Tag Archive | "/k"
Posted on 16 July 2010. Tags: /k, Aduan, Bahaya, Brek, Car, Complaint, Harga, Honda, Honda Accord, Honda City, Honda Civic, Honda Jazz, Honda Malaysia, Kemalangan, Kereta, Komen, LOL, Lowyat.net, lyn, Malaysia, Pemandu, Rosak, Sistem
Nampaknya kemarahan seorang pemilik kenderaan jenis Honda, model Accord sampai ke kemuncak apabila beliau tekad untuk melakukan perkata ekstrem bagi menunjukkan marah kepada Honda Malaysia.
Kenderaan Honda Accord milik beliau ini penuh dengan hiasan pelekat sticker yang menunjukkan kemarahan beliau dengan kata-kata seperti, ” MY HONDA TAK GUNA”


Antara lain aduan yang dipaparkan dengan pelekat di kenderaan beliau ialah seperti,
- Brakes Locked While Driving (Brek terkunci ketika memandu)
- Screeching sounds from tires (Tayar mengeluarkan bunyi nyaring)
- Brake Pads wear out very fast (Brek cepat haus)
- Brake disc replaced after 9 months (Disc Brek diganti selepas 9 bulan)
Wah, tak sangka kenderaan sedan premium seperti Honda Accord ini mempunyai begitu banyak masalah. Paling tidak sangka, kesemua masalah ini adalah berkenaan dengan keselamatan pemandu!
Bayangkan jikalau sistem brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika sedang laju memandu? Nahas nyawa pemandu dan penumpang!



Harap-harap ianya cuma kes satu dalam sejuta, berkemungkinan besar masalah yang sama terdapat juga pada model lain seperti Honda City, Honda Civic, Honda Jazz yang mana Harga setiap kereta mencecah RM100,000 malah lebih!
Mungkin Honda Malaysia ada penjelasan lebih lanjut?
Credit to Lyn FNF
Share on Facebook
Posted in LOL, Malaysia
Posted on 17 June 2010. Tags: /k, Berita, Brunei, Cerai, Dunia, Isteri, Kahwin, Kaya, Malaysia, News, Putera, Puteri, Raja, Suami, Sultan, Talak, TV3, Video, Wartawan

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.
Pengumuman khas mengenai perceraian itu diumumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Abu Bakar melalui web tv Radio Televisyen Brunei (RTB) di Brunei malam semalam.
Dalam video tersebut Pengiran Alaudin turut mengumumkan kesemua pingat dan darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada bekas wartawan penyiaran TV3 itu ditarik balik serta-merta.
Sultan Brunei menikahi Azrinaz pada 20 Ogos 2005 pada satu majlis tertutup di lokasi yang dirahsiakan. Beliau ketika itu berusia 26 tahun sementara baginda berusia 58 tahun.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan diraja itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Abdul Wakeel pada 1 Jun 2006 dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pada 28 Januari 2008.
Sumber : Brunei News
Share on Facebook
Posted in News, World
Posted on 07 June 2010. Tags: /k, Admin, Bahaya, Broadband, Forum, Free, Hack, Hacker, Harga, Haxor, HSBB, Internet, Leet, LOL, Lowyat, Malaysia, Percuma, Router, TM, TM HSBB, TM HSBB UNIFI, Tmnet, Unifi

Sebelum ni NK pernah maklumkan mengenai kemungkinan pengguna TM HSBB UNIFI untuk digodam berkenaan dengan kesilapan teknikal yang terdapat pada modem router TM.
Berdasarkan kiriman sebelum ini, Khidmat Pelanggan TM telah memberikan maklum balas pada kiriman NK. Dan berikut merupakan kenyataan yang telah diberi, pada bahagian komen kiriman tersebut.
Kpd pengguna Unifi jgn risau. Setiap masalah pasti akan berlaku. Canggih mcm mana pun teknologi,tetap juga ada kelemahannya. Kalau tidak masa kan Pentagon pun banyak kali digodam. Yg penting tindakan pantas dan feedback dr pelanggan kpd TM. Unifi memang canggih dan tidak mustahil akan terdedah dengan penggodam2 yg cuba mengambil kesempatan untuk menggunakan khidmat unifi secara percuma. TM sentiasa berjaga2 dan bertindak pantas di atas kesulitan yang berlaku pada pelanggannya. TM peneraju High speed broadband – Merintis Kemungkinan
@HSBB TEAM – notakosong
Wah hebat, berdasarkan respon pantas yang NK dapat tersebut, nampaknya kumpulan TM betul-betul serius untuk menjaga segala perihal masalah yang dialami oleh pengguna TM.
Berdasarkan janji TM tersebut, NK pasti bahawa khidmat TM HSBB UNIFI akan lebih bermutu pada masa akan datang!
Share on Facebook
Posted in Malaysia, Technology
Posted on 02 June 2010. Tags: /k, Admin, Bahaya, Broadband, Forum, Free, Hack, Hacker, Harga, HSBB, Internet, LOL, Lowyat, Malaysia, Percuma, Router, TM, TM HSBB, TM HSBB UNIFI, Tmnet, Unifi

Kelemahan pada router yang dibekalkan oleh TM dikatakan berpunca dari wujudnya ekstra akaun administrator selain dari yang telah dibekalkan kepada pengguna.
Akaun ekstra administrator ini mempunyai kebolehan dan kebenaran yang lebih tinggi dari yang dibekalkan (Super Admin > Admin).
Apa yang mengejutkan, akaun Super Admin yang datang bersama-bersama dengan semua router yang dibekalkan ini menggunapakai Username dan Password yang sama pada semua router!
Lebih mengejutkan apabila dikatakan Username dan Password ini begitu mudah untuk diteka! Bayangkan kesannya jika ada hacker yang bijak salahguna kesilapan dari TM ini.
Antara Kesan-kesan yang mungkin boleh terjadi ialah :
- Jadikan router anda sebagai Proxy, segala perkara akan di trace kepada anda, dan anda menanggung kesannya
- Intai segala transaksi dan perlakuan anda di internet.
- Habiskan kadar Bandwidth anda yang terhad setiap bulan tanpa anda sedari
- Guna Akaun anda secara PERCUMA!
Masalah ini dikesan selepas salah seorang pengguna Lowyat.Net (Forum Teknologi) memberi amaran kepada semua pengguna TM HSBB UNIFI mengenai kelemahan pada Router yang dibekalkan TM.
Berikut merupakan keratan kenyataan dari TM berhubung isu ini :
TM would like to assure all concerned parties that the only reason the UniFi router setting for remote access is enabled is for remote access troubleshooting purposes for the express use of our technical support personnel. In the event there is a technical support issue with any of our UniFi subscribers; at the first level of troubleshooting, TM’s network operation centre (NOC) can immediately remotely diagnose the problem before sending a support team on-site.
TM also acknowledges that there is a need to balance the public’s level of comfort with regards to security and privacy and TM’s own commitment to faster support turnaround time. As such, TM would like to maintain the higher level of service enabled by remote access management on customer routers, and in recognition of that TM will immediately change every UniFi customers’ router management password into a high security, unique one (which will be only known to the customer and TM). TM will notify all our Unifi customers of this change accordingly.
Source : TM Press Release
Mengejutkan bukan? Diharap agar TM HSBB UNFI yang ditawarkan pada harga serendah RM149 sebulan ini dapat dipertingkatkan lagi keselamatan dan keupayaannya.
Share on Facebook
Posted in Malaysia, News, Technology
Posted on 30 May 2010. Tags: /k, Bella, Daily Chilli, Edward Cullen, Image, Irish, Joke, Kristen Stewart, Lelaki, LOL, Malaysia, Malaysian, Model, Panas, Picture, Pontianak, Robert Pattinson, Selebriti, Sexy, Twilight, Vampire
Ingat lagi cerita Twilight? Kenal lagi dengan Edward Cullen? Atau pelakon sebenarnya, Robert Pattison? Tak pun, ingat lagi dengan vampire pontianak yang tak hisap darah manusia dan ada kulit yang bersinar-sinar kalau kena cahaya matahari?
Ok, Kali ni NK nak kongsi cerita tentang Kaum pontianak yang sama jenis dengan Edward Cullen, tapi dia bukan Irish, dia ni Malaysians!!
Klik Pada gambar untuk tengok lebih jelas,

Haha, Sebenarnya beliau ni seorang Pelajar Ph.D dan juga Model sambilan, Nama sebenar beliau Sean @ Norlisham Nordin. Berdasarkan maklumat yang NK dapat, beliau ni agak terkenal la. Beliau minat sangat dengan twilight, sehinggakan Dream Partner beliau ialah Bella dalam Twilight, atau Kristen Stewart!

Bersinar-sinar dan berkilat-kilat kan kulit beliau? Sama macam Edward Cullen! Rupa paras pun hampir sama kot? Apa kata anda? Apa-apa pun, semoga beliau berjaya dalam karier, dan sangat berani untuk membawa watak Edward Cullen versi Malaysia!
Jangan beliau timbulkan kontroversi macam Edward Cullen cukup la ye.
Sumber : Daily Chilli
Share on Facebook
Posted in LOL, Malaysia, Movie
Posted on 26 April 2010. Tags: /k, Amerika Syarikat, Bahaya, Barack Obama, Joke, LOL, lyn, Mainan, Patung, USA
Dahsyat kan? Kreatif betul orang sekarang ni, patung mainan berupa tokoh politik terkenal pun boleh dijadikan mainan. Hampir sama pula tu, dengan saiz skala 1/6 yang agak besar tu. NK tak pasti kalau ada yang tak kenal dengan Barack Obama, tapi bagi mereka yang tak kenal beliau, beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat sekarang, menggantikan George W. Bush setelah menang dalam Pilihanraya Umum pada tahun 2008. Saksikan gambar patung mainan yang dikatakan tersebut.
Read the full story
Share on Facebook
Posted in LOL, Picture
Posted on 25 April 2010. Tags: /k, Budak, Children, Cikgu, Joke, Kemalangan, Lawak, LOL, Sekolah
Haha, NK tak pasti anda semua dah baca atau belum, tapi NK belum pernah baca lagi. Apa yang NK dapat tahu, karangan ni dah lame dah tersebar kat internet, sejak dari tahun 2004 lagi. Tapi sekadar berkongsi, hiburan di hari minggu ni. Setakat ni, ini adalah karangan yang paling lawak NK pernah baca. Kesian cikgu-cikgu bahasa Malaysia kat sekolah tu ye,
Read the full story
Share on Facebook
Posted in LOL, Picture
Posted on 12 April 2010. Tags: /k, Anjing, Dog, Haiwan, Lelaki, Lowyat, Lowyat.net, lyn, Malaysia, Mati
Hari ni NK nak kongsi sebuah cerita yang NK dapat dari Lowyat.net/Kopitiam. Cerita yang menyayatkan hati ini mengenai Kisah seorang pemuda cuba untuk menyelamatkan nyawa seekor anjing yang dalam kesakitan dan derita. Apa yang NK faham dalam, pemuda ini adalah seorang lelaki melayu bersama rakannya seorang pemuda cina. Malah dua orang gadis lain yang membantu beliau dalam kisah ini juga merupakan melayu.
Kopitiam yang selalu dengan kisah-kisah mengarut ni pun ada juga diselitkan kisah-kisah bermoral macam ni. Teruskan membaca,
Read the full story
Share on Facebook
Posted in Picture
Posted on 24 March 2010. Tags: /k, ayam, Chicken, Food, Haiwan, KFC, lyn, Malaysia, Panas, Picture

KFC ada menu terbaru!! Selepas Nasi Ayam dan juga Shrimp Hearties KFC, sekarang KFC memperkenalkan, Colonel’s Royal Briyani!
Dihidangkan bersama 1 ayam goreng original dan 1 ayam goreng spicy, Nasi Briyani KFC ni dah pasti akan membuatkan anda lapar kan? Maka cepat-cepat pergi KFC dan makan~
NK baru je makan tadi, sedap la juga, walaupun Nasi Briyani yang dibekalkan, tidak la terlalu sedap, tapi masih menyelerakan!, kombinasi ayam original dan ayam spicy sangat mantap!
Read the full story
Share on Facebook
Posted in Food, Malaysia, Picture
Posted on 20 March 2010. Tags: /k, Anjing, Dera, Dog, Haiwan, KTM, lyn, Malaysia, MalaysiaKini, malaysiakini.com, Seksa
Memang amat sedih. Dalam zaman bertamadun macam ni pun ada orang yang sanggup menyiksa binatang. Walaupun ianya seekor anjing (haram bagi umat islam), namun ini tidak bermakna anjing tersebut boleh disiksa begitu sahaja.
Bayangkan, anjing tersebut sudah diikat kaki dan tangan, sudah tu dijolok pula mulutnya dengan kayu. Kalau lihat betul-betul dalam gambar dibawah, boleh dilihat dengan jelas bahawa anjing tersebut diseksa sehinggakan terpaksa bergelumang dalam najisnya sendiri.
Read the full story
Share on Facebook
Posted in Malaysia, News, Picture