Black Pepper Crunch! Jadi Crunch = Rangup la kot. Tapi sebenarnya tak la rangup sangat pun, biasa-biasa je. Cuma yang NK perasan, ayam Black Pepper ni macam lebih berminyak berbanding biasa. Atau KFC cawangan ni yang silap masak ni?
Sebab dah kelaparan kan, makan je la kan.
Hmm, pendapat NK, rasa Black Pepper tu kurang, maksudnya tak rasa sangat la, lebih kepada rasa ayam yang sangat berminyak je. Nampak bintik-bintik hitam tu? itu la Black Pepper yang tak rasa apa-apa tu.
Mungkin nasib NK dapat yang kurang rasa kot, rugi la macam ni, Haha,
Apa-apa pun, NK tetap sokong KFC, sebab KFC Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh anak jati Malaysia, Johor Corp. kalau tak silap kan? Tahniah kepada usaha KFC ni.
Recent Comments