Tag Archive | "Juara"
Posted on 27 July 2011. Tags: Antarabangsa, Datuk Seri Najib bin Razak, Juara, Kuala Lumpur, Malaysia, Perdana Menteri, SIFE MALAYSIA National Exposition, SIFE UTP, SIFE WORLD CUP, Universiti, Universiti Teknologi Petronas, World Cup
Tahukah anda mengenai SIFE MALAYSIA National Exposition 2011 di PWTC semalam? Kalau anda nak tahu, pasukan SIFE dari Universiti Teknologi PETRONAS muncul sebagai JUARA!
SIFE MALAYSIA National Exposition diadakan setiap tahun bagi menampilkan hasil-hasil projek komuniti dan keusahawanan yang telah dijalankan sepanjang tahun oleh setiap pasukan SIFE dari berlainan Universiti.
Kalau anda nak tahu lebih banyak maklumat lanjut mengenai SIFE (Student in Free Enterprise), boleh rujuk pada laman rasmi mereka, http://sife.org ataupun di wikipedia, http://en.wikipedia.org/wiki/SIFE.
SIFE UTP (Universiti Teknologi PETRONAS), muncul Juara buat pertama kalinya setelah 4 tahun mempunyai penglibatan dalam aktiviti SIFE, dan bakal mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa untuk bertanding dengan pasukan SIFE dari Universiti di negara-negara luar, dalam acara SIFE WORLD CUP 2011.
Yang paling menarik, setelah hampir 10 tahun SIFE WORLD CUP sentiasa diadakan di negara luar seperti Jerman, Amerika Syarikat malah Singapura, kali ini, untuk SIFE WORLD CUP yang ke-10 dan bagi edisi 2011, ianya akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Razak.
Apa-apa pun, TAHNIAH SIFE UTP, dan semoga berjaya di peringkat antarabangsa!

Posted in Education, Malaysia, News
Posted on 04 February 2011. Tags: AFF Suzuki Cup, Andi Malarangeng, Belot, Bukit Jalil, Eli Cohen, Email, FIFA, Final, Indonesia, Juara, Kalah, Kontroversi, Malaysia, Menang, Presiden, Rasuah, Saman, Susilo Bambang Yudhoyono, Tuduh
Satu berita mengejutkan dimana Malaysia dituduh rasuah Indonesia di Final AFF Suzuki Cup ketika pusingan pertama di Bukit Jalil.
Pada perlawanan pertama yang berlangsung di Malaysia itu, pasukan Indonesia tewas 3-0, dan keputusan tewas dengan teruk ini dikatakan berpunca dari skuad tersebut yang dirasuah.
Spekulasi kontroversi ini tersebar di internet apabila sebuah email yang kononnya kandungannya telah dihantar ke Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, berkenaan isu rasuah tersebut.
Email tersebut yang didakwa dihantar oleh seorang pegawai bahagian cukai di Kementerian Kewangan, Eli Cohen, menyatakan dalam email tersebut dimana rasuah tersebut berlaku di Malaysia ketika perlawanan Final pusingan pertama, dan beliau meminta presiden menyiasat perkara tersebut.
Menteri belia dan sukan Indonesia, Andi Malarangeng, meminta pihak polis untuk mengadakan siasatan keatas perkara tersebut. Jikalau ianya benar berlaku, seluruh pasukan Indonesia boleh dihukum atas dakwaan belot terhadap negara.
Namun perkara yang tersebar di Internet itu mungkin boleh jadi benar, mungkin juga bohong semata-mata.
Macam-macam, pernah dulu juga ketika tamat perlawanan tersebar satu penipuan dimana Malaysia dikatakan disaman oleh FIFA dan digantung dari pentas antarabangsa selama 2 tahun.
Apa-apa pun, apa komen anda?

Posted in News, Sport
Posted on 31 December 2010. Tags: 2010, AFF Suzuki Cup, Gambar, Garuda, Harimau Malaya, Indonesia, Juara, Kelakar, Khairul Fahmi Che Mat, Malaysia, Menarik, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Sedih, Seronok, Video
Posted in Picture
Posted on 30 December 2010. Tags: AFF Suzuki Cup, Congratulation Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, Gambar, Garuda, Harimau Malaya, Indonesia, Jakarta, Juara, Malaysia, Perdana Menteri, Petronas, Safee Sali, Stadium Gelora Bung Karno, Trofi, Twitter, Video
Alhamdulillah, ini la yang dikatakan hujan emas di bumi sendiri, oleh kerana kemenangan awal 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia muncul Juara AFF Suzuki Cup 2010!
Berbunyi sahaja wisel penamat tadi, tamat sudah dugaan 90 minit di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Keputusan akhir memihak kepada Indonesia, dengan keputusan 2-1 keatas Malaysia.
Meskipun Indonesia menang, namun Malaysia ialah juara! Berbekalkan 3 Gol yang diperoleh terlebih dahulu, menjadikan agregat 4-2 dan memihak kepada Malaysia, akhirnya membolehkan Harimau Malaya membawa pulang Trofi Kejohanan AFF Suzuki Cup buat julung-julung kalinya!.
Safee Sali menjaringkan gol pertama buat Malaysia, menjadikan Malaysia sebagai pendahulu, namun gerakan menarik dari Indonesia akhirnya berhasil menjaringkan 2 Gol.
Lagi satu, kini trending “Congratulation Malaysia” pula yang hangat di Twitter!! Terima kasih atas ucapan tahniah ya rakyat Indonesia dan rakyat Malaysia!
Tahniah juga Indonesia, walaupun tempat kedua, tahukah anda mereka hanya tewas sekali sahaja iaitu ketika bertemu Malaysia?
Apa-apa pun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah pun mengumumkan Jumaat ini (31 Disember 2010) sebagai cuti umum, jadi semua pekerja awam pun dapat cuti! Yeay!
Tapi jumaat bukan memang ada cuti sempena Tahun Baru ke? Haha, dengar-dengar, Kakitangan syarikat Petronas kesemuanya dapat cuti oleh kerana kemenangan Julung kali Malaysia ini, pun Yeay juga!
Sempat la bagi ibu-bapa untuk bersiap-siap barang anak-anak untuk ke sekolah isnin depan ya?
Nantikan entri koleksi video perlawanan akhir dan album gambar untuk perlawanan akhir AFF Suzuki Cup ya.
Malaysia, Tanah tumpahnya darahku!


Posted in News, Sport
Posted on 15 November 2010. Tags: 2010, Abu Dhabi, Champions, Cosworth, Fernando Alonso, Ferrrari, Formula 1, Grand Prix, Hispania Racing, Juara, Juara Dunia, Lotus, Lotus Racing, Lumba, Malaysia, Perlumbaan, Racing, Red Bull, Renault, Sebastian Vettel, Virgin Racing
Sebastian Vettel baru sahaja ditakhtakan sebagai Juara Dunia Formula 1 musim 2010 setelah menjuarai tempat pertama Abu Dhabi Grand Prix.
Beliau turut dinobatkan sebagai Pelumba Formula 1 yang paling muda menjuarai perlumbaan berprestij tersebut.
Pesaing beliau yang terdekat, pemandu Ferrari, Fernando Alonso yang cuma perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat keempat gagal untuk dinobatkan juara dunia apabila beliau gugur ke tempat yang ketujuh.
Ini membolehkan Vettel memintas Alonso dan menduduki tempat pertama keseluruhan kejuaraan dengan hanya beza 4 mata, Vettel (256). Alonso (252).
Senarai ranking kedudukan penuh Pelumba Formula 1.
| 1 |
Sebastian Vettel |
German |
RBR-Renault |
256 |
| 2 |
Fernando Alonso |
Spanish |
Ferrari |
252 |
| 3 |
Mark Webber |
Australian |
RBR-Renault |
242 |
| 4 |
Lewis Hamilton |
British |
McLaren-Mercedes |
240 |
| 5 |
Jenson Button |
British |
McLaren-Mercedes |
214 |
| 6 |
Felipe Massa |
Brazilian |
Ferrari |
144 |
| 7 |
Nico Rosberg |
German |
Mercedes GP |
142 |
| 8 |
Robert Kubica |
Polish |
Renault |
136 |
| 9 |
Michael Schumacher |
German |
Mercedes GP |
72 |
| 10 |
Rubens Barrichello |
Brazilian |
Williams-Cosworth |
47 |
| 11 |
Adrian Sutil |
German |
Force India-Mercedes |
47 |
| 12 |
Kamui Kobayashi |
Japanese |
BMW Sauber-Ferrari |
32 |
| 13 |
Vitaly Petrov |
Russian |
Renault |
27 |
| 14 |
Nico Hulkenberg |
German |
Williams-Cosworth |
22 |
| 15 |
Vitantonio Liuzzi |
Italian |
Force India-Mercedes |
21 |
| 16 |
Sebastien Buemi |
Swiss |
STR-Ferrari |
8 |
| 17 |
Pedro de la Rosa |
Spanish |
BMW Sauber-Ferrari |
6 |
| 18 |
Nick Heidfeld |
German |
BMW Sauber-Ferrari |
6 |
| 19 |
Jaime Alguersuari |
Spanish |
STR-Ferrari |
5 |
| 20 |
Heikki Kovalainen |
Finnish |
Lotus-Cosworth |
0 |
| 21 |
Jarno Trulli |
Italian |
Lotus-Cosworth |
0 |
| 22 |
Karun Chandhok |
Indian |
HRT-Cosworth |
0 |
| 23 |
Bruno Senna |
Brazilian |
HRT-Cosworth |
0 |
| 24 |
Lucas di Grassi |
Brazilian |
Virgin-Cosworth |
0 |
| 25 |
Timo Glock |
German |
Virgin-Cosworth |
0 |
| 26 |
Sakon Yamamoto |
Japanese |
HRT-Cosworth |
0 |
| 27 |
Christian Klien |
Austrian |
HRT-Cosworth |
0 |
Namun, yang menjadi persoalan adalah, sepanjang musim 2010, Sebastian Vettel tidak pernah sekalipun mendahului senarai pelumba sebagai tempat pertama. Dengan tiba-tiba pada litar terakhir beliau muncul sebagai juara dan terus dinobatkan sebagai Juara Dunia musim 2010.
Lotus Racing yang menggunakan enjin Cosworth pula muncul dalam kedudukan yang membanggakan tempat ke-10 meskipun baru tahun pertama penglibatan, menewaskan Virgin Racing dan Hispania Racing.



Posted in Automotive, News
Posted on 30 October 2010. Tags: B. Sathianathan, Bukit Jalil, Final Piala Malaysia, Hairuddin Omar, Juara, Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, Menang, Mohd Badri Mohd Radzi, Negeri Sembilan, Piala Malaysia, Shahurain Abu Samah, Stadium Nasional, Stadium Nasional Bukit Jalil
Kelantan muncul Juara Piala Malaysia 2010 buat pertama kali selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1.
Perlawanan yang dihadiri lebih 90,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil itu merupakan Saingan Piala Malaysia yang kali ke-84 diadakan.
Gol pertama diperoleh Negeri Sembilan melalui sepakan Penalti yang berjaya dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Walaupun ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama, Kelantan bangkit separuh masa kedua dengan tandukan cantik yang dijaringkan oleh Hairuddin Omar, menjadikan kedudukan 1-1.
Kebangkitan Kelantan disambung lagi dengan sepakan jaringan gol kedua padu yang dijaringkan Mohd Badri Mohd Radzi. 2-1.
Bak kata pengulas perlawanan, “Ternyata Kelantan berada dalam Kelas yang tersendiri”.
Tahniah buat Pasukan Kelantan! Ternyata B. Sathianathan memang hebat!


Posted in News, Sport
Posted on 27 August 2010. Tags: AC Milan, Arsenal, Arsenal FC, Barcelona, Bayern Munich, Bola, Bola Sepak, Champion, Champion League, Chelsea, Eropah, Europe, FC, Football, German, Itali, Italy, Juara, Manchester United, Official, Rasmi, Soccer, Spain, UEFA
Pada 26 Ogos, telah berlangsung cabutan rasmi untuk UEFA Champions League sesi 2010 di Monaco. Berikut merupakan maklumat mengenai kejuaraan ini.
UEFA Champions League ini akan mengumpulkan seluruh juara-juara dari liga di seluruh Eropah, bermakna anda akan dapat lihat Pasukan-pasukan hebat seperti Barcelona, AC Milan, Bayern Munich, malah Manchester United untuk bersaing merebut kejuaraan!
Berikut merupakan keputusan undian tersebut :
Kumpulan A : Inter Milan, Werder Bremen, Tottenham, FC Twente.
Kumpulan B : Lyon, Benfica, Schalke, Hapoel Tel-Aviv.
Kumpulan C : Manchester United,Valencia, Rangers, Bursaspor.
Kumpulan D : Barcelona, Panathinaikos, FC Copenhagen, Rubin Kazan.
Kumpulan E : Bayern Munich, Roma, FC Basel, Cluj.
Kumpulan F : Chelsea, Marseille, Spartak Moscow, MSK Zilina.
Kumpulan G : AC Milan, Real Madrid, Ajax, Auxerre.
Kumpulan H : Arsenal, Shakhtar Donetsk, FC Braga, FK Partizan

Posted in Sport, World
Posted on 07 August 2010. Tags: Arsenal, Arsenal FC, Arsenal.com, Barcelona, Barcelona FC, Bola, Bola Sepak, BPL, Cesc Fabregas, EPL, Eropah, Euro, Fabregas, FIFA, Football, Gambar, Juara, Lelaki, Midfielder, News, Picture, Selebriti, Sepanyol, Soccer, Spain, Sukan
Cesc Fabregas, Pemain posisi Midfielder berumur 23 tahun ini menjadi pemain paling kontroversi pada tempoh jual beli sebelum musim baru English Premier League (EPL) bermula, akhirnya membuat keputusan kekal di Arsenal FC.
Fabregas yang dikatakan akan berpindah ke Barcelona FC, iaitu kelab beliau sebelum beliau berpindah ke Arsenal FC ketika berumur 16 tahun, mengeluarkan kenyataan berikut di laman web Rasmi Arsenal FC, Arsenal.com.
“I can assure all the fans that now the negotiations have ended I will be 100 percent focused on playing for Arsenal.
“I am an Arsenal player and as soon as I step out on to the pitch, that is the only club I will be thinking about.
“I am looking forward to the start of the season and putting this speculation behind me.”
Kenyataan penuh boleh dibaca di laman web Rasmi Arsenal FC, Arsenal.com

Sebelum ini, Barcelona pernah menawarkan sebanyak £35 juta Euro untuk membeli Cesc Fabregas. Dan pada hari ini, Barcelona menaikkan jumlah bidaan kepada £42 juta Euro, tetapi beberapa jam selepas itu, Arsenal FC menolak bidaan tersebut dan Cesc Fabregas membuat keputusan kekal di Arsenal!
Jadi peminat-peminat Arsenal sekalian, apa kata Gooners?
Posted in Celebrity, Sport, World
Posted on 17 July 2010. Tags: 2010, 2012, 2014, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Bola, Bola Sepak, Brazil, Cup, Euro, FIFA, Fifa.com, Final, Football, Hadiah, Holland, Italy, Jabulani, Jadual, Juara, Lelaki, Live, LOL, Malaysia, Menang, Mexico, Myanmar, Naib Juara, Netherlands, Piala, Ranking, Ranking FIFA, Sepanyol, Soccer, South Africa, Spain, Stadium, UK, USA, World, World Cup
Nampaknya, selepas memenangi FIFA World Cup 2010 South Africa, juara dunia Spain melonjak naik dari tempat kedua ke tempat Pertama dalam Ranking FIFA. Manakala Naib Juara World Cup 2010, Netherlands, melonjak naik dari tempat keempat ke tempat kedua.
Bekas juara dunia 2006, Italy, pula selepas cabaran yang amat mendukacitakan, skuad kuda tua Italy kini turun ke ranking yang ke-11! Malah Brazil yang kecundang di suku akhir Piala Dunia 2010 turut turun dari tempat pertama ke tempat ketiga.

Kebanyakan pasukan yang menyertai FIFA World Cup 2010 South Africa, berjaya melonjak naik. Contohnya negara Jepun yang melonjak 13 anak tangga dan kini menduduki tempat 32, Paraguay dan Uruguay juga masing-masing melonjak naik 15 dan 10 anak tangga menjadikan kepada tempat ke-16 dan ke-6.
Ranking Malaysia Terkini? Malaysia di tangga ke-142, melonjak 4 anak tangga dan mendahului Myanmar yang berada di tempat ke-143.
Boleh tahan la kan?
Sumber : Fifa.com
Posted in Sport, World
Posted on 12 July 2010. Tags: 2010, 2012, 2014, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Astro, Bola, Bola Sepak, Brazil, Bunyi, Cup, Euro, Facebook, FIFA, Fifa.com, Final, Football, Hadiah, Holland, Jabulani, Jadual, Juara, Lagu, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Malaysia, McDonald's, Menang, Mexico, Netherlands, Piala, RTM, Sepanyol, Siaran, Soccer, South Africa, Spain, Stadium, TV, TV1, TV2, UK, URL, USA, Vuvuzela, World, World Cup

Dengan jaringan cantik dari Iniesta pada masa tambahan minit ke 116, terus melenyapkan harapan Netherlands untuk menjulang Piala Dunia 2010 ini. Ini merupakan kekalahan buat kali ketiga Netherlands di Perlawanan Akhir World Cup.
Bagi yang masih memikirkan apa yang tertulis pada baju Iniesta tersebut, ianya ialah “DANI JARQUE SIEMPRE CON NOSOTROS” membawa maksud, “Dani Jarque sentiasa bersama kami”, dedikasi khas seluruh pasukan Spain kepada bekas Kapten Spain, Dani Jarque.
Spain, sebuah pasukan yang buat pertama kali tiba ke perlawanan akhir Piala Dunia, turut menjulang trofi Piala Dunia buat pertama kalinya, merupakan negara kedua yang berjaya menjulang Piala Eropah dan Piala Dunia berturut-turut selepas Jerman.
Perlawanan akhir kali ini yang turut dikatakan perlawanan paling kontroversi, merupakan perlawanan akhir yang mempunyai paling banyak kad dilayangkan. Sebanyak 14 kad dilayangkan pengadil Howard Webb.
Man of the Match bagi perlawanan akhir kali ini, semestinya Andres Iniesta, penjaring gol kemenangan Spain. Namun bagi NK, Iker Casillas adalah lebih layak.
Netherlands sememangnya cukup hebat kerana berjaya menampan banyak cubaan menarik dari pemain-pemain Spain, contohnya cubaan menarik Fabregas pada masa tambahan.
Kelemahan Netherlands dapat dilihat pada jentera serangannya yang diterajui oleh Robin Van Persie yang sememangnya dapat dilihat sepanjang FIFA World Cup ini sebagai kurang menyerlah.

Kita tunggu dan lihat berjayakah Spain mempertahankan kejuaraaan mereka di EURO 2012 di Poland-Ukraine.
Jumpa anda lagi di World Cup 2014 di Rio de Janeiro, Brazil.
Posted in Sport, World
Recent Comments